Monday, August 16, 2010

Buka puasa dengan arak?

Share

Semalam sebab aku terjaga awal jadi tak tahu nak buat apa,biasa dekat-dekat nak buka puasa baru terjaga.Terus mesej Puyat,sian dia dah macam bohsia aku pulak asal aku bosan jer dia kena layan.

Lepas mandi dan bersiap terus pergi rumah Puyat,angkut bohsia gua lepas tue pegi Tesco Setia Alam sebab nak kacau member Melayu aku tapi berkulit India yang tengah keje.Gila hapa keje kerajaan tapi ahad pun keje,tak kerajaan la kan?

Pendek cerita,tiga-tiga pakat buka puasa dekat luar.

Kalau geng kitaorang ini adalah A-Team maka watak aku dah tentulah Hannibal sebab aku genius perancang jadi aku rancang kitaorang untuk buka puasa dekat Seoul Garden,One Utama.

Tapi memang Tuhan nak uji tengok hamba dia boleh sabar tak bila pelayan Seoul Garden selamba cakap dah penuh waktu-waktu nak dekat buka puasa.

Jadi aku selaku perancang terus rancang plan B,kitaorang pegi sembahyang maghrib dulu,nanti kalau dah sembahyang senang sikit nak makan takde la gopoh nak habiskan makanan cepat-cepat.Iye tak?

Lepas sembahyang tue kitaorang terus pegi Italiannies.Mulanya macam takut-takut juga sebab tak nampak tanda halal.Alhamdullilah,ada tanda halal hilang was-was dalam diri.Kami pilih untuk duduk di tempat orang smoking padahal yang hisap rokoknya aku sorang jer.

Masa nak order tue,aku baca la menu dia sebab aku bukannya orang Itali hanya orang Batang Kali.Sekali menu dia ada campur dengan wine la.Terus aku was-was kembali.Tapi sebab dah duduk kan? Jadinya order jerla pape pun sebab perut dah mula masuk angin nanti kalau lama lagi boleh naik angin.

Lepas makan terus nyalakan sebatang rokok,masa itu aku rasa badan aku macam terawang-awang.Otak macam kosong jer.Aku bagitahu bohsia aku,"Weh aku rasa makanan dia ada bubuh wine la,rasa macam mabuk".

Tapi pendapat aku itu disangkal oleh member Melayu tapi berkulit India aku,dia kata "Hekeleh kecoh siot ko,aku pun makan benda yang sama".Memang kami makan benda yang sama pun dan aku pun sebenarnya tak pasti yang itu perasaan mabuk atau tidak pasal seumur hidup tak pernah sentuh air kencing syaitan.

Kesimpulannya disini aku pelik juga macamana premis dia boleh dapat tanda halal?

Sekarang nie duduk Malaysia dah rasa macam duduk dekat Bulgaria pula.Mana taknya,susah juga nak dapat makanan halal.Ada tulis halal belum tentu halalnya,yang serve BABI memang confirm la haramnya.Jadi macam entri aku sebelum ini,makan dekat rumah wei! Mak korang masak sedap mengada nak jadi orang Itali bagai.

Ok,bye! Alfonso Fantos ("Itu bahasa apa?" "Bahasa Itali la" "Itali hangguk mu!")

20 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan August 16, 2010 at 1:30 PM  

huhu~ dahtu camna tu? dah termakan yg ade wine.. cuci perut ke lepas tu??

milah hasan August 16, 2010 at 1:30 PM  

laen kali nk hebat sikit, makan ketam ajeh.. ketam rebus..

apek August 16, 2010 at 1:34 PM  

da jawa jangan ngaku irish..haha

cHempaka dewi August 16, 2010 at 2:01 PM  

haha..agak la weh.ko ada gaya hannibal.

Miss Fireflies August 16, 2010 at 2:10 PM  

aiyok2 haraaammm

cik fiza August 16, 2010 at 4:43 PM  

sekarang ni trend halal tu letak sendiri jek tak yah melalui JAKIM.. tu yang kecoh banyak hotel sebenarnya takde halal.. isu ni dh agak lama.. pas ni kena hati2 pi mkn2.. takut2 sia2 je puasa penat lelah kita siang hari disebabkan kesilapan kecil masa berbuka..

Salam ramadhan dan tumpang lalu :)

tengku_fir21 August 16, 2010 at 4:50 PM  

bangla+italy=...

haha..tak bersyukur lngsung..buka puasa kt rumah lerr...cube kesian dkt orang yang jauuuuuhhhh dari keluarga...sob2

nurul 'ain alias August 16, 2010 at 5:53 PM  

huhu..
tau xpe..
banyak kedai makan sekarang yang diragui halalnya..
makan ler kat rumah tue..
penant mak ko masak..

I n n z August 16, 2010 at 6:31 PM  

erk .
bestu ko mkn je lah .
gile ahh .
tah2 kuali yg same dy msk mknan yg buh wine tuh .
g samak cepattt .
wakakaa

nur raidah August 16, 2010 at 6:35 PM  

makan kat umah free tak yah bayar.. eeeee jgnla samakan ko ngn hannibal tuh.. nehi nehi..

Ervina Razali August 16, 2010 at 7:07 PM  

gatal nk mkn kt lua..
pastu tggl awek n lyn bohsia lain..
hmm...


:))

DuniakuAbstrak August 16, 2010 at 8:21 PM  

beb...len kali cari kedai yg tak d ragui..benda da masuk perut..barang yg sudah usah d kenang..haha

fiQ Froz August 16, 2010 at 8:41 PM  

nak makanan malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaa..hehe

W. Hidney August 16, 2010 at 9:30 PM  

makan kat rumah jimat belanja. takyah bayar cukai perkhidmatan 5%, takyah bayar tol, takyah bayar parking, takyah nak emo kalau makanan lambat sampai.

p/s: teringin makan bubur lambok kampung baru. amat diyakini kehalalannya

cKyN WaN August 16, 2010 at 11:38 PM  

kat malaysia pun kena hati2 jugak psl makanan skang.
dah bercmpor2 dah
kadang2 tanda halal pun ade y x ori
kan2?

~Miss_eiyDa ~ August 17, 2010 at 12:29 AM  

da termakan xpela kan..next time jgn pg dh huhuu

ใ‚ถ-sylver-shooter August 17, 2010 at 1:32 AM  
This comment has been removed by the author.
ใ‚ถ-sylver-shooter August 17, 2010 at 1:33 AM  

uishh..lawo header bang

cikot August 17, 2010 at 2:16 AM  

nak sedap letak wine la ..
tp sbnrnye boleh ganti ngan cuka,
tp kalau aku muka cam rossi mmg slumber pekena italianose ..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin August 17, 2010 at 5:45 AM  

Aisumi:Cuci mulut saja.Hahaha

Rasis:Aku gatal weh bila makan ketam.Terus takleh nampak perempuan.Hahaha.

Apek:Dah Nepal jangan mengaku Melayu pulak! Keh Keh

Chempaka Dewi:Ada kan?Amacam?Jatuh hati?Hahaha

Suhada:Semoga yang jadi darah daging aku hanya dari sumber yang halal.

Cik Fiza:Itu la pasal.JAKIM takde kuasa ker?Kesian la dekat mereka yang tak tahu kan?

Ha...lalu...lalu...kang suruh bayar tol lari pulak!

Tengku:Kau dengki!Hahaha.Weh sedap woo makan nasi dengan lauk yang mak aku masak.Kau dengki tak?Hahaha

Ain:Masalahnya aku tak tahu.Camne?

Innz:Makan sajalah.Hahaha.Tawakal.Tapi sebenarnya aku dah tanya dekat waiter tue dulu ada ker tak,dia kata takde.

Raidah:Manada free.Kena tolong basuh pinggan la.Hahaha.Apsal pulak tak sama?Dengki macam Apek nie.Laki bini sama.Hahaha

Ervina:Hahaha.Nak ajak kamu tapi kamu sibuk bantu ibu di dapur.Hahaha

DuniakuAbstrak:Kedai yang tak diragui hanya kedai runcit.Wakaka.Aku rilek jer takdela terkenang sangat.Hahaha.Cuma saja nak ingatkan sesama Muslim.

Fiq:Takde! Takde! Salah blog.Wakakaka.Ini blog mat saleh.

Hidney:Bubur lambuk best jugak!Dapat pulak yang daging dia banyak.Nyum! Nyum!

Ckyn:Itula.Kau balik Malaysia nanti hati-hati.Jangan ingat Jepun saja yang banyak tak halal.

Miss Eiyda:Baru niat nak pegi lagi try menu lain pula.Hahahaha

Sylver:Hahaha.Aku rembat gambar Catia sape ntah.Nak edit banyak-banyak tak masuk pulak dengan template aku nanti leceh betul la.

Cikot:Rossi tue muka mat rempit Itali jer.Wakaka.Boleh ker letak cuka?Aku serius tak tahu pape pasal masakan nie.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP