30 sebab kenapa filem Lagenda Budak Setan tak best langsung!
Share
Bila orang kata filem Melayu sampah aku jadi marah.Tambah marah bila ada yang cakap takkan tengok cite Melayu dekat wayang macam lupa diri padahal dalam i.c nama Tuminah Binti Sidek bukan Miley Cyrus.Tapi cerita ini sumpah sampah buat rugi jer aku excited nak tengok.Disebabkan sampah jadi malas nak review tapi bagi 30 sebab kenapa filem Lagenda Budak Setan tak best!
1.Watak Kasyah sebagai budak setan tak nampak jahat pun macam setan.Setakat rambut dreadlock pakai anting-anting magnet pastu usik-usik orang sana-sini baik bagi member aku Ijat berlakon lagi berkesan mesti korang panggil dia bapak setan.
2.Apa bangang benau si Lisa Surihani pegi tinggalkan air tin dia dekat meja macam tue jer.Kalau aku jadi Farid Kamil mesti aku dah bubuh dadah rogol dalam air tin baru la setan.Eh setannya aku.
3.Masa si Farid Kamil nak masukkan cicak dalam air tin tue pun sikit punya payah tapi si Lisa senang jer telan sampai tercekik padahal lubang air tin tue bukan luas sangat pun.
4.Senang betul nak ngorat orang cantik macam si Lisa hanya perlu bubuh cicak pastu minta maaf dah boleh tekel padahal dalam realiti kalau setakat harapkan duit PTPTN jangan harap ada awek hot senang-senang nak jatuh hati dekat kau.
5.Si Farid Kamil nie katanya ketua anti-perempuan tapi tak nampak anti pun.Mungkin dia patut highlightkan yang ketua anti-perempuan buruk baru tepat.
6.Lakonan Nubhan sampah dengan ketawa yang dibuat-buat berapa la kau orang kena bayar agaknya?
7.Dari babak ke babak macam takde keserasian.Macam tergantung.Kejap kau tengok Lisa marah-marah suruh pegi minta maaf alih-alih dah berpeluk atas court.
8.Alasan Farid Kamil anti perempuan tak boleh blah langsung.
9.Masa babak Lisa bagitahu dia dah terlanjur,muka si Farid Kamil takde emosi langsung.Sekurang-kurangnya kau terkejut la takpun buat rupa sedih sikit gila kau pompuan tue dah pernah romen kot bukannya dia cakap pernah main netball ker kau nak buat muka takde perasaan.
10.Bila si Azmi datang bagitahu mak Lisa Surihani sakit aku jadi hairan.Ini mak siapa sebenarnya?Bodo apa mak si Lisa takde handphone nak bagitahu anak sendiri.
11.Masa mak si Lisa dah nazak,kau orang boleh tengok dekat telinga dia masih ada anting-anting macam nak pegi dinner lepas tue walhal si Lisa tak pakai anting-anting pun buat aku hairan siapa yang dah nazak sebenarnya?
12.Lakonan Que Haidar macam berlakon teater dengan suara penuh emosi macam kau terencat akal tapi aku tabik sebab kau sampai hati pukul Lisa sedangkan kalau aku nak jentik pun fikir 10 kali.
13.Motif ambik gambar dekat-dekat sampai nampak jerawat dan jeragat buat cerita tue jadi sempit dan tak best.Apsal kau nak ambik gambar close-up sedangkan aku rasa background kau cantik kot.Mungkin kau nak ambik gambar muka emosi pelakon tapi kau silap sebab pelakon kau macam kayu.
14.Farid Kamil pergi ke kampung pedalaman untuk buat research macam pergi oversea jer takleh balik rumah sampai setahun.
15.Masa babak Lisa tengah belek majalah pastu si Que balik kerja,salah satu jawapan Lisa benci dekat Que sebab Que berkasar dengan dia walhal takde pun aku tengok si Que jentik dia sebelum nie.Lepas si Lisa jawab camtu baru kena penampar jepun sebijik.Dah macam cite Heroes pulak si Lisa nie boleh ramal-ramal nak kena pukul ker tak.
16.Bila dah kena pukul si Lisa nie terus larikan diri merajuk sebab majalah dia kena bakar dengan Que macam la tak boleh beli lain kan?
17.Si Lisa lari dari rumah dengan menaiki Honda Jazz tapi bila babak dalam Honda Jazz tak pasal-pasal bunyi Honda Jazz jadi macam kereta sport buat aku musykil dia naik Jazz ker naik Integra?
18.Jalan sikit punya lengang pun boleh eksiden dengan kereta arah bertentangan.Pastu masuk semak boleh terbakar sedangkan logik akal kau senang-senang jer tangki minyak tue nak bocor kalau masuk semak?Eh camtu kalau parking tepi jalan pun bleh terbakar lagi-lagi dekat semak.Dan yang paling best dari mana pulak punca api kalau dalam semak waktu malam.Ok bersangka baik ada orang bakar hutan waktu itu juga.
19.Farid Kamil sikit punya cinta dan sayang dekat Lisa tapi bila balik dari buat research pegi jumpa member Lisa dulu.Logik ker?Eh kau tak pernah bercinta ker hapa?
20.Masa babak muka Lisa kena bungkus sebab terbakar pastu si Que merayu minta maaf patut jadi babak sedih tapi orang dalam panggung wayang gelak dek kerana suara Lisa.Patutnya bubuh la muzik sedih sikit ini tidak ada ker latar belakang pakai suara cengkerik memang la tak sedih.Basic kot benda-benda macam nie jangan sampai aku ajar nak masukkan lagu pakai Window Movie Maker.
21.Siapa entah pelakon baru yang berlakon watak Amy.Memang kayu habis aku ingat kalau ada teater kanak-kanak dia berlakon jadi tunggul boleh menang award.
22.Bila si Farid Kamil kata ada persamaan antara Amy (pelakon baru muka tunggul) dengan Ayu (Lisa Surihani) dia cakap pasal pakai perfume sama la,cara jalan sama la...walhal boleh pulak penonton bau perfume dia kan?Ok cara jalan pun tak sama.Yang sama cuma suara itupun sebab rakam kemudian.
23.Tiba-tiba (Ya! Tiba-tiba jer) ada babak mak si Lisa yang sebelum nie nazak macam nak mampus tiba-tiba sihat walafiat buat rancangan nak satukan Lisa dengan Azmi.Apsal la kau tak mampus jer orang tua oi.
24.Best betul dapat bos macam Fazura dah la cun pastu bila sakit siap tolong jagakan.Paling best siap boleh kencing atas katil jer dah macam lumpuh.Kan bagus kalau bos aku macam itu jugak.Ok! tak bagus! Bos aku lelaki.
25.Pernah tak kau di interview dekat restoren melainkan kau mohon kerja dekat restoren tue?Ok Farid Kamil pernah tau! Dia kena interview dengan Fazura dekat restoren.Bullshit!
26.Masa babak Lisa hilang ingatan,benda pertama mak dia tunjuk ialah benda apa ntah yang dibeli dekat Terengganu.Kenapa tak tunjuk gambar bapak si Lisa ker?Gambar family ker...gambar masa kecik ker?
27.Bila Lisa dah kahwin dan nak beranak,doktor yang menyambut kelahiran dia sumpah fuck bila bagi kata-kata semangat macam nak tengok bola.
28.Bila doktor bagitahu Farid Kamil yang bini dia mati,muka dia terkejut jer takde sedih pun.Ok lupa pulak emosi dia memang lambat.
29.Mana ada orang bawak baby pegi kubur.Tak elok la.
30.Pengarah dan penulis skrip dia aku agak mesti baca novel tue skip-skip jer sebab dari babak ke babak macam tergantung.Kejap part itu,kejap part ini.Baru nak layan feel tetiba dah tukar babak.
Kesimpulannya cerita ini memang sampah.Rugi duit aku baik buat beli novel baca sendiri dekat rumah.Boleh bayangkan Kasyah muka macam aku heroin muka macam Liyana Jasmay.
29 comments:
dah macam nak pukul orang dah aku tengok kau tulis benda alah ni...kih3.
no 14 tu dia bakar majalah yg Kashah bagi kat dia..ada gambr yang Kashah amik, kalau tak silap aku la.
yang babak kencing kat tilm tu lawak gak, tapi tak logik lah ...bukannya sakit kronik sampai nak kena kencing pakai alat bantuan.kih3...
aku cari kat internet..apsal ramai pulak orang kata cite ni best..ada yang kata sedih sampai mencurah air mata bagai..ada yg nak tunggu bahagian 2.kih3
apa-apa hal pun...kau nak bagi berapa bintang ni?kih3
betol ke tak best? rugi aje aku study sungguh2 nk blk msia cpt2 sbb nk tgk cter ni.semangat sungguh.duk oversea pon boleh blk 2 kali setahun, hutan mne yang dia terokai tu?
ps : kurang ajaq ko kata hidung aku kemik razi.kita musuh! grrr
aha..
aku sokong ngan ko..
emo ko smart la..
mak aih. detail kot ko review. macam cilanat gak la citer ni kalo btol 30 bendalah yang ko tulih ni.
p/s: dalam banyak² benda penting, plakon tunggul tu paling menarik perhatian aku. ada la sebabnya.
adakah kamu tidak membaca novel die lg n terus pegi tgk muvie LBS tu?
HAHAHAHHAHAHA! sumpah TERBAIK!
memang silap besar lah bawak member2 pi tengok cerita ni semalam.
sampai ke sudah diorang mengungkit cakap cerita ni tak best & nak mintak refund duit.
novel-to-movie adaptations ni jarang yg best. kecuali harry potter & the sorcerer's stone. haih.
baiklah..nak tampal notis dlm rumah dilarang download legenda buda setan..hahaha
boss aku ade je itrvw kat restoren..sebab org yg nak diiterview takleh itrvw weekdays..;p
hahaha sengal btul review ko...buat aku gelak je.
bgus la ko buat review ni, brtambah lg alasan utk aku x g tgk movie ni.
adoii la, kenapa klau filem melayu mesti jdi cmni...(kcuali adnan sempit) hehe..
giler puas ko 'review'..
hahaaa
x jd nk tgok...
huhu..i pernah per diinterview kat restaurant..not big deal lor..
sometimes masa kiter ngan org tu x sama...tu kira logik gak la..
msti x bce novel dier kan...
tpi bg aku pun x besh sbb citer tuh x same pun ngn novel...agk kecewa la...cter trlalu ringkas n trgntung...citer sedih leh jd klaka...
mmg x besh...mmg citer nih x sesuai tuk difilemkan pown..
haha... baguslah review ko...
layan Shrek lagi best...
*owh, thanks sbb review!!
Razi, aku pun sependapat dgn ko jugak..
tp boleh tak nk tambah sikit?
dia igt kalau bt pembedahan plastik, muka dia boleh cun serta merta tanpa meninggalkan kesan.dalam tempoh setahun plak tu...pelik sungguh.
untuk tamabah emo ko, ahadiat akasyah kate, cite ni lg hebat dr twilight saga..sekian
16.Bila dah kena pukul si Lisa nie terus larikan diri merajuk sebab majalah dia kena bakar dengan Que macam la tak boleh beli lain kan?
*bkn xboley lau nk bli lain tp xsm ngn yg kne bakar tu..cbe byngkn lau ina buang brg pemberian kwn baik awk tu??cmne prsn????
karate kid yom!
mantap tu dow..hahhaha
thanks razi sbb menyelamatkan aku dr pegi tgk cite ni. haha.
Fndrocka:Gila panjang komen kau dah macam entri.Hahaha.Aku bagi 2 dari 5 bintang jer.
Sha:Hahaha.Musuh dalam selimut.Eh macam lucah bunyinya.
Zul:Eh aku tak emo la.Ini pendapat aku jer.
*terbeliakkan mata*
Naim:Kau suka tunggul ek?Keh Keh.Barang baik woo tunggul tue.Eh ini bkn review tau.
Miaw:A'ah sebab taknak spoilkan mood kalau tak sama dgn novel tapi tetap xbest gak.
Liz:Hahaha.Sama macam member aku.Budus pegi mintak refund.Aku ajak masuk sekali 3 beli 1 tiket xnk.
Tengku:Download takpe.Tengok kat wayang pun xpe cuma aku nak bagitahu yang cite nie tak best.
Dayah:Hurm boleh tak suh bos kau interview aku dkt restoran gak?Nak Victoria Station.Ok?
Sha89:Lor,pegi la tgk nanti kau sangka aku tipu.Ada gak cite Melayu yang best tak semua begini.
Wert:Ala,please tengok la.Hoho.
Anonymous:Logik la,apa plak tak logik.Hohoho.Lain la kalo dia interview dekat Marikh.Baru tak logik.Lalala~
Mieza:Mungkin dah baca tapi aku tak ingat.Bukan sikit gak novel-novel yang aku baca tapi itula,memang xingat.
Faz:Hahaha.Lagi romantik x?
Suria:Hahaha.Aku tak emo.Cuma benda nie kebenaran.
Eh sakit tak buat pembedahan plastik?
Ina:Buang la saya peduli hapa.
Farah:Erk! Apa yang mantap? (*lucah*...*lucah*...siapa yang mantap?)
Shima:Eh pegi la tgk cite nie.Nanti baru kau tahu yang aku tak menipu.
mantap bro!!!
kasih kutuk sama itu pelem..
ahaha
pengarah takda idea
Razi
pengarah tu tk reti..
afdlin shauki gk best
perghhh~ banyak nau komen dia pasal legenda budak setan nih..
tu dia.. tapi aku setuju dengan semua 30 sebab tu.. mmg hampeh bebenor. tapi bak kata org , sesal dulu pendapatan..sesal kemudian tak guna lagi.. lepas ni nak tengok ombak rindu pulak. ni pun novel juga nak difilemkan. jangan ambik lisa tu jadi heroin sudah.ambik aku ja. aku lagi terel kot dari lisa..hahahah
cakap lebey xguna r.. cuba korang buat filem kasi aku komen..
eh, buat filem mahal sangat. da kompem2 korang x mampu.. wat skrip then post kat blog sudah r. komplen je korang tawu..
korang penah wat 1 benda 100% orang suka? pliss r, daripada kutuk2 usaha orang, bek la korang wat post tazkirah.. ada la bekalan masuk dalam kubur t!
inilah review paling sentap pasal LBS yang aku baca..buat aku lagi teruja pulak nak tengok ketakbestan cerita ini..yihu
ek...best gk blog ko ni ea.....Jmput la ushar blog ak yg x smpai sebulan tu
eh bodohnye komen!! ko tau ke tak majalah tu ade jual ke tak? ko ni kutuk macam taik.. macam la ko boleh bikin filem.. pigi dahhh!! bodoh dan kayu tu engkau!! org jadi lebih menyampah ngn kau banding cerita tu!!! hoh!
huhu aku nak komen ni sbb ptg td br tgk kt astro citra.puas lak aku godek blog ko balik cr entry ni.
aah la weh pelakon dia cm kayu jek.tapi que haidar mmg best ah.aku sbnanye confuse ape yg sedih sbanye movie nih??
blurr jap
hahha.. terjumpe blog ni mase gugling info..
akak pun ade riviu bende yg same last 2 years... hahha
http://hijauoren.blogspot.com/2010/06/lagenda-budak-setan-was-just-soooo.html
hahahha serius stuju!!
Post a Comment