Friday, December 4, 2009

Cool ker jadi doktor?

Share

Aku mulai tengok Nobuta Wo Produce semalam.Hari nie sampai episod 8, ingatkan dah habis rupanya Fiza (tokan DVD) tak habis copy. Maka termangu-mangulah mencari punca keseronokan seterusnya.

Lepas satu DVD satu DVD aku usha mencari yang sesuai dengan jiwa dan raga aku sekarang.

Umpama orang mengantuk disorong bantal, penemuan satu DVD cerita bertajuk 'Team Medical Dragon' mengubah keceriaan yang semakin pudar sebentar tadi.

Episod pertama bermula dengan situasi di medan peperangan dimana para doktor bertungkus lumus membedah buah dada pesakit bagi menjalankan pembedahan jantung.

Scene seterusnya dimulakan dengan tepi pantai dimana seorang doktor terkemuka baru lepas romen dan tiba-tiba datang seorang doktor perempuan menawarkan pekerjaan sebagai guard di asrama PTP mengantikan guard Bangladesh yang dihantar balik gara-gara tidak membenarkan seorang penghuni asrama masuk.

Aksi-aksi lucah seterusnya termasuklah bagaimana doktor tersebut berjumpa dengan doktor-doktor lain yang hipokrit,tidak mementingkan nyawa pesakit dan juga waktu menunggu yang lama ala-ala hospital kerajaan di Malaysia sampai pesakit yang dah nak mati naik berang lalu terus mematikan hasrat untuk dapat MC.

Tidak lupa juga aksi-aksi hebat doktor terkemuka bedah jantung yang dipinggirkan bernama Asakura Ryutaro meramas-ramas jantung pesakit yang dah mati sampai pesakit tue hidup balik sebab stim kne ramas.

Aku sangat kagum dan teruja melihat aksi-aksi cool dan bergaya yang dipersembahkan lalu berangan-angan untuk menjadi doktor lagi-lagi aksi Asakura sarung jubah doktor kaler putih itu.Sangat cool sampai rse nak jerit-jerit macam peminat perempuan dapat salam Zac Efron.













Tapi bila bce blog Ika & Najlaa...hmm...xjadi la nak jadi doktor.Lagi-lagi kalo bce blog Naqqib...keh keh...

p/s:Ada sesiapa boleh bagitahu aku apa itu pembedahan Batista?Kalo Gabriel Batistuta aku tahu la...

Camne nak jadi doktor bedah? Masa kelas Biologi suruh potong tikus pun taknak...haihs~


9 comments:

shogunn_general December 4, 2009 at 2:14 AM  

pehal lak libatkn nama aku...huhu..jadi doktor nnt cool kot..hhehe

apek December 4, 2009 at 3:05 PM  

kenape cam ade unsur2 lucah je cite ko nie..ko tgk cite pe laknat??

aminah December 4, 2009 at 4:26 PM  

weh...mna ada ramas jantung tuh stim..sengal..tu cardiac massage..untuk bagi heart beating balik.....

Batista surgery is a procedure to treat heart failure

tengku_fir21 December 4, 2009 at 6:14 PM  

haahha..
baek jgn jadi...
tak best giler
sbb tk der life
wakaka
lain ko jadi specialist...
benci doktot

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 6, 2009 at 6:41 PM  

Naqqib:Ala..ko kan nak jadi doktor.Aku bubuh la nama ko.

Apek:Lucah apanya?Aku tgk drama jepun la

Ika:Ala...mne aku tahu.Aku tgk dye macam ramas-ramas jer.

Tengku:Ko jadi doktor ker?Hmm...nasib baik aku xjadi..keh keh

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 6, 2009 at 6:41 PM  
This comment has been removed by the author.
jalak lenteng December 6, 2009 at 11:26 PM  

bulu..amcam keje..ok tak?

Mohd Fakhrurazi Jamaludin December 7, 2009 at 12:45 AM  

Keje aku sgt best sehinggalah aku kne join Kaizen.

aminah December 7, 2009 at 12:54 AM  

mmg teknik dia gituh la...ramas2..ahaha

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP