Drama Kemerdekaan:Sarjan Razi
Share
Disebuah kampung daerah Batu Pahat,Johor terdapat seorang anak muda yang kacak rupa parasnya.Razi nama diberi.Adapun Razi ini adalah anak angkat keluarga Pak Jamain.
Atas sebab kekacakkannya,Razi sering dibuli oleh rakan sebaya.Terutamanya abang angkatnya,Rosli.
Songkoknya dibaling,bukunya dicampak,muka ditendang dan berbagai lagi bentuk pembulian yang dilakukan Rosli keatas Razi.Mujurlah Razi ada back-up besar awek paling cun dekat kampung itu,Salmah.
Tahun 1941,penjajahan Tanah Melayu bermula dari Kota Bharu,Kelantan melalui jalan darat.Tentera Jepun menggunakan basikal dalam operasi Le Tour De Banzai.Mereka sempat singgah di Rantau Panjang untuk membeli-belah.
Menurut tinjauan yang dilakukan,rata-rata mereka memborong budu untuk dibawa pulang.Seorang askar Jepun,Jeneral Yamashita yang ditemuramah mengatakan
"Kawe memang suko make budu! Bini kawe jugo sukokannya".
Berikutan itu,ramailah anak muda dipanggil untuk menjadi askar Tanah Melayu.
Disangkakan panas hingga ke petang,rupanya salji di tengahari.Permintaan Razi untuk menjadi askar Tanah Melayu ditolak oleh Pak Jamain,tapi tidak Rosli.
"Pak! Saya mau jadi soljar" ujar Razi.
"Tidak! kamu tolong saja aku jaga kebun" bantah Pak Jamain.
"Tapi Rosli boleh pak?" rayu Razi.
"Jangan persoalkan tindakan aku! Dah! Jom ikut aku hantar Rosli ke Port Dickson"
Malam itu Razi nekad untuk lari dari rumah untuk menjadi soljar.Berbekalkan duit dan sabun (apahal Mak Minah bagi sabun masih menjadi misteri) yang diberi oleh orang gaji Pak Jamain bernama Mak Minah,Razi berangkat ke Port Dickson menaiki komuter.
Setibanya disana,kelihatan ramai anak muda beratur mendaftarkan diri macam nak masuk UiTM.
Masa berlalu dengan pantas.Dari pangkat prebet,Razi dinaikkan pangkat menjadi sarjan.Rosli pula masih jadi macai cuci senapang tapi kerek dengan orang kampung dah macam pangkat Mejar.
Latihan sniper,fizikal,tahan dinding semuanya Sarjan Razi berjaya dapat markah tertinggi.Setiap sem dapat dekan.
Hari itu semua askar dibenarkan outing.Maka keluarlah Sarjan Razi ke pekan Port Dickson.Dari jauh nampak orang ramai berpusu-pusu di Gedung Kain,Jakel.
"Apahal nie?" tanya Sarjan Razi pada seorang makcik.
"Jualan murah tudung oi.Gila kau tudung Arianni diorang jual RM10 selai" jawab makcik itu.
Terus Sarjan Razi sama-sama berebut dengan makcik-makcik lain.Niatnya cuma satu,nak beli tudung Arianni untuk aweknya,Salmah.
Bila dah dapat kaler tudung kelabu taik anjing,terus saja Sarjan Razi ke kaunter pembayaran.
"Aisey! Sekali duit ada singgit lima puluh sen" kata Razi sambil tepuk dahi.
"Hai Sarjan! Beli tudung ker?" tegur Sarjan Rusdi,ketua Sarjan Razi masa prebet dulu.
"A'ah,tapi tak cukup duit...takpelah,lain kali sajalah" sahur Sarjan Razi dengan kecewa.
'Takpe,saya bayarkan dulu" Sarjan Rusdi menawarkan diri.
"Eh? Betul ker? Terima kasih bebanyak la.Moga murah rezeki tuan nanti" muka Sarjan Razi kembali ceria.
Selesai pembayaran,terus saja dikirim tudung tersebut menggunakan Western Union.Mudah saja,beberapa minit sudah dapat tudungnya.
Kemaraan Tentera Jepun mulai memasuki Melaka.Tentera Tanah Melayu yang berpengkalan di Port Dickson dipersiapkan.Batalion Sarjan Razi dikerahkan bersama-sama Leftenan Adnan Sempit dibarisan hadapan.
Pertempuran pertama berlaku di Taman Rekreasi Mini Asean dengan Batalion Sarjan Razi dan Leftenan Adnan Sempit berjaya mengkucar-kacirkan formasi 4-4-2 Tentera Jepun.
Serangan balas Tentera Jepun menggunakan Ultraman,Naruto dan Maria Ozawa menyebabkan ramai pasukan Sarjan Razi mati termasuk Leftenan Adnan Sempit.Rata-ratanya khayal melihat Maria Ozawa.Sarjan Razi berundur ke Lukut dahulu.
Disana beliau bertemu dengan satu pasukan orang putih diketuai Mejar Alex Ferguson sambil merancang strategi serang balas...
..................................................................................................................
Tahun 1945, 11.00 pagi, Stesen Keretapi Port Swettenham.
Sejak lepas subuh tadi Salmah dah tunggu kepulangan Razi.Dengar cerita,Jepun menyerah kalah akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.Tapi Salmah peduli apa semua itu.Yang penting kepulangan kekasihnya,Sarjan Razi.
Salmah tak lupa memakai tudung Arianni kaler kelabu taik hanjing yang dibelikan oleh Razi.Pakai tudung tapi jambul terkeluar.Standard isteri pemimpin Malaysia 53 tahun akan datang.
Keretapi telah tiba.Orang berpusu-pusu turun disambut oleh sanak saudara.Tapi kelibat Sarjan Razi masih tak kelihatan.Hidupkah dia?
Tiba-tiba matanya tertancap pada Rosli.Terus saja didapatkan Rosli.
"Kau tunggu aku Salmah?" mata Rosli bersinar-sinar.
"Tidak,aku tunggu wiraku,Abang Razi" bidas Salmah jelik dengan pandangan Rosli.
"Razi dia...dia..." Rosli tergagap-gagap seperti mahu menyatakan sesuatu.
"Dia apa?" tanya Salmah curios.
"Dia mati dalam mempertahankan agamanya,bangsanya dan negaranya" sayu suara Rosli.Ada kekesalan dari alunan suaranya.
Pengorbanan mereka dalam mengecapi nikmat kemerdekaan perlulah dihargai,bukan untuk dikenangi.Mereka berjuang demi agama,bangsa dan negara bukan untuk pangkat mahupun harta.Mungkin kita yang lahir dalam kemewahan tidak sedar apa sebenarnya ERTI KEMERDEKAAN,tapi adalah tanggungjawab kita semua untuk memulihara KEAMANAN dan KEMAKMURAN.
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53.1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI.
10 comments:
Asal watak hero mulia je,name razi.. Perasan.. Ak msh berpk cene ah pakai tdg ariani tp npk jambul. How come ha ? Kalo slndg,logik gak..
pergh, watak utama, penulis sendri tue....
pandai betul penulis buat cerita yer...
konpem salu berangan nih....
betul tak?
hahaha apesal la warna kelabu taik hanjing? kesian salmah...ko mmg kejam la
kewujudan sabun dalam cerita ini, tetap aku ragui fungsinya.. hah~!
selamat hari MERDEKA. :)
SELAMAT HARI MEREDEKA
*indah sambut merdeka di negara sendiri kan...
nice story...
besh
kelakau...
ta faham tetibe pasal mak cik minah bagi sabun...apekah ?? ;D
hahahaaa.. pndai oleh ke nama razi eyh?? thumbs up lah razi :P
Salmah tak lupa memakai tudung Arianni kaler kelabu taik hanjing yang dibelikan oleh Razi.Pakai tudung tapi jambul terkeluar.Standard isteri pemimpin Malaysia 53 tahun akan datang.
haha LOL.. i LYKE!!
lu punya sejarah memang tip top.
4 thumbs up!
ya Allah...
kenapalah aku baca entry ni??
kenapa?
Post a Comment