Showing posts with label Apakata korang realisasikan impian aku dengan klik iklan Nuffnang banyak-banyak kali.Terima kasih.Keh...Keh.... Show all posts
Showing posts with label Apakata korang realisasikan impian aku dengan klik iklan Nuffnang banyak-banyak kali.Terima kasih.Keh...Keh.... Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Angan-angan Mat Jenin (Versi Moden)

Share

Dek kerna terjaga rugi juga kalau tak publish barang seentri dua.Ceit,tak buat tahajjud tak rasa rugi pulak bisik kata hati.Malas nak mandi wajib,kata aku dan syaitan serentak.

Entah mimpi apa hari ini aku terbangun awal pulak.Boleh jadi bangang juga kalau asyik guling-guling atas katil.Katil saiz ratu sempit dia macam katil asrama dek baju-baju yang dah lipat taknak susun diri sendiri dalam almari.

Berkenaan entri dibawah,ramai yang nampaknya tidak faham jadi aku simpulkan tak ramai yang genius macam aku.Karim dalam cerita itu sebenarnya adalah pontianak.Aku cuba penceritaan yang lari dari normal tapi nampaknya konsep genius tak ramai dapat terima.

Beralih kepada cerita seterusnya...

Biasa sebelum tidur korang selalu berangan tak?Atau korang jenis kepala atas bantal jer terus terlelap?

Baru-baru ini aku selalu berangan berkenaan kereta aku.Lalu angan-angan itu aku ceritakan pada Apek,sambil perati kereta-kereta lalu-lalang.

Pertama sekali aku nak masukkan bodykit R3 kasi garang sikit.Mesti Kancil Turbo dan Wira Tonggek dengki gila babi bila tengok bodykit aku.

Dah pasang bodykit,mana lengkap kalau masih pakai tayar saiz 15 jadi aku ingat nak tukar rim 16.Absorber dan spring pun kasi racing punya baru layan corner takde rasa macam bawak Myvi.

Lepas itu,seat depan pula mahu tukar yang lagi bucket.Siapa-siapa yang gemuk bontot besar memang takleh naik kereta aku jadi kepada kekasih hati,sila kuruskan badan dan bontot.Keh...Keh...

Speaker depan belakang mesti kasi tukar juga baru nak dengar Faizal Tahir nyanyi macam dalam konsert.Pilih brand Sony Xplod ker,Bose ker yang built-in tweeter.

Tengok kereta member yang pakai seat kulit macam cantik juga jadi ingat elok tukar kepada kaler hitam ada line merah daripada seat membawa kepada dashboard.Barulah selain nampak racing,nampak juga 'VIP Style' nya.

Last skali,aku nak cat balik kereta tue.Mana yang kemik-kemik tue semua kasi betul.Kaler?Mestilah hitam metallik lagi.Apa barang metal kalau tak hitam?Keh...Keh...

......................................................................................................


"Banyak duit kau nak buat semua benda tue" Apek memberikan komen.

"Ala,tunggu aku dah kaya la nanti" balas aku

"Kalau kau dah kaya,apsal tak pakai BMW terus?" balas Apek kembali.

"............................" aku terdiam.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP