Slot Misteri di Blog Razi Bahagian 2
Share
Baca Episod Satu dulu
..............................................................................................................
"Sebenarnya saya sudah lama perhatikan awak" terdengar suara dari dalam otak Hakim.
"Sebenarnya saya sudah lama perhatikan awak..." ucap Karimah dalam telefon,sama seperti apa yang terdengar oleh Hakim sebentar tadi.Muka Hakim berubah kaler.
Hakim terdiam.Bukan kerana terkejut dengan pengakuan Karimah tapi kerana beliau boleh baca fikiran Karimah.Terus saja diletakkan telefon kerana takut.Apa yang berlaku sebenarnya tanya aku kepada pembaca.
Lama juga beliau memikirkan sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.
..............................................................................................................
Esoknya waktu kuliah,tiba-tiba pensyarah memanggil nama beliau.
"Hakim,ada orang nak jumpa kamu di pejabat" kata Puan Kamsiah.Hairan juga Hakim,siapa pulak nak jumpa dia nie.Risau juga perkara dia letak cicak dalam coke Mr.Ranjit itu hari sampai ke pengetahuan pihak atasan.Mati aku! fikir Hakim sambil berjalan menuju ke ofis HEP
Sampai ofis HEP,ada dua orang berpakaian kemeja siap tali leher macam nak jual insurans.
"Assalamualaikum Hakim,saya Zul dan rakan saya ini Roslan...boleh kita bincang di tempat lain tak?Tempat yang ada privasi sikit" sapa mamat muka macam ejen insurans nama Zul.Oh! lupa nak bagitahu,mata dia juga terbeliak sama macam Zul.Keh...Keh...
"Apa pulak tak boleh.Jom kita diskas dekat kafe" muka Hakim sedikit riang sebab takyah masuk kelas Puan Kamsiah yang kuat berleter itu.
Sampai di kafe,terus saja Hakim order teh tarik manakala mamat dua orang muka macam ejen insurans mintak air kosong jer.
'Sebenarnya kami ini dihantar oleh Dr.Romzi" mamat nama Roslan bersuara.Terus rasa macam nak terkeluar teh tarik yang diteguk Hakim.Ahh siapa pula nie Dr.Romzi nie?Dr.Rozmey yang Jusmate tue gua kenal la.
"Sebelum itu kami nak tanya,sejak eksiden hari tue,ada tak benda-benda pelik berlaku dekat En.Hakim?" sambung Roslan lagi.
"Err...pelik macamana tue?" Hakim pura-pura tak faham.
"Macam...benda terapung depan En.Hakim ker..." Roslan meneka.Zul angguk-angguk mata makin besar.
"Err...takde rasanya" Hakim menipu.
"Hmm...mungkin benda ini sukar diterima akal...mungkin lebih baik kalau Dr.Rozmi sendiri yang terangkan" sampuk Zul.Mata makin besar.
.............................................................................................................
Sebab aku malas nak type jadi kita skip terus ke babak Zul,Roslan dan Hakim jumpa Dr.Rozmi,Pakar Otak dan Kepala Otak.
"Err...beginilah ya,hari tue punya imbasan saya dapati kepala otak Hakim berfungsi lebih aktif dari manusia normal biasa.Manusia normal biasa guna dalam 3% jer tapi Hakim lebih dari 50%" terang Dr. Rozmi sambil usik bowtie beliau.
"Otak manusia ini sebenarnya dilimitkan penggunaan sampai 3% sahaja.Konsep dia sama macam kereta,pernah tak kamu bawak kereta cecah sampai habis meter?" tanya Dr. Rozmi
Belum sempat Hakim menjawab,Dr. Rozmi dah potong "Tak pernah kan! Sebab kalau otak manusia ini dapat digunakan 100%,badan kita takkan dapat tahan.Kuasa otak ini lebih dari sekadar berfikir".
"Baiklah,dimensi yang kamu tahu ada 3 bukan?Tapi kalau kamu dapat gunakan otak kamu sepenuhnya,kamu boleh dapat cecah sampai dimensi ke-enam" terang Dr. Rozmi lagi.
Muka 3 ekor bahalol tue dah terbangang.Apa doktor nie merepek.Pembaca dan aku pun turut pening.
"Apa lagi 3 dimensi itu Dr.?" tanya Hakim sedikit curious
"Dimensi yang keempat ialah gelombang.Bila kamu masuk fasa dimensi keempat,otak kamu secara automatik boleh membaca fikiran orang.Kamu juga boleh berkomunikasi menggunakan telepati.Takyah BlackBerry ataupun Iphone dah.Pakai otak jer.Otak kamu mampu menerima gelombang dari otak orang lain." terang Dr. Rozmi.
"Dimensi ke lima pula ialah graviti.Bila saja kamu masuk dimensi ini,kamu boleh kawal graviti.Maksudnya,kamu boleh ubah kuantiti graviti atau arahnya.Cuba kamu bayangkan kalau kamu kurangkan graviti sebuah kereta sampai 0?"
"Kereta itu terapung la kan,Dr?"Hakim jawab.
"Betul.Tepat sekali!Lebih hebat lagi,kamu juga boleh terbang.Hanya perlu kurangkan graviti kebawah dan kamu ubah arah graviti itu.Amacam?Mengarut tak?" jawab Dr.Rozmi sambil menerang.
"Boleh tahan juga cite Dr.Rozmi nie,kalah Dr. Rozmey gebang pasal filem dia" fikir Hakim.
"Jadi dimensi terakhir itu apa Dr.?" tanya Zul dan Roslan serentak.
"Dimensi terakhir itu paling bahaya.Siapa dapat kawal ia akan jadi Raja Segala Dunia.Dimensi keenam itu ialah Masa.Siapa yang berjaya masuk ke dimensi ini akan mampu menghentikan masa,membalikkan masa dan juga mempercepatkan masa" kata Dr. Rozmi tambah semangat.
"Tapi setakat ini belum pernah lagi ada orang yang tembus dimensi ini" tambah Dr. Rozmi lagi.
"Jadi sekarang ini saya dah tembus dimensi kelima?" tanya Hakim.
"Ya,tapi penggunaan otak kamu masih tak konsisten." jawab Dr. Rozmi.
"Cuba ingat balik bila kamu sedar yang kamu tahu ada kuasa itu?" tanya Dr. Rozmi pula.
"Lepas balik dari hospital itu satu.Kemudian,masa kawan kolej saya hampir dilanggar kereta dan satu lagi masa dia call saya waktu malam" terang Hakim.
"Hmm...kamu pernah dengar kisah ibu yang mampu angkat kereta dari rel keretapi sebab nak selamatkan anak dia yang terkurung dalam kereta?" tanya Dr.Rozmi.
"Ha! pernah.Tapi kenapa ya doktor?" tanya Hakim kembali.
"Begini.Kebiasaannya otak manusia digunakan pada limit 3% tapi dalam sesuatu perkara ia mampu lebih daripada itu.Contoh seperti kamu nak selamatkan seseorang yang kamu sangat cintai.Masa itu had limit otak kamu akan terbuka dan kamu mampu buat sesuatu perkara yang kebiasaannya kamu tak mampu lakukan.Tapi biasanya benda macam nie berlaku dalam sekelip mata sebab kalau dalam tempoh yang lama,tubuh kamu tak mampu menangung bebannya" terang Dr.Rozmi.
"Tapi kamu lebih special sebab dari impak eksiden haritue,limit yang dikenakan keatas otak kamu semakin longgar.Kamu lebih senang lepas limit dari manusia normal macam mereka berdua nie" sambil tuding dekat Zul dan Roslan.
Sambung ahh...
10 comments:
1st!haha..cerita ko neh bersambung lak..
hahaha tervaek ah..layan dowh citer mengarut ko nih..
cepat wat smbgn cite karut mu nie syg...
pasal Dimensi2 tu agak logik sbb tu ade kias2 teori Einstein..bab fizik tu aku suke..sila sambung mengarut secepat mungkin k..=)
yea.. btol tu awa.. teori Einstein ade dctu.. i like physics.. huhu..
sambung pulak..
hahaha...cerita yang terbaek lah utk tahun nie....cepat lah sambung....
bolehwat filem nie.....hehehhe
bersambung lagik... bru nk feel
alahaaiii
da cm cte zukhairi dah ko ni duk sambung2 razi oiiii
Ain:Seronok kau dapat 1st ek?
Abstrak:Ish jangan layan sangat nanti gian.Keh Keh
Ervina:Mana ada mengarut.Ini kisah benar la.
Halwa:Einstein yang baca blog aku kot pastu dia buat teori.
Lin:I like biologi.Hahaha
Pinkiss:Sambung bung.
Zetty:Tahun nie?Err...
Khai:Takleh bagi kau feel lebih lebih.Bahaya.
Suhada:Yerla,dah budak SASER.hahaha
Post a Comment