Wednesday, December 30, 2009

Kupu-kupu malam Kuala Lumpur

Share

Tatkala itu aku sedang melayan salah seorang budak perempuan yang aku pernah minat masa sekolah rendah diruang sembang.Tiba-tiba Puyat call...

"Ei...nak pegi tak?"

"Pegi mana?"

"Bukit Ampang"

"Nanti aku bagitahu ek...takut ada hal".

Sebenarnya petang itu aku ada temujanji dengan kekasih hati tapi atas dasar kesaksamaan dalam berpoligami maka aku batalkan temujanji itu.Sabar ek kekasih hati,nanti kita pergi berdua pula campur setan sekor sebab kita pergi berdua-duaan.

Lebih kurang pukul 5 suku,Puyat datang rumah aku naik keta gemuk tak laju,Myvi.Terus pegi angkut lagi 2 malaun yakni Habib dan Ajib.

Perjalanan itu yang sepatutnya memakan masa lebih kurang sejam tapi akibat kesesakan lalulintas telah berlanjutan sehingga 3 jam.Banyak aktiviti yang kami lakukan dalam kesesakan itu seperti nyanyi kuat-kuat bukak tingkap budget Bunkface,kaco keta sebelah yang muka tensen balik keje,buat muka penyek kat tingkap macam ikan kat akurium dan perbincangan hangat berkisar masalah negara membawa ke permasalahan sperma kurang pekat.

Ajib selaku penunjuk jalan sering keliru dengan memorinya.

"Ha! aku dah ingat dah"

3 minit kemudian...

"Nie la jalan yang aku lalu masa sesat...patah balik Yat"

Jadi kami-kami yang tak tahu jalan nie diam jerla sambil tunggu Ajib rekonstruk balik memorinya dengan melalui hampir semua jalan sesat.

Akhirnya kami tiba juga ke destinasi.Udara sejuk mulai meresap jauh kedalam tulang.Kabus agak tebal memandangkan baru lepas hujan.

"Huiyo! mulut keluar asap...dah macam kat oversea" Habib tunjuk kearah mulut aku padahal aku tengah hisap rokok kot.Bukan la sejuk sampai macam tue.

Seterusnya kami mendaki anak tangga untuk mendapatkan pemandangan yang lebih menarik.Habib sering berada didepan dalam pendakian.Mungkin kebiasaan kunjungannya ke Batu Caves dalam meraikan Thaipusam membuatkan beliau macam takde pape.

Kami tiba di aras pertama.Dari sini dapat disaksikan pemandangan satu KL dari tempat tinggi.Memang cantik tambah-tambah lagi kalo ada effect letupan dan sinaran laser dari UFO.Bolehlah bayangkan cite 2012 dengan KL sebagai latarbelakang.

Keindahan panorama hutan batu Kuala Lumpur waktu malam

Pendakian ini diteruskan lagi dengan...berhenti la kedai makan berhampiran.Kitaorang semua dah lapo.Pukul 10 tak makan lagi.

Walaupun harga makanan disini agak mahal tambah-tambah lagi ada servis caj yang tersembunyi yang nilainya lebih kurang sama dengan McValue Lunch Prosperity tapi makanannya sumpah sedap dihidangkan penuh bergaya dengan pemandangan KL sebagai latarbelakang kami.

Dan sebab-sebab penulis malas menaip jadi biarlah gambar-gambar menceritakan segalanya.

Penulis sedang melihat menu mencari harga makanan paling murah

Sedang tunggu Habib order sambil mencadangkan makanan paling mahal agar aku dapat rasa sikit

Makanan sampai tapi takleh makan dulu.Kena baca doa makan beramai-ramai.Orang belakang tak puas hati apahal?

Lepas makan pekena shisha.Jamaican secret flavour.Aku suspek ada ganja.Tapi tak lalok pun.

Habib tengah usha sedara niger dia yang keje buat shisha kat situ.

Ajib pun usha sekali

Mat lalok,Puyat.Hisap shisha pun nak lalok ker?Tak paham aku.

Bergambar sebelum pulang.Sedara niger Habib tolong ambikkan gambar.













p/s:Tetiba terfikir...blog aku nie dah jadi macam blog gadis-gadis gemuk yang sibuk nak kurus tapi asyik cite pasal makanan,makan kat mana....damn!


Sunday, December 27, 2009

Esok masih ada (tajuk ala-ala novel)

Share

Dari bawah ibu aku jerit "Along! bangun.Nanti lambat".

Dengan keadaan masih mamai,aku berjalan turun tangga dengan mata pejam.Memang hebat sebab boleh sampai bawah tanpa tercedera.

Basuh muka ala kadar lalu terus makan nasi lemak sotong was-was (tak pasti sotong ker cicak tapi dalam sambal semua nampak sama).

Naik atas balik terus masuk bilik air untuk mandi.Cuci muka dengan pencuci tandas agar muka tidak tumbuh jerawat.Cubalah amalkan nescaya muka akan berkilat dan licin macam mangkuk jamban.

Dan siap mandi,pau pewangi bapak jenama Versace agar bau sama.Barulah bapak borek anak rintik.

Dari atas jerit pada ibu yang sedang baca suratkhabar dibawah "Mama,nak pakai baju apa?".

"Pakai baju kemeja la" ujar ibu lalu terus sambung baca balik gosip pasal Awal Shaari kena tangkap sebab taknak kencing dalam botol kecik.Alasan tak muat.Ecece...toksah tipu la.

Bukak almari cari baju kemeja dan seluar slack.Tiba-tiba ada kat kawasan salji.Ala,diorang tak kemas lagi ke set pengambaran Chronicle of Narnia nie.Maka 15 minit diperuntukkan untuk mix and match baju dan seluar slack.Dah sudah pilih kena gosok pulak.Sebab takde spray air maka kena letak air atas tapak tangan pastu renjis-renjis tapi tertuang satu botol.Damn!

"Baba taknak temankan ko" tiba-tiba bapa aku bersuara.

"Tapi Ba..."

"Takde tapi-tapi...ko pegi ajak Puyat temankan"

Pasrah dengan keadaan itu,aku pun terus dail no. handphone Puyat.

"Hello Puyat,temankan aku boleh?"

"U salah no.Ini lumah olang cina"

"Ooo...soli soli"

Dail balik dan dapat persetujuan dari Puyat untuk temankan.Nasib baik la Puyat selalu bangun awal.Kalo Puyat jenis bangun lewat macam aku,memang pegi sorang-sorang la aku gamaknya.

Sebelum pegi cium tangan makbapak mintak berkat dan kad untuk isi minyak.Ala,aku tolong bapak aku kumpul point nanti boleh menang hadiah (alasan).

"Ko nak bayar yuran tak?" tanya ibu secara tiba-tiba.

"Ala,hari nie ahad.Bank mana bukak.Takyah dulu la" balas aku sebab malas nak bukak kasut.

Sampai jer Dewan Sri Budiman, terus usha-usha awek baru carik pintu masuk.

Di check point pertama,penyerahan laporan kesihatan:

Nurse:Ha,letak surat tawaran kat situ.
Aku:Selai jer ek?
Nurse:A'ah selai jer.

Lapan detik kemudian...

Nurse:Eh,adik...borang nie takde gambar.
Aku:Jap ek Kak...(lalu terus selongkar fail padahal dah yakin memang takde)
Aku:Ala Kak,lupa la
Nurse:Takpe,tulis nama kat situ (sambil tunjuk satu senarai nama borang tidak lengkap)

Di check point kedua,ambik gambar kad matriks:

Aku beratur sambil kepit fail kat ketiak macam ceti.Nasib baik tak pakai kain.

Aweks begitu banyak sekali.Ada sorang awek nie aku usha-usha sebab comel sangat.Tiba-tiba ada budak kecik lari kearah dia jerit "Mama! Mama!".Oh aku berdosa~ sebab terusha bini orang.

Sebenarnya ambik gambar tak lama tapi jadi lama bila ada calon-calon yang banyak songeh (kesemuanya perempuan) akan cakap...

"Eh tak cantik la gambar sye...ambik lagi sekali Kak"

"Boleh tolong edit tak kasi putih sikit"

"Ambik gambar muncung-muncung boleh tak?"

Bila tiba giliran aku,Akak tue tanya nak bubuh nama Mohd ker atau Fakhrurazi?Aku spontan jawab Fakhrurazi.Nasib baik aku tak spontan mencarut "Fuck U Razi!".

Di check point ketiga,pendaftaran IPsis:

Aku bagi Mykad aku untuk Akak tue scan.Pastu akak tue aku tengok kejap-kejap cucuk Mykad aku dalam mesin scan dye...kejap-kejap tarik balik.Pastu kepak-kepakkan kad aku.Dia cucuk balik.Dengan muka berkedut dia cakap "kad adik nie takleh scan la"

"Habis camne?"

"Takpe,adik pegi daftar dulu".

Aku pun menunggu giliran untuk daftar.Sampai jer giliran aku,akak tue tanya "slip bayaran yuran mana?"

"Tak bayar lagi"

"Bila nak bayar?"

"Esok kot"

"Ok,esok datang ofis baru boleh register"

Dengan muka kelat,aku berlalu pergi meninggalkan Dewan Sri Budiman...

Saturday, December 26, 2009

Adiknya dirogol beramai-ramai (versi kena tipu)

Share

Rokok di mulut aku nyalakan.Asapnya ku hembus perlahan-lahan tanda kelegaan.Memang penat bila kena join Team Kaizen.Banyak kerja kena siapkan tambah-tambah jika ahli kumpulan anda semua perangai macam dubuk.Memburu nak beramai,gigit nak sorang,makan nak kongsi.

Tatkala aku sedang lepak-lepak di smoking room itu,datang la seorang yang muka nak macam India,rambut nak macam Bangla,dressing nak macam Indon.So aku tak dapat agak warganegara apa tapi yang pasti bukan Malaysia.

Oleh kerana tempat duduk kat smoking room tue dah penuh,maka terpaksalah dia duduk sebelah jejaka paling kacak yang ada disitu yakni aku.Hehehe.

Tetiba dia pau rokok aku..."Abang ada rokok?Sye mahu beli"

Aku pun hulur la kotak pastu bila dia hulur duit aku cakap takyah tapi dalam hati...wtf?
Mungkin sebab nak ambik hati aku, dia start borak dengan aku.

"Abang dah lama keje sini?"

Aku jawab acuh tak acuh "Baru jer".

Pastu aku tanya la dia balik bagi nampak aku tak kerek."Orang mana?"

"Sye asal Sri Lanka" jawab beliau.

"Owh...Dah lama datang sini?"

"Dah 3 tahun dekat Malaysia,bang"

Pastu dia terus la bukak cerita asal-usul dia....

"Sye orang Sri Lanka.Datang Malaysia lepas tsunami.Masa itu umur sye baru 16 tahun.Sye tinggal dengan mak dan adik.Ayah sudah takde".

"Masa tsunami,sye,adik dan mak sedang makan di rumah.Tiba-tiba sye dengar orang jerit.Pastu sye nampak ombak tinggi dari tingkap.Sye terus peluk adik dan mak sye.Ombak itu kena rumah kami"

"Bila sye sedar,semua sudah takde.Tinggal sye dan adik sye.Berhari-hari sye cari mak sye.Banyak yang mati".

"Suatu hari,sye duduk tepi pondok yang sye buat sebagai tempat berteduh sye dan adik.Tiba-tiba datang 5 orang lelaki.Dorang robohkan pondok sye.Lpas tue,dorang tarik adik sye dan rogol beramai-ramai.Bila sye halang,mereka pukul sye dengan kayu sampai pengsan"

"Abang bayangkan la,adik sye baru 12 tahun"

Aku terkedu.

"Habis adik kamu mana?"

Pastu dengan muka sedihnya dia jawab "Masa nak datang Malaysia,sye dan adik tumpang bot nelayan.Rupa-rupanya bot itu seludup barang".

"Kami berdua dipaksa terjun tengah laut.Nasib sye baik,sye hanyut sampai tepi pantai tapi adik sye..." dia terdiam.Aku tengok matanya mulai berkaca-kaca.

"Takpela bang,sye masuk line dulu.Masa rehat sye dah habis"

"Ok...Ok".

.......................................................................................................................................................................

Esoknya aku lepak dengan Wan (seorang technician yang juga satu Team Kaizen dengan aku).Pastu aku nampak la kelibat mamat Sri Lanka tue.

"Budak tue kesian Wan.Budak Sri Lanka tue.Family takde".

Wan dengan muka berkerut jawab "Bukan dia duduk Larkin ker?"

Shit!

Friday, December 25, 2009

Awek seksi di tempat futsal

Share

Tetiba terjumpa pics ini.Rindu kenangan dulu

Tatkala ini Santa Claus yang cover area Malaysia mesti tengah tersepit kat lubang najis sebab Malaysia mana ada chimney macam rumah kat oversea....keh keh.

Tatkala ini juga berbotol-botol arak dibuka oleh Islam-pada-nama yang kengkononnya semangat 1Malaysia nak sambut juga krismas.Takpe,minum arak tak semestinya jahat kan?Macam juga tak pakai tudung.Yang penting hati beb.Yes!

Tapi aku...

Kaki aku menghidapi satu sindrom yang dinamakan kepenatan.Badan aku pulak mengeluarkan satu aroma yang dinamakan ke'masam'an.Ini semua berikutan gara-gara bermain futsal.

Sebenarnya bukan ini yang aku nak highlightkan.Cuma nak uraikan satu kemusykilan.

Apajadahnya awak semua yakni awek-awek yang datang tempat futsal berpakaian macam nak pegi berenang?

Mungkin akan ada yang kata, "Nak bagi sokongan moral pada boyfriend sye"

Bullshit!

Dah la malam.Tak manis anak dara (jika masih ada) keluar malam-malam.Kalo pegi kedai makan mungkin boleh diterima akal.Tapi ini tempat futsal wei...bau peluh,buaya-buaya lapar dan macam-macam lagi benda yang memang tak menarik langsung kecuali anda bermain futsal.

Hmm...lantak korang la.Cuma aku tak puas hati sebab aku tak dapat score gara-gara ter'usha' awek-awek seksi itu (alasan).

Thursday, December 24, 2009

Geng Blugger (versi lapar burger)

Share

Malam ini tak macam malam-malam biasa.Aku duduk rumah macam anak dara belum kena tebuk tupai.Bukan apa,esok malam ada match futsal jadi malam nie kena fitnes depan pc.

Tengah cari mangsa nak kutuk kat Facebook,tetiba nampak Sumi post link ke Geng Blogger yang sumpah inilah first time aku dengar.Tangan aku terus klik tanpa fikir consequencenya seperti akan terbukak laman web lucah or whatsoever (padahal kalo bukak laman web lucah tak fikir pun consequences...keh keh).

Dan setelah bukak,aku nampak ada ruangan boleh chat tapi ble aku nak maki khalayak jer mesti dye suruh login dulu.Nasib baik dye tak keluar window cakap "Tak elok maki".

Aku login dan yang bestnya,kita boleh ping blog yang nanti akan terpapar di ruangan utama laman berkenaan tapi post terbaru aku tentang lagu Ne-Yo itu jadi macam tak manis la orang tua-tua kata.

Maka secara rasminya ini punya post khas untuk ruangan Geng Blogger yang sehingga ke hari ini aku tak tahu apa fungsi dye (padahal baru jer tak sampai 5 minit join).

Selamat berblogging.

Wednesday, December 23, 2009

You're the best thing I never knew I needed

Share



Artist:Ne-Yo
Title:Never Knew Knew I Needed

(Ooh)
For the way you changed my plans
For being the perfect distraction
For the way you took the idea that I have
Of everything that I wanted to have
And made me see there was something missing (oh yeah)

For the ending of my first begin
(Ooh yeah yeah)(ooh yeah yeah)
And for the rare and unexpected friend
(Ooh yeah yeah)(ooh yeah yeah)
For the way you're something that I never choose
But at the same time something I don't wanna lose
And never wanna be without ever again (oh oh)

[Chorus]
You're the best thing I never knew I needed
So when you were here I had no idea
You're the best thing I never knew I needed
So now it's so clear I need you here always

My accidental happily (ever after oh oh oh)
The way you smile and how you comfort me (with your laughter)
I must admit you were not a part of my book
But now if you open it up and take a look
You're the beginning and the end of every chapter (oh oh)

[Chorus]
You're the best thing I never knew I needed
So when you were here I had no idea
You're the best thing I never knew I needed
So now it's so clear I need you here always

Who'd knew that I'd be here (who'd knew that I'd be here oh oh)
So unexpectedly (so unexpectedly oh oh)
Undeniably happy (hey)
Said with you right here, right here next to me (oh)
Girl you're the...

[Chorus]
You're the best thing I never knew I needed
So when you were here I had no idea
You're the best thing I never knew I needed
So now it's so clear I need you here always

Baby baby
Now it's so clear I need you here always


Tuesday, December 22, 2009

PDTrip Ep.2 (Final)

Share

Aku sepatutnya melakarkan kenangan indah ini semalam tapi kerana penat itu lebih pentingkan diri sendiri maka aku cuba untuk mencoret secebis kenangan indah bersama rakan-rakan malam ini.

Hari sabtu yang lepas bersamaan 19hb Disember,disaat-saat Santa Claus sibuk memunggah hadiah untuk kanak-kanak,kami yakni aku,awek aku dan kawan-kawan (malas nak sebut sorang-sorang...lantak la) telah menganjurkan perkhemahan tahunan yang diadakan 76 tahun sekali ikut komet Haley lalu bumi (hiperbola yang menunjukkan memang takde jadahnya pun perkhemahan tahunan...ini la cubaan pertama).

Sabtu,11.45 a.m:

Aku masih bermalas-malas diatas katil.Janji dengan orang tak menepati janji (Suria,sila terasa!) ialah berkumpul di RnR Seremban pukul 4 so aku ada banyak masa lagi.Lalu melihat handphone.Memang itulah rutin harian setelah bangun dari tidur.

Tetiba mesej dari Ajib menyatakan peserta lebih 2 orang sedangkan transport cuma ada 2 pintu.Jadi aku terus roger Puyat suruh kidnap V6 bapak dye untuk bawak peserta lebih ini.

Sabtu,1.00 p.m:

Aku masih lagi kutuk-kutuk orang kat Facebook.Apa aku kisah?Barang semua dah siap kemas.Tinggal tunggu Iqbal saja.Aku cakap dengan Iqbal suruh datang rumah aku pukul 1.30 p.m sebab pukul 2 nak pegi ke Banting ambik kekasih hati yang nak ikut.

Sabtu,2.00 p.m:

Dapat mesej dari Iqbal..."Aku nak mkn dulu.Mak aku br masak".Haihs~

Sabtu,2.30 p.m:

Iqbal baru sampai rumah aku tapi kena tahan dengan guard sebab muka penyamun.Keh keh.Disebabkan risau akan terlambat dan kekasih hati lama menunggu maka aku dan Iqbal terus bergerak tanpa menghiraukan tipu daya syaitan yang suruh pegi lambat sikit sebab yakin Suria akan datang lambat.

Sabtu,3.30 p.m:

Sampai di rumah kekasih hati lalu terus memasukkan barang beliau kedalam bonet.Nasib baik tak masukkan sekali kekasih hati kedalam bonet.

Malas nak drive jadi ugut untuk tinggalkan kekasih hati jika tidak mahu drive sampai RnR Seremban.

Sabtu,4.30 p.m:

Sampai juga di RnR Seremban dengan selamat (merujuk kepada cara pemanduan kekasih hati).

Malangnya,Suria dan Ema masih belum kunjung tiba jadinya kami minum-minum dulu sementara menunggu mereka.

Sabtu,5.00 p.m:

Suria dan Ema baru tiba.Suria menggunakan alasan pehanya yang besar jadi takleh drive laju-laju.

Kami pun meneruskan epik pengembaraan kami.

Sabtu,6.50 p.m:

Kami tiba disebuah pantai setelah puas berlumba dijalanraya.Disini kami cuba untuk mencari port perkhemahan yang sesuai bercirikan mempunyai tandas awam bagi kemudahan peserta wanita.Peserta lelaki boleh pancut sebarang cuma kena mintak izin takut kemaluan tumbuh kat dahi sebab kencingkan orang bunian.

Disini juga kami menemui peserta separa masa yakni Napek,Moox,Raja dan Sa'a.

Perjalanan diteruskan sebab port kurang baik.Atas sebab tertentu,saya telah meninggalkan kekasih hati ke tangan Suria dan Ema.Risau juga saya jika kekasih hati terpengaruh lalu menjadi minah senget macam Suria.

Kali ini kami menuju ke Teluk Kemang.Macam percintaan juga,bukan mudah untuk menemui yang baik.Masakan tidak,MyVi kepunyaan Suria dipandu oleh Ema boleh naik atas divider adalah bukti kukuh yang menunjukkan itu bukan port yang baik.

Sabtu,9.00 p.m:

Kali ini marshal konvoi adalah aku dalam epik pencarian port baik untuk perkhemahan.Dengan yakin dan tawaduknya aku bawak mereka semua sampai sesat.Pasrah dengan keadaan itu,kami semua berpatah balik dengan aku masih lagi menjadi marshal konvoi.

Sabtu,9.30 p.m:

Usaha itu tangga kejayaan.Peribahasa ini sesuai betul digambarkan dengan keadaan kami dimana aku terjumpa signboard menghala ke Tanjung Biru dan tanpa berlengah terus mencacakkan khemah dipantai pasir yang halus.

Sementara itu,satu kumpulan lagi bertungkus-lumus menghidupkan api untuk persiapan BBQ kerana semua peserta sudah bertukar kanibal akibat terlalu lapar.

Sabtu,10.30 p.m:

Pelbagai cara digunakan untuk menghidupkan bara seperti membakar kertas suratkhabar,bakar getah,bakar aku (sebab sesat tunjuk jalan) tapi semua usaha itu menemui jalan buntu.

Lalu Puyat dan beberapa lagi rakan-rakan pergi beli fire starter kat kedai sebab Moox mulai makan daging mentah akibat terlalu lapar.

Sabtu,11.00 p.m:

Kepulangan Puyat disambut meriah dengan paluan kompang lalu api segera dihidupkan.Hotdog dan daging burger adalah menu pertama yang di-BBQ kan sebagai alas perut sebelum masuk ke hidangan utama.

Sabtu,11.45 p.m:

Chef terkenal,Ajib mulai menunjukkan taring beliau dimana ayam yang direndam sempurna didalam rempah di-BBQ.Tak lupa juga satay kambing bercucukkan capsicum (btul ker eja?).Memang menjilat jari sampai ke ketiak.Chef Ajib dibantu oleh Raja yang tak reti memasak dan juga Sa'a sebagai tukang suluh.

Gandingan mantap mereka disaksikan oleh kami semua dengan pinggan kertas ditangan dan air liur berjejehan.

Ahad,12.00 a.m:

Kebanyakan diantara kami ada yang sudah mulai kenyang jadi aktiviti makan daging sedara sendiri pula dijalankan.

Banyak gosip-gosip hangat yang dikeluarkan dan juga lawak-lawak lucah yang diutarakan antaranya:

Raja (perempuan):'Batang' aku mana?
Moox:Ko pegila 'pecahkan' suara budak tue (adik Salikeen umur 12 tahun),Suria.
Ajib:Ko nie dengan budak kecik pun bernafsu ker Ema? (merujuk kepada peristiwa Ema ternampak kemaluan adik Salikeen yang terkeluar boxer

Ahad,1.00 a.m:

Aku dah lapar balik maka pegi bawak pinggan kertas jumpa Ajib mintak makanan.Banyak gila ayam dan satay lebih.Terpaksa habiskan takut orang khemah sebelah mintak.

Ahad,1.30 a.m:

Aku mulai masuk khemah untuk tidur diikuti dengan Puyat dan Habib.Memang bukan idea yang baik untuk tidur awal masa perkhemahan gara-gara suara riuh-rendah bangsat-bangsat yang memekak diluar khemah.

Ahad,2.30 a.m:

Kami bertiga mulai keluar khemah lalu terus join permainan yang dijalankan.Permainan ini mempunyai dua kumpulan dimana setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk berjumpa dengan pengadil dan pengadil akan memberikan kata kunci.Wakil ini akan membuat aksi untuk diteka oleh dua kumpulan tersebut.

Disini banyak aksi-aksi spontan dan kreatif ditonjolkan oleh peserta seperti aksi ikan paus oleh Ema,aksi gelek oleh Musa dan juga aksi hidung babi yang disampaikan oleh Puyat.

Peserta juga banyak diterapkan dengan ilmu pengetahuan am tentang cerita melayu dan antarabangsa,nama-nama pelakon cite lucah dan juga peribahasa.

Kerjasama diantara ahli kumpulan memang sangat memberangsangkan tanpa mengira perkauman (Habib dan Nabil sila terasa!).Inilah semangat 1Malaysia yang kita harapkan.

Ahad,4.30 a.m:

Napek,Moox dan juga Raja mulai bergerak pulang setelah puas mencemarkan pantai dengan bersiar-siar semasa air surut.

Ahad,5.00 a.m:

Aku mulai tidur...

Ahad,6.45 a.m:

Apakebabila tak sampai 2 jam aku tidur.Bingkas bangun menunaikan solat subuh takut kena soal dengan mak melebihi malaikat.

Perut diisi dahulu dengan ayam lebihan semalam dan kepingan roti juga lebihan semalam sebelum memulakan tugas mengorak arus membelah ombak bermandi-manda.

Ahad,8.00 a.m:

Semua peserta mulai bangun kecuali Habib akibat telan ubat batuk semalam.Maka plan untuk mencampakkan beliau kedalam laut dirancang yang secara semangatnya dipersetujui oleh semua peserta sebulat suara.Benda jahat memang senang dapat sokongan.

Mujurlah Tuhan itu masih sayang padanya.Rancangan kami digagalkan apabila terlihat kelibat Habib menukar seluar trek untuk mandi.

Ahad,10.00 a.m:

Semua peserta diarahkan naik kerana umat manusia makin ramai dan cuaca mulai panas.
Sesi bergambar diadakan bagi mengabdikan kenangan ini dalam sekeping gambar yang akan ditag di Facebook kelak.

Kami kemudiannya menuju ke sebuah kedai mamak untuk bersarapan pagi.Suria marah-marah pada masa ini kerana kari kambing yang diorder tidak sampai lalu beliau terus bertukar menjadi mamak dan ambik sendiri kari kambing tersebut.

Ahad,12.00 p.m:

Kami semua bergerak pulang menuju ke destinasi masing-masing dengan ingatan tulus ikhlas dan kenangan manis bersama dalam epik pengembaraan yang penuh dengan saat-saat tragis dan mendebarkan.

Saat-saat mencemaskan semasa cuba menyusun arang mengikut bentuk yang senang menghidupkan api.


Ajib (berbaju putih) tukang masak yang dibantu oleh Raja (buat muncung) dan diulas oleh Napek (berbaju hitam)


Suasana waktu pagi dikhemah kami.


Ekin yang cuba berenang di air cetek.Dah macam dugong aku tengok.


Suasana riang girang kanak-kanak spastik


Arca lucah yang dipersembahkan hasil kreativiti Iqbal,Habib,Nuar dan aku.


Ini la adik Salikeen itu.Mangsa kelucahan Ema.



Bergambar bersama kekasih hati




Bertemu lagi diwaktu yang berlainan,tempat yang berlainan tapi masih dalam hubungan persahabatan yang sama.


Saturday, December 19, 2009

PDTrip Ep.1

Share

Dulu masa sekolah kalo esoknya nak pegi rombongan,malam tue mesti teruja gila.Tido pun tak lena.Kejap-kejap terjaga pastu tengok jam.Terasa macam lambatnya nak subuh.Cuba kalo hari persekolahan,rasa macam makbapak aku cepatkan jer semua jam kat rumah.

Pastu malam sebelum nak pegi mesti dah packing barang siap-siap.Takut gila ada barang tinggal.Barang wajib seperti berus gigi,ubat gigi,minyak rambut dan sabun dah lama gila ada dalam beg tue.Padahal rombongan nak pegi KL jer.

Now aku still terasa teruja...esok nak pegi Port Dickson

Cuma...

Beg tak kemas lagi.

Jambang tak cukur lagi.

Lupa nak bagitahu bebudak nie kumpul pukul berapa esok.

Seluar jeans tak kering lagi.

Seluar tight hilang entah kemana.

Dan aku baru lepas tengok movie which means aku tak tido lagi...camne nak drive esok nie?

Oh shit! shit! shit!

p/s:Nak bawak pelampung ker tak?Haihs~

Friday, December 18, 2009

Kemenangan Malaysia tanda sokongan saya

Share

Jersi berwarna biru disemat.Kemas terletak dibadan menampakkan susuk tubuh sasa ala-ala badan Jacob (tak habis-habis badan Jacob...gay apa?).

Lambang harimau dibaju dicium.Sarung kaki berjenama Nike disarung.Masih berbau kedai Al-Ikhsan.

Membuat pergerakan senaman yang dinamakan lari setempat.Upacara mengeluarkan peluh dan memanaskan badan ini penting bagi mengelakkan kekejangan otot terutama dibahagian kemaluan (berbeza sebutan ikut tempat;cekang,stim,terpacak,gear)

Tepat pukul 5 lebih,sorakan penonton di stadium mula kedengaran.Walaupun permainan belum bermula,peluh sudah memercik dari dahiku tanda gabra.

Lalu teh tarik gelas besar dipinta dan sebatang rokok dinyala tanda permainan bermula.

.........................................................................................................................................................................

Aku dah agak Malaysia menang punya.Tak sia-sia RM1.50 harga teh tarik aku.













p/s:Kerana bola sebiji,beribu-ribu orang tak sembahyang maghrib dan lupa baca doa akhir tahun & awal tahun sempena Awal Muharam.

Wednesday, December 16, 2009

Final! Malaysia vs. Vietnam

Share

Hari ini akan berlangsung satu upacara menendang bola beramai-ramai diantara Malaysia dan Vietnam.

Khabar angin mengatakan Vietnam telah mengerahkan anggota-anggota tentera Viet-Cong mereka manakala Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan menampilkan barisan pelajar-pelajar Akademi Fantasi musim ke-3.

Jom kita bankrapkan kedai mamak dengan menonton beramai-ramai disana tapi order air suam jer...bawak milo,nescafe atau kopi paket dan bancuh kat sana.

p/s:Hari tue tengok penyokong Kelantan bakar stadium,kali nie nak tengok penyokong Vietnam gali lubang buat laluan bawah tanah sebab malu (ala-ala perang Vietnam-Amerika)

Warga Vietnam yang akan menyokong Malaysia.Keh Keh (payah betul aku nak cari gambar ko yang pakai baju Malaysia nie Pek...)


Saturday, December 12, 2009

Bergambar bersama orang minyak

Share

Perhatikan disebelah kiri aku,nampak tak?


Thursday, December 10, 2009

Sekian terima kasih...

Share

Aku cakap lain,ko paham lain.Aku malas la nak cakap dengan orang camni.Susah la kalo orang nie hidup kat dunia dye sendiri.

Nak kata bongok,pandai.Nak kata pandai,perangai macam bongok.

Aku bukan nak sound-sound ko ker apa,aku cakap elok-elok kan?

Mungkin takyah kisah apa orang kata.Tapi kalo dah semua orang cakap camtu,takkan ko tak rasa apa-apa.Apa ker batu ker hati ko?

Aku tak la baik nak bagi nasihat ker apa,tapi aku takde la kejam sangat nak biarkan ko macam tue jer.

Kalo camni la perangai ko,jangan harap ko akan jumpa orang yang sayang ko sepenuh hati.Pakat jumpa yang nak ajak romen jer la.

Tuesday, December 8, 2009

Hari-hari gembira aku

Share

Disebabkan hari ini aku ada training,maka aku takde meeting Kaizen.Justeru itu, hari ini aku isytiharkan sebagai hari paling gembira.

Bagi menyambut hari paling gembira tersebut,esok aku isytiharkan cuti umum bagi diri aku...keh keh.

Hari ini juga hari gembira bagi bos aku sebab dapat cahayamata yang kedua diberi nama Jen Wen (sebutan sama dengan Genuine).

Ikut cara orang kafir nak celebrate...mesti la kena minum arak pastu laga-laga gelas.Tapi sebab aku tak minum arak jadi aku buat Nescafe jer pastu bila takleh tido,laga-laga kepala kat dinding.

p/s:Sye sayang awek sye.Psst! jangan bagitahu dye.

Friday, December 4, 2009

Cool ker jadi doktor?

Share

Aku mulai tengok Nobuta Wo Produce semalam.Hari nie sampai episod 8, ingatkan dah habis rupanya Fiza (tokan DVD) tak habis copy. Maka termangu-mangulah mencari punca keseronokan seterusnya.

Lepas satu DVD satu DVD aku usha mencari yang sesuai dengan jiwa dan raga aku sekarang.

Umpama orang mengantuk disorong bantal, penemuan satu DVD cerita bertajuk 'Team Medical Dragon' mengubah keceriaan yang semakin pudar sebentar tadi.

Episod pertama bermula dengan situasi di medan peperangan dimana para doktor bertungkus lumus membedah buah dada pesakit bagi menjalankan pembedahan jantung.

Scene seterusnya dimulakan dengan tepi pantai dimana seorang doktor terkemuka baru lepas romen dan tiba-tiba datang seorang doktor perempuan menawarkan pekerjaan sebagai guard di asrama PTP mengantikan guard Bangladesh yang dihantar balik gara-gara tidak membenarkan seorang penghuni asrama masuk.

Aksi-aksi lucah seterusnya termasuklah bagaimana doktor tersebut berjumpa dengan doktor-doktor lain yang hipokrit,tidak mementingkan nyawa pesakit dan juga waktu menunggu yang lama ala-ala hospital kerajaan di Malaysia sampai pesakit yang dah nak mati naik berang lalu terus mematikan hasrat untuk dapat MC.

Tidak lupa juga aksi-aksi hebat doktor terkemuka bedah jantung yang dipinggirkan bernama Asakura Ryutaro meramas-ramas jantung pesakit yang dah mati sampai pesakit tue hidup balik sebab stim kne ramas.

Aku sangat kagum dan teruja melihat aksi-aksi cool dan bergaya yang dipersembahkan lalu berangan-angan untuk menjadi doktor lagi-lagi aksi Asakura sarung jubah doktor kaler putih itu.Sangat cool sampai rse nak jerit-jerit macam peminat perempuan dapat salam Zac Efron.













Tapi bila bce blog Ika & Najlaa...hmm...xjadi la nak jadi doktor.Lagi-lagi kalo bce blog Naqqib...keh keh...

p/s:Ada sesiapa boleh bagitahu aku apa itu pembedahan Batista?Kalo Gabriel Batistuta aku tahu la...

Camne nak jadi doktor bedah? Masa kelas Biologi suruh potong tikus pun taknak...haihs~


Wednesday, December 2, 2009

Aku benci warga Bangladesh berkuatkuasa hari ini...sila hantar mereka balik sekarang!

Share

Hari itu biasa saja.Takde apa-apa yang istimewa.Bangun pukul 7.40 dan terpaksa men'gajah'kan subuh lalu terus capai tag nama dan kasut untuk pegi keje.

Sampai lewat ke tempat keje walaupun jarak asrama dengan tempat keje tak sampai 2 marhalah lalu segera naik ke kantin untuk sarapan pagi ala-ala orang keje kerajaan.

Pukul 9 masuk ofis lalu terus habiskan keje yang tertangguh semalam.Sambil tue sibuk juga men'forward' email-email bukan berkaitan keje kepada gadis-gadis dengan harapan mereka akan mendambakan email-email dari aku.Kalo satu hari tak dapat email dari aku mereka boleh jadi gila.

Disebabkan scene-scene seterusnya hanya berkaitan keje maka Finas dah potong dengan alasan agak meleret jadi kita terus skip ke pukul 2.30 petang.

Pukul 2.30 petang macam biasa akan ada meeting Kaizen dimana beberapa ahli kumpulan terdiri dari supervisor line,manager dan orang substore akan berbincang bagaimana nak betulkan kesalahan mereka lalu dinamakan 'improvement'.

Aku macam biasa la,akan berdiri ala-ala manager sambil berpeluk tubuh,buat muka serius macam sangat faham akan benda yang mereka bincangkan walhal dalam otak sedang fikir nak makan apa malam karang.

Tapi hari ini perbincangan mereka agak serius sikit sebab engineering director nak tengok apa progress hasil perhimpunan haram mereka esok.

So aku disuruh buat racking template.Benda nie nampak simple jer tapi nak buatnya memang menguji keimanan dan kesabaran apatah lagi iman umat akhir zaman nie senipis kulit bawang jadi aku hilang sabar dan iman.

Hari itu aku terpaksa OT sampai pukul 9 lebih.

Habis jer keje terus pegi Larkin sebab Paan mintak tolong ambik.Dalam perjalanan itu,Yoe plak call mintak tolong ambik kat Senai.Ok,hari itu aku jadi driver teksi sapu bawak Satria Neo.

Kemudian sampai asrama balik dalam pukul 12 lebih.Aku kunci keta trus meluru ke gate asrama sebab aku dah penat gila-gila.Tapi...

Gate asrama kunci.Tak pernah-pernah plak dye kunci.Pastu aku suruh la bangla guard tue bukak...tapi dye buat muka bongok dye jer.

Dye suruh call warden.Aku pun call la tapi serius macam babi perangai mereka.Dah la taknak tolong,pastu membebel plak...habis kredit aku.

Yoe call Hairi seorang engineer yang pernah menetap di asrama itu mntk no. Shukri.Shukri nie warden gak kat asrama tue.Tak lama kemudian Shukri pun datang,dye suruh guard bongok tue bukak tapi apa ke batu yang ada dalam kepala guard tue,dye degil taknak bukak.

Kteorang smua dah hangin trus call Hairi mintak tumpang tido malam tue kat rumah dye.

Dan hasilnya,hari nie aku tak pegi keje.Padan muka team Kaizen aku.

So secara rasminya sekarang nie aku benci smua orang Bangla.

Khai pun aku suruh buat pembedahan plastik sebab muka dye ada iras-iras orang Bangla.

Monday, November 30, 2009

Razi berlakon New Moon?

Share


Semua pompuan nak jadi pontianak dan werewolf gara-gara filem New Moon.Nasib baik tengok Papadom takde plak yang berimpian nak jadi gemuk macam Afdlin Shauki...keh keh.

Sebagai pembuka tirai bicara eloklah aku mulakan dengan satu fakta yang tak semua orang tahu yakni aku bukanlah peminat Twillight.

Maka jatuhlah hukum talak sebagai peminat New Moon.

Tapi agak menakjubkan bilamana aku menonton wayang filem New Moon pada hari pertama ia ditayangkan.

Saat aku menulis ini dah berjuta-juta orang menonton cerita ini,dan berjuta-juta juga duit masuk dalam poket pengarah dye.Maka aku malas la nak mereview cerita ini (alasan malas nak menaip).

Jadi lepas ini Malaysia boleh la pulak buat cerita percintaan antara toyol dengan manusia ker,hantu raya ker atau nak lagi best buat hantu tetek.Aku yakin ramai yang pegi menonton.

Tapi sebenarnya Malaysia dah lama ada cerita pasal percintaan vampire.Cerita Raja Bersiong.Takde sorang kisah pun.Tun Sri Lanang jer sibuk nak riwayat kasi tebal buku sejarah budak tingkatan 3.

p/s:Aku selalu kena gigit pepijat.Agak-agak aku akan bertukar jadi pepijat tak?



Selamat Tahun Baru!

Share

Dah nak masuk tahun 2010.Maka secara automatik umur aku akan meningkat sebanyak setahun walhal rupa dan ketinggian aku macam baru lepas ambik PMR.

Post aku kat blog nie pun dah meningkat ke-seratus lebih tapi aku malas nak celebrate sebab aku rasa aku banyak merepek dari memberi ilmu yang berguna jadinya aku ambik keputusan yang berat untuk tidak sambut apa-apa takut jatuh hukum ikut yahudi.

On job training aku kat JB nie pun dah nak habis dan kontrak aku hendak disambung tapi aku menolak secara baik atas dasar racist kepada bangsa asing terutama Bangladesh akibat kesilapan seorang warga Bangladesh tuduh aku muka macam Bangladesh walhal dye yang Bangladesh tak sedar diri.

Banyak yang berlaku dalam 2009 ini.Tahun ini aku belajar untuk jadi seorang yang setia.Belajar untuk melukakan hati seseorang.Belajar bangun awal.Belajar masak.Belajar memandu melebihi had laju yang ditetapkan.Belajar banyak perkara tentang kehidupan yang mendewasakan aku menjadi seorang......................(tidak lebih 15 patah perkataan...tak tahu ayat yang sesuai jadi kamu-kamu yang baca blog aku ini boleh tulis sesuka hati ikut sedap limpa paru kamu semua).

Terima kasih juga kepada mereka yang sudi berkunjung ke blog ini,meletakkan komen berbaur kutukan tapi tak kisah kerana kutukan itulah yang menyedarkan aku bahawa aku seorang yang terkutuk,dan juga sudi ikut blog ini dengan jadi pengikut aku...cukup seribu orang aku ajak buat perhimpunan haram.





















Hmm...masih 30hb November lagi ker?Cis! segan aku....













p/s:Sejak bila setahun ada 12 bulan nie?Bukan 11 ker?Mesti dah nak kiamat nie...

Monday, November 23, 2009

Sedap ker daging babi tue?

Share

Aku bukan nak hina Gelang Patah tapi aku rse Kuala Perlis lagi maju kot.

Punya la banyak kedai,pencuci muka Nivea pun xde.

Maka fakta-fakta diatas dijadikan alasan untuk aku pegi Jusco Bukit Indah untuk membeli kelengkapan berhias agar kelihatan macam Aaron Aziz.Keh Keh...

Pukul 8.30 malam,aku bersama Khai membelah lebuhraya menuju ke Jusco Bukit Indah semata-mata nak beli ubat gigi Zact Smokers sebab aku hisap rokok dan taknak gigi jadi karat,pencuci muka Nivea yang akan menyebabkan muka jadi macam Aaron Aziz dan juga wax rambut yang boleh buat rambut jadi macam Super Saiya.

Maka sebab aku malas nak taip perkara-perkara keji yang kami lakukan di Jusco itu jadi aku skip trus ke waktu makan.

Kitaorang makan kat food court jer sebab dah hujung bulan (kalo awal bulan,jangan harap nak makan makanan harga bawah RM10).Aku order nasi goreng ayam goreng bersama nescafe ais manakala Khai order nasi putih daging black pepper bersama milk shake kot.

Dimulai dengan Bismillah,kami pun menjamu juadah.

Tiba-tiba Khai bersuara "Eh,apsal daging nie kaler putih ek?"

"Ko beli kat kedai yang mana?"

"Tue" sambil tunjuk kearah kedai makan masakan ala-ala cina.

Dan kami pun berpandangan......

BABI!!




Khai cuba samak/sertu usus dye dengan makan tanah.Sian dye.

Amacam?Sedap tak?Keh Keh...



Sunday, November 15, 2009

Phobia 2:Review

Share

Ramai sungguh yang nak tengok 'Kiamat' hari nie.Macam la amalan semua dah cukup kan?

Huhuhu...anyway,today aku nak pegi tengok '2012' yang kengkonon gempak tue ah.So lepas tunggu Paan habis OT,kteorang gerak la around pukul 3.30 petang.

Sampai jer kat Jusco Tebrau tue...memang panjang-gle-babi-tonyok-oink-oink la dye punya barisan.Disebabkan takde pilihan lain,aku pun beratur la dengan Khai sambil kerling-kerling mana tahu ada 'ulat tiket' nak jual tiket 2012 tapi hampa.

Bila hampir sampai dekat kaunter,nampak la papan tanda elektronik yang asyik tunjuk tiket 2012 telah habis sold-out.Tinggal pukul 8.50 dan 7 lebih jer.Sambil beratur tue sambil berdoa jangan la waktu-waktu itu juga sold-out.

Lagi 2 pusingan nak sampai ke kaunter tiket,nampak la yang pukul 8.50 punya show dah sold-out.Maka plan B perlu dirancang.

Apabila sampai jer kat kaunter,tetiba mulut cakap sendiri nak tengok 'Phobia 2'.Macam kena pukau plak...(aku syak abang kaunter tue makan chewing-gum Wringleys)

Maka 3 lagi member aku tue terpaksa la tengok jugak sebab aku dah beli tiket...keh keh.

Ok,aku ada taste yang bagus jadi sila percaya pada cakap aku untuk komen tentang movie 'Phobia 2' ini.

Komen aku tentang movie ini...ialah cite dye memang tak seram...tapi seronok ditonton.Sangat sesuai untuk orang yang suka tengok cite hantu tapi ble sampai part hantu nak keluar kelubung muka pakai tudung...bazir jer tengok cite hantu kalo macam tue.

Bagi aku,'Phobia 2' ini kurang seram dari '4bia' tapi lebih menarik untuk ditonton.Bonus untuk anda,cite ini ada tambahan satu movie menjadikannya 5 berbanding 4 sebelum ini.

Cite pertama,tak best.Cite pasal hantu lapar.Kalo orang melayu...kita panggil hantu galah.

Cite kedua,aku tak jerit tapi darah aku tersentap-sentap...tapi tetap cover takut dengan gelak-gelakkan Khai yang menjerit setiap scene...cis,bapok betul.

Cite ketiga,aku rse penat gila.Tahan nafas macam aku plak yang berlakon.Pastu bila scene kena kejar...orang depan aku sound "Jangan la tendang-tendang kerusi".Sori yer bang...tindakan luar sedar.Hmm...for this story...diorang telah beri satu revolusi yang berada diluar kotak.Memang satu idea yang menarik.

Cite keempat,aku ngantuk la.Cite pasal hantu kereta.Aku tak suka cite nie sebab anak dye yang comel tue mati.Ok,move on.

Cite kelima,well...cite nie paling syok ditonton.Masih menampilkan pelakon yang sama dalam '4bia'...plot cerita ini memang sangat lain daripada cerita hantu yang korang pernah tengok...pastu kelakar gle.Dah la aku penat tahan nafas,pastu ble tengok cerita nie...perut aku sakit plak ble gelak kuat sangat.

So overall this movie is fun to watch.Aku sarankan korang tengok.Jangan beli DVD tau...kesan efek bunyi hantu dye tak best.

Nie la iklan Wringleys tue.








Wednesday, November 4, 2009

Cerita parodi:Oh Malunya...~

Share

Minggu yang telah berlalu kuharungi dengan menjalani peperiksaan Memerhatikan Pemeriksaan Klinikal Berstruktur atau nama pendeknya MPKB (bukan Majlis Perbandaran Kota Bharu ek).Peperiksaan ini ada 6 stesen termasuk stesen komuter dan juga stesen bas dimana setiap pelajar diberikan masa 5 minit untuk habiskan masa kat stesen bas atau komuter untuk ambik exam sejarah,nak menyiasat ker atau nak menguruskan stesen bas itu menjadi stesen bas yang paling maju ala-ala Dubai siap air-cond.Cukup stress kalo masa ambik exam sejarah kat stesen komuter ada makcik mintak tunjuk camne nak beli tiket pegi Seremban.

Bagi membuatkan pembaca muak dan mual,maka cerita lucah ini bermula dimana aku kena buat pemeriksaan payudara kat seorang pesakit lelaki yang memiliki payudara saiz C cup.

Aku tak tahu camne nak buat pemeriksaan payudara maka aku suruh pesakit itu berdiri dan pastu aku ramas-ramas payudara dye sambil terangkan dekat pegawas peperiksaan yang kelihatan macam nak suruh aku ramas payudara dye pulak lepas nie.Oh,lupa nak bagitahu...dari pesakit sampai la ke pengawas semuanya adalah lelaki...takde perempuan yang terlibat dalam cerita ini.

"Secara umumnya,payudara ada dua dan sepatutnya kedua-duanya mestila sama aras.Tetapi untuk payudara belah kiri ini pesakit ini lebih meloyot berbanding payudara belah kanan...bla bla bla...takde bukti parut yang pesakit pernah buat breast implent,bengkak-bengkak dan....(malas la nak type...korang bukan faham pun)

"Ok.Bagus.Seterusnya..?"tanya pengawas peperiksaan itu sambil meramas-ramas payudaranya sendiri dan buat muka mengoda kat aku.

"Seterusnya, sye nak mulakan dengan menjilat payudara pesakit" sambil mata aku mengerling bulu-bulu yang tumbuh disekeliling putingnya.

"Kanan (pejadahnya tetiba kanan).Ok so camne kamu nak jilat?"

"Sye akan rasa jika ada rasa masin,masam atau pahit disepanjang payudara membawa sehingga ke ketiak pesakit"...peh,mesti masin kat ketiak pesakit.

"Ok,kamu nak start dari mana?" tanya pegawas pemeriksaan sambil membuka butang bajunya dan membuat muka nakal.

Sambil aku jilat-jilat payudara pesakit itu aku explain la sekali, "...start dari puting dye membawa ke bahu dye ada rasa masin dan pahit bercampur yang mungkin disebabkan oleh pesakit tidak mandi lagi..." aku tengah syok jilat sampai aku langsung tak sedar posisi aku masa tu sampailah examiner tu sendiri bagitahu...

"Kenapa kamu jilat dye punya payudara saja sedangkan kamu boleh jilat payudara sye juga...?"

Err...masa tu baru aku sedar yang aku tengah menjilat sambil berdiri dengan susah-payah sedangkan aku boleh jilat payudara pengawas peperiksaan yang lebih rendah dari aku.Patutlah aku dah rasa macam sesuatu salah (terjemahan dari something wrong) je tadi!

Aku perasan pengawas peperiksaan itu dah mula bukak bajunya after dye tegur aku.Adeh.Gelinya...

"Eheh,pakcik duduk ye..."aku suruh pengawas peperiksaan tu duduk sambil control2 geli lalu meneruskan menjilat payudara pengawas peperiksaan dengan muka selambe...


Ye,setelah habis exams menjilat barulah aku sedar yang...














AKU BUKAN GAY NAK JILAT PAYUDARA LELAKI!!!











...hmm atau, pengawas peperiksaan tu yang gay?








Betol.Betol. Aku rasa pengawas peperiksaan tu yang gay. Huhu...

p/s:Untuk cerita original,klik sini

Monday, October 26, 2009

Aku sedang bahagia Pt.3 & Aku tak bahagia Pt.1

Share

Aku baru saja bahagia bila tengok Malaysia dapat no. 16 dalam MotoGP untuk kelas 125cc.

Tapi malamnya pasukan kesayangan aku pulak kalah.

Aku tak bahagia.

Gambar macam sial yang bebudak nie tag aku kat Facebook.Tue tak campur keji dan hinaan yang aku terima kat kilang lagi.


Sunday, October 25, 2009

Senarai 10 kereta paling buruk di Malaysia

Share

Seiring dengan perederan zaman,rekaan kereta masa kini semakin pelik.Ada yang bentuk macam muka alien,macam akuarium,macam motor (pejadahnya?baik beli motor) dan tak kurang juga yang bentuk macam hidung babi...oink! oink! (tindakan refleks...asal sebut babi jer mesti nak buat bunyi nie)

Orang kata cantik itu terletak pada mata si pemerhati,tapi aku kata,kalo dah buruk tue...buruk la jugak.Orang kata cantik itu subjektif,tapi aku kata buruk itu objektif.

Disini aku senaraikan 10 rekabentuk kereta paling buruk di Malaysia yang aku pernah nampak.

1.Hyundai Atos
Kereta ini direka untuk golongan gay di Korea.Popularitinya semakin meningkat sejajar dengan peningkatan seks luar tabii dan pondan-pondan yang berkeliaran di belakang lorong.


2.Toyota Vios

Toyota begitu prihatin dengan masalah kepupusan dugong sehinggakan mereka mengabdikan bentuk dugong itu sendiri dalam rekaan kereta mereka.Apa masalahnya mereka ini?


3.Fiat MultiplaSuatu hari, itik yang dibela oleh CEO Fiat telah mati secara mengejut.Bagi mengenang jasa itik tersebut,sebuah kereta telah direka berdasarkan bentuk itik itu sendiri.Nama kereta pun mengambil sempena nama itik tersebut iaitu ‘Multipla’.


4.Naza ForzaKereta ini diakui sebagai kereta paling jimat minyak dalam kelasnya.Ini kerana bentuknya yang buruk menyebabkan pemiliknya lebih rela naik bas dari memandunya dikhalayak ramai.Kereta ini hanya dipandu waktu kecemasan sahaja.Itu pun dengan memakai topeng atau beg kertas dimuka.



5.Proton Juara

Di Mitsubishi,mereka bukan saja membuat kereta tetapi juga peti sejuk.Tak caya cuba search.Bagi menjimatkan kos,department buat peti sejuk dan kereta kena kongsi.Entah cmne,suatu hari drawing tertukar diantara peti sejuk dan kereta.Setelah siap,barulah mereka perasan yang mereka tersilap.Lalu model peti sejuk tambah tayar ini disuruhnya Proton jual dengan harapan orang Malaysia akan buat kesilapan sama seperti yang mereka lakukan yakni tertukar peti sejuk dengan kereta.



6.Hyundai Accent

Salah satu kereta yang buruk tapi banyak terdapat dijalan raya.Saya rasa pemiliknya mesti dah fed-up dengan kereta Proton tapi tak mampu nak beli kereta jepun atau eropah.Dah la kuat makan minyak.Pastu Hyundai keluarkan model yang agak sport iaitu Accent RS tapi hasilnya umpama bagi beruk pakai baju.



7.SsangYong Stavic

Apabila rekaan kereta diabaikan dan praktikal lebih diutamakan,inilah yang terjadi.Walaupun Stavic ini antara yang terbesar dalam kelas MPV tapi bentuknya yang agak pelik lagi buruk menyebabkan ianya tidak menjadi pilihan ramai.Lihatlah bentuk belakangnya.



8.SSangYong Actyon

Masalah resdung di Korea semakin meningkat ke sehingga angka yang membimbangkan.Lalu SsangYong mengambil inisiatif dengan mereka kereta yang dijamin mampu mengubat masalah resdung.Direka berdasarkan lubang hidung yang kena resdung dibahagian hadapan,SsangYong mendakwa kereta itu boleh menyedut angin lalu membantu pemandu dan penumpang kereta bernafas semula.



9.Renault Kangoo

Renault dengan Fiat tengah lawan sape dapat hasilkan keta paling buruk.Maka terciptalah Kangoo bagi melawan Multipla.



10.Nissan GTR

Ok yang nie tak buruk tapi saya dengki sape yang pakai maka mesti masuk dalam senarai ini juga.






  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP