Wednesday, July 21, 2010

Slot Misteri di Blog Razi Bahagian 3

Share

Baca dulu Episod Satu,pastu Episod Dua...baru baca cerita dekat entri yang ini

.......................................................................................................

"Jadi,apa perkara yang paling penting sekarang?" tanya Dr. Rozmi menguji Hakim.

"Makan nasi?...Mungkin" balas Hakim blur blur.

"Adoyai...bukanlah.Sekarang nie yang paling penting ialah untuk kamu melatih fizikal kamu.Kalau pakai enjin Ferrari tapi body Wira apa guna?" kata Dr.Rozmi sedikit kecewa dengan jawapan Hakim.

Babak seterusnya nampak la Hakim kena lari sambil tarik kereta ikat dekat leher.Berenang dari hujung ke hujung dalam kolam renang saiz paralimpik sambil dikejar ikan pirana.Dan paling best sekali training dia kena kacau dodol.

Dua bulan lepas tue badan Hakim dah smart.Dekat perut dah ada six pack.Lengan pulak dah besar peha aku.Saiz zakar jer masih tak berubah.

Dalam masa dua bulan itu juga Hakim tak pergi kolej langsung.Apa jadi dekat sana semua dia tak tahu.Berapa banyak pelajar pompuan buang bayi pun dia tak kira.NC punya rambut palsu baru pun dia belum sempat usha lagi.

Yang paling terasa kehilangan Hakim tentulah Karimah.Baru nak reveal feeling dah kena rejek.Malu pun ada.Terus self-esteem drop sampai 0.

"Dah dua bulan kamu training fizikal.Dah tiba masanya kita training mental kamu pulak" Dr.Rozmi bersuara tersekat-sekat sebab tengah jilat biji durian.

"Nak training mental macamana?" tanya Hakim sambil perati lidah Dr. Rozmi jilat biji durian.

"Otak kita terbahagi kepada empat bahagian untuk 6 deria.Jadi saya akan fokuskan training kamu kepada 24 struktur yang merangkumi semua deria dan penggunaan otak."terang Dr. Rozmi sambil colet lebihan durian dekat pangsanya.

Dan bermula hari itu,hampir setiap hari Hakim terpaksa menulis dengan dua tangan ayat yang berbeza pada waktu pagi.Memastikan 99 jenis bunyi dan bau waktu tengahari.Petang pulak kena menyelam dalam kolam dengan mata terbuka dan hanya mengambil nafas setiap 2 minit.Paling horror waktu malam dia kena pakai earphone dan dengar satu lagu secara ulangan,esoknya wajib hafal kalau tak kena sebat pakai talipinggang WWE.Memang hell latihan dia.

Latihan hell ini diteruskan selama hampir 3 bulan.Terus habis satu sem Hakim tak datang kuliah.Surat amaran dah bersepah dekat rumah.

.......................................................................................................

Suasana kolej memang tenang waktu pagi.Mana-mana yang baru balik clubbing kelihatan sedang mengunci kereta.Burung dan tupai juga baru habis bekfas.

"Vroom....Vroomm..."kesunyian pagi dirosakkan dengan bunyi dari ekzos sebuah kenderaan beroda dua kapasiti enjin 6500 cc jenama Yamaha.Helmet full-face dengan jaket jenama Shoei beli dekat Uptown Shah Alam melekat di badan penunggangnya.

Mana-mana budak perempuan yang tengah tunggu bas semua usha nak tengok siapa yang bawak Yamaha R1 pegi kolej nie.Ini kalau tak bapaknya ada kilang kondom,mesti keje kerajaan makan rasuah bisik mereka sesama sendiri.Dalam ramai-ramai itu,terselit juga Karimah.

Bila mana mamat bawak R1 itu bukak helmet,terus Karimah terdetik dalam hati "Hakim!"

Hakim terus toleh dekat Karimah.Hairan juga Karimah macam Hakim dengar dia jerit pulak padahal jerit dalam hati jer.

Dengan bergaya,Hakim terus berjalan mendapatkan Karimah.Motor lupa nak stand terus jatuh tapi tak dihiraukan Hakim.Karimah punya berdebar sampai bergoyang-goyang dadanya.Ohh~ Hakim.

"Hai,sorang jer?" tanya Hakim sebaik saja sampai depan Karimah.

Karimah perati keliling,"Apa buta ker dia kan tengah ramai nie dekat bus stop?" detik hati Karimah.

"Saya tak buta.Saya memang nampak awak seorang jer sekarang" balas Hakim.Darah Karimah berderau.Hakim tahu apa dia fikir.

......................................................................................................


"Hari tue...."Karimah memulakan bicara sebaik saja melabuhkan punggung di kerusi kafe.

"Hari tue Karimah ada nak cakap sesuatu kan.Boleh saya tahu apadia?" pintas Hakim.

"Err...Imah sebenarnya (tiba-tiba jadi nama manja) dah lama peratikan Hakim.Sebelum Hakim bawak R1 pegi kolej lagi" jujur dari hati Karimah berbau materialistik.

"Hakim pun dah lama stalk Karimah dekat Facebook.Hari-hari tengok profile pics Karimah yang dekat Genting tue" balas Hakim pula.

"Ooo...kantoi stalk orang nie...dah macam Habib! hik hik" kata Karimah sambil gelak manja.

"Siapa Habib?" tanya Hakim syak sesuatu.

"Eh,takpe.Abaikan jer la" balas Karimah risau.

(Selingan penulis:Habib tue member aku)

Babak cubit-cubit,comolot,lari dekat taman semua aku dah cut jadi kita skip terus ke babak Hakim dapat mesej dari Dr. Rozmi.

Mesej yang diterima oleh Hakim 3 saat tadi. "Datang lab sekarang! Urgent!!"

Terus dimasukkan kembali Sony Erricson Vivaz beli pakai duit PTPTN sem lepas.Risau betul hatinya bila Dr. Rozmi hantar mesej begitu.Biasa hantar MMS gambar penyakit kencing manis takpun orang mati eksiden.

Bila tiba saja di ofis Dr. Rozmi,tengok Dr.Rozmi,Zul dan Roslan tengah kupas durian."Oi meh makan.Fresh nie.Bawak dari Tapah" kata Dr. Rozmi sebaik saja nampak Hakim bukak pintu.

"Cilaka punya orang tua,penat la gua risau dekat dia.Rupa ajak makan durian" detik hati Hakim.

"Sebenarnya,apa yang penting sangat nie Dr.? Takkan pasal makan durian?Dr. tahu tak minyak sekarang dah naik 5 sen?Bla...bla..." Hakim membebel

"Sabar dulu.Cuba kau pegi tengok fail dekat atas meja aku tue" balas Dr.Rozmi sambil kesat kesan durian dekat lab coat dia.

"Fail apa nie?" tanya Hakim curious.

"Ada shorang laghi macham khamo!" balas Dr. Rozmi ringkas sambil kemam dua ulas durian.










Sambung lagi dan lagi...

8 comments:

Miss Fireflies July 22, 2010 at 1:16 AM  

eh bengong laa cte ko ni razi.ekekeke

Miss Fireflies July 22, 2010 at 1:21 AM  

perghh razi idea ko.boleh ke aku terangkn cm tu esok kt diorang??


adekah aku akan diberhentikan keje??



*opss ini aku bls komen ko td*

Ervina Razali July 22, 2010 at 8:33 AM  

menarik!

linn July 22, 2010 at 9:11 AM  

bersambung (cm cite drama slot aksi). gud job bro... cm best je tetibe ade selingan name habib.. huhu.. nti buat la love triangle.. (^.^)

tengku_fir21 July 22, 2010 at 10:52 AM  

dada karimah bergoyang..??/
huhuhu..ko nie...

*alangkah bagus kalau blh tesis sehebat ini ;P

apek July 22, 2010 at 4:19 PM  

ape kene mengena ngan zakar lahant..hahaha..famous habib pasni..

qishie July 22, 2010 at 8:58 PM  

haha.nasib baik ko masukkan unsur-unsur bengong sket.kalo tak memang aku flag!haha

Mohd Fakhrurazi Jamaludin July 29, 2010 at 3:51 AM  

Suhada:Ok kot.Kau try la.Hahaha

Ervina:Tq!

Linn:Love triangle itu apa?Habib itu member aku la.

Tengku Fir:Hahaha.Kau tak gay rupanya.Hahaha

Apek:Ada kot.Tak caya kau tanya Habib.

Qishie:Ish,mana ada.Aku kan baik.Toksah la flag aku.Hoho.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP