Slot Misteri di Blog Razi Bahagian Akhir
Share
Bagi sesiapa yang baru pertama kali buka blog ini,harap dapat baca dulu Episod 1,Episod 2,Episod 3 dan Episod 4 sebelum membaca bahagian akhir cerita ini.Nanti kalau tak faham jangan salahkan aku.Salahkan ibu yang mengandung...eh apasal pulak?
......................................................................................................................
Najiha menarik nafas panjang sebelum memulakan cerita.
"Pertama kali Najiha jumpa Dr.Rozmi ialah 8 tahun yang lepas.Waktu itu Najiha menghadapi kanser otak peringkat akhir.Dr.Rozmi mengambil Najiha sebagai subjek kajian beliau dalam merawat kanser otak.Beliau menggunakan kaedah perubatan terbaru yang mengabungkan penggunaan otak secara maksimum,hipnosis dan pemikiran positif bagi melawan kanser Najiha.Dengan kuasa Allah,Najiha sembuh tapi secara tidak langsung juga kaedah itu membolehkan Najiha juga ada keupayaan yang sama macam Hakim"
Najiha memegang tangan Hakim.
"Dr.Rozmi sebenarnya seorang yang baik.Serius tak tipu!" tekan Najiha.
"Jadi,kenapa Najiha kata Dr.Rozmi punca kepada peristiwa 6 tahun dahulu?" soal Hakim bingung.
"Bila Dr.Rozmi tahu keupayaan Najiha,beliau menjadikan Najiha subjek kajian beliau.Daripada seorang yang pemurah dan baik hati,Dr.Rozmi mulai dibayangi kuasa dan ketamakan.Beliau memaksa Najiha membuka dimensi ke-4 dan ke-5.Dan sewaktu ujian yang dilakukan bagi membuka dimensi ke-6,waktu itulah kesilapan berlaku kerana Najiha belum cukup kuat dari segi fizikal.Selebihnya Hakim tahukan malapetaka apa yang menimpa?" terang Najiha panjang lebar.
"Maksud Najiha,peristiwa tsunami tahun 2004 itu?" soal Hakim mencari kepastian.
"Ya! Dr.Rozmi berhasrat untuk mengawal dimensi ke-6 bagi menjadikan dia orang paling berkuasa di dunia" terang Najiha lagi.
"Jadinya untuk apa dia suruh Hakim cari Najiha?Kenapa tak suruh Hakim saja yang buka dimensi ke-6?" tanya Hakim ahh...banyak tanya pulak kau kata aku.
"Untuk buka dimensi ke-6,ia memerlukan keupayaan otak dari dua individu yang mempunyai keupayaan setara.Kalau ikut teori Albert Einstein,jika kelajuan kita sama dengan kelajuan cahaya,ada kemungkinan kita mampu merentasi masa.Untuk itu,dua individu diperlukan bagi menyongsangkan arah tarikan graviti bumi dan mencipta ruang vakum umpama lubang hitam supaya bumi dapat berputar lebih laju dari cahaya.Keadaannya perlu tepat jadi untuk itu komunikasi secara telepati adalah paling sesuai" jawab Najiha.
"Rancak berbual?Ooo...orang bagi salam taknak jawab.Dosa! Dosa!" tiba-tiba muncul Dr.Rozmi dekat tingkap macam ahli mesyuarat tingkap.
"Eh lahanat nie..." Hakim bersuara tak puas hati cuba menerbangkan Dr.Rozmi.
"Aaa...nanti dulu...cuba tengok dekat luar tue!" balas Dr.Rozmi bila tengok Hakim mula mengangkat tangannya.
Diluar kelihatan sebuah kereta Datsun lama.Dekat tempat pemandu ada Zul.Manakala seat belakang pula ada Roslan dan Karimah.Dengan jelas Hakim melihat Karimah ditutup matanya dan mulutnya.
"Eh,itu bakal bini aku!..."jerit Hakim. "Lepaskan dia tua sial! tua nafsu syaitan! perogol cucu sendiri" tambah Hakim lagi.
Dr.Rozmi muka sedikit bingung celah mana pula Karimah tue cucu aku,kahwin pun tak lagi.
"Kalau kau nak bakal bini kau selamat,kau dan Najiha ikut aku ke makmal.Kalau tak,hari ini juga aku masuk minang dia....hahahaha" ugut Dr.Rozmi sambil gelak evil.
Malas nak lawan cakap orang tua,Najiha dan Hakim pun naik kereta Datsun tue. Pn.Kalsom jer tak ikut sebab kereta tak muat...eh kau ingat diorang nak pegi berkelah ker apa?
Sampai dekat makmal,Hakim dan Najiha dipaksa masuk kedalam satu balang kaca saiz saiz keranda.Sebaik saja mereka masuk,keluar satu cecair dari paip yang disalurkan ke dalam balang kaca tersebut.Cecair tersebut sebenarnya dadah bagi memberikan Najiha dan Hakim ketahanan dari lesu.Lebih kurang Tongkat Ali dan Kacip Fatimah la dia punya penangan.
Zul dan Roslan sibuk bukak valve pressure dan suis sana sini.Yang si Karimah dah kena tambat dekat tiang bendera luar makmal.Dr.Rozmi pula sibuk tengok graf denyutan jantung Najiha dan Hakim sambil menunggu masa untuk menekan butang 'On'.
"Akhirnya,dunia akan tunduk dibawahku....bwahahaha" jerit Dr.Rozmi sambil gelak macam Prof.Klon.
"Tak semudah itu!! Step on my dead body first!" tiba-tiba jerit Pn.Kalsom dari celah mana ntah.
Rupanya Pn.Kalsom dah follow siap-siap naik motor Honda bulat arwah suaminya.Terus dia langgar Zul dan Roslan dan sebab mereka berdua nie watak picisan jadi aku pengsankan mereka berdua,nak melawan lebih-lebih tak guna.
"Aku takkan biarkan kau hancurkan rancangan aku!! jerit Dr.Rozmi,ayat nak ikut skrip sangat.Terus dia tekan butang 'On'.
Mesin apa ntah namanya aku lupa nak bubuh terus beroperasi.Turbin dan kipas ventilation pusing laju.Pn.Kalsom dah cemas.Tengok mulut Hakim dan Najiha dah keluar buih-buih.
Entah kenapa tiba-tiba mesin tue berhenti.Lepastue keluar Karimah dari belakang mesin eh dah macam magik pulak."Hahaha...aku dah cabut plug dia" kali ini giliran Karimah pula gelak evil.
Pn.Kalsom segera mendapatkan balang berisi Najiha manakala Karimah pula pergi ke balang berisi Hakim.Hakin dan Najiha terbatuk-batuk sebaik saja dikeluarkan dari balang itu.
"Bodo punya orang tua,kau bubuh cecair tue lupa nak bubuh oksigen dah tue camne aku nak bernafas?" jerit Hakim sambil Najiha angguk-angguk.
"Eh lupa...hehehe" Dr.Rozmi senyum kambing.
"Menyerah sajalah Dr.Rozmi.Tadi makcik dah call polis" Pn.Kalsom meminta Dr.Rozmi menyerah.
"Jangan bergerak,kami polis!" tiba-tiba keluar polis dari pintu depan makmal.Ekeleh dah macam polis cite hindustan,dah settle semua baru nak sampai.
"Korang agak-agak aku nak menyerah tak?" tiba-tiba Dr.Rozmi bertanya serentak dengan itu juga semua anggota polis tadi tunduk memegang dada seolah-olah susah bernafas.Pn.Kalsom,Hakim,Najiha dan juga Karimah semua kaget.Rupanya Dr.Rozmi juga ada kebolehan yang sama serius aku pun baru tahu masa aku type nie.
Terus diangkatnya Pn.Kalsom ke udara lalu dicampak ke dinding.
"IBU!!!" jerit Najiha lalu berlari mendapatkan ibunya.
Lepas tue Dr.Rozmi try angkat Karimah pula tapi segera dihalang oleh Hakim.(Lepas habis baca perenggan ini,terus klik play dekat playlist.Terima kasih!)
Hakim serta merta menukarkan graviti disekelilingnya kepada kosong.Serentak dengan itu juga badannya terapung.Dr.Rozmi taknak kalah pun buat perkara yang sama.
Sudahnya dua-dua terapung.
Hakim angkat kereta polis tadi dalam dua bijik dengan mengurangkan graviti lalu mengubah arah tarikan graviti kearah Dr.Rozmi.Kereta polis yang melayang ditepis Dr.Rozmi hampir mengenai Karimah.Yang Najiha tengah sedih lagi tak pasti Pn.Kalsom hidup lagi ker tak tapi nampak gaya macam dah mati.
Hakim terus terbang ke luar makmal.Takut cederakan Karimah pula.Dr.Rozmi turut ikut sekali.
Diluar,Hakim acungkan tangan keudara lalu membentuk bebola graviti yang jika terkena badan Dr.Rozmi boleh menghancurkan terus semua tulangnya akibat tekanan yang terlalu kuat.Dr.Rozmi pun taknak kalah dia boleh layan buat bentuk bulan sabit la,keris la...ntah pape Dr.Rozmi nie tapi kuasa memusnah boleh tahan juga.
Bila kuasa Dr.Rozmi dan Hakim bertemu,ia mewujudkan satu kawasan vakum menyebabkan semua benda musnah dalam pelanggaran itu.Anggaran kuasa ala-ala bom atom.Habis musnah kawasan hospital dan sekitarnya.
Hakim menarik nafas panjang.Selain berdepan dengan penggunaan otak yang maksimum,beliau juga perlu kental dari pengsan sebab dia fobia tinggi tapi sebab Karimah tengah tengok jadi dia tahankan.
"Go sayang! You can do it!" jerit Karimah memberi sokongan.
Di pihak Dr.Rozmi pula,maklumlah dah tua,lutut pun dah start menggeletar.Itula pasal dia suruh Hakim dengan Najiha yang bukak dimensi ke-6,sebab dia dah tak larat.Kalau tak dia buat sorang jer fikirnya.
Mereka berdua mengambil nafas.Hakim tercungap-cungap masih kontrol.
Tiba-tiba Dr.Rozmi pitam lalu jatuh ke tanah.Nasib baik jatuh atas Zul dan Roslan jadi kecederaan takde teruk sangat.
Hakim pun terkejut juga.Ekeleh,senang beno menangnya.
Rupanya Dr.Rozmi diserang sakit jantung akibat penggunaan otak yang berlebihan.Turun naik dadanya menarik nafas.
Najiha keluar dari tempat persembunyian bersama ibunya.Ceh,hidup lagi Pn Kalsom.
"Biarkan dia Hakim.Biarkan dia mati!" kata Najiha sambil memandang Dr.Rozmi dengan penuh kebencian.
"Najiha,Hakim...biarlah orang nak buat jahat dekat kita...tapi kita janganlah berbuat begitu kepada mereka.Jika tidak,kita sama saja macam mereka." Pn.Kalsom bersuara bila melihat perangai anak perempuannya yang memberontak.Eh,membenci.
"Selamatkanlah dia..." sambung Pn.Kalsom lagi.
Najiha tiba-tiba insaf.Airmatanya mengalir."Jom Hakim,kita selamatkan dia" sambil menarik tangan Hakim.
"Tapi jantungnya dah berhenti berdegup?" soal Hakim.
"Takpe,jangan putus asa.Ada masa 4-6 minit sebelum berlakunya brain death.Mari kita selamatkan dia" Najiha meletakkan tangannya ke dada Dr.Rozmi.Hakim juga turut melakukan perkara yang sama tapi dibahagian belakang badan Dr.Rozmi.
Mereka melakukan 'cardioversion' (prosedur perubatan yang menggunakan elektrik bagi meransang jantung agar berdegup kembali).Mereka menumpukan gelombang cas dari seluruh tubuh dan ditumpukan pada tapak tangan.Jelas kelihatan arus mengalir diantara jari ke jari mereka.
Dupp!! tubuh Dr.Rozmi terangkat.Hakim segera check nadi Dr.Rozmi lalu menggeleng.
"Kita cuba sekali lagi ya!" pujuk Najiha.
Dupp!! tubuh Dr.Rozmi terangkat lagi.Segera Hakim check nadinya."Eh check nadi kau buat apa,check nadi Dr.Rozmi la." arah Najiha.
Hakim tersenyum.Segera dia check nadi Dr.Rozmi lalu berkata,"Alhamdullilah!"
.............................................................................................................
Bunyi paluan kompang bertalu-talu diselang-seli oleh suara sumbang menyanyikan lagu 'Selamat Pengantin Baru' oleh Persatuan Kompang Kampung Pening Lalat.
Ibubapa Hakim pula sibuk salam tetamu yang meraikan hari bahagia anak mereka.
Hakim dan Karimah selamat diijabkabulkan pagi tadi dan sekarang sedang bersanding sambil dtepung tawar oleh Pn.Kalsom yang datang bersama Najiha dan suami barunya.
"Ayah taknak tepung tawar mereka?" tanya Najiha.
"Takpela!" jawab Dr.Rozmi sambil berlalu pergi membawa bunga telur.
Nota:
Disini saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membaca cerita mengarut saya ini.Saya juga mengharapkan komen rakan-rakan tentang cerita saya ini.Sedangkan rumput lagikan diragut,inikan hati yang dalamnya berserabut.Sekian saja wabilahitaufikwalhidayah,asssalamualaikum warahmatuallahiwabaraktuh.
15 comments:
dr rozmi tu ayah najiha le ek? da tobat la tu..
yey .. habis ~
kalang kabut sgt last2 episod nie..sbb nk cpt kn habis..hahahah..
bole la..kang puji lebey kembang lak..
laa.. dr rozmi tu bapaknya si...eishhh!! hahaha
tula aku xpuas hati btol dr rozmi kawen ngn mak najiha.ape ni.ptutnye ko buat watak dia xtobat lgi.isk isk
wei aku suka blog ko ...lawak sempoi
finish!
hahahahahahahahahahahahahhahahahaha
aah la.. agak kelam kabut.. macam nak sangat cepat habisnye..
Overall boleh masuk bhg cerpen kat dlm ujang@gila gila @ seangkatan dengannya.. Ko try la anta, kot dpt jadi penulis ruangan tu.. hua hua hua
weyh... Najiha sape amek?
tak leh blah la ko ni..ntah hape2 ntah..mcm sorg penulis yg genius..pdhl ko sendri tak paham kan kan kan kannnn..AHAHAHAHAHAAA
rushing sgt ending.. huhu.. teori Einstein still ade...cm cite bionik sket.. =p
agak mabeles..tp patot ade lg 1 episod, baru nmpk real die pny plot..
sila wat lagi cte2 fiction cmni eh..i looike...
nnti kita jumpe,ko cte je la kt aku slot misteri ni drpd awal smpi ending..
aku malas nk bace.
Duniaku Abstrak:Eh nama kau apa?Takla,dia baru kawin dgn mak Najiha.
Fatin:Yeah! Malas ler tue nak baca.Hahaha
Kimie:Kelam-kabut ker?Sori ea.Takpe,aku terima kritikan membina.
Fyza:Bukanla,dia baru kawin dengan Pn.Kalsom.Salah baca nie.Huhuhu.
Sha:Hahaha.Kau asyik tak puas hati jer.Kang aku buat watak Dr.Rozmi tue gay kang baru kau tahu.Wakakaka.
Mr.Brain:Hehehe.Tq
Ervina:Yeah! Finish!
Fana:Kira aku bleh ganti Prof.Serba Tahu la ea?Hahaha.Najiha?Ambik apa?
Dayah:Adoi,penat aku buat kajian dulu sebelum buat cite nie tau!
Lin:cite Bionik i tak tengok...hihihi
Halwa:Sbnrnya dah bosan asyik tpe cite nie jer.Hahahaha
Zul:Aku nak cite pakai kaki boleh tak?
aku follow je citer ni dari awal...tapi tak komen.tehehe..
cara penulisan kau memang sempoi..kelakar.senang baca dan masuk otak.
cuma jalan cerita macam cliche.tehehe.
aku ingat pilem prof madya je ending kawin..crita kau puna da gak..memg tahap profesor lah kau ni.tehehe.
overall..ramai yg ikut crita kau ni..ada daya penarik.
Post a Comment