Tuesday, August 3, 2010

Sebuah cerita keinsafan

Share

Suasana petang di Perlis memang damai.Yang awek berjalan dalam group 4-5 orang menghala ke kedai makan.Yang balak berjalan dalam group 8-10 orang menghala ke padang.Yang nerd macam aku tengah terbongkang depan pc layan movie cite Korea sambil kesat-kesat airmata.

Waktu itu memang paling layan sebab suasana sunyi dan sejuk menambahkan feeling romen dalam diri.

Tiba-tiba datang member aku yang juga turut nerd sambil berlari...

"Lari wei...Lari!" jerit beliau tercungap-cungap.

Aku yang tengah layan turut tersentak tapi bila orang-orang munafik membawa berita nie kita takleh percaya sangat jadi aku abaikan amaran itu dan terus sambung feeling romen dalam diri.

5 minit kemudian datang dua-tiga lelaki berjubah putih berkopiah putih yang mengelarkan diri mereka 'Kumpulan Tabligh'.

Serta-merta aku tekan pause dan berlari ke rumah member aku.Cuak betul bila jumpa mereka yang mengelarkan diri sebagai 'Kumpulan Tabligh' ini.

"Ekeleh kau nak takut apa.Diorang datang nak bagi nasihat.Kau tue dah la gelap hati" sound member aku sambil mata pandang skrin main DoTA,tangan kiri jentik rokok,kaki atas meja.

"Patutnya kau bersyukurlah orang nak bagi nasihat.Takdelah diri kau tue sesat nauzubillah" sambung dia lagi sambil speakernya berbunyi "Monster Kill!!".

Tiba-tiba...

"Assalamualaikum..." seruan salam dimuka pintu.Aku dan member tak sempat lari kemana.

........................................................................................................

Maghrib itu,kedengaran sayup-sayup azan berkumandang disampaikan oleh member aku sambil diperatikan oleh aku dengan air mata menitik tanda keinsafan.










p/s:Sebenarnya ada mesej rahsia dalam entri 'Nota Cinta' Untuk Kekasih Hati.Kalau bijak,bongkarkanlah!

8 comments:

jimah August 3, 2010 at 1:29 AM  

mesej rahsia lam entry b4 diz :

Terima kasih kerana mengalah semasa kita berbalah.

amacam.. terer x?? hadiah plz...

ain alias August 3, 2010 at 1:29 AM  

ish2..
aku pun sama gak..
haha

ceksumolek's August 3, 2010 at 11:55 AM  

gurl jarang jumpa org2 mcm nih.. arwah adik slalu cerita dulu.. ada org ajk dia join tablik lagi.

Ajim August 3, 2010 at 11:12 PM  

nak lari ke mana. Bukan ko pernah keluar dgn hairul ke masa dulu?

WeSellButtonBadge August 4, 2010 at 12:46 AM  

tu belom kire ko lari g BTN sebab hairul ajak keluar g tabligh..hahahaha

Misshy Innz August 4, 2010 at 1:48 AM  

asal nak lari ?
kecik ati dorunk taw.
haha.

fndrocka August 4, 2010 at 1:34 PM  

pernah jugak aku lari masuk bilik bila nampak ustaz balik masjid..hoho.sebab segan tak pi masjid

Duniakuabstrak August 6, 2010 at 9:20 AM  

hahaha member ko bg nasihat sambil rilek je main dota..mmg sengal...

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP