Kupu-kupu malam Kuala Lumpur
Share
Tatkala itu aku sedang melayan salah seorang budak perempuan yang aku pernah minat masa sekolah rendah diruang sembang.Tiba-tiba Puyat call...
"Ei...nak pegi tak?"
"Pegi mana?"
"Bukit Ampang"
"Nanti aku bagitahu ek...takut ada hal".
Sebenarnya petang itu aku ada temujanji dengan kekasih hati tapi atas dasar kesaksamaan dalam berpoligami maka aku batalkan temujanji itu.Sabar ek kekasih hati,nanti kita pergi berdua pula campur setan sekor sebab kita pergi berdua-duaan.
Lebih kurang pukul 5 suku,Puyat datang rumah aku naik keta gemuk tak laju,Myvi.Terus pegi angkut lagi 2 malaun yakni Habib dan Ajib.
Perjalanan itu yang sepatutnya memakan masa lebih kurang sejam tapi akibat kesesakan lalulintas telah berlanjutan sehingga 3 jam.Banyak aktiviti yang kami lakukan dalam kesesakan itu seperti nyanyi kuat-kuat bukak tingkap budget Bunkface,kaco keta sebelah yang muka tensen balik keje,buat muka penyek kat tingkap macam ikan kat akurium dan perbincangan hangat berkisar masalah negara membawa ke permasalahan sperma kurang pekat.
Ajib selaku penunjuk jalan sering keliru dengan memorinya.
"Ha! aku dah ingat dah"
3 minit kemudian...
"Nie la jalan yang aku lalu masa sesat...patah balik Yat"
Jadi kami-kami yang tak tahu jalan nie diam jerla sambil tunggu Ajib rekonstruk balik memorinya dengan melalui hampir semua jalan sesat.
Akhirnya kami tiba juga ke destinasi.Udara sejuk mulai meresap jauh kedalam tulang.Kabus agak tebal memandangkan baru lepas hujan.
"Huiyo! mulut keluar asap...dah macam kat oversea" Habib tunjuk kearah mulut aku padahal aku tengah hisap rokok kot.Bukan la sejuk sampai macam tue.
Seterusnya kami mendaki anak tangga untuk mendapatkan pemandangan yang lebih menarik.Habib sering berada didepan dalam pendakian.Mungkin kebiasaan kunjungannya ke Batu Caves dalam meraikan Thaipusam membuatkan beliau macam takde pape.
Kami tiba di aras pertama.Dari sini dapat disaksikan pemandangan satu KL dari tempat tinggi.Memang cantik tambah-tambah lagi kalo ada effect letupan dan sinaran laser dari UFO.Bolehlah bayangkan cite 2012 dengan KL sebagai latarbelakang.
Walaupun harga makanan disini agak mahal tambah-tambah lagi ada servis caj yang tersembunyi yang nilainya lebih kurang sama dengan McValue Lunch Prosperity tapi makanannya sumpah sedap dihidangkan penuh bergaya dengan pemandangan KL sebagai latarbelakang kami.
Dan sebab-sebab penulis malas menaip jadi biarlah gambar-gambar menceritakan segalanya.
p/s:Tetiba terfikir...blog aku nie dah jadi macam blog gadis-gadis gemuk yang sibuk nak kurus tapi asyik cite pasal makanan,makan kat mana....damn!
11 comments:
woit2..mcm best je tempat tu...
tak ajak pon kan
pernah pergi situ dulu..
tapi nek menara tak nampak pun kl coz kabus tebal sangat malam tue..huhu
inilah tempat yg kucari2 selama ini!!
hahaha...
adehh...mahal kan makan kat citu tapi sedap...
*semua org tahu kenapa sperma itu cair...hahahaa
Suria:Huhu.Awek pun kne tinggal,xkn nak ajak ko
Ain:Lor,kesian
Hanna:Huhuhu.Dah jumpa?
Tengku Fir:A'ah,boleh tahan la.Hahaha,apsl cair weyh?
bt ampang x penah menipu..n makan kat situ mmg best
P/s: ko jumpe ufo x mlm tu?ufo mmg tgh cari spesimen manusia bersperm cair utk jadikan bahan ujikaji...
wah wah nk dating kat sini la nnt~..best review ni...wpun cam tipikal gadis2 yg berblog..haha
p/s sure ramai gadis2 terase dengan statement p/s ko tu...
Nashay:Bukit apa yang reti tipu?UFO tak jumpa,cuma tinggal alien jer.Kulit hitam kepala botak.Suratkhabar Metro panggil 'Pak Itam'.
Najlaa:Wah! dah ada bf.Bila nak kahwin?Apa yang tipikalnya,lain kot.Byk kelucahan.Hahaha.BTW,ko terasa ek?keh keh
perghh...korang dh mcm ahli mafia tgh isap sisha la weii
tp tmpt mkn tu nmpk best je...mhl tp mknn ok xpe la kn hehe
selamat tahun baru 2010!! smoga success n happy2 slalu :)
sape gadis2 gemuk tu?hahahah
ni blog peribadi kau...url pun nama penuh..jdi lantak le
Post a Comment