Sunday, August 15, 2010

Gangguan seksual di bazar ramadan

Share

Petang tadi dalam pukul 5 lebih begitu member aku yang namanya Nurul tapi sebenarnya jantan call ajak pergi bazar.Memandangkan aku pun cuti dan bukannya kena memasak untuk satu famili jadi kata putus "Ok!" diberi tak sampai 1 saat.

Pukul 6,member aku yang namanya Nurul tapi sebenarnya jantan itu datang bersama seorang lagi member aku yang berkulit India tapi masih puasa bersama-sama.Apek yang muka macam cina pun ada juga memang muhibbah gila boleh masuk iklan 1Malaysia.

Pergi bazar ramadan bukannya nak membeli sangat pun sekadar cuci mata dan tegangkan urat biar jangan tumpul sangat bila bulan Ramadan begini.

Sebab hari sabtu orang pun banyak yang cuti jadi bazar memang penuh.

Aku sedaya upaya untuk mengawal diri dari teraba sesiapa.Tangan aku masukkan kedalam poket sambil mata tunduk memandang bawah penuh tawaduk dan khusyuk.Itu yang tertanduk dua tiga orang tadi dalam perjalanan macam Zidane masa WorldCup 2006.

Keadaan bertambah sesak dengan adanya orang yang berhenti mengejut sebab nampak kawan lama yang dulunya sama-sama tak puasa turut beli juadah berbuka.

Sedang tengok murtabak yang diadun bersama bulu tangan dan peluh,aku rasa ada orang tolak-tolak dari belakang.Aku pun tengok siapa pula yang tolak-tolak rupanya seorang makcik lingkungan umur dah boleh masuk rumah orang tua-tua.Sebab aku positif orangnya jadi aku jangka makcik itu mesti nak balik cepat sebab nak masak lauk-pauk untuk cucu cicit yang pulang ke rumahnya.Serius tiada maki hamun yang terlibat,kalau ada pun mungkin dalam hati yang juga turut berpuasa.

Tiba-tiba bahagian punggung aku atau bontot dalam erti kata lainnya terasa seperti disentuh.Nak kata kawan-kawan muhibbah,mereka semua ada depan jadi aku syak makcik tadi punya angkara.Dengan menyepetkan mata sedikit,aku kerling menggunakan ekor mata dan tak syak lagi memang makcik tadi.Terus jalan dengan pantas mendapatkan kawan-kawan muhibbah.

Bila fikir balik,terasa bengang juga.Kenapa bukan awek?Hehehe...

20 comments:

ipah hensem August 15, 2010 at 5:28 AM  

razi gatal. bulan puasa pun nak bayangkan awek raba kau selain drpd makcik. ahhahahahaha

Miss Shizu August 15, 2010 at 5:33 AM  

kekekekee...bulan posa pown sempat ag ang kan...hee

wimie August 15, 2010 at 6:28 AM  

hahaha,ko ni taste mkcik2 ke

fiQ Froz August 15, 2010 at 6:36 AM  

cisss..padan muke kau..=p

oi oi oi..bulan pose ni..kang kalau awek yang sentuh kang silap2 batal pose kau...hee

salam ramadhan.

tengku_fir21 August 15, 2010 at 10:34 AM  

hahah..ko nak tahu naper..sebab muke ko nampak tue..

miss dilla August 15, 2010 at 11:17 AM  

kau memang gatal kan.
ntah ntah nnt makcik tu rekemen kau dekat anak dara dia.
mana tau.

W. Hidney August 15, 2010 at 11:25 AM  

hahaha hebat makcik tu. u know what they say about old lady? macam kelapa tua, makin banyak santannya. ngaper tak mintak nombor tepon makcik tu? ngeee

suria August 15, 2010 at 12:34 PM  

dasar pervert..
bukan ko pun layan ke even dgn makcik?

Hasrol Nizam August 15, 2010 at 1:02 PM  

haha.. makcik2..bulan puasa pun nk buat camtu jugak.. aku ingt kan ko perempuan td..baca ayat last tu baru perasan lelaki.. :D

farah rahim August 15, 2010 at 2:38 PM  

cisss..kurang pahala puase..

I n n z August 15, 2010 at 3:19 PM  

pose kau tidak dikira , haha.

Ervina Razali August 15, 2010 at 3:31 PM  

hadui!
bf sape la nie...
ish ish ish

NUke_Rude August 15, 2010 at 4:40 PM  

hahha.. ok la tu. ko trima je la makcik tu.
kot2 dia ade anak lawa ke.. hahaha.

slamat berpuasa!

nurul 'ain alias August 15, 2010 at 6:07 PM  

ko neh, ngan makcik pun nak berkira..
hahaha..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin August 15, 2010 at 11:30 PM  

Iffah:Kau igt kau hensem?Hahaha.

Miss Shizu:Bukan aku yang sempat lagi.Makcik tue la.Aku tak salah.

Wimie:Ntah la,kau rasa camne?Berkenan tak dekat aku?Hahaha

Fiq:Hahaha.Puasa ganti la jawabnya.

Tengku:Yer ker?Apa barang ambik yang dah tua kata makcik tue.Mesti la nak yang anak ikan.Hahaha

Miss Dilla:Apsal aku pulak yang gatal?Hahahah.Mangsa sering difitnah.

Hidney:Santan kalau banyak sangat nanti naik lemak boleh kena darah tinggi.Eh,betul ker boleh kena darah tinggi?

Suria:Mengata dulang paku serpih mengata orang awak yang lebih.Hahaha.

Hasrol:Uish,ada gaya kewanitaan ke?Hahaha

Farah:Makcik tue yang kurang.Aku makin bertambah.Hahaha

Innz:Bukan datang period pun.Hahaha

Ervina:Bf kamu la.Tak mengaku pulak.Ngorat Megan Fox kang!

Nuke:Uish takleh.Nanti jadi sumbang mahram.Hahaha.Selamat berpuasa juga!

Ain:Kira la.Camtu meh aku raba kau,ala kau dengan aku pun nak berkira.Hahaha.Amacam?Cuak tak?Hahaha

DuniakuAbstrak August 16, 2010 at 12:04 AM  

budus, makcik tu da sangap sgt ke? hahahahaha

Rempah Ratus August 16, 2010 at 12:27 AM  

sian kau jadi mangsa gangguan seksual.hahaha.itulah siapa suruh jambu sangat!

fana August 16, 2010 at 10:18 AM  

cet.. kalau awek, konon takpe la ek??? O_o

dayah hanif August 16, 2010 at 10:24 AM  

boleh blah la razi..hahaha..aku ritu nampak ko n kawan berkulit india ko tu..tunduk konon..mate melilau je..ahahahaa

☺[ai][sUmi]☺Chan August 16, 2010 at 1:32 PM  

hahahaaaa.. sape suro jalan lmbat2.. kan dah kene..

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP