Sunday, June 6, 2010

Wanita memang kurang 'sense of direction'?

Share

Hari ini aku bangun awal dari kebiasaan pada cuti hujung minggu disebabkan kekasih hati nak datang rumah pinjam GPS.Alasan diberikan takut sesat nak ke PWTC.Aku pun layankan jer baik bagi pinjam GPS dari kena temankan beliau.Bertuah kekasih hati dapat boyfriend macam aku kan?Keh...Keh...

Lepas bagi pinjam GPS terus pecut ke tingkat atas lalu melompat atas katil supaya mak aku tak sedar yang aku dah bangun tido nanti dia suruh basuh karpet.Mak aku pun bertuah jugak dapat anak macam aku kan?

Sambil golek-golek atas katil membawa ke lantai (terjatuh) otak aku sibuk flashback kisah-kisah kawan perempuan aku dan kesesatan mereka.

Ada sorang kawan aku tinggal di JB,nama sebenar malas nak reveal nanti buka aib memang sense of direction dia sangat teruk.Boleh bayang tak kalau dia silap jalan depan rumah sendiri?Nasib baik dia takde blog kecuali blog Friendster kalau tak memang aku dah link ke blog dia kasi naik traffik sampai jem.

Ini gambar dia tapi aku dah censored.Hahaha.

Dan paling terbaru bila ada sorang lagi kawan aku juga berjantina wanita yang sense of direction dia boleh tahan juga teruknya.Boleh bayang tak kalau nak pergi One Utama boleh sampai Klang?Mungkin ada yang takleh bayang jadi mari kita sama-sama saksikan Wikimapia ini untuk mereka yang rendah pengetahuan Geografinya.

Susah payah aku edit peta nie nak bagi korang faham!

Kalau ikut ceritanya,beliau dari Midvalley tapi sebab kepadatan manusia dah macam tengok konsert maka plan B harus dirancang.Maka kawannya yang setia mencadangkan destinasi One Utama sebagai alternatif tapi cadangan tanpa pengetahuan memang umpama ahli politik tanpa wang.Takde wang bagaimana nak berkempen?

Orang kata,"malu bertanya sesat jalan".Hambik kau sesat sampai Klang!

Dah la jangan kutuk dia lebih-lebih nanti dia merajuk tinggalkan pisau bedah dalam perut aku.

Sebenarnya banyak lagi cerita wanita dan kesesatan mereka buat aku hairan mereka nie takleh baca signboard ker waktu memandu?

Wanita tidak boleh multitask?




Ya! TIDAK BOLEH MULTITASK!








p/s:Eh jangan serius sangat pasal benda nie,comel apa sesat-sesat pastu cover "Eh aku memang nak pergi sini" sambil buat rupa comel pelakon Korea



20 comments:

~miE_kEr~ June 7, 2010 at 8:02 AM  

dorg tau org laki bawak je..pastu dok membebel kat sebelah..hahahaha

suria June 7, 2010 at 9:38 AM  

whoot...whoot..whoottt...
aduh..
terasa buduh....
tp aku tak nak g tau kat mane aku sesat..

fndrocka June 7, 2010 at 1:03 PM  

kawan kau rupanya najlaaraihanna tu

myatiqah June 7, 2010 at 2:11 PM  

hahaha..ok kali ni aku kena brsetuju ngn ko...
tibe2 tringat sesuatu..hahahah
ok bye

pinkiss June 7, 2010 at 4:20 PM  

saya bukan sebahagian dari wanita yang dimaksudkan. saya sangat bijak di jalanraya. (tetiba je..)

Tulip June 7, 2010 at 5:48 PM  

okey pe kalu perempuan sesat..kalu laki tebal muka oii...hahaha...nasib baik aku x pernah sesat lg..kihkih..

Ervina Razali June 7, 2010 at 7:15 PM  

sye ttp tak akan ingat jalan spye awk akn sentiase teman sye...lau tamo sye pakse..lau tamo gak sye kemek kn madu..hihihi

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 7, 2010 at 8:09 PM  

Kimie:Hahaha.Teringat kisah silam ker Sarjan?

Suria:Hahaha.Tapi aku respek dengan pemanduan Myvi kau.Kau boleh buat Myvi kau setangkas Lotus Elise dijalan raya.

Fndrocka:Nampaknya kantoi minah senget tue kawan aku.Hahaha.

Tiqa:Aku pun macam teringat sesuatu.Ok nanti aku tanya Alan balik.Hahaha

Pinkiss:Hahaha.Yerla,tak semua wanita begitu.Ada jugak yang omak aih power gile ingatan dia pegi sekali terus ingat sampai mati.

Tulip:Kalau lelaki yang sesat biasanya 5 minit kemudian dapat jumpa jalan keluar tapi kalau wanita mungkin 5 minit tambah lagi 5 minit tambah lagi 5 minit...oh dah berapa minit?

Ervina:Untuk kamu saya tetap akan temankan walaupun kamu tahu jalan.Hoho.Err...service charge 5% macam biasa.Hoho.

farah rahim June 7, 2010 at 8:11 PM  

aku ok jer bab igt2 jln ni..so aku kre boleh di puji la n x masuk dlm gol2 ni..hahahahha

erinazrina June 7, 2010 at 11:28 PM  

wanita BOLEH multitask ok!
huhuhhu :)

shogunn_general June 7, 2010 at 11:35 PM  

Laki pun boleh sesat jugak. Tapi kitorang keras kepala dan ego la, konon2 tak macho kalau tanya orang hehee. Aku hari tu sesat kat Subang, nak pergi Sportsplanet, bajet2 boleh tanya pekerja 7-11 atau Shell kt situ, mane la tau ade budak2 Subang keje part time kat situ ke ape, tapi hampeh, rupenye gune pekerja bangla (kembar kau) atau nepal langsung tak tau ape2.

WeSellButtonBadge June 8, 2010 at 1:50 AM  

hahaha..izza seri hasnon..sense of direction..100% failed..wakakaka

Sha Wbunny June 8, 2010 at 4:36 AM  

area2 tempat ko ko tahu la razi.try ko outsider sket usha tgk boleh tak.perempuan kurang (bukan takde) sence of direction sbb byk sense2 lain contohnye sense pkwe curang or sence jualan murah.hehe

Narina Joe "Najo" June 8, 2010 at 5:26 PM  

eleh poyo giler...meh la ko dtg penang drive kt sini plak...

yusuf mujahidin ™ June 8, 2010 at 6:46 PM  

salam bro
sehat?

aku suke awek korea yg last tu...hahaha

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 9, 2010 at 12:47 AM  

Farah:Nak puji sampai kain koyak.Oh Oh.Bestnya.Hahaha

Erina:Tak boleh...Tak boleh.Hahaha.

Naqqib:Semua orang boleh sesat cuma kalau lelaki sesat biasanya tak lebih 5 minit.Kalau lebih baik check balik jantina.Hoho.

Nak gaduh cakap aku bangla?

Apek:Are u agreed with me?Hahaha

Sha:Bukan nak kerek tapi JB yang tak pernah pegi tue selamba jer aku tapau siap tahu jalan short-cut lagi.

Najlaa:Penang tue dah macam belakang rumah aku.Setakat nak pegi Queensbay tue pejam mata boleh sampai.Hoho.

Yusuf:Salam.Sihat.Hang sihat?Dgr cite masuk hospital sakit apa?Kalau sakit cinta meh jumpa aku 28 sessi Rm1400.Hoho.

ceksumolek's June 9, 2010 at 10:46 AM  

oh jang nara.. sangat kiut beliau~ sumi pun penah sesat.. dari cyber nk balik ptjya.. hahaa.. salah masuk simpang jer.. terus ke kg org asli mana ntah :P

Misshy Innz June 9, 2010 at 11:32 PM  

dah x mood nk komen.
sbb aku rase ketinggalan.

how come haa ??

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 10, 2010 at 1:26 AM  

Sumi:Dkt Putrajaya ada kg. orang asli ker?

Innz:Kau lambat! Hahaha

mas June 23, 2010 at 10:29 AM  

Artikel ko ni mmg kena dgn apa yg akak nak tulis 2 mgg lg... knp 2 mgg lg.. sesat san-sini la..

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP