Saturday, June 12, 2010

Blog ini menyokong Italy sepenuhnya dalam kempen Piala Dunia 2010

Share

Demam Piala Dunia sudah bermula!

Ok tipu takdela sampai demam...

Bila orang lain sibuk tengok bola sambil emosi terlebih mengalahkan jurulatih,aku boleh pulak join sekaki tapi berangan camne kalau Malaysia yang masuk World Cup.

Kalau rajin tengok tv mesti perasan kan ada iklan Maxis yang ada Hassan Sani,Santokh Singh,Soh Chin Aun dan James Wong.Ini semua legend bola dekat Malaysia dulu nie.Mokhtar Dahari toksah cite la,memang genius 100 tahun.



Kalau dulu Malaysia punya friendly tak main la Indonesia,Vietnam nie.Dulu-dulu layan Korea,Argentina.

Tapi itu dulu la...

Bila fikir balik,negara yang dulunya kita tapau boleh sampai World Cup kenapa sekarang kita nak menang lawan Vietnam pun terkincit?

Walaubagaimanapun bangga sedikit ada jugak penglibatan Malaysia walaupun secara individu.Tahniah Subkhidin!

Jadi aku nak ajak korang sama-sama imagine dengan aku.Cuba kau orang bayangkan Malaysia masuk World Cup.

Aku yakin kedai mamak sentiasa penuh kalau ada game Malaysia main.Kedai yang tak mamak pun boleh bukak 24 jam dan beli skrin besar kasi puas tengok.

Pihak Astro pun takde la nak ambik Messi berlakon iklan.

Cuba wei...cuba bayangkan kalau Malaysia yang masuk World Cup.Dia punya feeling mesti lain nak sokong.Mesti rasa macam sedang tunggu result keluar.Berdebar semacam.

Tambah feeling bila tengok Malaysia score masa lawan German ker.Fuh! mau bergegar kedai mamak.

Takyah sampai final pun,dapat lepas peringkat kumpulan pun jadi la.

Tak tahu nak cakap wei.Seronok sangat hati bila negara tercinta mempamerkan permainan bertaraf dunia.

Dah la berangan jer baik tengok Perancis lawan Uruguay pasni








"Mereka menjadikan bola sepak sebagai satu cara melepaskan diri dari kemiskinan hidup.Mereka percaya bola sepak akan mengubah nasib mereka.Mereka bukan bermain bola sepak,tapi mereka menjadikan bola sepak sebagai nyawa mereka"

11 comments:

I n n z June 12, 2010 at 1:17 AM  

adik aku hari2 memekak2 psl bola malaysia.
"asal la malaysia skunk x mcm malaysia dulu, dulu bola malaysia hebat weyhh. bla bla bla"

ko boleh geng dgn adik aku la.

shogunn_general June 12, 2010 at 4:33 AM  

ko sokong Italy sebab diorang tu hensem2 + banyak bulu ke?

ใ‚ถ-sylver-shooter June 12, 2010 at 7:03 AM  

booOooooOoooo italy, team orang tua

suria June 12, 2010 at 9:41 AM  

world cup...???
wow! tu saiz ape???
saiz yg plg besar eh???

Aku Beskot™ June 12, 2010 at 11:52 AM  

okeh.aku ske komen kt atas ni..
mmg wow gle..

fARaH rAhIM June 12, 2010 at 4:47 PM  

senegal ader x??aku sokong senegal..hahhahah

fndrocka June 12, 2010 at 7:12 PM  

same old story...asik nak mengimbau bola sepak mesia lama je.sokong england sudeyy@!

apek June 13, 2010 at 2:29 AM  

viva selangor..hehe

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 13, 2010 at 2:33 AM  

Innz:Kau pekak tak sekarang?Hahaha.Meh geng aku.Biar aku ajar macam-macam.Keh...Keh...

Naqqib:Hahaha.Cilaka.Aku sokong Italy sebab ada Materazzi.Tapi dah tak main.Hoho.

Sylver:Tua-tua keladi,makin tua makin menjadi.Hahaha.

Suria:Budus! Hahaha.Komen Suria sentiasa mencuit hati aku.Rasa cam nak cubit pulak.

Zul:Gua tak kenal dia.Hahaha.

Farah Rahim:What's up my nigga?Suka Pak Itam ea?Hahaha

Fndrocka:Agak-agak apsal subjek Sejarah jadi subjek wajib?

England tak boleh blah doo.Baik sokong Korea.Hahaha.

Ery Farieha June 14, 2010 at 5:57 AM  

asal ayat ko mcm fndrocka?
hahah~

khairul June 16, 2010 at 2:57 PM  

jom sokong German..

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP