Slot Aksi di Blog Razi
Share
Sebuah kereta Satria Neo hitam meluncur laju di Lebuhraya Persekutuan memotong kebanyakan kenderaan lain.Di dalamnya ada empat lelaki semuanya bermuka tenang memerhati kenderaan lain yang dipotong oleh kawan drebar mereka.
Akhirnya mereka berhenti di sebuah bank.Drebar hanya menunggu dalam kereta bersama 2 orang lagi rakan mereka.Sorang dari mereka berpakaian ofis siap bertali leher masuk ke dalam bank.
" Jangan lama-lama sangat Joe" jerit drebar dari dalam kereta.
Terus sahaja Joe masuk ke dalam bank.Ambil angka giliran dan duduk di kerusi menunggu.
Sementara itu,dua lagi rakan mereka bersiap-siap mengisi peluru dalam pistol dan memakai sarung muka.Lebih kurang 15 minit kemudian,mereka terus berlari menuju ke bank sementara drebar masih lagi menunggu dalam kereta tenang membakar asap rokok.
"Lu pegi jaga pak guard Koi,gua ambik duit" sempat Sein ingatkan pada member dia sambil berlari tue.
Koi terus acu pistol dekat pak guard.Sein pulak masuk dalam bank terus jerit "Apa-apahal atas lantai dulu baru cerita" sambil lepas tembakan ke siling.
Bila tengok semua dah baring atas lantai,terus Sein acu pistol dekat Joe yang pura-pura baring juga.
"Lu bangun sekarang ambik duit untuk gua" sambil campak beg kertas dekat Joe.Joe buat-buat muka takut terus ambik beg itu lalu masukkan duit kedalamnya.
Bila agak-agak dah berat,Joe kasi beg tue balik dekat Sein.
"Woi! dah jom blah-blah" jerit Sein pada Koi sambil terus lari masuk dalam kereta.
Belum sempat Sein dan Koi tutup pintu,drebar dah tekan minyak terus pecut ikut Lebuhraya Persekutuan.Selang 3 minit kemudian,diorang dengar bunyi siren polis dari belakang.Itu dia,Evo 10 Skuad Helang tengah kejar diorang.
Nasib baik Satria Neo hitam tue bukan standard lagi.Enjin dah tukar GSR Twin Turbo siap 2 biji tong NOS dalam kereta.Cilok sana,cilok sini macam dalam filem aksi.Sekarang nie ada sebiji Evo 10,2 biji kuda putih dengan satu SUV tengah kejar diorang.
Drebar dia tetap tenang memandu sambil sedut asap rokok perlahan-lahan padahal dua ekor lagi tengah kecut perut tengok drebar diorang bawak.Memang respek habis Koi dan Sein dekat Rayzi,drebar diorang nie.Tak sia-sia diorang pilih untuk misi ini.
Sampai dekat satu jalan lurus,Rayzi bukak paip NOS satu tong.Terus Satria Neo hitam tue macam nak tercabut pintu,dashboard semuanya dek laju sangat.
Rayzi terus pandu masuk ke satu gudang dan parking dekat situ.Ada lagi sebiji kereta dalam tue.Diorang pun turun dan terus naik kereta lagi satu menuju ke bank tadi.
Tengok Joe dah tunggu dekat bus-stand depan bank tue.
"Amacam Joe?" tanya Koi curious.
"Well,gua kan hacker paling best dekat Malaysia.Settle tak sampai 5 minit.Itupun sebab internet bank tue lembab" terang Joe dengan riak.
......................................................................................................
Esoknya paper muka depan tulis 'Miyabank kerugian hampir 20 billion akibat serangan virus'.
Muka surat dua pula tulis 'Polis menjumpai kembali duit yang dirompak dari Miyabank berserta kereta yang digunakan dalam rompakan.Orang ramai yang ada maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran'.
Sementara Joe,Rayzi,Koi dan Sein pula dalam kapal terbang menuju ke Amerika.Tugas yang diberikan oleh pesaing Miyabank,CTMB Bank telah selesai.Di tangannya ada sampul surat baru bertulis 'Wall Street'.
13 comments:
huhu..fantasi apkah ini...
cehh
rayzi kunun .
xP
hahaha..rayzi siot..apekejadah ko tggalkan duit tu laknat?
rayzi???
apakah?!
menci!!
klu wat entry asyik nk bangga diri!!
menci2!
kecohla satria neo nih..hahaha..
Tengku:Ini filem aksi bakal ditayangkan nanti.Hahaha
Innz:Hahaha.Dengki.Eh,bukan nama aku la
Apek:Diorang bukan nak rompak bank itu pun sebenarnya.Rompakan itu sebenarnya satu decoy jer.Amacam?Jom rompak bank! Keh Keh
Ervina:Apa?
Khairuzalina Muin:Hahaha.Yang kau baca sape suruh?
hahaha apesal tak tecabut je terus dashboard tu? lagi best citer aksi ko nih..hahaha
ak lembap ke ape?ak xpaham wei..hahahaha
dasyat arr cite nie....
nk bgtau kehebatan diri masing2...bgus2...hehehe
kate gaji kite 30K nak rompak bank watpe..hahahaha
jalan cite bagus. bleh wat film... thumbsup...haha
duniakuabstrak:oh takleh nanti airbag terbukak
wimie:hahaha.kau normal ler tue.bukan genius.
zetty:err...x...cite dia mmg begitu.diorang xhebat mana pun padahal.
apek:sje.xtahu nak buat apa.hahaha
fark:filem apa agak-agak?hahaha
Post a Comment