PDTrip Ep.2 (Final)
Share
Aku sepatutnya melakarkan kenangan indah ini semalam tapi kerana penat itu lebih pentingkan diri sendiri maka aku cuba untuk mencoret secebis kenangan indah bersama rakan-rakan malam ini.
Hari sabtu yang lepas bersamaan 19hb Disember,disaat-saat Santa Claus sibuk memunggah hadiah untuk kanak-kanak,kami yakni aku,awek aku dan kawan-kawan (malas nak sebut sorang-sorang...lantak la) telah menganjurkan perkhemahan tahunan yang diadakan 76 tahun sekali ikut komet Haley lalu bumi (hiperbola yang menunjukkan memang takde jadahnya pun perkhemahan tahunan...ini la cubaan pertama).
Sabtu,11.45 a.m:
Aku masih bermalas-malas diatas katil.Janji dengan orang tak menepati janji (Suria,sila terasa!) ialah berkumpul di RnR Seremban pukul 4 so aku ada banyak masa lagi.Lalu melihat handphone.Memang itulah rutin harian setelah bangun dari tidur.
Tetiba mesej dari Ajib menyatakan peserta lebih 2 orang sedangkan transport cuma ada 2 pintu.Jadi aku terus roger Puyat suruh kidnap V6 bapak dye untuk bawak peserta lebih ini.
Sabtu,1.00 p.m:
Aku masih lagi kutuk-kutuk orang kat Facebook.Apa aku kisah?Barang semua dah siap kemas.Tinggal tunggu Iqbal saja.Aku cakap dengan Iqbal suruh datang rumah aku pukul 1.30 p.m sebab pukul 2 nak pegi ke Banting ambik kekasih hati yang nak ikut.
Sabtu,2.00 p.m:
Dapat mesej dari Iqbal..."Aku nak mkn dulu.Mak aku br masak".Haihs~
Sabtu,2.30 p.m:
Iqbal baru sampai rumah aku tapi kena tahan dengan guard sebab muka penyamun.Keh keh.Disebabkan risau akan terlambat dan kekasih hati lama menunggu maka aku dan Iqbal terus bergerak tanpa menghiraukan tipu daya syaitan yang suruh pegi lambat sikit sebab yakin Suria akan datang lambat.
Sabtu,3.30 p.m:
Sampai di rumah kekasih hati lalu terus memasukkan barang beliau kedalam bonet.Nasib baik tak masukkan sekali kekasih hati kedalam bonet.
Malas nak drive jadi ugut untuk tinggalkan kekasih hati jika tidak mahu drive sampai RnR Seremban.
Sabtu,4.30 p.m:
Sampai juga di RnR Seremban dengan selamat (merujuk kepada cara pemanduan kekasih hati).
Malangnya,Suria dan Ema masih belum kunjung tiba jadinya kami minum-minum dulu sementara menunggu mereka.
Sabtu,5.00 p.m:
Suria dan Ema baru tiba.Suria menggunakan alasan pehanya yang besar jadi takleh drive laju-laju.
Kami pun meneruskan epik pengembaraan kami.
Sabtu,6.50 p.m:
Kami tiba disebuah pantai setelah puas berlumba dijalanraya.Disini kami cuba untuk mencari port perkhemahan yang sesuai bercirikan mempunyai tandas awam bagi kemudahan peserta wanita.Peserta lelaki boleh pancut sebarang cuma kena mintak izin takut kemaluan tumbuh kat dahi sebab kencingkan orang bunian.
Disini juga kami menemui peserta separa masa yakni Napek,Moox,Raja dan Sa'a.
Perjalanan diteruskan sebab port kurang baik.Atas sebab tertentu,saya telah meninggalkan kekasih hati ke tangan Suria dan Ema.Risau juga saya jika kekasih hati terpengaruh lalu menjadi minah senget macam Suria.
Kali ini kami menuju ke Teluk Kemang.Macam percintaan juga,bukan mudah untuk menemui yang baik.Masakan tidak,MyVi kepunyaan Suria dipandu oleh Ema boleh naik atas divider adalah bukti kukuh yang menunjukkan itu bukan port yang baik.
Sabtu,9.00 p.m:
Kali ini marshal konvoi adalah aku dalam epik pencarian port baik untuk perkhemahan.Dengan yakin dan tawaduknya aku bawak mereka semua sampai sesat.Pasrah dengan keadaan itu,kami semua berpatah balik dengan aku masih lagi menjadi marshal konvoi.
Sabtu,9.30 p.m:
Usaha itu tangga kejayaan.Peribahasa ini sesuai betul digambarkan dengan keadaan kami dimana aku terjumpa signboard menghala ke Tanjung Biru dan tanpa berlengah terus mencacakkan khemah dipantai pasir yang halus.
Sementara itu,satu kumpulan lagi bertungkus-lumus menghidupkan api untuk persiapan BBQ kerana semua peserta sudah bertukar kanibal akibat terlalu lapar.
Sabtu,10.30 p.m:
Pelbagai cara digunakan untuk menghidupkan bara seperti membakar kertas suratkhabar,bakar getah,bakar aku (sebab sesat tunjuk jalan) tapi semua usaha itu menemui jalan buntu.
Lalu Puyat dan beberapa lagi rakan-rakan pergi beli fire starter kat kedai sebab Moox mulai makan daging mentah akibat terlalu lapar.
Sabtu,11.00 p.m:
Kepulangan Puyat disambut meriah dengan paluan kompang lalu api segera dihidupkan.Hotdog dan daging burger adalah menu pertama yang di-BBQ kan sebagai alas perut sebelum masuk ke hidangan utama.
Sabtu,11.45 p.m:
Chef terkenal,Ajib mulai menunjukkan taring beliau dimana ayam yang direndam sempurna didalam rempah di-BBQ.Tak lupa juga satay kambing bercucukkan capsicum (btul ker eja?).Memang menjilat jari sampai ke ketiak.Chef Ajib dibantu oleh Raja yang tak reti memasak dan juga Sa'a sebagai tukang suluh.
Gandingan mantap mereka disaksikan oleh kami semua dengan pinggan kertas ditangan dan air liur berjejehan.
Ahad,12.00 a.m:
Kebanyakan diantara kami ada yang sudah mulai kenyang jadi aktiviti makan daging sedara sendiri pula dijalankan.
Banyak gosip-gosip hangat yang dikeluarkan dan juga lawak-lawak lucah yang diutarakan antaranya:
Raja (perempuan):'Batang' aku mana?
Moox:Ko pegila 'pecahkan' suara budak tue (adik Salikeen umur 12 tahun),Suria.
Ajib:Ko nie dengan budak kecik pun bernafsu ker Ema? (merujuk kepada peristiwa Ema ternampak kemaluan adik Salikeen yang terkeluar boxer
Ahad,1.00 a.m:
Aku dah lapar balik maka pegi bawak pinggan kertas jumpa Ajib mintak makanan.Banyak gila ayam dan satay lebih.Terpaksa habiskan takut orang khemah sebelah mintak.
Ahad,1.30 a.m:
Aku mulai masuk khemah untuk tidur diikuti dengan Puyat dan Habib.Memang bukan idea yang baik untuk tidur awal masa perkhemahan gara-gara suara riuh-rendah bangsat-bangsat yang memekak diluar khemah.
Ahad,2.30 a.m:
Kami bertiga mulai keluar khemah lalu terus join permainan yang dijalankan.Permainan ini mempunyai dua kumpulan dimana setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk berjumpa dengan pengadil dan pengadil akan memberikan kata kunci.Wakil ini akan membuat aksi untuk diteka oleh dua kumpulan tersebut.
Disini banyak aksi-aksi spontan dan kreatif ditonjolkan oleh peserta seperti aksi ikan paus oleh Ema,aksi gelek oleh Musa dan juga aksi hidung babi yang disampaikan oleh Puyat.
Peserta juga banyak diterapkan dengan ilmu pengetahuan am tentang cerita melayu dan antarabangsa,nama-nama pelakon cite lucah dan juga peribahasa.
Kerjasama diantara ahli kumpulan memang sangat memberangsangkan tanpa mengira perkauman (Habib dan Nabil sila terasa!).Inilah semangat 1Malaysia yang kita harapkan.
Ahad,4.30 a.m:
Napek,Moox dan juga Raja mulai bergerak pulang setelah puas mencemarkan pantai dengan bersiar-siar semasa air surut.
Ahad,5.00 a.m:
Aku mulai tidur...
Ahad,6.45 a.m:
Apakebabila tak sampai 2 jam aku tidur.Bingkas bangun menunaikan solat subuh takut kena soal dengan mak melebihi malaikat.
Perut diisi dahulu dengan ayam lebihan semalam dan kepingan roti juga lebihan semalam sebelum memulakan tugas mengorak arus membelah ombak bermandi-manda.
Ahad,8.00 a.m:
Semua peserta mulai bangun kecuali Habib akibat telan ubat batuk semalam.Maka plan untuk mencampakkan beliau kedalam laut dirancang yang secara semangatnya dipersetujui oleh semua peserta sebulat suara.Benda jahat memang senang dapat sokongan.
Mujurlah Tuhan itu masih sayang padanya.Rancangan kami digagalkan apabila terlihat kelibat Habib menukar seluar trek untuk mandi.
Ahad,10.00 a.m:
Semua peserta diarahkan naik kerana umat manusia makin ramai dan cuaca mulai panas.
Sesi bergambar diadakan bagi mengabdikan kenangan ini dalam sekeping gambar yang akan ditag di Facebook kelak.
Kami kemudiannya menuju ke sebuah kedai mamak untuk bersarapan pagi.Suria marah-marah pada masa ini kerana kari kambing yang diorder tidak sampai lalu beliau terus bertukar menjadi mamak dan ambik sendiri kari kambing tersebut.
Ahad,12.00 p.m:
Kami semua bergerak pulang menuju ke destinasi masing-masing dengan ingatan tulus ikhlas dan kenangan manis bersama dalam epik pengembaraan yang penuh dengan saat-saat tragis dan mendebarkan.
14 comments:
ko asa?
asik kutuk aku je..
haihs...
xpe2...
hahahaha
syiok nyer bersuka ria..
bestnyee!
asal asyik suria je yg kene..haha
apek: aku rase razi suke aku kot..
haih...hahahahaha
Ervina : gurau je weh
eh...eh..bahagia gler..
pasnih trip mst ajak aku tau..
Suria:Hahaha.Masalahnya smua btol kan?
Aisumi:Huhuhu.Lari dari kesibukan kota dan stress kerja takpe sekali-sekala.
Anie:Apsal ko takde?Ko bukan posting lagi pun.
Apek:Sebab dah memang dia yang buat.Takkan aku nak tuduh orang lain.
Raihana:Suria! Sila jawab kenapa ko tak ajak Raihana.
wuahhh...
MESTI buat tahunan ke??
er.. bulanan tak de? beh aku join...~
klu ko sertakan link aku sekali xpe gak..boleh promote..haihs...
Paan:Aku tertanya-tanya gak kenapa ko tidak hadir hari itu...sibuk dgn TV9 ker?
Suria:Kalo aku promote pun...aku dapat apa?Jangan kata dara,blanja makan pun belum tentu.Wakaka.
hua hua tv9 tu kerja sampingan(bluffing!)
Aku tak tau menahu la..
ko nak dara ke?
lah..asal xckp...aku boleh bg dara..
Minyak kelapa Dara...ko jd tupainye..
oit, pesal takde org inform kt aku pasal trip g pd ni?? siot! dah la time tu aku mmg ada kt pd!!
Chef Ajib dibantu oleh Raja yang tak reti memasak dan juga Sa'a sebagai tukang suluh. - WEYH AKU RETI MASAK LA! hahahaahaha ranap pisau ajib aku kerjakan :P
Gandingan mantap mereka disaksikan oleh kami semua dengan pinggan kertas ditangan dan air liur berjejehan.- TAU PUN KORG TAK MEMBANTU LANGSUNG! hahaha..dok bergosip je kat atas tikar tu...ingat aku tak dgr :P
weyh razi..aku tak ingat dowh bila mase aku cakap "mana batang aku?" ahahahahahaahah...siol je..padanla ko menghina aku dan mngatakan kesian pada bf ku sbb dpt shemale :P hahahaha
Post a Comment