Monday, November 23, 2009

Sedap ker daging babi tue?

Aku bukan nak hina Gelang Patah tapi aku rse Kuala Perlis lagi maju kot.

Punya la banyak kedai,pencuci muka Nivea pun xde.

Maka fakta-fakta diatas dijadikan alasan untuk aku pegi Jusco Bukit Indah untuk membeli kelengkapan berhias agar kelihatan macam Aaron Aziz.Keh Keh...

Pukul 8.30 malam,aku bersama Khai membelah lebuhraya menuju ke Jusco Bukit Indah semata-mata nak beli ubat gigi Zact Smokers sebab aku hisap rokok dan taknak gigi jadi karat,pencuci muka Nivea yang akan menyebabkan muka jadi macam Aaron Aziz dan juga wax rambut yang boleh buat rambut jadi macam Super Saiya.

Maka sebab aku malas nak taip perkara-perkara keji yang kami lakukan di Jusco itu jadi aku skip trus ke waktu makan.

Kitaorang makan kat food court jer sebab dah hujung bulan (kalo awal bulan,jangan harap nak makan makanan harga bawah RM10).Aku order nasi goreng ayam goreng bersama nescafe ais manakala Khai order nasi putih daging black pepper bersama milk shake kot.

Dimulai dengan Bismillah,kami pun menjamu juadah.

Tiba-tiba Khai bersuara "Eh,apsal daging nie kaler putih ek?"

"Ko beli kat kedai yang mana?"

"Tue" sambil tunjuk kearah kedai makan masakan ala-ala cina.

Dan kami pun berpandangan......

BABI!!




Khai cuba samak/sertu usus dye dengan makan tanah.Sian dye.

Amacam?Sedap tak?Keh Keh...

Sunday, November 15, 2009

Phobia 2:Review

Ramai sungguh yang nak tengok 'Kiamat' hari nie.Macam la amalan semua dah cukup kan?

Huhuhu...anyway,today aku nak pegi tengok '2012' yang kengkonon gempak tue ah.So lepas tunggu Paan habis OT,kteorang gerak la around pukul 3.30 petang.

Sampai jer kat Jusco Tebrau tue...memang panjang-gle-babi-tonyok-oink-oink la dye punya barisan.Disebabkan takde pilihan lain,aku pun beratur la dengan Khai sambil kerling-kerling mana tahu ada 'ulat tiket' nak jual tiket 2012 tapi hampa.

Bila hampir sampai dekat kaunter,nampak la papan tanda elektronik yang asyik tunjuk tiket 2012 telah habis sold-out.Tinggal pukul 8.50 dan 7 lebih jer.Sambil beratur tue sambil berdoa jangan la waktu-waktu itu juga sold-out.

Lagi 2 pusingan nak sampai ke kaunter tiket,nampak la yang pukul 8.50 punya show dah sold-out.Maka plan B perlu dirancang.

Apabila sampai jer kat kaunter,tetiba mulut cakap sendiri nak tengok 'Phobia 2'.Macam kena pukau plak...(aku syak abang kaunter tue makan chewing-gum Wringleys)

Maka 3 lagi member aku tue terpaksa la tengok jugak sebab aku dah beli tiket...keh keh.

Ok,aku ada taste yang bagus jadi sila percaya pada cakap aku untuk komen tentang movie 'Phobia 2' ini.

Komen aku tentang movie ini...ialah cite dye memang tak seram...tapi seronok ditonton.Sangat sesuai untuk orang yang suka tengok cite hantu tapi ble sampai part hantu nak keluar kelubung muka pakai tudung...bazir jer tengok cite hantu kalo macam tue.

Bagi aku,'Phobia 2' ini kurang seram dari '4bia' tapi lebih menarik untuk ditonton.Bonus untuk anda,cite ini ada tambahan satu movie menjadikannya 5 berbanding 4 sebelum ini.

Cite pertama,tak best.Cite pasal hantu lapar.Kalo orang melayu...kita panggil hantu galah.

Cite kedua,aku tak jerit tapi darah aku tersentap-sentap...tapi tetap cover takut dengan gelak-gelakkan Khai yang menjerit setiap scene...cis,bapok betul.

Cite ketiga,aku rse penat gila.Tahan nafas macam aku plak yang berlakon.Pastu bila scene kena kejar...orang depan aku sound "Jangan la tendang-tendang kerusi".Sori yer bang...tindakan luar sedar.Hmm...for this story...diorang telah beri satu revolusi yang berada diluar kotak.Memang satu idea yang menarik.

Cite keempat,aku ngantuk la.Cite pasal hantu kereta.Aku tak suka cite nie sebab anak dye yang comel tue mati.Ok,move on.

Cite kelima,well...cite nie paling syok ditonton.Masih menampilkan pelakon yang sama dalam '4bia'...plot cerita ini memang sangat lain daripada cerita hantu yang korang pernah tengok...pastu kelakar gle.Dah la aku penat tahan nafas,pastu ble tengok cerita nie...perut aku sakit plak ble gelak kuat sangat.

So overall this movie is fun to watch.Aku sarankan korang tengok.Jangan beli DVD tau...kesan efek bunyi hantu dye tak best.

Nie la iklan Wringleys tue.






Monday, November 9, 2009

Kereta aku hilang kawalan...aku hilang pedoman

Semua orang tahu bahawa memandu laju semasa hujan adalah berbahaya.Selain jarak penglihatan yang terjejas teruk,lopak-lopak air di permukaan jalan boleh mengurangkan geseran diantara tayar dan permukaan jalan menyebabkan hilangnya kawalan terhadap kenderaan yang dipandu.Fenomena ini dinamakan 'Water Sliding'.

Lalu kita teruskan lagi pembacaan dengan 'near-death experience' penulis dalam menghadapi situasi tersebut.

Memang biasa bagi seorang lelaki muda memandu laju walaupun didalam keadaan ekstrim.Peminat hanya mahukan yang terbaik dari sye.Begitu juga sye. (Peh...tetiba perasan jadi Christiano Ronaldo macam dalam iklan Castrol)

Dalam keadaan hujan lebat,corak pemanduan stabil tanpa ada aksi potong-memotong dan tunjuk 'fuck' kat pemandu lain,aku menuju pulang ke asrama di PTP dari Bandar JB dengan kelajuan konstan 140 km/j.

Masih pada kelajuan yang sama,aku masuk ke susur keluar menuju ke PTP.Susur keluar itu memang agak tajam dan sangat sesuai bagi pengemar layan korner baring mahupun terlentang.

Tiba-tiba...

Kereta aku melalui kawasan berlopak air...apa?...ingat aku budak-budak ker nak main lopak air...

Kereta aku mulai hilang kawalan...dan seperti biasa tindakan refleks dalam keadaan itu ialah menekan pedal brek.

Namun begitu aku menyedari yang kereta aku agak murah dan takde ciri-ciri keselamatan seperti beg udara,ABS,EBD,botol air (pejadahnya botol air?)...lalu aku lepaskan pedal brek sebab taknak bagi kereta aku terkunci (bagi yang tidak faham,sila rujuk balik fungsi sistem brek anti-kunci)

Secara spontan juga...tangan aku laju menukar gear daripada 4 kepada gear 2 menyebabkan bunyi enjin menderum umpama harimau (tetiba perasan bunyi harimau sebab lambang Proton adalah harimau...bukan siput babi).

Sambil tangan aku kejab memegang stereng,aku cuba mengambil alih kembali kawalan keatas kereta tapi tidak berjaya.Waktu itu aku mulai terbayang dosa-dosa dan noda hitam yang pernah aku lakukan seperti ponteng kelas,meniru semasa peperiksaan,makan nasi lemak lupa bayar dan banyak lagi.

Aku juga terbayang wajah keluarga, kucing, awek (awek no.3 kalah kucing...keh keh) dan kawan-kawan se-gay dan normal (sempat lagi fikir sape gay sape normal).

Namun begitu mujurlah aku tidak cemas,dalam keadaan segenting itu aku mampu bersikap tenang bukak tingkap dan nyanyi 2-3 buah lagu dari kumpulan Hujan.

Setelah aku rasa kereta aku kembali dalam kawalan,aku mulai memutarkan stereng ke jalan kebenaran sambil menekan minyak.Lebih kurang 3 inci lagi nak kena 'cable meridian barrier' (kalo kena...aku dah boleh jadi tajuk FYP Emir dah...).

Akhirnya aku berjaya mengelakkan diri dari menjadi salah satu statistik kemalangan jalanraya.

Jadi pengajarannya daripada cerita aku ini ialah jangan tidur semasa ceramah nak ambik lesen...Ok?


Rekod setakat ini ialah 190km/j.Itupun dah terasa graviti 5G (budget naik keta F1)



Wednesday, November 4, 2009

Cerita parodi:Oh Malunya...~

Minggu yang telah berlalu kuharungi dengan menjalani peperiksaan Memerhatikan Pemeriksaan Klinikal Berstruktur atau nama pendeknya MPKB (bukan Majlis Perbandaran Kota Bharu ek).Peperiksaan ini ada 6 stesen termasuk stesen komuter dan juga stesen bas dimana setiap pelajar diberikan masa 5 minit untuk habiskan masa kat stesen bas atau komuter untuk ambik exam sejarah,nak menyiasat ker atau nak menguruskan stesen bas itu menjadi stesen bas yang paling maju ala-ala Dubai siap air-cond.Cukup stress kalo masa ambik exam sejarah kat stesen komuter ada makcik mintak tunjuk camne nak beli tiket pegi Seremban.

Bagi membuatkan pembaca muak dan mual,maka cerita lucah ini bermula dimana aku kena buat pemeriksaan payudara kat seorang pesakit lelaki yang memiliki payudara saiz C cup.

Aku tak tahu camne nak buat pemeriksaan payudara maka aku suruh pesakit itu berdiri dan pastu aku ramas-ramas payudara dye sambil terangkan dekat pegawas peperiksaan yang kelihatan macam nak suruh aku ramas payudara dye pulak lepas nie.Oh,lupa nak bagitahu...dari pesakit sampai la ke pengawas semuanya adalah lelaki...takde perempuan yang terlibat dalam cerita ini.

"Secara umumnya,payudara ada dua dan sepatutnya kedua-duanya mestila sama aras.Tetapi untuk payudara belah kiri ini pesakit ini lebih meloyot berbanding payudara belah kanan...bla bla bla...takde bukti parut yang pesakit pernah buat breast implent,bengkak-bengkak dan....(malas la nak type...korang bukan faham pun)

"Ok.Bagus.Seterusnya..?"tanya pengawas peperiksaan itu sambil meramas-ramas payudaranya sendiri dan buat muka mengoda kat aku.

"Seterusnya, sye nak mulakan dengan menjilat payudara pesakit" sambil mata aku mengerling bulu-bulu yang tumbuh disekeliling putingnya.

"Kanan (pejadahnya tetiba kanan).Ok so camne kamu nak jilat?"

"Sye akan rasa jika ada rasa masin,masam atau pahit disepanjang payudara membawa sehingga ke ketiak pesakit"...peh,mesti masin kat ketiak pesakit.

"Ok,kamu nak start dari mana?" tanya pegawas pemeriksaan sambil membuka butang bajunya dan membuat muka nakal.

Sambil aku jilat-jilat payudara pesakit itu aku explain la sekali, "...start dari puting dye membawa ke bahu dye ada rasa masin dan pahit bercampur yang mungkin disebabkan oleh pesakit tidak mandi lagi..." aku tengah syok jilat sampai aku langsung tak sedar posisi aku masa tu sampailah examiner tu sendiri bagitahu...

"Kenapa kamu jilat dye punya payudara saja sedangkan kamu boleh jilat payudara sye juga...?"

Err...masa tu baru aku sedar yang aku tengah menjilat sambil berdiri dengan susah-payah sedangkan aku boleh jilat payudara pengawas peperiksaan yang lebih rendah dari aku.Patutlah aku dah rasa macam sesuatu salah (terjemahan dari something wrong) je tadi!

Aku perasan pengawas peperiksaan itu dah mula bukak bajunya after dye tegur aku.Adeh.Gelinya...

"Eheh,pakcik duduk ye..."aku suruh pengawas peperiksaan tu duduk sambil control2 geli lalu meneruskan menjilat payudara pengawas peperiksaan dengan muka selambe...


Ye,setelah habis exams menjilat barulah aku sedar yang...














AKU BUKAN GAY NAK JILAT PAYUDARA LELAKI!!!











...hmm atau, pengawas peperiksaan tu yang gay?








Betol.Betol. Aku rasa pengawas peperiksaan tu yang gay. Huhu...

p/s:Untuk cerita original,klik sini

Monday, October 26, 2009

Aku sedang bahagia Pt.3 & Aku tak bahagia Pt.1

Aku baru saja bahagia bila tengok Malaysia dapat no. 16 dalam MotoGP untuk kelas 125cc.

Tapi malamnya pasukan kesayangan aku pulak kalah.

Aku tak bahagia.

Gambar macam sial yang bebudak nie tag aku kat Facebook.Tue tak campur keji dan hinaan yang aku terima kat kilang lagi.

Sunday, October 25, 2009

Senarai 10 kereta paling buruk di Malaysia

Seiring dengan perederan zaman,rekaan kereta masa kini semakin pelik.Ada yang bentuk macam muka alien,macam akuarium,macam motor (pejadahnya?baik beli motor) dan tak kurang juga yang bentuk macam hidung babi...oink! oink! (tindakan refleks...asal sebut babi jer mesti nak buat bunyi nie)

Orang kata cantik itu terletak pada mata si pemerhati,tapi aku kata,kalo dah buruk tue...buruk la jugak.Orang kata cantik itu subjektif,tapi aku kata buruk itu objektif.

Disini aku senaraikan 10 rekabentuk kereta paling buruk di Malaysia yang aku pernah nampak.

1.Hyundai Atos
Kereta ini direka untuk golongan gay di Korea.Popularitinya semakin meningkat sejajar dengan peningkatan seks luar tabii dan pondan-pondan yang berkeliaran di belakang lorong.


2.Toyota Vios

Toyota begitu prihatin dengan masalah kepupusan dugong sehinggakan mereka mengabdikan bentuk dugong itu sendiri dalam rekaan kereta mereka.Apa masalahnya mereka ini?


3.Fiat MultiplaSuatu hari, itik yang dibela oleh CEO Fiat telah mati secara mengejut.Bagi mengenang jasa itik tersebut,sebuah kereta telah direka berdasarkan bentuk itik itu sendiri.Nama kereta pun mengambil sempena nama itik tersebut iaitu ‘Multipla’.


4.Naza ForzaKereta ini diakui sebagai kereta paling jimat minyak dalam kelasnya.Ini kerana bentuknya yang buruk menyebabkan pemiliknya lebih rela naik bas dari memandunya dikhalayak ramai.Kereta ini hanya dipandu waktu kecemasan sahaja.Itu pun dengan memakai topeng atau beg kertas dimuka.



5.Proton Juara

Di Mitsubishi,mereka bukan saja membuat kereta tetapi juga peti sejuk.Tak caya cuba search.Bagi menjimatkan kos,department buat peti sejuk dan kereta kena kongsi.Entah cmne,suatu hari drawing tertukar diantara peti sejuk dan kereta.Setelah siap,barulah mereka perasan yang mereka tersilap.Lalu model peti sejuk tambah tayar ini disuruhnya Proton jual dengan harapan orang Malaysia akan buat kesilapan sama seperti yang mereka lakukan yakni tertukar peti sejuk dengan kereta.



6.Hyundai Accent

Salah satu kereta yang buruk tapi banyak terdapat dijalan raya.Saya rasa pemiliknya mesti dah fed-up dengan kereta Proton tapi tak mampu nak beli kereta jepun atau eropah.Dah la kuat makan minyak.Pastu Hyundai keluarkan model yang agak sport iaitu Accent RS tapi hasilnya umpama bagi beruk pakai baju.



7.SsangYong Stavic

Apabila rekaan kereta diabaikan dan praktikal lebih diutamakan,inilah yang terjadi.Walaupun Stavic ini antara yang terbesar dalam kelas MPV tapi bentuknya yang agak pelik lagi buruk menyebabkan ianya tidak menjadi pilihan ramai.Lihatlah bentuk belakangnya.



8.SSangYong Actyon

Masalah resdung di Korea semakin meningkat ke sehingga angka yang membimbangkan.Lalu SsangYong mengambil inisiatif dengan mereka kereta yang dijamin mampu mengubat masalah resdung.Direka berdasarkan lubang hidung yang kena resdung dibahagian hadapan,SsangYong mendakwa kereta itu boleh menyedut angin lalu membantu pemandu dan penumpang kereta bernafas semula.



9.Renault Kangoo

Renault dengan Fiat tengah lawan sape dapat hasilkan keta paling buruk.Maka terciptalah Kangoo bagi melawan Multipla.



10.Nissan GTR

Ok yang nie tak buruk tapi saya dengki sape yang pakai maka mesti masuk dalam senarai ini juga.




Saturday, October 24, 2009

Aku sedang bahagia Pt.2

Dengar lagu ini sambil fikirkan tentang orang yang anda sayang atau pernah sayang.Bagaimana?

Friday, October 23, 2009

Aku sedang bahagia Pt.1

Baru beberapa jam yang lepas aku membelah angin pada kelajuan konstan 140 km/j di atas lebuhraya Utara-Selatan.

Dan kini aku berada didalam bilik sempit yang memuatkan 4 orang dengan pengudaraan yang kurang baik dan suhu yang agak panas.

Tapi aku bahagia...

Sebab aku ada internet.Huhuhu.

p/s:Sedang cuba 'hack' sistem kat Flex agar bulan nie gaji aku cecah 4 ribu.




Thursday, October 22, 2009

Bicara tentang permasalahan dari pandangan sudut Razi

Masalah

Pernah tak anda dalam situasi dimana ke kanan anda akan ditembak manakala ke kiri pula anda akan di bom dimana-mana kedua-dua akibat tersebut ialah MATI.


Jika pernah,sila ceritakan pengalaman anda sehingga dapat membaca blog ini.Aku sangat kagum kerana anda masih hidup.


Situasi diatas hanyalah perumpamaan yang sama maksudnya juga dengan diluah mati emak,ditelan mati bapak dimana anda tidak dapat membuat keputusan atas pertimbangan rasional samaada nak bapak ker atau mak yang mati dulu.Begitulah kononnya.


Atas sikap prihatin terhadap masalah kepada semua manusia dimuka bumi ini,aku selaku seorang daripada manusia juga tapi dikurniakan bakat dalam menyelesaikan apa juga masalah akan cuba mengupas dan membantu kamu dalam menyelesaikan masalah yang melanda tak kira dari segi individu mahupun negara.


Berbalik kepada perbincangan tadi,kebanyakan masalah berpunca apabila perkara yang terjadi tidak sama dengan kehendak kita.Sebagai contoh,kamu telan tapi emak yang mati,bukan bapak.Yer...kamu benci bapak kamu sebab asyik tanya soalan pasal burung murai tapi emak pula yang menanggung akibat.Maka itu terjadilah masalah.


Jadi perkara asas dalam menyelesaikan masalah ialah dengan berbalik kepada puncanya.Teliti kembali dimana salah dan silap.Manusia memang dilahirkan dengan sikap lalai jadi cuba untuk meneliti kembali permasalahan tadi akan membantu kamu menyelesaikan masalah.


Setelah ketemu dengan punca permasalahan itu tadi,maka dicarikanlah alternatifnya.Apa guna jumpa punca jika tidak diambil mineral water nya.Betul tak?Disebabkan kamu mungkin tidak faham maka saya akan bagi contoh yang mudah.Ali sedang memandu pada kelajuan 190km/j.Tiba-tiba kereta dihadapan membuat pemberhentian secara terkejut.Maka apa alternatif Ali?


Pertama sekali,Ali boleh cuba untuk melanggar kereta dihadapan.Mana la tahu pemandunya adalah perempuan yang lawa,maka Ali berpeluang bertemu jodoh.Yang kedua,Ali boleh cuba untuk brek tapi pastinya Ali akan langgar juga kereta tersebut apatah lagi jika kereta Ali tidak dilengkapi dengan ABS.Yang ketiga,Ali boleh cuba untuk mengelak tapi mungkin akan masuk gaung dan terus mampus tapi Ali tak boleh ambik pilihan ketiga sebab Ali tak mandi wajib lagi.


Berdasarkan contoh diatas,jelaslah pilihan kedua adalah terbaik kerana peratusan untuk kawan Ali cakap "I kill my friend" adalah rendah.Dengan itu,Ali akan ditimpa masalah untuk bagi suapan pada pihak polis,kos membaiki keretanya dan kos membaiki kereta yang dilanggarnya.


Jadi Ali sudah ada masalah sekarang.Err...perlu ke saya bagi alternatif kepada masalah Ali yang seterusnya?


Saya pasti pembaca adalah terdiri daripada mereka yang tinggi daya tumpuan,minat membaca malah berfikiran kritis kerana berjaya baca sehingga ke perenggan ini sedangkan saya sebagai penulis juga mulai merasa mual.


Akal yang tenang diperlukan bagi menyelesaikan masalah.Pernah tak barang anda hilang sewaktu sudah lambat ke tempat kerja atau kuliah?Ini biasanya berlaku kerana pada ketika dan saat itu,minda anda sedang bercelaru dan anda cenderung untuk melakukan kesilapan pada ketika ini.Jadi biar saya ajar cara untuk tenang buat seketika.Cara untuk tenang buat seketika adalah dengan melakukan aktiviti yang tidak memerlukan kecerdasan otak berfikir.Sebagai contoh,membuang air besar.


Ramai beranggapan masa yang digunakan untuk membuang air besar adalah satu pembaziran.Saya kata tidak! Ini kerana jarang sekali anda mengira daya yang diperlukan untuk tahi jatuh dari bontot ke dalam lubang jamban atau dalam kata mudahnya,anda hanya fokus kepada mengeluarkan sesuatu dari lubang dubur saja.Ini bermakna minda anda tidak memikirkan apa-apa yang berat tapi tak tahu la kalo anda kena sembelit atau yang sewaktu dengannya.


Jadi ruang waktu antara anda sedang membuang air besar itu minda anda telah menjadi tenang umpama air di Tasik Kenyir.Banyak lagi aktiviti singkat yang boleh dilakukan antaranya seperti tarik nafas atau mengambil wudhuk.Mandi juga sama.


Untuk umat Islam,kita ada sembahyang istikharah sebagai senjata kita dalam membantu membuat keputusan yang tepat.Kita mintak pada Yang Maha Mengetahui agar dapat membantu kita membuat keputusan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Bunuh diri adalah jalan terbaik kepada penyelesaian masalah?Siapa kata?Biar saya huraikan permasalahan yang akan timbul akibat dari membunuh diri.Pertama sekali ianya akan menyusahkan pihak polis untuk melakukan post-mortem,tulis repot,dan lain-lain yang berkaitan.Bagi pihak pengurusan mayat pula,mereka terpaksa memandikan dan mengebumikan dan ianya adalah satu tugas yang memenatkan apatah lagi dalam keadaan mayat yang mungkin lebih seram dari cite Zombie Kg. Pisang.Para bomoh dan alim ulama pula akan sibuk menghalau hantu hasil daripada bunuh diri tadi...eh...macam confirm jer kalo bunuh diri jadi hantu.Jadi anda nampak tak sekarang masalah yang akan timbul dari bunuh diri tadi?Itu belum masuk part kena seksa kat neraka lagi,tak bau syurga lagi,family malu lagi...ha! jawab! jawab!


Namun begitu,kita sebagai manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan.Beri ruang untuk diri kita melakukan kesilapan kerana pengalaman adalah guru terbaik.



  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP