Apa yang penting...
Share
Sebulan yang lepas rambut aku dah semakin menebal dan mulai kerinting.Aku fikir nie kalau tak gunting dalam 2 bulan lagi mau jadi macam vokalis Alleycats.
Tapi sebab rupa aku comel la jugak nak banding dengan David Arumugam maka aku samakan dengan Hafiz AF7.Boleh gitu?
Mula-mula memang malas nak gunting rambut.Tapi bila kekasih hati bagi kata dua nak gunting ker nak putus maka aku gagahkan diri pergi gunting.
Hasil guntingan pertama memang sampah.Rambut aku jadi petak macam nak masuk tentera.Bila aku pandang rambut tukang gunting fesyennya memang sama sebijik jadi aku buat kesimpulan kalau nak gunting rambut,tengok dulu rambut tukang gunting.Ok ini petua dari Razi.
Bila member-member dah kutuk masa lepak jadi aku nekad nak kasi botak terus baru puas hati.
Malam itu juga lepas solat maghrib aku terus pegi kedai gunting."Kasi botak uncle,no.2 ek (merujuk kepada ketebalan rambut dari kulit kepala).
Maka botaklah aku...
Bila dah botak nie,masa bersiap dapat dikurangkan sehingga 25 minit.Takyah nak korek wax letak atas tapak tangan.Basahkan rambut dulu pastu sapu wax secara rata pada rambut.Pastu sikat tepi tapi tarik-tarik sikit dekat hujung rambut agar tak nampak terlalu skema macam Clark Kent.
Pastu pulak,bila dah botak nie automatik muka jadi ganas 25%.Kalau ada mamat pandang tak puas hati jer mesti tengok tempat lain bila aku jeling.Budak-budak dekat kelas tuisyen tue pulak mau menangis kalau aku tenung.
Cuma problem bila dah botak nie awek-awek pandang pun keji semacam jer.Ingat aku nak rogol dia ler tue.Perasan betul.
Tapi bila kekasih hati cakap "Sayang hensem kalau botak",ok yang lain boleh pegi mampus!
Cukuplah kalau hanya sidia yang memuji.Yang lain itu boleh tolak tepi kerana aku hanya mahu nampak hebat pada mata sidia.
p/s:Kekasih hati rabun.Oh adakah?
11 comments:
cikgu mafiaaaaaaa ~~!
pfft. tiru aku le tu post pasal gunting rambut jugak. eh tapi ko memang nampak ganas la botak2. sayang sekali ko takkan bole jadi sehensem hero Prison Break ataupun The Rock. aku takde le botak, tapi bole la pacak2 sket kat tengah tue.
cinta itu buta razi.walaupon ko nmpk mcm. erk. takpe abaikan erk. gabungan mantap lubang hidung + botak memang mcm gaya erk .kalo tak edit hidung mesti sebijik abes.baik ko hindari kanak2 kecil.takot di salah ertikan
hahhahahha..perogol terus..trauma nyer aku..
mcm upin n ipin.. ahahaha.. xde ah.. cam Zinedine Zidane.. :p
ouwwhh sangat macho* mcm pelakon prison break
*sangat geli puji ko macho..hahahaa
sila jauhi laki2 ini dgn laki2 lain..
**mcm gay
tahu pon sayang awek.. len kali potong rmbut tu ok huahua
aku nak botak bley??..wakakaka
Innz:Hahaha.Kuang asam kau!
Naqqib:Itu belum campur aku botak dan cukur misai lagi kan?Mesti lagi ganas dari Borat.Hahaha.Macam Bruno!
Sha:Apa erk erk?Kau tengah meneran ker masa komen nie?Yerla aku tak sekacak bf kau tapi hidung aku tak kemik.Hahaha.Eh cuba kau try suruh bf kau botak mana tahu ada rupa Scofffield (Prison Break)
Farah:Serius aku tak pernah merogol.Dirogol ada la.Hoho.Rahsia.
Jimah:Rasa nak cari kembar bila kau cakap macam Upin & Ipin.Tapi bila kau cakap macam Zidane rasa nak main bola pulak.
Tengku:Aku syak kau gay!
Suria:Mungkin aku akan jadi gay kalau semua wanita di dunia macam kau.Hahaha.Eh takde la Suria aku gurau jer.Jom main badminton!
Ieqa:Mesti la sayang kalau tak namanya bukan awek mungkin musuh.
Apek:Taubat la pegi tokong.Pastu lilit kain kuning macam Shaolin.Boleh belajar Wing-Chun.
tu ko ke??
aku ingt negro..
asal ko botak??
Post a Comment