Thursday, August 25, 2011

Persiapan raya

Share

Ini nak cerita sedikit persiapan raya aku budget aku rupa macam Awal Ashaari semua orang nak tahu cerita sampai ke dalam boxer.

Pertama sekali setiap kali pergi kerja aku akan pastikan semua kerja hari itu akan dibereskan hari itu jugak.Mana-mana yang tak beres akan aku serahkan pada rakan sekerja lain yang dah sibuk nak raya biar diorang tak boleh cuti awal.

Cuti raya pun aku dah apply sebulan awal sebelum puasa bermula lagi kononnya balas dendam tahun lepas dapat cuti raya 3 hari saja.

Baju melayu tahun ini pakai 2 tahun lepas punya.Rasanya elok lagi takde lubang kesan main mercun sebab kerajaan haramkan mercun sejak aku tingkatan 1.

Kuih raya semua bukan hal aku itu hal perempuan.

Langsir pun bukan hal aku.

Kereta itu bapak aku punya hal.

Jadual beraya aku dah serahkan pada kawan-kawan.

Zakat fitrah baru bayar itu hari.Pertama kali bayar sendiri.Nasib baik masa salam aku tak cakap "Saya terima nikahnya" pasal nervous sangat.Tahun depan kena bayar double.

Bilik aku sentiasa kemas macam hotel 5 bintang.Cuma tandas saja kena touch-up sikit sebab dah ada rupa rumah tumpangan punya tandas.

Puasa tak pernah miss.

Cuma...satu saja tak setel lagi.

Duit raya nak bagi bebudak mana nak cekau?Tolonglah company yahudi kasi gaji awal sikit!



p/s : Siapa nak duit raya meh print entry aku banyak-banyak.

Pecah kaca pecah tembelang,
Sudah baca, klik Nuffnang.
Eceh!!

Saturday, August 20, 2011

Datang lewat

Share

Tadi masa di ofis,sedang aku tekun berlakon kengkonon banyak kerja.Tiba-tiba datang orang dari department akaun menghulurkan sekeping kertas.

Rupanya kertas itu mengandungi nama mereka yang datang lewat ke ofis.Paling celaka bila nama aku atas sekali dalam list.

Disebabkan aku kadang-kadang kerja pada hari Sabtu maka aku layak menerima insentif tapi atas kelewatan itu insentif aku ditolak sebanyak 50%.Sebenarnya aku bukan kisah sangat pun dengan insentif company aku yang penuh dengan ketidaktelusan.Kerja macam nak gila kadang-kadang tak dapat jadi pegi mati sajalah kalau nak harapkan pada insentif itu.

Cuma yang aku risaukan nanti reputasi aku pada bos jadi tak elok.Padahal aku lewat pun sebab hari itu polis buat roadblock masa BERSIH jadi memang jalan semua jem takkan nak aku pergi kerja ikut sungai?

Lagi satu aku tengok bos aku pun kadang-kadang datang pukul 9 apa cerita?

Lalu bila bos panggil aku masuk bilik pasal benda alah ini,otak aku pun ligat berputar.

Macam biasa mesti kena dengar ceramah dulu dari bos.Part yang ini memang paling basic la dekat mana-mana company kecuali kau kerja dengan gangster yang silap sikit pistol acu dekat kepala.

Bila tamat ceramah maka barulah sesi soal-kau-berani-la-menjawab dengan bos.

Aku tarik nafas dalam-dalam lantas aku lontarkan segala yang terbuku dalam hati

"Sebenarnya sepanjang saya kerja dekat sini,saya keliru dengan waktu kerja saya.Masa saya baru join company,takde satu dokumen pun yang menyatakan waktu kerja saya.Pulak itu bila saya tengok bos kadang-kadang masuk pukul 9 jadi saya rasa kalau pemimpin sendiri tak betul jadi macamana anak buahnya nak betul.Ini ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus.Bos pernah dengar kepimpinan melalui teladan?Jadi kalau bos sendiri tak tunjukkan teladan yang betul,saya rasa baik saya saja ambil alih tempat bos!"

...............................................................................................................

Berani pulak kau nak cakap macam tue Razi oi! Haktuih!





p/s: Aku respek bos aku walaupun dia selalu cakap tak serupa bikin.Sebab dia pandai jalan mesin.Aku tak pandai.

Wednesday, August 17, 2011

Update Cepat Siri 2

Share

Dah lama aku tak update blog.Kalau aku update pun bukan ada orang nak baca balik-balik aku jugak yang bukak sendiri pastu klik iklan Nuffnang sendiri.Nasib baik aku tak komen sendiri macam loser gila.

Hidup aku ok.Tak banyak yang berubah.Kalau ada pun mungkin dah berisi sedikit.Itupun tak ketara sangat macam sesetengah member.Habis belajar jer badan semua macam kena pam.Mengembang jer.Kalau yang perempuan dah kahwin aku faham la siapa yang 'pam'.Keh...Keh...

Rutin aku bangun pagi pergi kerja balik kerja malam tengok movie.Kalau takde movie pun aku takde hati nak update blog.Nak bukak blog sendiri pun malas apatah lagi nak bukak blog orang lain.Entah-entah Hanis Zalikha pun dah kahwin kot sekarang.Nak cakap lama gila tak bukak blog secara metaforanya.

Sekarang ini aku rasa nak beli sebijik kamera DSLR.Tapi duit semua dah masuk budget kahwin jadi aku tangguhkan dulu perasaan aku.Bukan apa,aku sebenarnya nak pergi bercuti sorang-sorang.Pergi satu tempat yang masih terpelihara daripada pembangunan pesat.Pastu aku pergi naik keretapi saja.Itu yang nak beli DSLR sebijik kalau tak macam tak lengkap la percutian.

Sebut pasal kahwin,hari itu waktu dalam kereta aku dan tunang aku sesaja discuss pasal balik raya.Aku suggest raya pertama bersama kitaorang raya kampung aku.Tapi dia nak raya kampung dia (macam dia ada kampung).Bahaya benda-benda begini kalau diteruskan jadi aku usulkan satu cadangan yang bernas.Seminggu raya kitaorang raya kampung aku,balance itu semua raya kampung dia.Tapi seminggu raya itu adalah seminggu pertama....hahaha.

Hari itu masa lepak entah camne aku dan kawan-kawan boleh terdiscuss pasal bulan puasa betul ker syaitan kena ikat.Semua setuju dengan pandangan biasa bahawa syaitan kena ikat waktu bulan Ramadhan tapi tiba-tiba member aku cakap "Abis apsal korang semua ada kat sini?".Macam siot mulut.

Lagi...

Aku rasa bos aku sengal la.Hari itu aku tengah meeting pasal outstanding problem.Camne nak setelkan semua problem tue.Tiba-tiba dia masuk dalam meeting,tanya dua-tiga soalan lepas itu dia marah-marah.Dia cakap apsal banyak problem tak setel.Dia suruh kitaorang semua discuss camne nak setelkan problem tue.Aku dalam hati cakap "Abis kitaorang semua buat apa sekarang nie?Main golf?".Tapi cakap dalam hati saja la.Biasalah,bos is always right,we always left.

Macam mengarut aku tulis panjang-panjang nanti sudahnya tak boleh publish pulak.Ini pun dah nampak error saja nak save draft.Oklah bye semua aku ucapkan

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & SELAMAT HARI RAYA".




  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP