Sunday, July 18, 2010

Slot Misteri di Blog Razi

Share

Hakim baru saja keluar dari hospital.Beliau koma hampir 2 minggu akibat kemalangan jalanraya yang mengakibatkan tengkoraknya retak kesan impak dari pelanggaran.Mujurlah Allah memberikannya kesempatan bertaubat,selang sebulan lepas itu doktor membenarkannya pulang.

Di rumah,Hakim sering mengadu sakit kepala.Keadaan itu menyebabkan ahli keluarganya bimbang takut ada kesan sampingan dari insiden lepas.Sekali lagi imbasan MRI dilakukan bagi memastikan keadaannya benar-benar selamat.

..............................................................................................................

Suatu hari,sewaktu sedang membuang air besar,mungkin kerana terlalu bosan sangat meneran,Hakim memerhatikan air yang keluar dari kepala paip.Secara tiba-tiba air yang keluar mengalir keatas seolah-olah tiada tarikan graviti.Hakim cuak terus lari tak sempat cebok.Habis tualanya terkena palitan tahi cair warna coklat.

Perkara itu dirahsiakan dari sesiapa pun.

..............................................................................................................

Kembalinya Hakim ke kolej di sambut riang oleh rakan-rakannya.Pengajian yang tertangguh selama hampir dua bulan disambung kembali.Teruja juga Hakim sebab dapat jumpa wanita pujaan hatinya,Karimah.

Karimah mempunyai wajah lembut kacukan Melayu dan Cina.Pemakaiannya sopan walaupun tidak mengenakan tudung.Rambutnya lurus paras bahu.Memang mengamit hati hampir setiap lelaki di kolej itu kecuali bapok,mereka jeles dengan Karimah.

Setiap kali lepas kelas,Karimah akan menunggu bas didepan kampus untuk pulang ke rumah sewa.Dikesempatan itulah akan digunakan sepenuhnya oleh Hakim untuk stalk wanita yang dipujanya.Nak tegur,segan.Nak ngorat,malu.

......................................................................................................

Hari itu,sedang Karimah menunggu bas,datang satu kereta Myvi hilang kawalan lalu menuju ke arah Karimah.Hakim yang tengah mengendap Karimah balik semak hanya mampu memandang tanpa berkata-kata.Di otaknya hanya terlintas sesuatu,"Berhentilah! Gua tak kahwin lagi!!"

Bilamana kereta Toyota itu berhenti betul-betul depan kaki Karimah menyedarkan Hakim yang beliau ada kuasa luar biasa.Terus saja didapatkan Karimah yang dah pengsan sambil mulut berbuih.Lemah semangat betul Karimah.

Lepas simbah air satu baldi dekat muka Karimah,Hakim kengkonon gentleman terus saja menghantar Karimah balik setelah wanita pujaannya itu sedar.Rupanya Hakim ada kereta,baru aku tahu...cilaka punya Hakim yang kau tunggu bas tue buat apa?

Malam itu,Hakim tidak dapat tidur.Diperhatikan kipas siling biliknya yang ligat berpusing.Dalam otaknya terlintas perkataan 'Lu benti skarang kipas!'.Serta-merta kipas itu terhenti macam putus bekalan elektrik.Yakin betul Hakim yang dia ada kuasa luar biasa sejak itu.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Nombor tak dikenali.Nombor Celcom.019-245718* pegi mampos aku nak kasi no. Karimah kat korang.

"Hello"

"Hello,awak dah tidur ker?" suara perempuan lembut.

"Belum.Boleh saya tahu siapa nie?" lembut jer Hakim balas mentang-mentang dengar suara perempuan,cuba kalau suara jantan...mesti maki dulu baru tanya siapa.

"Saya Karimah.Thanks ek sebab tolong hantarkan saya siang tadi." jawab suara lembut itu.

"Takpe.Saya hanya tolong insan yang memerlukan.Dah tanggungjawab saya" balas Hakim padahal kalau Raju nak tumpang jer mesti macam-macam alasan dia bagi.Racist gila babi.

"Sebenarnya..." suara Karimah tersekat-sekat nak menyatakan sesuatu.










Bersambung...



12 comments:

Duniakuabstrak July 18, 2010 at 3:30 AM  

gler ah Hakim ade kuasa misteri..aku pon nak try hantok kepala aku kat dinding kuat2 mana tau lepas tu bleh la aku stop kan masa ke..hahaha

yusuf mujahidin ™ July 18, 2010 at 7:26 AM  

aku tk sbr tggu sambungannya...hahaha

wimie July 18, 2010 at 10:24 AM  

cepat ah ambung...!hahahaha

Unknown July 18, 2010 at 10:26 AM  

wah..macam tonton seri smallville..hahaha
tlg letak 1 watak jahat yer

fana July 18, 2010 at 12:40 PM  

cet.. bersambung pulak...

"....dah tangungjawab saya..."

ayat skema mamat2 drama nak ngorat minah2 drama. haha

zetty July 18, 2010 at 1:15 PM  

wahhh..cerita y mnarik...cepat sambung..cepat sambung...hehehe

Anonymous July 18, 2010 at 2:15 PM  

hak eleehhh ade sambung2 lak bai..cepat2

zixol July 18, 2010 at 2:59 PM  

salam..thanks singgah blog cekgu

Sha Wbunny July 18, 2010 at 5:28 PM  

memang tak boleh blah je ayat dia ni.ngorat punya pasal.berdasarkan kisah benar kehidupan ko ke razi?hehe ko ngorat wanita ke, kaum sejenis?

fndrocka July 18, 2010 at 8:45 PM  

jom tengok smallville jap gi

WeSellButtonBadge July 18, 2010 at 8:57 PM  

eh..besambung...

tp kenape ko reka cerita..tp ko x tau die ade keta..hahahaha..ngok

Mohd Fakhrurazi Jamaludin July 29, 2010 at 3:57 AM  

duniakuabstrak:cuba la.kalau mati jgn jadi hantu.wakakaka

yusuf:sbr eh

wimie:sambung bung.

tengku:seri?wakakaka.

fana:ayat skema?salah la.memang kitaorang wajib cakap begitu.hahaha

zetty:baca ker?tq~

suhada:ok cepat!

Azizol:Tq.

Sha:Kau suka tuduh aku gay.Penat aku bagitahu aku ada awek hahaha.

Fndrocka:Ok sila sila

Apek:Ntah.Tetiba aku baru tahu mse aku type.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP