Saturday, July 31, 2010

Muka aku macam FOREIGNER?

Share

Macam biasa hari-hari aku dan Apek akan lepak dekat Jusco waktu rehat untuk solat maghrib pasal itu jer surau yang dekat.Padahal kalau kira jarak,umah aku takdela jauh mana tapi mengenangkan nasib Apek yang akan makan roti sorang-sorang sedangkan aku melantak nasi lauk udang masak sambal boleh menitiskan airmata juga.

Demi sebuah persahabatan,aku temankan juga Apek sama-sama makan roti waktu rehat.Susah sama-sama,senang sorang-sorang la baru ikut etika kawan time senang,bukan macam MLM.

Dan hari ini juga macam hari-hari biasa,lepas makan roti dan minum air nescafe,masing-masing menyalakan rokok sambil berborak mengumpat dan juga mengajukkan budak India yang gagap nama Sanjivan.

Lepas sebatang habis,biasanya terus tarik lagi sebatang rokok dari kotak.Entah jahanam apa hari itu boleh pulak aku lupa bawak lighter dan lighter Apek pulak habis gas.Terpaksa la Apek jalan kaki pergi kedai kejap beli lighter.

Aku pulak terus cuba hidupkan lighter yang habis gas tue dan menemui kejayaan setelah melecet ibu jari roling batu lighter tue.

Bila Apek datang,rokok aku baru separuh hidup tapi pembakaran tak sempurna menyebabkan penarikan asap juga turut kucar-kacir.

Aku pun terus campak ke lantai dan ketis rokok Apek sebatang.

"Aiya...u orang kan,jangan la buat itu macam" tiba-tiba Auntie depan kami bersuara.

"Kesian tau itu orang yang kutip sampah kena kutip u punya puntung.U tau ka,kalau dekat Singapura nie u dah boleh kena saman" sambung Auntie tue lagi.Aku dan Apek dah buat muka insaf sambil duduk antara dua sujud.

"U orang nie FOREIGNER ka?" tanya Auntie tue lagi.

Aku pandang Apek,Apek pandang aku.Kami sama-sama buntu.



Lepas Auntie tue blah,aku dan Apek berbincang...muka kitaorang nie ada macam foreigner ke?





Aku rasa muka Apek macam Nepal!





Apek rasa muka aku macam Bangla!





Kau orang rasa macamana?


Belah kiri Apek,Belah kanan aku! Berani la komen cakap muka aku macam bangla.





p/s:Lupa nak cakap terima kasih dekat Auntie tue pasal ingatkan aku salah satu bahagian iman.


Thursday, July 29, 2010

Lawak kerja

Share

Suasana di pusat tuisyen tempat aku kerja masih sunyi lagi,belum ada budak yang datang.

Aku dan Apek sibuk menanda latihan yang telah dilakukan oleh budak-budak tue.Memang menguji kesabaran dan keimanan tengok latihan yang kadang-kadang ada tumpahan kicap.Tambah sadis bila namanya berbunyi ke'cina'an.Mungkin tumpahan kicap dari lauk babi masak kicap.Kena standby tanah hari-hari kalau begini.

Bagi mengisi kebosanan itu,aku pun borak-borak dengan Apek.

"Kau nak keje tak?" tanya aku secara tiba-tiba.

"Keje kat mana?" tanya Apek kembali.

"Keje kat Dubai" jawab aku.

"Keje jadi apa?" Apek mula menunjukkan minat.

"Keje curi pasir" jawab aku,selamba.




..............................................................................................................

Masa itu aku dah dekat 3 bulan menganggur.Asyik turun naik syarikat jer pergi interview tapi kerja tak dapat-dapat.

Suatu petang,aku lepak-lepak dengan member aku nama Puyat.

"Wei kau nak keje tak?Dekat kilang gula,CSR area Shah Alam tue ada kosong.Gaji dia tinggi gak" soal Puyat.

"Kerja apa?" tanya aku secara teruja.

"Kira semut!" jawab Puyat,juga secara selamba.

"Damn u!"

Monday, July 26, 2010

Slot Misteri di Blog Razi Bahagian Akhir

Share

Bagi sesiapa yang baru pertama kali buka blog ini,harap dapat baca dulu Episod 1,Episod 2,Episod 3 dan Episod 4 sebelum membaca bahagian akhir cerita ini.Nanti kalau tak faham jangan salahkan aku.Salahkan ibu yang mengandung...eh apasal pulak?

......................................................................................................................

Najiha menarik nafas panjang sebelum memulakan cerita.

"Pertama kali Najiha jumpa Dr.Rozmi ialah 8 tahun yang lepas.Waktu itu Najiha menghadapi kanser otak peringkat akhir.Dr.Rozmi mengambil Najiha sebagai subjek kajian beliau dalam merawat kanser otak.Beliau menggunakan kaedah perubatan terbaru yang mengabungkan penggunaan otak secara maksimum,hipnosis dan pemikiran positif bagi melawan kanser Najiha.Dengan kuasa Allah,Najiha sembuh tapi secara tidak langsung juga kaedah itu membolehkan Najiha juga ada keupayaan yang sama macam Hakim"

Najiha memegang tangan Hakim.

"Dr.Rozmi sebenarnya seorang yang baik.Serius tak tipu!" tekan Najiha.

"Jadi,kenapa Najiha kata Dr.Rozmi punca kepada peristiwa 6 tahun dahulu?" soal Hakim bingung.

"Bila Dr.Rozmi tahu keupayaan Najiha,beliau menjadikan Najiha subjek kajian beliau.Daripada seorang yang pemurah dan baik hati,Dr.Rozmi mulai dibayangi kuasa dan ketamakan.Beliau memaksa Najiha membuka dimensi ke-4 dan ke-5.Dan sewaktu ujian yang dilakukan bagi membuka dimensi ke-6,waktu itulah kesilapan berlaku kerana Najiha belum cukup kuat dari segi fizikal.Selebihnya Hakim tahukan malapetaka apa yang menimpa?" terang Najiha panjang lebar.

"Maksud Najiha,peristiwa tsunami tahun 2004 itu?" soal Hakim mencari kepastian.

"Ya! Dr.Rozmi berhasrat untuk mengawal dimensi ke-6 bagi menjadikan dia orang paling berkuasa di dunia" terang Najiha lagi.

"Jadinya untuk apa dia suruh Hakim cari Najiha?Kenapa tak suruh Hakim saja yang buka dimensi ke-6?" tanya Hakim ahh...banyak tanya pulak kau kata aku.

"Untuk buka dimensi ke-6,ia memerlukan keupayaan otak dari dua individu yang mempunyai keupayaan setara.Kalau ikut teori Albert Einstein,jika kelajuan kita sama dengan kelajuan cahaya,ada kemungkinan kita mampu merentasi masa.Untuk itu,dua individu diperlukan bagi menyongsangkan arah tarikan graviti bumi dan mencipta ruang vakum umpama lubang hitam supaya bumi dapat berputar lebih laju dari cahaya.Keadaannya perlu tepat jadi untuk itu komunikasi secara telepati adalah paling sesuai" jawab Najiha.

"Rancak berbual?Ooo...orang bagi salam taknak jawab.Dosa! Dosa!" tiba-tiba muncul Dr.Rozmi dekat tingkap macam ahli mesyuarat tingkap.

"Eh lahanat nie..." Hakim bersuara tak puas hati cuba menerbangkan Dr.Rozmi.

"Aaa...nanti dulu...cuba tengok dekat luar tue!" balas Dr.Rozmi bila tengok Hakim mula mengangkat tangannya.

Diluar kelihatan sebuah kereta Datsun lama.Dekat tempat pemandu ada Zul.Manakala seat belakang pula ada Roslan dan Karimah.Dengan jelas Hakim melihat Karimah ditutup matanya dan mulutnya.

"Eh,itu bakal bini aku!..."jerit Hakim. "Lepaskan dia tua sial! tua nafsu syaitan! perogol cucu sendiri" tambah Hakim lagi.

Dr.Rozmi muka sedikit bingung celah mana pula Karimah tue cucu aku,kahwin pun tak lagi.

"Kalau kau nak bakal bini kau selamat,kau dan Najiha ikut aku ke makmal.Kalau tak,hari ini juga aku masuk minang dia....hahahaha" ugut Dr.Rozmi sambil gelak evil.

Malas nak lawan cakap orang tua,Najiha dan Hakim pun naik kereta Datsun tue. Pn.Kalsom jer tak ikut sebab kereta tak muat...eh kau ingat diorang nak pegi berkelah ker apa?

Sampai dekat makmal,Hakim dan Najiha dipaksa masuk kedalam satu balang kaca saiz saiz keranda.Sebaik saja mereka masuk,keluar satu cecair dari paip yang disalurkan ke dalam balang kaca tersebut.Cecair tersebut sebenarnya dadah bagi memberikan Najiha dan Hakim ketahanan dari lesu.Lebih kurang Tongkat Ali dan Kacip Fatimah la dia punya penangan.

Zul dan Roslan sibuk bukak valve pressure dan suis sana sini.Yang si Karimah dah kena tambat dekat tiang bendera luar makmal.Dr.Rozmi pula sibuk tengok graf denyutan jantung Najiha dan Hakim sambil menunggu masa untuk menekan butang 'On'.

"Akhirnya,dunia akan tunduk dibawahku....bwahahaha" jerit Dr.Rozmi sambil gelak macam Prof.Klon.

"Tak semudah itu!! Step on my dead body first!" tiba-tiba jerit Pn.Kalsom dari celah mana ntah.

Rupanya Pn.Kalsom dah follow siap-siap naik motor Honda bulat arwah suaminya.Terus dia langgar Zul dan Roslan dan sebab mereka berdua nie watak picisan jadi aku pengsankan mereka berdua,nak melawan lebih-lebih tak guna.

"Aku takkan biarkan kau hancurkan rancangan aku!! jerit Dr.Rozmi,ayat nak ikut skrip sangat.Terus dia tekan butang 'On'.

Mesin apa ntah namanya aku lupa nak bubuh terus beroperasi.Turbin dan kipas ventilation pusing laju.Pn.Kalsom dah cemas.Tengok mulut Hakim dan Najiha dah keluar buih-buih.

Entah kenapa tiba-tiba mesin tue berhenti.Lepastue keluar Karimah dari belakang mesin eh dah macam magik pulak."Hahaha...aku dah cabut plug dia" kali ini giliran Karimah pula gelak evil.

Pn.Kalsom segera mendapatkan balang berisi Najiha manakala Karimah pula pergi ke balang berisi Hakim.Hakin dan Najiha terbatuk-batuk sebaik saja dikeluarkan dari balang itu.

"Bodo punya orang tua,kau bubuh cecair tue lupa nak bubuh oksigen dah tue camne aku nak bernafas?" jerit Hakim sambil Najiha angguk-angguk.

"Eh lupa...hehehe" Dr.Rozmi senyum kambing.

"Menyerah sajalah Dr.Rozmi.Tadi makcik dah call polis" Pn.Kalsom meminta Dr.Rozmi menyerah.

"Jangan bergerak,kami polis!" tiba-tiba keluar polis dari pintu depan makmal.Ekeleh dah macam polis cite hindustan,dah settle semua baru nak sampai.

"Korang agak-agak aku nak menyerah tak?" tiba-tiba Dr.Rozmi bertanya serentak dengan itu juga semua anggota polis tadi tunduk memegang dada seolah-olah susah bernafas.Pn.Kalsom,Hakim,Najiha dan juga Karimah semua kaget.Rupanya Dr.Rozmi juga ada kebolehan yang sama serius aku pun baru tahu masa aku type nie.

Terus diangkatnya Pn.Kalsom ke udara lalu dicampak ke dinding.

"IBU!!!" jerit Najiha lalu berlari mendapatkan ibunya.

Lepas tue Dr.Rozmi try angkat Karimah pula tapi segera dihalang oleh Hakim.(Lepas habis baca perenggan ini,terus klik play dekat playlist.Terima kasih!)


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



Hakim serta merta menukarkan graviti disekelilingnya kepada kosong.Serentak dengan itu juga badannya terapung.Dr.Rozmi taknak kalah pun buat perkara yang sama.

Sudahnya dua-dua terapung.

Hakim angkat kereta polis tadi dalam dua bijik dengan mengurangkan graviti lalu mengubah arah tarikan graviti kearah Dr.Rozmi.Kereta polis yang melayang ditepis Dr.Rozmi hampir mengenai Karimah.Yang Najiha tengah sedih lagi tak pasti Pn.Kalsom hidup lagi ker tak tapi nampak gaya macam dah mati.

Hakim terus terbang ke luar makmal.Takut cederakan Karimah pula.Dr.Rozmi turut ikut sekali.

Diluar,Hakim acungkan tangan keudara lalu membentuk bebola graviti yang jika terkena badan Dr.Rozmi boleh menghancurkan terus semua tulangnya akibat tekanan yang terlalu kuat.Dr.Rozmi pun taknak kalah dia boleh layan buat bentuk bulan sabit la,keris la...ntah pape Dr.Rozmi nie tapi kuasa memusnah boleh tahan juga.

Bila kuasa Dr.Rozmi dan Hakim bertemu,ia mewujudkan satu kawasan vakum menyebabkan semua benda musnah dalam pelanggaran itu.Anggaran kuasa ala-ala bom atom.Habis musnah kawasan hospital dan sekitarnya.

Hakim menarik nafas panjang.Selain berdepan dengan penggunaan otak yang maksimum,beliau juga perlu kental dari pengsan sebab dia fobia tinggi tapi sebab Karimah tengah tengok jadi dia tahankan.

"Go sayang! You can do it!" jerit Karimah memberi sokongan.

Di pihak Dr.Rozmi pula,maklumlah dah tua,lutut pun dah start menggeletar.Itula pasal dia suruh Hakim dengan Najiha yang bukak dimensi ke-6,sebab dia dah tak larat.Kalau tak dia buat sorang jer fikirnya.

Mereka berdua mengambil nafas.Hakim tercungap-cungap masih kontrol.

Tiba-tiba Dr.Rozmi pitam lalu jatuh ke tanah.Nasib baik jatuh atas Zul dan Roslan jadi kecederaan takde teruk sangat.

Hakim pun terkejut juga.Ekeleh,senang beno menangnya.

Rupanya Dr.Rozmi diserang sakit jantung akibat penggunaan otak yang berlebihan.Turun naik dadanya menarik nafas.

Najiha keluar dari tempat persembunyian bersama ibunya.Ceh,hidup lagi Pn Kalsom.

"Biarkan dia Hakim.Biarkan dia mati!" kata Najiha sambil memandang Dr.Rozmi dengan penuh kebencian.

"Najiha,Hakim...biarlah orang nak buat jahat dekat kita...tapi kita janganlah berbuat begitu kepada mereka.Jika tidak,kita sama saja macam mereka." Pn.Kalsom bersuara bila melihat perangai anak perempuannya yang memberontak.Eh,membenci.

"Selamatkanlah dia..." sambung Pn.Kalsom lagi.

Najiha tiba-tiba insaf.Airmatanya mengalir."Jom Hakim,kita selamatkan dia" sambil menarik tangan Hakim.

"Tapi jantungnya dah berhenti berdegup?" soal Hakim.

"Takpe,jangan putus asa.Ada masa 4-6 minit sebelum berlakunya brain death.Mari kita selamatkan dia" Najiha meletakkan tangannya ke dada Dr.Rozmi.Hakim juga turut melakukan perkara yang sama tapi dibahagian belakang badan Dr.Rozmi.

Mereka melakukan 'cardioversion' (prosedur perubatan yang menggunakan elektrik bagi meransang jantung agar berdegup kembali).Mereka menumpukan gelombang cas dari seluruh tubuh dan ditumpukan pada tapak tangan.Jelas kelihatan arus mengalir diantara jari ke jari mereka.

Dupp!! tubuh Dr.Rozmi terangkat.Hakim segera check nadi Dr.Rozmi lalu menggeleng.

"Kita cuba sekali lagi ya!" pujuk Najiha.

Dupp!! tubuh Dr.Rozmi terangkat lagi.Segera Hakim check nadinya."Eh check nadi kau buat apa,check nadi Dr.Rozmi la." arah Najiha.

Hakim tersenyum.Segera dia check nadi Dr.Rozmi lalu berkata,"Alhamdullilah!"

.............................................................................................................

Bunyi paluan kompang bertalu-talu diselang-seli oleh suara sumbang menyanyikan lagu 'Selamat Pengantin Baru' oleh Persatuan Kompang Kampung Pening Lalat.

Ibubapa Hakim pula sibuk salam tetamu yang meraikan hari bahagia anak mereka.

Hakim dan Karimah selamat diijabkabulkan pagi tadi dan sekarang sedang bersanding sambil dtepung tawar oleh Pn.Kalsom yang datang bersama Najiha dan suami barunya.

"Ayah taknak tepung tawar mereka?" tanya Najiha.

"Takpela!" jawab Dr.Rozmi sambil berlalu pergi membawa bunga telur.




-The End-

..............................................................................................................

Nota:

Disini saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membaca cerita mengarut saya ini.Saya juga mengharapkan komen rakan-rakan tentang cerita saya ini.Sedangkan rumput lagikan diragut,inikan hati yang dalamnya berserabut.Sekian saja wabilahitaufikwalhidayah,asssalamualaikum warahmatuallahiwabaraktuh.







Sunday, July 25, 2010

Slot Misteri di Blog Razi Bahagian 4

Share

Kalau nak rasa feel,baca dulu Episod 1 pastu Episod 2 pastu Episod 3.Kalau taknak baca pun takpe,ada aku kisah?Oh lupa nak bagitahu,Episod 1,2 dan 3 telah aku edit sikit kasi kena dengan jiwa muda sekarang.

..............................................................................................................

Hakim tak tanya banyak terus ambik fail atas meja Dr.Rozmi.Tertera perkataan 'Top Secret' dekat muka depan fail

"Nama dia Najiha.Umur sebaya kamu.Pelajar sains nukleur di MIT" beritahu Dr.Rozmi bila tengok Hakim berkerut-kerut dahi membaca biodata Najiha dalam tulisan jawi.

"Mana tahu dia sama macam saya?" tanya Hakim.

"Kamu ingat tak peristiwa tsunami tahun 2004?" tanya Dr.Rozmi kembali.

"Ingat!" jawab Hakim ringkas.

"Najiha puncanya.Dia telah mengerakkan plat tektonik dengan mengubah arah tarikan graviti mengakibatkan terhasilnya gempa bumi bawah laut " beritahu Dr.Rozmi.

"Kenapa dia nak buat begitu?" tanya Hakim kembali.

"Itu yang Dr. masih tak tahu.Ada kemungkinan penglibatan pihak ketiga dalam hal ini" jawab Dr.Rozmi mulai serius.

"Jadi dia sekarang dimana?"

"Sejak peristiwa hari itu,Najiha masih koma sehingga sekarang.Badannya belum dapat bertahan dengan keupayaan otaknya.Dia berada di rumah keluarganya di Kuala Lipis" jawab Dr. Rozmi sambil membuka dompetnya lalu menghulurkan sekeping not RM50.

"Buat tambang dan jajan masa pergi Kuala Lipis nanti!".

......................................................................................................

Dipendekkan cerita,Hakim pun menaiki bas Transnasional menuju ke Kuala Lipis.Kalau ikut hati,mahu saja Hakim terbang dari KL ke Kuala Lipis.Bukan dia tak boleh buat.Keupayaan otaknya dan kemampuan fizikalnya sudah cukup untuk melakukan aksi sedemikian.Tapi akhirnya dia terpaksa akur dengan arahan Dr.Rozmi.Orang tua kena hormat,fikirnya.

Dia tiba di stesen bas Kuala Lipis pukul 3 petang.Eh macamana aku nak cerita sebab aku tak pernah pergi Kuala Lipis jadi disebabkan itu kita terus selang ke babak dimana Hakim sampai rumah Najiha.

Hakim terus duduk disofa sebaik saja dijemput ibu Najiha masuk.Letih betul gayanya.Bontot pun dah keras kalau kena liwat mesti tak muat.

"Apa hajat anak datang sini nak jumpa Najiha?" tanya ibu Najiha nama Puan Kalsom.

"Hajat di hati nak menyunting bunga ditaman...eh...tak,saya datang ini dengan hajat besar...maksudnya bukan nak buang air besar tapi macam sesuatu yang saya sangat harapkan makcik bagi saya jumpa Najiha" apa Hakim gagap pun aku tak tahu.Bukan jumpa mak mertua pun.

"Makcik takde hal kamu nak jumpa Najiha.Cuma,Najiha kurang sihat sekarang" balas Puan Kalsom tersenyum nampak gigi hitam kesan ketagih daun sirih.

"Sebenarnya begini,Najiha istimewa orangnya.Dia boleh buat begini..." ujar Hakim sambil terus apungkan meja depan Puan Kalsom.Puan Kalsom membulatkan matanya lalu tersenyum.

"Najiha selalu juga buat begitu sebelum dia koma.Eh takpela,apa pun urusan anak dengan Najiha,makcik taknak campur.Najiha ada dalam bilik tengah.Biar makcik ke dapur nak goreng keropok kejap" balas Puan Kalsom.

"Eh takyah susah-susah makcik" Hakim menolak sopan.

"Takpe,bukan untuk kamu pun.Hehehe" balas Puan Kalsom membuatkan muka Hakim serta merta rasa lagi tebal dari tayar lori.

.............................................................................................................

Dalam bilik,Najiha hanya memakai t-shirt dan seluar pendek.Bra tak pakai.Hakim telan air liur sikit.Eh sori terlucah pulak,bodo punya Hakim!

Hakim duduk tepi katil Najiha.Terus saja dihantar gelombang otaknya kepada Najiha atau dalam istilah sainsnya,telepati.

"Assalamualaikum...Saya Hakim.Tak jawab salam berdosa." bicara Hakim melalui otaknya.

"................................." tiada balasan dari Najiha.

"Saya datang atas arahan Dr.Rozmi.Saya sama macam awak" Hakim mencuba nasibnya sekali lagi.Moga Najiha membalasnya.

Tiba-tiba,tangan Najiha bergerak memegang tangan Hakim.Serentak dengan itu juga matanya terbuka.

"Dr.Rozmi?" Najiha bertanya,tidak menggunakan telepati.

"Ya? Kenapa?" persoalan dijawab dengan persoalan oleh Hakim.

"Kalau begitu kamu orang jahat!!" jerit Najiha.Serentak dengan itu juga Hakim tercampak ke belakang,terhempas di dinding.

Hakim bangun.Najiha juga turut bangun dari pembaringan.Tangannya dihalakan ke Hakim.Saat itu juga tubuh Hakim sedikit demi sedikit terangkat ke udara.

"Baik kau cakap,apalagi yang kau nak dari aku hah setan?!!" jerit Najiha.Puan Kalsom yang tengah goreng keropok berlari ke bilik.Terus memeluk Najiha.

"Sabar nak! Sabar.Apa pun selesaikan dengan berhemah" ujar Puan Kalsom menenangkan Najiha,ayat nak macam TV pendidikan.Hakim pulak dah berbuih mulut sebab dia ada fobia ketinggian.Padanlah Dr.Rozmi tak bagi dia terbang.

..............................................................................................................


Bila keadaan kembali tenang,Najiha mula membuka cerita

"Peristiwa 6 tahun dahulu,Dr.Rozmi lah puncanya!"










Sambung lagi dan lagi dan lagi...

Wednesday, July 21, 2010

Slot Misteri di Blog Razi Bahagian 3

Share

Baca dulu Episod Satu,pastu Episod Dua...baru baca cerita dekat entri yang ini

.......................................................................................................

"Jadi,apa perkara yang paling penting sekarang?" tanya Dr. Rozmi menguji Hakim.

"Makan nasi?...Mungkin" balas Hakim blur blur.

"Adoyai...bukanlah.Sekarang nie yang paling penting ialah untuk kamu melatih fizikal kamu.Kalau pakai enjin Ferrari tapi body Wira apa guna?" kata Dr.Rozmi sedikit kecewa dengan jawapan Hakim.

Babak seterusnya nampak la Hakim kena lari sambil tarik kereta ikat dekat leher.Berenang dari hujung ke hujung dalam kolam renang saiz paralimpik sambil dikejar ikan pirana.Dan paling best sekali training dia kena kacau dodol.

Dua bulan lepas tue badan Hakim dah smart.Dekat perut dah ada six pack.Lengan pulak dah besar peha aku.Saiz zakar jer masih tak berubah.

Dalam masa dua bulan itu juga Hakim tak pergi kolej langsung.Apa jadi dekat sana semua dia tak tahu.Berapa banyak pelajar pompuan buang bayi pun dia tak kira.NC punya rambut palsu baru pun dia belum sempat usha lagi.

Yang paling terasa kehilangan Hakim tentulah Karimah.Baru nak reveal feeling dah kena rejek.Malu pun ada.Terus self-esteem drop sampai 0.

"Dah dua bulan kamu training fizikal.Dah tiba masanya kita training mental kamu pulak" Dr.Rozmi bersuara tersekat-sekat sebab tengah jilat biji durian.

"Nak training mental macamana?" tanya Hakim sambil perati lidah Dr. Rozmi jilat biji durian.

"Otak kita terbahagi kepada empat bahagian untuk 6 deria.Jadi saya akan fokuskan training kamu kepada 24 struktur yang merangkumi semua deria dan penggunaan otak."terang Dr. Rozmi sambil colet lebihan durian dekat pangsanya.

Dan bermula hari itu,hampir setiap hari Hakim terpaksa menulis dengan dua tangan ayat yang berbeza pada waktu pagi.Memastikan 99 jenis bunyi dan bau waktu tengahari.Petang pulak kena menyelam dalam kolam dengan mata terbuka dan hanya mengambil nafas setiap 2 minit.Paling horror waktu malam dia kena pakai earphone dan dengar satu lagu secara ulangan,esoknya wajib hafal kalau tak kena sebat pakai talipinggang WWE.Memang hell latihan dia.

Latihan hell ini diteruskan selama hampir 3 bulan.Terus habis satu sem Hakim tak datang kuliah.Surat amaran dah bersepah dekat rumah.

.......................................................................................................

Suasana kolej memang tenang waktu pagi.Mana-mana yang baru balik clubbing kelihatan sedang mengunci kereta.Burung dan tupai juga baru habis bekfas.

"Vroom....Vroomm..."kesunyian pagi dirosakkan dengan bunyi dari ekzos sebuah kenderaan beroda dua kapasiti enjin 6500 cc jenama Yamaha.Helmet full-face dengan jaket jenama Shoei beli dekat Uptown Shah Alam melekat di badan penunggangnya.

Mana-mana budak perempuan yang tengah tunggu bas semua usha nak tengok siapa yang bawak Yamaha R1 pegi kolej nie.Ini kalau tak bapaknya ada kilang kondom,mesti keje kerajaan makan rasuah bisik mereka sesama sendiri.Dalam ramai-ramai itu,terselit juga Karimah.

Bila mana mamat bawak R1 itu bukak helmet,terus Karimah terdetik dalam hati "Hakim!"

Hakim terus toleh dekat Karimah.Hairan juga Karimah macam Hakim dengar dia jerit pulak padahal jerit dalam hati jer.

Dengan bergaya,Hakim terus berjalan mendapatkan Karimah.Motor lupa nak stand terus jatuh tapi tak dihiraukan Hakim.Karimah punya berdebar sampai bergoyang-goyang dadanya.Ohh~ Hakim.

"Hai,sorang jer?" tanya Hakim sebaik saja sampai depan Karimah.

Karimah perati keliling,"Apa buta ker dia kan tengah ramai nie dekat bus stop?" detik hati Karimah.

"Saya tak buta.Saya memang nampak awak seorang jer sekarang" balas Hakim.Darah Karimah berderau.Hakim tahu apa dia fikir.

......................................................................................................


"Hari tue...."Karimah memulakan bicara sebaik saja melabuhkan punggung di kerusi kafe.

"Hari tue Karimah ada nak cakap sesuatu kan.Boleh saya tahu apadia?" pintas Hakim.

"Err...Imah sebenarnya (tiba-tiba jadi nama manja) dah lama peratikan Hakim.Sebelum Hakim bawak R1 pegi kolej lagi" jujur dari hati Karimah berbau materialistik.

"Hakim pun dah lama stalk Karimah dekat Facebook.Hari-hari tengok profile pics Karimah yang dekat Genting tue" balas Hakim pula.

"Ooo...kantoi stalk orang nie...dah macam Habib! hik hik" kata Karimah sambil gelak manja.

"Siapa Habib?" tanya Hakim syak sesuatu.

"Eh,takpe.Abaikan jer la" balas Karimah risau.

(Selingan penulis:Habib tue member aku)

Babak cubit-cubit,comolot,lari dekat taman semua aku dah cut jadi kita skip terus ke babak Hakim dapat mesej dari Dr. Rozmi.

Mesej yang diterima oleh Hakim 3 saat tadi. "Datang lab sekarang! Urgent!!"

Terus dimasukkan kembali Sony Erricson Vivaz beli pakai duit PTPTN sem lepas.Risau betul hatinya bila Dr. Rozmi hantar mesej begitu.Biasa hantar MMS gambar penyakit kencing manis takpun orang mati eksiden.

Bila tiba saja di ofis Dr. Rozmi,tengok Dr.Rozmi,Zul dan Roslan tengah kupas durian."Oi meh makan.Fresh nie.Bawak dari Tapah" kata Dr. Rozmi sebaik saja nampak Hakim bukak pintu.

"Cilaka punya orang tua,penat la gua risau dekat dia.Rupa ajak makan durian" detik hati Hakim.

"Sebenarnya,apa yang penting sangat nie Dr.? Takkan pasal makan durian?Dr. tahu tak minyak sekarang dah naik 5 sen?Bla...bla..." Hakim membebel

"Sabar dulu.Cuba kau pegi tengok fail dekat atas meja aku tue" balas Dr.Rozmi sambil kesat kesan durian dekat lab coat dia.

"Fail apa nie?" tanya Hakim curious.

"Ada shorang laghi macham khamo!" balas Dr. Rozmi ringkas sambil kemam dua ulas durian.










Sambung lagi dan lagi...

Tuesday, July 20, 2010

Slot Misteri di Blog Razi Bahagian 2

Share

Baca Episod Satu dulu

..............................................................................................................

"Sebenarnya saya sudah lama perhatikan awak" terdengar suara dari dalam otak Hakim.

"Sebenarnya saya sudah lama perhatikan awak..." ucap Karimah dalam telefon,sama seperti apa yang terdengar oleh Hakim sebentar tadi.Muka Hakim berubah kaler.

Hakim terdiam.Bukan kerana terkejut dengan pengakuan Karimah tapi kerana beliau boleh baca fikiran Karimah.Terus saja diletakkan telefon kerana takut.Apa yang berlaku sebenarnya tanya aku kepada pembaca.

Lama juga beliau memikirkan sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.

..............................................................................................................

Esoknya waktu kuliah,tiba-tiba pensyarah memanggil nama beliau.

"Hakim,ada orang nak jumpa kamu di pejabat" kata Puan Kamsiah.Hairan juga Hakim,siapa pulak nak jumpa dia nie.Risau juga perkara dia letak cicak dalam coke Mr.Ranjit itu hari sampai ke pengetahuan pihak atasan.Mati aku! fikir Hakim sambil berjalan menuju ke ofis HEP

Sampai ofis HEP,ada dua orang berpakaian kemeja siap tali leher macam nak jual insurans.

"Assalamualaikum Hakim,saya Zul dan rakan saya ini Roslan...boleh kita bincang di tempat lain tak?Tempat yang ada privasi sikit" sapa mamat muka macam ejen insurans nama Zul.Oh! lupa nak bagitahu,mata dia juga terbeliak sama macam Zul.Keh...Keh...

"Apa pulak tak boleh.Jom kita diskas dekat kafe" muka Hakim sedikit riang sebab takyah masuk kelas Puan Kamsiah yang kuat berleter itu.

Sampai di kafe,terus saja Hakim order teh tarik manakala mamat dua orang muka macam ejen insurans mintak air kosong jer.

'Sebenarnya kami ini dihantar oleh Dr.Romzi" mamat nama Roslan bersuara.Terus rasa macam nak terkeluar teh tarik yang diteguk Hakim.Ahh siapa pula nie Dr.Romzi nie?Dr.Rozmey yang Jusmate tue gua kenal la.

"Sebelum itu kami nak tanya,sejak eksiden hari tue,ada tak benda-benda pelik berlaku dekat En.Hakim?" sambung Roslan lagi.

"Err...pelik macamana tue?" Hakim pura-pura tak faham.

"Macam...benda terapung depan En.Hakim ker..." Roslan meneka.Zul angguk-angguk mata makin besar.

"Err...takde rasanya" Hakim menipu.

"Hmm...mungkin benda ini sukar diterima akal...mungkin lebih baik kalau Dr.Rozmi sendiri yang terangkan" sampuk Zul.Mata makin besar.

.............................................................................................................

Sebab aku malas nak type jadi kita skip terus ke babak Zul,Roslan dan Hakim jumpa Dr.Rozmi,Pakar Otak dan Kepala Otak.

"Err...beginilah ya,hari tue punya imbasan saya dapati kepala otak Hakim berfungsi lebih aktif dari manusia normal biasa.Manusia normal biasa guna dalam 3% jer tapi Hakim lebih dari 50%" terang Dr. Rozmi sambil usik bowtie beliau.

"Otak manusia ini sebenarnya dilimitkan penggunaan sampai 3% sahaja.Konsep dia sama macam kereta,pernah tak kamu bawak kereta cecah sampai habis meter?" tanya Dr. Rozmi

Belum sempat Hakim menjawab,Dr. Rozmi dah potong "Tak pernah kan! Sebab kalau otak manusia ini dapat digunakan 100%,badan kita takkan dapat tahan.Kuasa otak ini lebih dari sekadar berfikir".

"Baiklah,dimensi yang kamu tahu ada 3 bukan?Tapi kalau kamu dapat gunakan otak kamu sepenuhnya,kamu boleh dapat cecah sampai dimensi ke-enam" terang Dr. Rozmi lagi.

Muka 3 ekor bahalol tue dah terbangang.Apa doktor nie merepek.Pembaca dan aku pun turut pening.

"Apa lagi 3 dimensi itu Dr.?" tanya Hakim sedikit curious

"Dimensi yang keempat ialah gelombang.Bila kamu masuk fasa dimensi keempat,otak kamu secara automatik boleh membaca fikiran orang.Kamu juga boleh berkomunikasi menggunakan telepati.Takyah BlackBerry ataupun Iphone dah.Pakai otak jer.Otak kamu mampu menerima gelombang dari otak orang lain." terang Dr. Rozmi.

"Dimensi ke lima pula ialah graviti.Bila saja kamu masuk dimensi ini,kamu boleh kawal graviti.Maksudnya,kamu boleh ubah kuantiti graviti atau arahnya.Cuba kamu bayangkan kalau kamu kurangkan graviti sebuah kereta sampai 0?"

"Kereta itu terapung la kan,Dr?"Hakim jawab.

"Betul.Tepat sekali!Lebih hebat lagi,kamu juga boleh terbang.Hanya perlu kurangkan graviti kebawah dan kamu ubah arah graviti itu.Amacam?Mengarut tak?" jawab Dr.Rozmi sambil menerang.

"Boleh tahan juga cite Dr.Rozmi nie,kalah Dr. Rozmey gebang pasal filem dia" fikir Hakim.

"Jadi dimensi terakhir itu apa Dr.?" tanya Zul dan Roslan serentak.

"Dimensi terakhir itu paling bahaya.Siapa dapat kawal ia akan jadi Raja Segala Dunia.Dimensi keenam itu ialah Masa.Siapa yang berjaya masuk ke dimensi ini akan mampu menghentikan masa,membalikkan masa dan juga mempercepatkan masa" kata Dr. Rozmi tambah semangat.

"Tapi setakat ini belum pernah lagi ada orang yang tembus dimensi ini" tambah Dr. Rozmi lagi.

"Jadi sekarang ini saya dah tembus dimensi kelima?" tanya Hakim.

"Ya,tapi penggunaan otak kamu masih tak konsisten." jawab Dr. Rozmi.

"Cuba ingat balik bila kamu sedar yang kamu tahu ada kuasa itu?" tanya Dr. Rozmi pula.

"Lepas balik dari hospital itu satu.Kemudian,masa kawan kolej saya hampir dilanggar kereta dan satu lagi masa dia call saya waktu malam" terang Hakim.

"Hmm...kamu pernah dengar kisah ibu yang mampu angkat kereta dari rel keretapi sebab nak selamatkan anak dia yang terkurung dalam kereta?" tanya Dr.Rozmi.

"Ha! pernah.Tapi kenapa ya doktor?" tanya Hakim kembali.

"Begini.Kebiasaannya otak manusia digunakan pada limit 3% tapi dalam sesuatu perkara ia mampu lebih daripada itu.Contoh seperti kamu nak selamatkan seseorang yang kamu sangat cintai.Masa itu had limit otak kamu akan terbuka dan kamu mampu buat sesuatu perkara yang kebiasaannya kamu tak mampu lakukan.Tapi biasanya benda macam nie berlaku dalam sekelip mata sebab kalau dalam tempoh yang lama,tubuh kamu tak mampu menangung bebannya" terang Dr.Rozmi.

"Tapi kamu lebih special sebab dari impak eksiden haritue,limit yang dikenakan keatas otak kamu semakin longgar.Kamu lebih senang lepas limit dari manusia normal macam mereka berdua nie" sambil tuding dekat Zul dan Roslan.









Sambung ahh...

Sunday, July 18, 2010

Slot Misteri di Blog Razi

Share

Hakim baru saja keluar dari hospital.Beliau koma hampir 2 minggu akibat kemalangan jalanraya yang mengakibatkan tengkoraknya retak kesan impak dari pelanggaran.Mujurlah Allah memberikannya kesempatan bertaubat,selang sebulan lepas itu doktor membenarkannya pulang.

Di rumah,Hakim sering mengadu sakit kepala.Keadaan itu menyebabkan ahli keluarganya bimbang takut ada kesan sampingan dari insiden lepas.Sekali lagi imbasan MRI dilakukan bagi memastikan keadaannya benar-benar selamat.

..............................................................................................................

Suatu hari,sewaktu sedang membuang air besar,mungkin kerana terlalu bosan sangat meneran,Hakim memerhatikan air yang keluar dari kepala paip.Secara tiba-tiba air yang keluar mengalir keatas seolah-olah tiada tarikan graviti.Hakim cuak terus lari tak sempat cebok.Habis tualanya terkena palitan tahi cair warna coklat.

Perkara itu dirahsiakan dari sesiapa pun.

..............................................................................................................

Kembalinya Hakim ke kolej di sambut riang oleh rakan-rakannya.Pengajian yang tertangguh selama hampir dua bulan disambung kembali.Teruja juga Hakim sebab dapat jumpa wanita pujaan hatinya,Karimah.

Karimah mempunyai wajah lembut kacukan Melayu dan Cina.Pemakaiannya sopan walaupun tidak mengenakan tudung.Rambutnya lurus paras bahu.Memang mengamit hati hampir setiap lelaki di kolej itu kecuali bapok,mereka jeles dengan Karimah.

Setiap kali lepas kelas,Karimah akan menunggu bas didepan kampus untuk pulang ke rumah sewa.Dikesempatan itulah akan digunakan sepenuhnya oleh Hakim untuk stalk wanita yang dipujanya.Nak tegur,segan.Nak ngorat,malu.

......................................................................................................

Hari itu,sedang Karimah menunggu bas,datang satu kereta Myvi hilang kawalan lalu menuju ke arah Karimah.Hakim yang tengah mengendap Karimah balik semak hanya mampu memandang tanpa berkata-kata.Di otaknya hanya terlintas sesuatu,"Berhentilah! Gua tak kahwin lagi!!"

Bilamana kereta Toyota itu berhenti betul-betul depan kaki Karimah menyedarkan Hakim yang beliau ada kuasa luar biasa.Terus saja didapatkan Karimah yang dah pengsan sambil mulut berbuih.Lemah semangat betul Karimah.

Lepas simbah air satu baldi dekat muka Karimah,Hakim kengkonon gentleman terus saja menghantar Karimah balik setelah wanita pujaannya itu sedar.Rupanya Hakim ada kereta,baru aku tahu...cilaka punya Hakim yang kau tunggu bas tue buat apa?

Malam itu,Hakim tidak dapat tidur.Diperhatikan kipas siling biliknya yang ligat berpusing.Dalam otaknya terlintas perkataan 'Lu benti skarang kipas!'.Serta-merta kipas itu terhenti macam putus bekalan elektrik.Yakin betul Hakim yang dia ada kuasa luar biasa sejak itu.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Nombor tak dikenali.Nombor Celcom.019-245718* pegi mampos aku nak kasi no. Karimah kat korang.

"Hello"

"Hello,awak dah tidur ker?" suara perempuan lembut.

"Belum.Boleh saya tahu siapa nie?" lembut jer Hakim balas mentang-mentang dengar suara perempuan,cuba kalau suara jantan...mesti maki dulu baru tanya siapa.

"Saya Karimah.Thanks ek sebab tolong hantarkan saya siang tadi." jawab suara lembut itu.

"Takpe.Saya hanya tolong insan yang memerlukan.Dah tanggungjawab saya" balas Hakim padahal kalau Raju nak tumpang jer mesti macam-macam alasan dia bagi.Racist gila babi.

"Sebenarnya..." suara Karimah tersekat-sekat nak menyatakan sesuatu.










Bersambung...



Saturday, July 17, 2010

Slot Aksi di Blog Razi

Share

Sebuah kereta Satria Neo hitam meluncur laju di Lebuhraya Persekutuan memotong kebanyakan kenderaan lain.Di dalamnya ada empat lelaki semuanya bermuka tenang memerhati kenderaan lain yang dipotong oleh kawan drebar mereka.

Akhirnya mereka berhenti di sebuah bank.Drebar hanya menunggu dalam kereta bersama 2 orang lagi rakan mereka.Sorang dari mereka berpakaian ofis siap bertali leher masuk ke dalam bank.

" Jangan lama-lama sangat Joe" jerit drebar dari dalam kereta.

Terus sahaja Joe masuk ke dalam bank.Ambil angka giliran dan duduk di kerusi menunggu.

Sementara itu,dua lagi rakan mereka bersiap-siap mengisi peluru dalam pistol dan memakai sarung muka.Lebih kurang 15 minit kemudian,mereka terus berlari menuju ke bank sementara drebar masih lagi menunggu dalam kereta tenang membakar asap rokok.

"Lu pegi jaga pak guard Koi,gua ambik duit" sempat Sein ingatkan pada member dia sambil berlari tue.

Koi terus acu pistol dekat pak guard.Sein pulak masuk dalam bank terus jerit "Apa-apahal atas lantai dulu baru cerita" sambil lepas tembakan ke siling.

Bila tengok semua dah baring atas lantai,terus Sein acu pistol dekat Joe yang pura-pura baring juga.

"Lu bangun sekarang ambik duit untuk gua" sambil campak beg kertas dekat Joe.Joe buat-buat muka takut terus ambik beg itu lalu masukkan duit kedalamnya.

Bila agak-agak dah berat,Joe kasi beg tue balik dekat Sein.

"Woi! dah jom blah-blah" jerit Sein pada Koi sambil terus lari masuk dalam kereta.

Belum sempat Sein dan Koi tutup pintu,drebar dah tekan minyak terus pecut ikut Lebuhraya Persekutuan.Selang 3 minit kemudian,diorang dengar bunyi siren polis dari belakang.Itu dia,Evo 10 Skuad Helang tengah kejar diorang.

Nasib baik Satria Neo hitam tue bukan standard lagi.Enjin dah tukar GSR Twin Turbo siap 2 biji tong NOS dalam kereta.Cilok sana,cilok sini macam dalam filem aksi.Sekarang nie ada sebiji Evo 10,2 biji kuda putih dengan satu SUV tengah kejar diorang.

Drebar dia tetap tenang memandu sambil sedut asap rokok perlahan-lahan padahal dua ekor lagi tengah kecut perut tengok drebar diorang bawak.Memang respek habis Koi dan Sein dekat Rayzi,drebar diorang nie.Tak sia-sia diorang pilih untuk misi ini.

Sampai dekat satu jalan lurus,Rayzi bukak paip NOS satu tong.Terus Satria Neo hitam tue macam nak tercabut pintu,dashboard semuanya dek laju sangat.

Rayzi terus pandu masuk ke satu gudang dan parking dekat situ.Ada lagi sebiji kereta dalam tue.Diorang pun turun dan terus naik kereta lagi satu menuju ke bank tadi.

Tengok Joe dah tunggu dekat bus-stand depan bank tue.

"Amacam Joe?" tanya Koi curious.

"Well,gua kan hacker paling best dekat Malaysia.Settle tak sampai 5 minit.Itupun sebab internet bank tue lembab" terang Joe dengan riak.

......................................................................................................

Esoknya paper muka depan tulis 'Miyabank kerugian hampir 20 billion akibat serangan virus'.

Muka surat dua pula tulis 'Polis menjumpai kembali duit yang dirompak dari Miyabank berserta kereta yang digunakan dalam rompakan.Orang ramai yang ada maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran'.

Sementara Joe,Rayzi,Koi dan Sein pula dalam kapal terbang menuju ke Amerika.Tugas yang diberikan oleh pesaing Miyabank,CTMB Bank telah selesai.Di tangannya ada sampul surat baru bertulis 'Wall Street'.

Wednesday, July 14, 2010

Angan-angan Mat Jenin (Versi Moden)

Share

Dek kerna terjaga rugi juga kalau tak publish barang seentri dua.Ceit,tak buat tahajjud tak rasa rugi pulak bisik kata hati.Malas nak mandi wajib,kata aku dan syaitan serentak.

Entah mimpi apa hari ini aku terbangun awal pulak.Boleh jadi bangang juga kalau asyik guling-guling atas katil.Katil saiz ratu sempit dia macam katil asrama dek baju-baju yang dah lipat taknak susun diri sendiri dalam almari.

Berkenaan entri dibawah,ramai yang nampaknya tidak faham jadi aku simpulkan tak ramai yang genius macam aku.Karim dalam cerita itu sebenarnya adalah pontianak.Aku cuba penceritaan yang lari dari normal tapi nampaknya konsep genius tak ramai dapat terima.

Beralih kepada cerita seterusnya...

Biasa sebelum tidur korang selalu berangan tak?Atau korang jenis kepala atas bantal jer terus terlelap?

Baru-baru ini aku selalu berangan berkenaan kereta aku.Lalu angan-angan itu aku ceritakan pada Apek,sambil perati kereta-kereta lalu-lalang.

Pertama sekali aku nak masukkan bodykit R3 kasi garang sikit.Mesti Kancil Turbo dan Wira Tonggek dengki gila babi bila tengok bodykit aku.

Dah pasang bodykit,mana lengkap kalau masih pakai tayar saiz 15 jadi aku ingat nak tukar rim 16.Absorber dan spring pun kasi racing punya baru layan corner takde rasa macam bawak Myvi.

Lepas itu,seat depan pula mahu tukar yang lagi bucket.Siapa-siapa yang gemuk bontot besar memang takleh naik kereta aku jadi kepada kekasih hati,sila kuruskan badan dan bontot.Keh...Keh...

Speaker depan belakang mesti kasi tukar juga baru nak dengar Faizal Tahir nyanyi macam dalam konsert.Pilih brand Sony Xplod ker,Bose ker yang built-in tweeter.

Tengok kereta member yang pakai seat kulit macam cantik juga jadi ingat elok tukar kepada kaler hitam ada line merah daripada seat membawa kepada dashboard.Barulah selain nampak racing,nampak juga 'VIP Style' nya.

Last skali,aku nak cat balik kereta tue.Mana yang kemik-kemik tue semua kasi betul.Kaler?Mestilah hitam metallik lagi.Apa barang metal kalau tak hitam?Keh...Keh...

......................................................................................................


"Banyak duit kau nak buat semua benda tue" Apek memberikan komen.

"Ala,tunggu aku dah kaya la nanti" balas aku

"Kalau kau dah kaya,apsal tak pakai BMW terus?" balas Apek kembali.

"............................" aku terdiam.

Tuesday, July 13, 2010

Diari Pontianak (Versi Melayu)

Share

Cahaya bulan malam itu terang.Sesekali diserikan dengan bunyi burung hantu mencari mangsa,bukan rindukan bulan.Cengkerik dan katak pula dah macam okestra backup lagu Isabella,bising dan bingit.

Zami,Karim,Hisham dan Sharul tak hiraukan semua itu.Mereka terus saja merentas kebun kelapa sawit yang merupakan laluan short-cut untuk ke kampung sebelah.Dengar cite malam itu ramai awek turun sebab ada joget lambak.

"Jauh lagi ker Zami?" tanya Sharul sambil memicit lumat nyamuk yang hinggap ditangannya.

"Jauh lagi nie...sabar la sikit" balas Zami yang juga ketua geng 4B.4 Bahalol.

Tiba-tiba cahaya bulan ditutupi oleh awan mendung menyebabkan keadaan jadi gelap tambahan pula mereka memang tak bawak sumber cahaya.Dah nama pun bahalol,lagi mau short-cut kebun kelapa sawit tak bawak lampu picit.

4 bahalol itu terpisah.Dalam 4 bahalol itu,Karim paling penakut.Bila dah takut,member dekat depan pun boleh ingat tunggul.

Entah macamana,Karim tersasar jauh dari gengnya.Dia pun jerit-jerit panggil member dia tapi sorang pun tak nyahut.

Awan mendung masih menutupi cahaya bulan.Karim ternampak kelibat sedang berjalan.Gaya macam Zami dan yang lain.Tanpa fikir panjang,terus saja di'follow'nya.Follow punya follow,Karim rasa pelik.

Tadi diorang pergi berempat.Ini dah berlima campur dia.

Elok waktu itu juga,awan mendung beralih lalu cahaya bulan memancar kembali menyebabkan beliau nampak 4 orang muka huduh,bukan geng dia.

Terus saja Karim terbang sedar-sedar dia dah sampai ke tapak pesta sambil Zami,Hisham dan Sharul buat muka palat sebab kena tunggu dia.

Sambil tercungap-cungap,Karim bagitahu...





"Seramnya aku jumpa manusia tadi"


Sunday, July 11, 2010

Hidup ini perlu kepura-puraan.

Share

Dulu masa aku sekolah rendah,boleh kata aku seorang yang baik dan jarang menimbulkan masalah kepada guru-guru.Kalau ada sessi ibubapa datang ke sekolah mesti guru kelas akan puji aku melambung sampai ibubapa aku pun naik menyampah padahal dekat rumah perangai macam setan.
.............................................................................................................

Hari itu punya cuaca mana aku ingat tapi ada seorang budak dalam kelas aku yang memang terkenal agak nakal sebab suka cari gaduh.

Entah apa punca aku secara tiba-tiba terkutuk nama bapa dia.Tak sengaja,OK?

Dia pun terus mengasari aku.Zaman budak sekolah rendah,mana nak cari helmet bantai ke dagu jadi budak agak nakal suka cari gaduh itu sekadar tolak-tolak aku sampai ke dinding.

Dua tiga kali tolak aku biarkan tapi masuk kali ke-4,aku tolak dia balik.Kesian dia terus jatuh terduduk macam nangka busuk sebab dia pun gemuk.Macam biasa kalau ada gaduh,ramai-ramai kerumun sorak sambil ada dua tiga balaci pegi panggil cikgu.

Budak agak nakal suka cari gaduh itu bangun balik dan terus cekik leher aku sambil sebelah tangan lagi nak tumbuk muka aku.

Tapi aku lagi pantas tumbuk muka dia dulu terus jatuh terduduk lagi budak agak nakal suka cari gaduh itu.Hidung dia berdarah.

Masa itu aku dah rasa kemenangan mutlak milik aku.

Sekali cikgu datang terus leraikan pergaduhan sambil libas rotan dua tiga das dekat budak yang tengah sorak.

Aku dan budak agak nakal suka cari gaduh itu dipanggil ke hadapan kelas untuk dibicarakan.

Aku terus nangis sambil cerita hal sedikit benar lalu budak agak nakal suka cari gaduh itu dijatuhkan hukuman rotan dekat tangan.

Sambil kesat-kesat airmata,aku senyum nipis tanda puas hati.Tak sia-sia kepura-puraan aku selama hari ini.

Friday, July 9, 2010

Perkara pelik yang terjadi pada aku hari ini.

Share

Hari ini aku agak kurang sihat.Muka agak pucat sebab tekanan darah rendah,mungkin.Tapi atas dedikasi terhadap kerja,aku gagahkan juga untuk pergi.

Sedang mengajar,tiba-tiba datang sorang budak perempuan duduk sebelah aku.Mak aih! bau dia macam ayam golek.Meleleh air liur aku tengah mengajar tue.

Balik dari mengajar,aku terus mandi membersihkan diri.Tak lupa juga cuci muka dan gosok gigi.Eh,apsal gigi taring aku makin panjang.Musykil juga bila tumbuhnya.

Lepas habis mandi tue bapak aku panggil.Tak sampai satu saat aku dah terjojol depan bapak aku.Pastu pintu bilik bapak aku ada kesan tapak tangan lepas aku bukak tadi.Serius aku risau apa dah jadi pada diri aku.

Ambik telefon terus call kekasih hati nak mengadu perkara pelik tadi.Nak tahu apa kekasih hati jawab?

















"Toksah berangan la nak jadi Edward Cullen,sayang"





Kelakar jugak trailer parodi Twillight nie.Thanks Khai Bapok.Keh...Keh...




Thursday, July 8, 2010

German kalah satu konspirasi?

Share

Ahh! standard la orang Melayu.Kalau kalah tuduh orang tue bomoh.Perniagaan tak maju,tuduh kedai sebelah letak guna-guna.

Pagi nie breakfast nasi lemak sambal sotong pun sedap jugak.

Damn!

World Cup sudah berakhir bagiku.

Gua tutup komen kasi penyokong Spain hangin dengan gua.Keh...Keh...

Tuesday, July 6, 2010

Mimpi seram bebeno!

Share

Bila lama sikit jer tak update blog,mesti aku mimpi-mimpi seram.

Kelmarin,aku mimpi dating dengan awek cun mana ntah.

Semalam,mimpi lagi dating dengan awek lain siap cium-cium dahi.

Apa yang seram?





Semua awek dalam mimpi tue BINI ORANG.

Damn!

Thursday, July 1, 2010

Risau seorang abang

Share

Kalau dengan member,aku boleh bagi nasihat dan tips percintaan dari A to Z dari cerita cara-cara nak mengorat sampai la ke pilihan hadiah masa besday.Tapi dengan adik beradik sendiri,aku jadi kaku.Jadi tak tahu nak cakap apa.Eh,nak tanya diorang bercinta dengan siapa pun aku tak pernah buat.

Bila baru-baru ini aku tengok 'relationship status' adik aku yang bertukar kepada 'single' aku jadi sedikit risau.

Tambah risau bila dapat tahu yang baru-baru ini juga adik aku itu pengsan dekat pasar sebab tekanan darah rendah.

Dua tiga hari ini juga aku perasan dia banyak berkurung dalam bilik jer.

Aku sedar aku jarang ada dekat rumah.Aku juga sedar aku selalu buli diorang suruh buat kerja rumah.Tapi sebenarnya sebagai abang,aku ambil berat tentang mereka.

Mungkin tak sesiapa tahu kecuali kekasih hati sebab dia la yang aku paksa suruh tanya apa-apa berita terkini pasal adik-adik aku.

Aku hanya mahukan yang terbaik untuk mereka.Kalau boleh aku nak mereka semua berjaya dalam pelajaran,hidup senang dan berjaya dunia dan akhirat.Tak lupa setiap kali lepas solat aku pasti mendoakan kesejahteraan mereka.

Aku sayangkan diorang.












Wahai Diari (entri stok gadis ayu)

Share

Dulu-dulu ada jugak niat nak tulis diari bila aku nampak adik aku tulis diari pastu bila aku bukak nak baca,dia marah-marah sampai nangis padahal tulis hari ini makan apa jer.Kecoh.Keh...Keh...

Tapi aku terfikir jugak kalau aku tulis diari,apa aku nak tulis?

Kengkonon ini scene sedih tau.Ok cuba bayangkan yang aku mati sebab sakit apa-apa ntah.Lepas tue mak aku bagi diari aku dekat si kekasih hati macam cite LBS.

Kekasih hati pun baca la diari aku atas bukit,ada sepohon pokok dengan angin tiup sepoi-sepoi bahasa.




27hb Mei:
Hari ini tido sepanjang hari.Tak buat apa-apa.

28hb Mei: Bosan main Facebook,sambung tido lah!

29hb Mei: Lepas makan tengahari,mata rasa berat.Tido la barang sejam dua.




Bosan kan diari aku?Ok dah bye!

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP