Sunday, December 27, 2009

Esok masih ada (tajuk ala-ala novel)

Share

Dari bawah ibu aku jerit "Along! bangun.Nanti lambat".

Dengan keadaan masih mamai,aku berjalan turun tangga dengan mata pejam.Memang hebat sebab boleh sampai bawah tanpa tercedera.

Basuh muka ala kadar lalu terus makan nasi lemak sotong was-was (tak pasti sotong ker cicak tapi dalam sambal semua nampak sama).

Naik atas balik terus masuk bilik air untuk mandi.Cuci muka dengan pencuci tandas agar muka tidak tumbuh jerawat.Cubalah amalkan nescaya muka akan berkilat dan licin macam mangkuk jamban.

Dan siap mandi,pau pewangi bapak jenama Versace agar bau sama.Barulah bapak borek anak rintik.

Dari atas jerit pada ibu yang sedang baca suratkhabar dibawah "Mama,nak pakai baju apa?".

"Pakai baju kemeja la" ujar ibu lalu terus sambung baca balik gosip pasal Awal Shaari kena tangkap sebab taknak kencing dalam botol kecik.Alasan tak muat.Ecece...toksah tipu la.

Bukak almari cari baju kemeja dan seluar slack.Tiba-tiba ada kat kawasan salji.Ala,diorang tak kemas lagi ke set pengambaran Chronicle of Narnia nie.Maka 15 minit diperuntukkan untuk mix and match baju dan seluar slack.Dah sudah pilih kena gosok pulak.Sebab takde spray air maka kena letak air atas tapak tangan pastu renjis-renjis tapi tertuang satu botol.Damn!

"Baba taknak temankan ko" tiba-tiba bapa aku bersuara.

"Tapi Ba..."

"Takde tapi-tapi...ko pegi ajak Puyat temankan"

Pasrah dengan keadaan itu,aku pun terus dail no. handphone Puyat.

"Hello Puyat,temankan aku boleh?"

"U salah no.Ini lumah olang cina"

"Ooo...soli soli"

Dail balik dan dapat persetujuan dari Puyat untuk temankan.Nasib baik la Puyat selalu bangun awal.Kalo Puyat jenis bangun lewat macam aku,memang pegi sorang-sorang la aku gamaknya.

Sebelum pegi cium tangan makbapak mintak berkat dan kad untuk isi minyak.Ala,aku tolong bapak aku kumpul point nanti boleh menang hadiah (alasan).

"Ko nak bayar yuran tak?" tanya ibu secara tiba-tiba.

"Ala,hari nie ahad.Bank mana bukak.Takyah dulu la" balas aku sebab malas nak bukak kasut.

Sampai jer Dewan Sri Budiman, terus usha-usha awek baru carik pintu masuk.

Di check point pertama,penyerahan laporan kesihatan:

Nurse:Ha,letak surat tawaran kat situ.
Aku:Selai jer ek?
Nurse:A'ah selai jer.

Lapan detik kemudian...

Nurse:Eh,adik...borang nie takde gambar.
Aku:Jap ek Kak...(lalu terus selongkar fail padahal dah yakin memang takde)
Aku:Ala Kak,lupa la
Nurse:Takpe,tulis nama kat situ (sambil tunjuk satu senarai nama borang tidak lengkap)

Di check point kedua,ambik gambar kad matriks:

Aku beratur sambil kepit fail kat ketiak macam ceti.Nasib baik tak pakai kain.

Aweks begitu banyak sekali.Ada sorang awek nie aku usha-usha sebab comel sangat.Tiba-tiba ada budak kecik lari kearah dia jerit "Mama! Mama!".Oh aku berdosa~ sebab terusha bini orang.

Sebenarnya ambik gambar tak lama tapi jadi lama bila ada calon-calon yang banyak songeh (kesemuanya perempuan) akan cakap...

"Eh tak cantik la gambar sye...ambik lagi sekali Kak"

"Boleh tolong edit tak kasi putih sikit"

"Ambik gambar muncung-muncung boleh tak?"

Bila tiba giliran aku,Akak tue tanya nak bubuh nama Mohd ker atau Fakhrurazi?Aku spontan jawab Fakhrurazi.Nasib baik aku tak spontan mencarut "Fuck U Razi!".

Di check point ketiga,pendaftaran IPsis:

Aku bagi Mykad aku untuk Akak tue scan.Pastu akak tue aku tengok kejap-kejap cucuk Mykad aku dalam mesin scan dye...kejap-kejap tarik balik.Pastu kepak-kepakkan kad aku.Dia cucuk balik.Dengan muka berkedut dia cakap "kad adik nie takleh scan la"

"Habis camne?"

"Takpe,adik pegi daftar dulu".

Aku pun menunggu giliran untuk daftar.Sampai jer giliran aku,akak tue tanya "slip bayaran yuran mana?"

"Tak bayar lagi"

"Bila nak bayar?"

"Esok kot"

"Ok,esok datang ofis baru boleh register"

Dengan muka kelat,aku berlalu pergi meninggalkan Dewan Sri Budiman...

14 comments:

a d r e y n i e e l i s y a December 28, 2009 at 1:03 AM  

dah macam baca novel lakz!!

lawatang geng blogger n dpt klik nuffy..
nzn kt cn

epalejau December 28, 2009 at 1:13 AM  

checklist:
- gambar.
- myKad.
- yuran.

sume tak kena neh..
camne nak reg?
:)

apek December 28, 2009 at 2:40 AM  

standard..dasar foreigner..

from bangla with love..wakaka

Nashays December 28, 2009 at 10:03 AM  

ini betul2 punya register atau mimpi lagi...

::h.i.k.a.r.i..k.a.m.i.y.a:: December 28, 2009 at 6:20 PM  

ada sambungan tak nih??

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 29, 2009 at 1:02 AM  

adreynieelisya:novel?hihi.

epalejau:alhamdullilah...hari nie smua setel.huhuhu

apek:oit,kirim buah pala sepeket

nashays:hahaha.bila pulak mimpi register?

paan:ko nak aku sambung ker?ala,hari nie register takde yang menarik la.

ieQa sWetLuv December 29, 2009 at 1:38 AM  

amboii sungguh rajen menaip.. panjang amat huhuhu ;p

zahara sufian December 29, 2009 at 11:18 AM  

"Fuck U Razi!". hahahahah... aku simpan kan je dlm ht aku selama ni :P

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 29, 2009 at 2:43 PM  

Ieqa:panjang ker?

Raja:U want to fuck me?huhuhu

Ajim December 29, 2009 at 11:24 PM  

Ko buat pe zi? Jadi lecturer ke?

hanna manSeez December 30, 2009 at 1:21 AM  

oit!! budak2 back to skul, ko pun nk back to skul gak ker..hoh!

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 30, 2009 at 10:20 AM  

Ajim:Xla Jim.Aku bosan keje kilang.Aku apply tukang kebun macam cite Papadom.

Hanna:Hahaha.Back to campus la.

zahara sufian January 4, 2010 at 12:44 AM  

eeeuuuuu...tak ingin aku!

fndrocka January 4, 2010 at 10:58 PM  

selamat memulakan semester baru!! no money no talk

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP