Piala Dunia 3010
Share
Zainal baru habis solat Isyak.Terus dia duduk depan tv lepas doa lebih kurang mintak murah rezeki.Malam nie Spain lawan Switzerland.Team all-stars lawan team underdog tue,memang sah-sah Spain tapau Switzerland kalau ikut statistik.
Teet! Dipicit remote tv nya.
Terus keluar imej hologram suasana dekat padang.Tahun nie Piala Dunia buat dekat Kutub Utara.Sejak pemanasan global nie makin ramai yang pindah sana buat rumah.
Teet! Dipicitnya lagi remote tv.Select view.Zainal terus klik dekat perkataan 'Widescreen'.
Tahun nie Spain pakai robot dari Samsung.Dengar cite robot Samsung nie memang laju tapi skill kurang.Setakat bawak bola dua tiga meter dah kena tackle.Switzerland pulak pakai robot Honda.Lagi tak boleh harap robot Honda nie.Upgrade sikit-sikit jer dari versi first Asimo dulu.
Pemain simpanan macam Pele,Mokhtar Dahari semua dah simpan jadi reserve.Sejak teknologi pengklonan diperluaskan,makin ramai lagenda yang dihidupkan kembali.Susah betul.DNA ambik dekat Malaysia pastu tukar warganegara.Mentang-mentang Malaysia takde lagi teknologi pengklonan yang betul-betul mantap.Setakat klon kan pokok getah dengan pokok durian boleh la.Sambil menoreh boleh makan durian.
Preet!!! Wisel ditiup.Permainan bermula.Kelihatan robot Spain pantas membawa bola menuju ke gawang gol Switzerland lalu terus merembat kencang tapi ditepis oleh gol keeper Switzerland.
Pang!! bengkok tiang gol Switzerland.Terus permainan dihentikan sebentar.
"Abang meh makan!" tiba-tiba imej hologram bini Zainal keluar menganggu konsentrasi beliau.
"Ha! hari nie makan pil perisa apa?" tanya Zainal sedikit meradang
"Hari nie pil perisa asam pedas dengan kuah lemak" jawab bini dia.
Teet! terus dimatikan hologram bininya.Sambung balik menonton perlawanan bola yang dihentikan tadi.
"Eh bila Switzerland score nie?" pelik Zainal padahal baru beberapa saat bini dia kacau.Terus ditekan butang replay sebab nak tengok balik gol tadi.
......................................................................................................
Permainan terus berlalu dengan Spain ketinggalan satu gol.Bertubi-tubi asakan Spain cuba membolosi gawang Switzerland namun defend Switzerland memang kental.Semua hantaran dan cubaan dimatikan dengan mudah.
Masa tinggal lagi 5 minit.Spain semakin cemas.Malu wei kalau kalah dengan team underdog.Lalu kedua-dua robot penyerang Spain ditukar dengan Pele dan Mokhtar Dahari.
Ini la pertama kali dalam sejarah Spain menurunkan pemain manusia sejak sedekad lalu.
Bila pemain manusia diturunkan,banyak cubaan menarik dilakukan oleh Pele dan Mokhtar Dahari.Mereka berdua nie takde terikat dengan programming macam robot-robot tue jadi pergerakan dan hantaran mereka memang unpredictable.
Pele membawa bola dari tengah.Lalu di passing ke Mokhtar Dahari.Segera dirembat oleh Mokhtar Dahari berdesup peginya.Keeper mulai terbang.Zainal juga terdiam.Nafasnya terhenti seketika.
Paaap!! Tiba-tiba gelap.
"Abang...tenaga solar rumah kita dah habis!" jerit bininya dari dapur.
12 comments:
1st!
hahaha..ape kejadah cite ko malam nie..
dye nk cite spain kalah...
hahahaha..
ngol, sedekat ke seabad?
sedekat=10 thn
seabad = 100 thn
saya bukan pemyokong spain..lalala
spain blh kwn dgn italy
Deja vu. 3010 spain kalah lagi dengan swiss?
wakakkaka..aku suke en3 nh..hahaha
rase2 seea rumah kt kutub utara berape sebulan?
siyes aku terkekeh kekeh baca ni kat opis tadi. nasib bek lunch our orag ramai kua!
hebat imaginasi ko ni razi..ni bola.klo bab2 entah la knn
x fahem...
Ervina:Kamu yang pertama kucintai
Apek:Spain kalah!! Boo...Keh...Keh...
Suria:Mana-mana pun boleh pakai.Betul la sedekad,takkan next 4 years dah nak main pakai robot.
Tengku:Italy lain macam sikit.Dia team gah yang bermain macam team underdog.Faham tak?Hahaha...
Syahid:Deja Voodoo Spell nama kumpulan muzik.
Miss Shizu:Terima kasih.Kalau sudi,bacalah lagi.
Milah:Ha! yang rupa macam penguin nie boleh bagi murah sikit.
Fana:Bestnya praktikal.Rindu Sirim!
Sha:Aku harap kau jangan imaginekan diri aku.Wakakaka.
Khai:Kalau tak faham nanti sye terangkan yer dekat awak.Wah! Wah!...Banyak lemak kau punya perut.Pegi baca tajuk gerenti kau faham.
Post a Comment