Sunday, July 25, 2010

Slot Misteri di Blog Razi Bahagian 4

Share

Kalau nak rasa feel,baca dulu Episod 1 pastu Episod 2 pastu Episod 3.Kalau taknak baca pun takpe,ada aku kisah?Oh lupa nak bagitahu,Episod 1,2 dan 3 telah aku edit sikit kasi kena dengan jiwa muda sekarang.

..............................................................................................................

Hakim tak tanya banyak terus ambik fail atas meja Dr.Rozmi.Tertera perkataan 'Top Secret' dekat muka depan fail

"Nama dia Najiha.Umur sebaya kamu.Pelajar sains nukleur di MIT" beritahu Dr.Rozmi bila tengok Hakim berkerut-kerut dahi membaca biodata Najiha dalam tulisan jawi.

"Mana tahu dia sama macam saya?" tanya Hakim.

"Kamu ingat tak peristiwa tsunami tahun 2004?" tanya Dr.Rozmi kembali.

"Ingat!" jawab Hakim ringkas.

"Najiha puncanya.Dia telah mengerakkan plat tektonik dengan mengubah arah tarikan graviti mengakibatkan terhasilnya gempa bumi bawah laut " beritahu Dr.Rozmi.

"Kenapa dia nak buat begitu?" tanya Hakim kembali.

"Itu yang Dr. masih tak tahu.Ada kemungkinan penglibatan pihak ketiga dalam hal ini" jawab Dr.Rozmi mulai serius.

"Jadi dia sekarang dimana?"

"Sejak peristiwa hari itu,Najiha masih koma sehingga sekarang.Badannya belum dapat bertahan dengan keupayaan otaknya.Dia berada di rumah keluarganya di Kuala Lipis" jawab Dr. Rozmi sambil membuka dompetnya lalu menghulurkan sekeping not RM50.

"Buat tambang dan jajan masa pergi Kuala Lipis nanti!".

......................................................................................................

Dipendekkan cerita,Hakim pun menaiki bas Transnasional menuju ke Kuala Lipis.Kalau ikut hati,mahu saja Hakim terbang dari KL ke Kuala Lipis.Bukan dia tak boleh buat.Keupayaan otaknya dan kemampuan fizikalnya sudah cukup untuk melakukan aksi sedemikian.Tapi akhirnya dia terpaksa akur dengan arahan Dr.Rozmi.Orang tua kena hormat,fikirnya.

Dia tiba di stesen bas Kuala Lipis pukul 3 petang.Eh macamana aku nak cerita sebab aku tak pernah pergi Kuala Lipis jadi disebabkan itu kita terus selang ke babak dimana Hakim sampai rumah Najiha.

Hakim terus duduk disofa sebaik saja dijemput ibu Najiha masuk.Letih betul gayanya.Bontot pun dah keras kalau kena liwat mesti tak muat.

"Apa hajat anak datang sini nak jumpa Najiha?" tanya ibu Najiha nama Puan Kalsom.

"Hajat di hati nak menyunting bunga ditaman...eh...tak,saya datang ini dengan hajat besar...maksudnya bukan nak buang air besar tapi macam sesuatu yang saya sangat harapkan makcik bagi saya jumpa Najiha" apa Hakim gagap pun aku tak tahu.Bukan jumpa mak mertua pun.

"Makcik takde hal kamu nak jumpa Najiha.Cuma,Najiha kurang sihat sekarang" balas Puan Kalsom tersenyum nampak gigi hitam kesan ketagih daun sirih.

"Sebenarnya begini,Najiha istimewa orangnya.Dia boleh buat begini..." ujar Hakim sambil terus apungkan meja depan Puan Kalsom.Puan Kalsom membulatkan matanya lalu tersenyum.

"Najiha selalu juga buat begitu sebelum dia koma.Eh takpela,apa pun urusan anak dengan Najiha,makcik taknak campur.Najiha ada dalam bilik tengah.Biar makcik ke dapur nak goreng keropok kejap" balas Puan Kalsom.

"Eh takyah susah-susah makcik" Hakim menolak sopan.

"Takpe,bukan untuk kamu pun.Hehehe" balas Puan Kalsom membuatkan muka Hakim serta merta rasa lagi tebal dari tayar lori.

.............................................................................................................

Dalam bilik,Najiha hanya memakai t-shirt dan seluar pendek.Bra tak pakai.Hakim telan air liur sikit.Eh sori terlucah pulak,bodo punya Hakim!

Hakim duduk tepi katil Najiha.Terus saja dihantar gelombang otaknya kepada Najiha atau dalam istilah sainsnya,telepati.

"Assalamualaikum...Saya Hakim.Tak jawab salam berdosa." bicara Hakim melalui otaknya.

"................................." tiada balasan dari Najiha.

"Saya datang atas arahan Dr.Rozmi.Saya sama macam awak" Hakim mencuba nasibnya sekali lagi.Moga Najiha membalasnya.

Tiba-tiba,tangan Najiha bergerak memegang tangan Hakim.Serentak dengan itu juga matanya terbuka.

"Dr.Rozmi?" Najiha bertanya,tidak menggunakan telepati.

"Ya? Kenapa?" persoalan dijawab dengan persoalan oleh Hakim.

"Kalau begitu kamu orang jahat!!" jerit Najiha.Serentak dengan itu juga Hakim tercampak ke belakang,terhempas di dinding.

Hakim bangun.Najiha juga turut bangun dari pembaringan.Tangannya dihalakan ke Hakim.Saat itu juga tubuh Hakim sedikit demi sedikit terangkat ke udara.

"Baik kau cakap,apalagi yang kau nak dari aku hah setan?!!" jerit Najiha.Puan Kalsom yang tengah goreng keropok berlari ke bilik.Terus memeluk Najiha.

"Sabar nak! Sabar.Apa pun selesaikan dengan berhemah" ujar Puan Kalsom menenangkan Najiha,ayat nak macam TV pendidikan.Hakim pulak dah berbuih mulut sebab dia ada fobia ketinggian.Padanlah Dr.Rozmi tak bagi dia terbang.

..............................................................................................................


Bila keadaan kembali tenang,Najiha mula membuka cerita

"Peristiwa 6 tahun dahulu,Dr.Rozmi lah puncanya!"










Sambung lagi dan lagi dan lagi...

9 comments:

Anonymous July 25, 2010 at 11:45 AM  

aadehh smpai brape episod ni razi oit?

kim July 25, 2010 at 1:22 PM  

haks, lawak !

ain alias July 25, 2010 at 1:29 PM  

salah satu sebab aku tak suka cerita bersiri neh ler..
baru nak feel, terus tersekat..

Ervina Razali July 25, 2010 at 2:00 PM  

hahaha...kuala lipis je...

WeSellButtonBadge July 25, 2010 at 8:44 PM  

nice razi..asal ko x kutuk sape2 dalam nie..hahaha

Misshy Innz July 25, 2010 at 10:41 PM  

hakim yg lucah ke ko ?
haha ~

Duniakuabstrak July 26, 2010 at 9:36 AM  

lucah betul citer ko nih..hahaha

beskot July 26, 2010 at 1:19 PM  

ko da tukar kerjaya ke??
ko sendiri da misteri apatah lg blog ko kn..

weh dak² ni ajak maen futsal.
ko kompemkn tmpt.sabtu ni dlm kol 10 ke atas..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin July 29, 2010 at 3:49 AM  

Suhada:Hahaha.Baca jer

Fatin:Hahaha.Ceh.

Ain:Feel what?Hahaha

Ervina:Pernah pegi ker?

Apek:Aku nak kutuk kau tapi nanti kau kutuk aku balik.

Innz:Hakim.Aku kan innocent.

DuniakuAbstrak:Mana ada pompuan bogel hahaha.

Zul:Hahaha.Aku misteri ke?

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP