Share
Manusia perlu ada tujuan hidup.Sebab tanpa tujuan,manusia umpama layang-layang putus tali.
Sepatutnya hari ini aku keluar dengan kekasih hati.Tapi entah kenapa,hati aku bergejolak.Sejak dari malam tadi aku tak tidur-tidur.Ada suatu perasaan aneh dalam diri,tak pasti.Yang pasti aku tak suka perasaan itu.
Padahal tadi dah dalam perjalanan,aku tiba-tiba rasa benci gila pada semua.Pada keretanya,pada jalannya,pada cuacanya.Hati kecil terdetik,mungkin bagus juga jika aku kecelakaan sekarang.Diambil terus saja nyawaku,agar hilang terus perasaan itu,juga jasadku.
Kasihan pada kekasih hati,mendambakan sebuah pertemuan.Tapi sang kumbangnya sedang rosak.Rosak jiwanya dek sesuatu yang tak ketahuan.
Emosi jadi celaru.Fikiran jadi buntu.Hanya SMS jadi penganti,memohon sebuah kemaafan.
Sudahlah dunia,aku tak tahu apa mainan kau lagi sekarang.Semoga hadir dalam diriku,sebuah perasaan yang tak perlukan kata-kata.
Idiot-logi Seorang Genius
Tuesday, August 31, 2010
Drama Kemerdekaan:Sarjan Razi
Share
Disebuah kampung daerah Batu Pahat,Johor terdapat seorang anak muda yang kacak rupa parasnya.Razi nama diberi.Adapun Razi ini adalah anak angkat keluarga Pak Jamain.
Atas sebab kekacakkannya,Razi sering dibuli oleh rakan sebaya.Terutamanya abang angkatnya,Rosli.
Songkoknya dibaling,bukunya dicampak,muka ditendang dan berbagai lagi bentuk pembulian yang dilakukan Rosli keatas Razi.Mujurlah Razi ada back-up besar awek paling cun dekat kampung itu,Salmah.
Tahun 1941,penjajahan Tanah Melayu bermula dari Kota Bharu,Kelantan melalui jalan darat.Tentera Jepun menggunakan basikal dalam operasi Le Tour De Banzai.Mereka sempat singgah di Rantau Panjang untuk membeli-belah.
Menurut tinjauan yang dilakukan,rata-rata mereka memborong budu untuk dibawa pulang.Seorang askar Jepun,Jeneral Yamashita yang ditemuramah mengatakan
"Kawe memang suko make budu! Bini kawe jugo sukokannya".
Berikutan itu,ramailah anak muda dipanggil untuk menjadi askar Tanah Melayu.
Disangkakan panas hingga ke petang,rupanya salji di tengahari.Permintaan Razi untuk menjadi askar Tanah Melayu ditolak oleh Pak Jamain,tapi tidak Rosli.
"Pak! Saya mau jadi soljar" ujar Razi.
"Tidak! kamu tolong saja aku jaga kebun" bantah Pak Jamain.
"Tapi Rosli boleh pak?" rayu Razi.
"Jangan persoalkan tindakan aku! Dah! Jom ikut aku hantar Rosli ke Port Dickson"
Malam itu Razi nekad untuk lari dari rumah untuk menjadi soljar.Berbekalkan duit dan sabun (apahal Mak Minah bagi sabun masih menjadi misteri) yang diberi oleh orang gaji Pak Jamain bernama Mak Minah,Razi berangkat ke Port Dickson menaiki komuter.
Setibanya disana,kelihatan ramai anak muda beratur mendaftarkan diri macam nak masuk UiTM.
Masa berlalu dengan pantas.Dari pangkat prebet,Razi dinaikkan pangkat menjadi sarjan.Rosli pula masih jadi macai cuci senapang tapi kerek dengan orang kampung dah macam pangkat Mejar.
Latihan sniper,fizikal,tahan dinding semuanya Sarjan Razi berjaya dapat markah tertinggi.Setiap sem dapat dekan.
Hari itu semua askar dibenarkan outing.Maka keluarlah Sarjan Razi ke pekan Port Dickson.Dari jauh nampak orang ramai berpusu-pusu di Gedung Kain,Jakel.
"Apahal nie?" tanya Sarjan Razi pada seorang makcik.
"Jualan murah tudung oi.Gila kau tudung Arianni diorang jual RM10 selai" jawab makcik itu.
Terus Sarjan Razi sama-sama berebut dengan makcik-makcik lain.Niatnya cuma satu,nak beli tudung Arianni untuk aweknya,Salmah.
Bila dah dapat kaler tudung kelabu taik anjing,terus saja Sarjan Razi ke kaunter pembayaran.
"Aisey! Sekali duit ada singgit lima puluh sen" kata Razi sambil tepuk dahi.
"Hai Sarjan! Beli tudung ker?" tegur Sarjan Rusdi,ketua Sarjan Razi masa prebet dulu.
"A'ah,tapi tak cukup duit...takpelah,lain kali sajalah" sahur Sarjan Razi dengan kecewa.
'Takpe,saya bayarkan dulu" Sarjan Rusdi menawarkan diri.
"Eh? Betul ker? Terima kasih bebanyak la.Moga murah rezeki tuan nanti" muka Sarjan Razi kembali ceria.
Selesai pembayaran,terus saja dikirim tudung tersebut menggunakan Western Union.Mudah saja,beberapa minit sudah dapat tudungnya.
Kemaraan Tentera Jepun mulai memasuki Melaka.Tentera Tanah Melayu yang berpengkalan di Port Dickson dipersiapkan.Batalion Sarjan Razi dikerahkan bersama-sama Leftenan Adnan Sempit dibarisan hadapan.
Pertempuran pertama berlaku di Taman Rekreasi Mini Asean dengan Batalion Sarjan Razi dan Leftenan Adnan Sempit berjaya mengkucar-kacirkan formasi 4-4-2 Tentera Jepun.
Serangan balas Tentera Jepun menggunakan Ultraman,Naruto dan Maria Ozawa menyebabkan ramai pasukan Sarjan Razi mati termasuk Leftenan Adnan Sempit.Rata-ratanya khayal melihat Maria Ozawa.Sarjan Razi berundur ke Lukut dahulu.
Disana beliau bertemu dengan satu pasukan orang putih diketuai Mejar Alex Ferguson sambil merancang strategi serang balas...
..................................................................................................................
Tahun 1945, 11.00 pagi, Stesen Keretapi Port Swettenham.
Sejak lepas subuh tadi Salmah dah tunggu kepulangan Razi.Dengar cerita,Jepun menyerah kalah akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.Tapi Salmah peduli apa semua itu.Yang penting kepulangan kekasihnya,Sarjan Razi.
Salmah tak lupa memakai tudung Arianni kaler kelabu taik hanjing yang dibelikan oleh Razi.Pakai tudung tapi jambul terkeluar.Standard isteri pemimpin Malaysia 53 tahun akan datang.
Keretapi telah tiba.Orang berpusu-pusu turun disambut oleh sanak saudara.Tapi kelibat Sarjan Razi masih tak kelihatan.Hidupkah dia?
Tiba-tiba matanya tertancap pada Rosli.Terus saja didapatkan Rosli.
"Kau tunggu aku Salmah?" mata Rosli bersinar-sinar.
"Tidak,aku tunggu wiraku,Abang Razi" bidas Salmah jelik dengan pandangan Rosli.
"Razi dia...dia..." Rosli tergagap-gagap seperti mahu menyatakan sesuatu.
"Dia apa?" tanya Salmah curios.
"Dia mati dalam mempertahankan agamanya,bangsanya dan negaranya" sayu suara Rosli.Ada kekesalan dari alunan suaranya.
Pengorbanan mereka dalam mengecapi nikmat kemerdekaan perlulah dihargai,bukan untuk dikenangi.Mereka berjuang demi agama,bangsa dan negara bukan untuk pangkat mahupun harta.Mungkin kita yang lahir dalam kemewahan tidak sedar apa sebenarnya ERTI KEMERDEKAAN,tapi adalah tanggungjawab kita semua untuk memulihara KEAMANAN dan KEMAKMURAN.
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53.1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI.
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 12:51 AM 10 comments
Labels: kemerdekaan.
Saturday, August 28, 2010
Alasan malas update blog
Share
Update cepat-cepat:
Sekarang aku dah kerja dengan NASA buat kajian pasal arnab di bulan.Siapa entah dakwa ada arnab dekat bulan tak pasal-pasal aku kena pergi sana.Bukan sehari dua,dah nak masuk 2 bulan.Presiden Kelab Nasa cakap selagi tak jumpa arnab dekat bulan jangan balik.
Mungkin aku raya disana.Korang kirim la ketupat,rendang dengan air sirap dekat aku!!
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 4:34 PM 12 comments
Labels: arnab dibulan, mohdfakhrurazijamaludin, nasa, tipu
Sunday, August 22, 2010
Salah rindu?
Share
Entah kenapa malam ini rindu betul aku pada kekasih hati.
Aku tatap gambarnya di Facebook.
Aku baca mesejnya di handphone walaupun sekadar "Ok!"
Aku buka balik surat,kad dan pemberian hadiah darinya.
Dah tak boleh tahan sangat rindu,aku terus call.Lantak la kekasih hati dah tido ker belum.Biar dia tahu betapa rindunya aku.
Truutt...Truutt...
Truutt...Truutt...
Truutt...Truutt...
Dah 3 kali tak berjawab baru aku sedar yang aku call Habib.Alahai!
No. handphone Habib antara salah satu yang aku hafal selain no. kekasih hati.Pangkal diorang sama 0132XXXXXX.Damn! |
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 2:46 AM 22 comments
Labels: Blog Jam itu telah berbunyi lagi, habib, mohdfakhrurazijamaludin, salah call
Friday, August 20, 2010
Kesan insomnia
Share
Dah dua hari aku tak cukup tidur macam kena insomnia pulak.Perasaan dia macam di awangan.Tak berpijak di bumi yang nyata.
Macam tadi,mak aku suruh beli kuih tepung pelita dekat bazar ramadan,boleh pulak aku pegi beli tepung jer.
Nasib baik aku tak beli pelita sekali!
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 6:56 PM 10 comments
Labels: bazar ramadan, Blog Jam itu telah berbunyi lagi, kuih tepung pelita, mohdfakhrurazijamaludin
Tuesday, August 17, 2010
Ingin 'impressive'kan tetamu anda dengan kuih raya?Meh baca!
Share
Hasil pengamatan bertahun-tahun menyambut hari raya,aku cuba untuk mengetengahkan satu teori tentang kuih raya.Kalau nak beli kuih raya,beli yang cantik bukan yang sedap.Sebab apa?
Sebab kalau beli yang sedap nanti kuih raya kau cepat habis.Belum sempat raya dah habis sebab lepas buka jer mesti nak habiskan satu baris.Tapi kalau kau beli yang cantik,nanti makcik-makcik yang datang mesti puji kuih raya kau "Wah! Cantiknya kuih raya kau Leman" padahal Leman tak tahu apa-apa pun,bini dia yang pegi beli.
Oleh kerana ada sorang member aku yang buka bisnes jual kuih raya,pastu suruh aku beli nak buat apa aku bukan ada rumah sendiri lagi jadi aku pun tolong la promote serius tiada komisen yang terlibat cuma aku harap nanti dia bermurah hati untuk 'open table'.
White Choc Peanut |
Strawberry Rosset |
So amacam?Berminat?Call dia sendiri di talian Nasrul (017-2842909).Kalau yang awek boleh call aku,kita pergi beli sama-sama...keh...keh!
Lupa pula,dia juga ada jual busana tradisional dan moden.Yang muslimah takde pasal dia care hal-hal dunia saja walaupun bekas budak sekolah ugama.Boleh pegi tengok sendiri dekat laman web nie Enaels Label.
p/s:Adoi dah macam blog gadis-gadis yang jual shawl pula...tak rock la gini!
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 4:32 AM 20 comments
Labels: busana tradisional, enaels label, kuih raya sedap, mohdfakhrurazijamaludin
Monday, August 16, 2010
Buka puasa dengan arak?
Share
Semalam sebab aku terjaga awal jadi tak tahu nak buat apa,biasa dekat-dekat nak buka puasa baru terjaga.Terus mesej Puyat,sian dia dah macam bohsia aku pulak asal aku bosan jer dia kena layan.
Lepas mandi dan bersiap terus pergi rumah Puyat,angkut bohsia gua lepas tue pegi Tesco Setia Alam sebab nak kacau member Melayu aku tapi berkulit India yang tengah keje.Gila hapa keje kerajaan tapi ahad pun keje,tak kerajaan la kan?
Pendek cerita,tiga-tiga pakat buka puasa dekat luar.
Kalau geng kitaorang ini adalah A-Team maka watak aku dah tentulah Hannibal sebab aku genius perancang jadi aku rancang kitaorang untuk buka puasa dekat Seoul Garden,One Utama.
Tapi memang Tuhan nak uji tengok hamba dia boleh sabar tak bila pelayan Seoul Garden selamba cakap dah penuh waktu-waktu nak dekat buka puasa.
Jadi aku selaku perancang terus rancang plan B,kitaorang pegi sembahyang maghrib dulu,nanti kalau dah sembahyang senang sikit nak makan takde la gopoh nak habiskan makanan cepat-cepat.Iye tak?
Lepas sembahyang tue kitaorang terus pegi Italiannies.Mulanya macam takut-takut juga sebab tak nampak tanda halal.Alhamdullilah,ada tanda halal hilang was-was dalam diri.Kami pilih untuk duduk di tempat orang smoking padahal yang hisap rokoknya aku sorang jer.
Masa nak order tue,aku baca la menu dia sebab aku bukannya orang Itali hanya orang Batang Kali.Sekali menu dia ada campur dengan wine la.Terus aku was-was kembali.Tapi sebab dah duduk kan? Jadinya order jerla pape pun sebab perut dah mula masuk angin nanti kalau lama lagi boleh naik angin.
Lepas makan terus nyalakan sebatang rokok,masa itu aku rasa badan aku macam terawang-awang.Otak macam kosong jer.Aku bagitahu bohsia aku,"Weh aku rasa makanan dia ada bubuh wine la,rasa macam mabuk".
Tapi pendapat aku itu disangkal oleh member Melayu tapi berkulit India aku,dia kata "Hekeleh kecoh siot ko,aku pun makan benda yang sama".Memang kami makan benda yang sama pun dan aku pun sebenarnya tak pasti yang itu perasaan mabuk atau tidak pasal seumur hidup tak pernah sentuh air kencing syaitan.
Kesimpulannya disini aku pelik juga macamana premis dia boleh dapat tanda halal?
Sekarang nie duduk Malaysia dah rasa macam duduk dekat Bulgaria pula.Mana taknya,susah juga nak dapat makanan halal.Ada tulis halal belum tentu halalnya,yang serve BABI memang confirm la haramnya.Jadi macam entri aku sebelum ini,makan dekat rumah wei! Mak korang masak sedap mengada nak jadi orang Itali bagai.
Ok,bye! Alfonso Fantos ("Itu bahasa apa?" "Bahasa Itali la" "Itali hangguk mu!")
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 12:49 PM 19 comments
Labels: a-team, Bohsia, hannibal, italiannes, mohdfakhrurazijamaludin, tesco setia alam
Sunday, August 15, 2010
Gangguan seksual di bazar ramadan
Share
Petang tadi dalam pukul 5 lebih begitu member aku yang namanya Nurul tapi sebenarnya jantan call ajak pergi bazar.Memandangkan aku pun cuti dan bukannya kena memasak untuk satu famili jadi kata putus "Ok!" diberi tak sampai 1 saat.
Pukul 6,member aku yang namanya Nurul tapi sebenarnya jantan itu datang bersama seorang lagi member aku yang berkulit India tapi masih puasa bersama-sama.Apek yang muka macam cina pun ada juga memang muhibbah gila boleh masuk iklan 1Malaysia.
Pergi bazar ramadan bukannya nak membeli sangat pun sekadar cuci mata dan tegangkan urat biar jangan tumpul sangat bila bulan Ramadan begini.
Sebab hari sabtu orang pun banyak yang cuti jadi bazar memang penuh.
Aku sedaya upaya untuk mengawal diri dari teraba sesiapa.Tangan aku masukkan kedalam poket sambil mata tunduk memandang bawah penuh tawaduk dan khusyuk.Itu yang tertanduk dua tiga orang tadi dalam perjalanan macam Zidane masa WorldCup 2006.
Keadaan bertambah sesak dengan adanya orang yang berhenti mengejut sebab nampak kawan lama yang dulunya sama-sama tak puasa turut beli juadah berbuka.
Sedang tengok murtabak yang diadun bersama bulu tangan dan peluh,aku rasa ada orang tolak-tolak dari belakang.Aku pun tengok siapa pula yang tolak-tolak rupanya seorang makcik lingkungan umur dah boleh masuk rumah orang tua-tua.Sebab aku positif orangnya jadi aku jangka makcik itu mesti nak balik cepat sebab nak masak lauk-pauk untuk cucu cicit yang pulang ke rumahnya.Serius tiada maki hamun yang terlibat,kalau ada pun mungkin dalam hati yang juga turut berpuasa.
Tiba-tiba bahagian punggung aku atau bontot dalam erti kata lainnya terasa seperti disentuh.Nak kata kawan-kawan muhibbah,mereka semua ada depan jadi aku syak makcik tadi punya angkara.Dengan menyepetkan mata sedikit,aku kerling menggunakan ekor mata dan tak syak lagi memang makcik tadi.Terus jalan dengan pantas mendapatkan kawan-kawan muhibbah.
Bila fikir balik,terasa bengang juga.Kenapa bukan awek?Hehehe...
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 2:54 AM 19 comments
Labels: bazar ramadan, gangguan seksual, mohdfakhrurazijamaludin, murtabak
Thursday, August 12, 2010
Salah hantar mesej
Share
Salah satu perkara paling bangsat ialah bila kau salah hantar mesej dekat seseorang dan mesej itu ada unsur privasi.
Macam tadi,aku mesej kekasih hati
"Petang karang buka apa sayang?Haip! Jangan cakap buka baju.HikHik"
Tekan send...
Seminit lepas tue dapat report mesej dah delivered dekat supervisor master aku.Damn!
Ini yang rasa macam nak berhenti sambung master nie.Adoi!
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 4:24 PM 30 comments
Labels: Peristiwa
Dirogol bapa tiri,dua kali mengugurkan anak!!
Share
Cuba bayangkan...
Kau adalah seorang lelaki yang baik,beriman,alim,tak pernah tinggal sembahyang,dan juga tak pernah kantoi video tengah hisap rokok di bulan Ramadan.
Ditakdirkan kau jatuh cinta dengan seorang perempuan,juga alim tambahan pula mukanya comel.
Entah apa ujian dariNya,perempuan itu pernah mengugurkan anak luar nikah sebanyak dua kali.Bukan atas dasar stim sama-sama tapi disebabkan pencabulan bapa tiri.
Dan kau tahu perkara tersebut secara tidak sengaja.Perempuan itu sendiri pun tak tahu yang kau tahu.
Kesan dari pencabulan itu,perempuan tersebut trauma dengan semua lelaki kecuali kau.
Kau sebagai lelaki apa yang kau buat?
Aku sebagai lelaki tak faham perasaannya dirogol tapi aku tahu ianya menyakitkan.Eh,mana aku tahu (macam pernah kena rogol pulak)
Cuba kau orang perempuan bayangkan,kesakitan yang dirasai,malu dengan masyarakat,penghinaan,dan lain-lain yang aku tak dapat bayangkan sebab aku lelaki.Mungkin sampai bunuh diri kalau iman lari.
Berbalik kepada lelaki tadi,mesti dalam dilema kan?
Dah! Dah! Jangan dilema sangat...Jom baca komik nie Bitter Virgin
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 1:10 AM 24 comments
Labels: Rogol
Tuesday, August 10, 2010
Jumpa hantu di bulan Ramadhan
Share
Waktu itu aku sekolah rendah,darjah berapa tak ingat.
Macam biasa,waktu bangun sahur tue mata memang takleh bukak.Jalan ke dapur pun langgar tiang,dinding semua.Itu yang kadang-kadang boleh tuang air teh dalam nasi sebab ingat kuah kari.
Suatu hari tue,di bulan Ramadhan,waktu bersahur.
Mak aku kejut cara tarik ibu jari kaki.Kalau tak bangun jugak dia tarik rambut.Tapi paling stylo dia jerit jer dari dapur boleh kejut jiran sebelah sekali dia punya volume.Serius masa tue aku rasa mak aku macam mak Nobita.
Damn! kalau begitu aku Nobita la.
Lepas habis makan dan niat,terus lari masuk bilik sebab nak mimpi masuk akil baligh.
Agak-agak dalam 5 minit kemudian,aku tertido.
Aku mimpi kena kejar hantu.Hantu tue tinggi sangat.Kaler hitam legam.Mungkin aku salah tafsir masa tue aku mimpi kena kejar nigga tapi sebab pengetahuan masih tak luas jadi aku anggap itu hantu sajalah.
Sebab takut sangat,aku pun terjaga.
Sekali aku pandang baju pakcik aku yang tergantung sedikit demi sedikit berubah jadi hantu tapi kali ini kaler putih.
Dan masa yang sama juga,badan aku takleh gerak.Nak menjerit pun tak keluar suara.
Sebab takut sangat,aku pejamkan mata pastu bukak balik dan badan aku dah boleh gerak masa tue terus lari ke dapur sebab mak aku tengah basuh pinggan.
Aku cakap dalam bilik ada hantu.Mak aku cakap,mengarutlah! Syaitan kan kena ikat bulan Ramadhan.
Jadi lepas dari peristiwa itu aku terus tak takut hantu sebab aku rasa yang hantu itu AKU!
Saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Semoga panjang umur dan murah rezeki kalau tak malu datanglah rumah time raya nanti.Ok! aku ajak-ajak ayam jer.Bye!
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 11:52 PM 11 comments
Labels: Ramadhan
Saturday, August 7, 2010
Malas aku nak layan jantan bodoh macam korang berdua!
Share
Aku jarang gila nak emo emo pebenda lancau ntah kecuali dengan kekasih hati itu pun saja nak tarik perhatian asyik dia jer merajuk mana boleh tahan.
Tapi bila jantan sama jantan gaduh sebab betina memang aku rasa eh eh WhatTheF? Betina tue sundal la bodoh betul korang berdua pegi gaduh sebab dia.Gila emo aku sekarang sampai rasa macam kumpulan Tokio Hotel pulak.
Kau orang bergaduh-gaduh sampai patah kaki,muka pecah tapi betina sundal tue sedap-sedap jer kena kongkek dengan jantan lain korang bukan tahu.Aku bukan nak buat buat cite la tapi aku nampak depan mata kepala otak aku sendiri.Ingat aku jenis buat cerita pastu jaja sana-sini ker?
Dah la,malas aku nak layan jantan bodoh macam korang berdua!
Aku cite pasal kucing la! Yang kau orang excited sangat baca nie apasal??
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 2:24 AM 16 comments
Labels: Emosi
Thursday, August 5, 2010
Ini bukan review filem Inception!
Share
Sebab hari ini cuti,pulak tue baru dapat gaji,rasa macam tak kena pulak bila dalam akaun ada banyak duit jadi mesti keluar jalan-jalan kasi duit kurang supaya lebih zuhud dalam kehidupan.
Terus ajak Puyat tengok wayang cite 'Inception'.Pergi berdua jer pasal kawan-kawan yang lain ada komitmen kerja dan Facebook,rasa macam tengah hangat bercinta pula bila keluar berdua-duaan begini.
Lepas beli tiket wayang,masa terluang ada dekat 2 jam jadi kami isikan dengan bermain game Initial D,makan sushi,dan juga jalan-jalan window shopping tengok bra.Orang ramai yang berselisih memberikan pandangan sinis bila melihat kemesraan kami semasa bergurau-gurau testing bra.
Tentang cite Inception pula,lakonan Leonardo Dicaprio berkisarkan tentang mimpi.Malas nak review atau buat sinopsis sebab dah terlewat cuma yang aku boleh beritahu ceritanya menarik bagi aku.Bagi mereka yang cakap cerita Lagenda Budak Setan adalah filem terbaik yang dia pernah tonton mungkin akan kata,"Tak best la cite nie...Tak faham!".
Habis tengok wayang,terus berlari ke surau bagi menunaikan sembahyang Maghrib.Rasa bersalah pula melewatkan solat jadi saya cadangkan pengusaha panggung wayang agar membina surau dalam premis anda dan kalau boleh kasi 'pause' sekejap bila masuk waktu solat.Amacam?Barulah negara Islam!
Balik tue singgah Shah Alam untuk makan malam.Saat itu kami berdua tak banyak berkomunikasi menggunakan lisan hanya menggunakan bahasa tubuh seperti mengesel,meraba dan mengosok bagi menzahirkan perasaan kami.
Tiba-tiba Puyat tolak kerusi aku...badan aku melayang...aku hampir rebah ke bumi...
..............................................................................................................
Pap! aku terjaga.Rupanya semua benda tadi hanyalah mimpi.
Tok! Tok! ada bunyi ketukan di pintu.Perlahan-lahan aku bangun dari kerusi bagi membuka pintu.
"Mr.Leonardo Dicaprio...please be ready for interview session with reporter about your new film,'Inception'.You have 30 minutes to get ready!" ujar manager aku.
"Damn! I hate reporters" balas aku sambil sarung t-shirt tulis 'Inception'.
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 11:59 PM 13 comments
Labels: Inception
Wednesday, August 4, 2010
Sebab aku tak sokong bebudak sekarang diajar Matematik dalam Bahasa Inggeris
Share
Aku tengah khusyuk menanda latihan yang bebudak nie buat.Geram juga bila tanda 5+3 jadi 53.Mana punya cikgu ntah yang ajar dia.
Depan dan kanan aku ada budak tengah buat latihan matematik yang diberikan.Dua-dua keje nak ajak aku berborak.Cite pasal sekolah dia esok cuti la.Cite pasal family dia nak pegi Bandung la.
Budak depan aku,pompuan,baru darjah dua.Sedang buat latihan Matematik bahagian tambah.
Tiba-tiba...
"Adoi cikgu...saya dah keliru la tambah dan tolak"
Terus mata aku beralih ke arah kertas latihan dia."Betul la tue..." ucap aku bila tengok jawapan yang diberikan.
"Cikgu...cikgu...keliru tue maksudnya apa cikgu?" soal dia balik.
"Keliru itu maksudnya tak pasti" jawab aku sambil tersenyum.Dalam hati,yang kau guna perkataan tue tadi kenapa pulak?
....................................................................................................................
Sebab itu aku tak sokong bebudak sekarang diajar Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Nasib baik aku ajar Matematik.Kalau ajar Bahasa Melayu,mau menangis aku!
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 2:37 AM 12 comments
Labels: Bahasa Inggeris, Matematik
Tuesday, August 3, 2010
Sebuah cerita keinsafan
Share
Suasana petang di Perlis memang damai.Yang awek berjalan dalam group 4-5 orang menghala ke kedai makan.Yang balak berjalan dalam group 8-10 orang menghala ke padang.Yang nerd macam aku tengah terbongkang depan pc layan movie cite Korea sambil kesat-kesat airmata.
Waktu itu memang paling layan sebab suasana sunyi dan sejuk menambahkan feeling romen dalam diri.
Tiba-tiba datang member aku yang juga turut nerd sambil berlari...
"Lari wei...Lari!" jerit beliau tercungap-cungap.
Aku yang tengah layan turut tersentak tapi bila orang-orang munafik membawa berita nie kita takleh percaya sangat jadi aku abaikan amaran itu dan terus sambung feeling romen dalam diri.
5 minit kemudian datang dua-tiga lelaki berjubah putih berkopiah putih yang mengelarkan diri mereka 'Kumpulan Tabligh'.
Serta-merta aku tekan pause dan berlari ke rumah member aku.Cuak betul bila jumpa mereka yang mengelarkan diri sebagai 'Kumpulan Tabligh' ini.
"Ekeleh kau nak takut apa.Diorang datang nak bagi nasihat.Kau tue dah la gelap hati" sound member aku sambil mata pandang skrin main DoTA,tangan kiri jentik rokok,kaki atas meja.
"Patutnya kau bersyukurlah orang nak bagi nasihat.Takdelah diri kau tue sesat nauzubillah" sambung dia lagi sambil speakernya berbunyi "Monster Kill!!".
Tiba-tiba...
"Assalamualaikum..." seruan salam dimuka pintu.Aku dan member tak sempat lari kemana.
........................................................................................................
Maghrib itu,kedengaran sayup-sayup azan berkumandang disampaikan oleh member aku sambil diperatikan oleh aku dengan air mata menitik tanda keinsafan.
p/s:Sebenarnya ada mesej rahsia dalam entri 'Nota Cinta' Untuk Kekasih Hati.Kalau bijak,bongkarkanlah!
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 12:28 AM 8 comments
Labels: DoTA, Keinsafan, mohdfakhrurazijamaludin
Monday, August 2, 2010
'Nota Cinta' Untuk Kekasih Hati
Share
Sayang,
Terima kasih kerana mengalah semasa kita berbalah.
Cintamu sepenuh hati,seluruh nyawa,segalanya.
Posted by Mohd Fakhrurazi Jamaludin at 2:57 AM 17 comments
Labels: mohdfakhrurazijamaludin
Jumlah Pengunjung
Tanya Aku
Iklan
Kawan
Arkib
-
▼
2010
(129)
-
▼
August
(16)
- Manusia perlu ada tujuan hidup.Sebab tanpa tujuan,...
- Drama Kemerdekaan:Sarjan Razi
- Alasan malas update blog
- Salah rindu?
- Kesan insomnia
- Ingin 'impressive'kan tetamu anda dengan kuih raya...
- Buka puasa dengan arak?
- Gangguan seksual di bazar ramadan
- Salah hantar mesej
- Dirogol bapa tiri,dua kali mengugurkan anak!!
- Jumpa hantu di bulan Ramadhan
- Malas aku nak layan jantan bodoh macam korang berdua!
- Ini bukan review filem Inception!
- Sebab aku tak sokong bebudak sekarang diajar Matem...
- Sebuah cerita keinsafan
- 'Nota Cinta' Untuk Kekasih Hati
-
▼
August
(16)
Blog Kawan-Kawan
-
Istighasah, boleh ke tak? - Tengok ada ulamak berbeza pendapat, ada yang tafsir syirik sebab minta dengan orang mati, ada yang kata tak syirik, sebab bukan minta pada orang mati, ta...2 days ago
-
7 tips utama untuk hantaran - Sudah jadi kebiasaan masyarakat Melayu mesti ada hantaran masa bertunang atau nikah, walaupun hanya sekadar satu dulang hantaran. 7 tips utama untuk h...2 years ago
-
Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan - MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua...3 years ago
-
Dua puluh dua puluh - Aku teringat aku pernah ada blog. Vlog belum ada keberanian. 2017 - last aku update 2018 - aku tiga puluh. Aku bahagia. Aku hidup seperti biasa 2019 - mac...4 years ago
-
Auditor's trivia - We all hate auditors. Especially the mean-I-don't-give-a-rat-ass-about-you-and-your-KPI auditor. Auditors are usually perceived as time-wasting, useless an...5 years ago
-
Rental Mobil Jogja - [image: rental-mobil-jogja] UdulaTrans menawarkan harga persewaan mobil Jogja yang bersaing, dengan mengutamakan mutu jasa, kebersihan dan situasi mobil t...5 years ago
-
Selamat Hari Raya - M&M bad hair day Selamat Hari Raya Aidilfitri Everyone!! May this celebration be the best you ever had! Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk m...5 years ago
-
Review Hard Rock Hotel Desaru Coast, Bandar Penawar - Hard Rock hotel pertama. Yup. 30 tahun hidup, baru pertama kali nak tido kat Hard Rock hotel ni. Haha. Maklumlah selama ni tak berapa nak mampu. Cerita...5 years ago
-
Proton Persona 2019 Kini Dibuka Untuk Tempahan - Reka bentuk Persona 2019 dikemaskan oleh pasukan yang diketuai oleh Ketua Reka Bentuk PROTON, Azlan Othman dan turut mendapat manfaat daripada kepakaran ya...5 years ago
-
Itinerari 3 hari 2 malam Ke Sabah: Day 2 (Cont.) - Lepas dah kenyang lokan bakar, kami teruskan perjalanan ke next pit stop - Rumah Terbalik di Tamparuli. Tiket masuk ke Tamparuli RM12/person. Masa ni kena ...5 years ago
-
UTC KERAMAT (IMEGRESEN) - Assalamualaikum.. Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah swt. Today story ialah mengenai pengalaman buat passport... Ini bkn kali pertama tulip bua...6 years ago
-
-
Vagina Berdarah Setelah Berhubungan Seksual - Vagina Berdarah Setelah Berhubungan Seksual Pernahkah Anda mendapati bercak darah saat atau usai melakukan hubungan seksual? Jika iya, Anda sebaiknya ke d...6 years ago
-
-
Integriti lah sangat... - Sebagai seorang penjawat awam yang memang lebih 10 tahun berpengalaman saya rasa tak perlu untuk seseorang itu update status facebook sampai 10 kali sehari...7 years ago
-
short note - salam n hi post pendek kali ini ditulis khas buat para wanita di luar sana yang sangat up-to-date dengan teknologi semasa. mohon sangat-sangat tidak meng...7 years ago
-
.Bercuti Ke Pulau Pinang - Day 1. - Kali ni aku pergi bercuti ke Penang pula . Dengan Darina . If you still remember her . Hehe . A weeks before pergi , Darina dah book tiket pergi dengan ETS...7 years ago
-
-
Friday/Saturday Torrents - Happy Saturday :) *Friday* The Originals - IMDB | EZTV | WIKI | SUBTITLE Season 4: E1 E2 E3 E4 E5 E6 E7 (13 episodes) Reign - IMDB | EZTV | WIKI | SUBT...7 years ago
-
After a year and plus - Salam semua Kesian rasa dengan blog ni. Serious tak berjenguk lansung. Da macam berkubur sampai disini sahaja. Dulu selalu jugak baca blog sendiri. Tapi k...8 years ago
-
A New Experience~ - Heya~ ^^, You see, starting from month 6, I officially live alone. Ah, I meant that instead of staying at the hostel, I rent a room together with others. ...8 years ago
-
95% EP MOM? 😂😂😂 - Assalamualaikum. Secara rasminya bermula minggu lepas, aku dah hampir2 memikul gelaran EP mom. Exclusive Pumping. Kenapa 95%. Sebabnya..sejak dari 12 hari ...8 years ago
-
Kerjaya Baru ku.... - Assalamualaikum wbt. Pejam celik pejam celik da sebulan lebih aku menjadi suri rumah tangga setelah "di retrench" bulan April lalu. Macam macam perasaan ad...8 years ago
-
Czy ekologiczneplotki Winylowe na ogrodzenie i bramę ogrodzeniowa są idealne - Czy ekoogrodzenia plastykowe na ogrodzenie i furtkę sztachetowa są idealne W obecnych czasach króluje moda na ekologie, ale czy wspomniany trend racjonaln...8 years ago
-
Kerajaan Malaysia Lancar Skim MyDeposit - As-Salam para pembaca baik. Benda yang elok kita sokong dan sebar-sebarkan tidak kisah sama ada hal itu daripada belah pihak Kerajaan ataupun dari belah pi...8 years ago
-
Tips memilih jasa pindahan di jakarta - Tips memilih jasa pindahan di jakarta Musim panas, dan musim baju renang, hanya sekitar sudut. Itu berarti saatnya untuk mulai bekerja pada abs datar Anda...8 years ago
-
-
The End of the Tour (2015) - Full The End of the Tour in Best Video FormatNow you can enjoy The End of the Tour in top video format with duration 106 Min and has been aired on 2015-07...8 years ago
-
Kos Bajet Kahwin Saya (Part 1) - cilok dari fesbuk. lol *danger : extremely longgggggggggggggggggggggggggggggg entry* Salam hi chuols. Selamat Tahun Baru! omgggggg dah seperempat dekad ...8 years ago
-
TAHUN 2015 HAMPIR MELABUHKAN TIRAI - Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apa khabar rakan-rakan pembaca blog sekalian, pejam celik tahun 2015 berbaki lebih kurang seminggu lagi sebelum melabu...8 years ago
-
December. The month of... - Post kali nie tak rasa cam nak main paint pulak. Nak tulis je. Heee. *...* A week before my birthday, Mdm Rovena called and told me I flunked my exam. ...9 years ago
-
VA Streamlined Mortgage Refinance (part 1 of 2) - http://www.bromotravelindo.com The unfortunate fact is that not everyone is eligible for VA streamlined mortgage refinance. If, however, you prove to quali...9 years ago
-
im back! - Assalamualaikum, Lebih setahun aku tak memblog. Lepas kawin, terus senyap. Baru² ni nak memblog kembali, tapi blog ni bila aku try buka, dia akan redirect...9 years ago
-
Im just a kid - Dear 12 year old me. Hows life? Did you cry somewhere in your room after getting scold? Oh come on! Just get up already and do the work, it's not that hard...9 years ago
-
Pass the Light (2015) - Full Pass the Light in Top Video FormatNow you can see Pass the Light in High Quality Video with duration 120 Min and was published in 2015-02-06 with MPA...9 years ago
-
On becoming Katherine Heigl with 27 dresses - Hello. I've been meaning to write a full entry on all the weddings I attended this year, solely as a bridesmaid or a maid of honor. Mainly because all of t...9 years ago
-
Inspirasi Rumah Kantor, Pilihan Warna Dinding - Ciptakan area kerja paling inspiratif di rumah Anda sendiri dengan pilihan warna paling energik. Dorongan yang Anda dapatkan dari kopi pagi Anda hanya berl...9 years ago
-
Papa ou maman (2015) - Free Papa ou maman in Top Video FormatNow you can see Papa ou maman in best quality with duration 85 Min and has been launched in 2015-02-04 with MPAA rat...9 years ago
-
After 22 November 2014 - It has been a long time aku tak post anything on own blog. Dah bersarang dengan post lama. Let me restart all over again. Hai. Saya Rara. 25. Dan ya, saya b...9 years ago
-
golongan terlebih pandai - Pernah tak kita tengok orang share resipi kek, siap ada gambar step by step, start dari ayak tepung, sampai la step nak buat bunga buttercream? Nampak se...9 years ago
-
Permudahkan Urusan Kami - Dah masuk minggu yang ke tiga kalau tak silap lepas permohonan yang dihantar hari tu.. hari ni rasa macam tak sedap hati.. YA ALLAH.. AKU MEMOHON KEPADAMU....9 years ago
-
placenta previa type 3 - Seawal pregnant lg doctor dah scan placenta aku kat bawah. Tu pun sbb aku bleeding masa weeks 10 sampai weeks 16 kalo tak silap. Tapi melalui pembacaan dan...9 years ago
-
Cium Memekku - At that point there is the swagger Tips & Tricks Mendapatkan Cewek Cantik with which young fellows regularly move back and forth. Male monkeys on the pra...9 years ago
-
Hari Sibuk Mama - I'm always a happy teacher. Kalau marah pun sekejap. Jarang sangat saya masam muka lama2. Stress kan pendam lama. Tambah2 kalau geram kat budak. Bukan ...9 years ago
-
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots - Oke hai. Berasa sangat terpanggil nak update belog pasal Toujours Advanced Collagen Shots sebab TERLALU RAMAI yang terpengaruh dan cuba dan puas hati, TAP...9 years ago
-
I Lived - macam ni, pernah tak satu tahap dalam hidup kau, kau rasa dah give up because everything that you wished for you didn't get it, and you thought why i was ...9 years ago
-
2014 without any N3 & Hi 2015 on 4th March.... - I forgot my password for this blog yet I manage to open it but have nothing to write.. OK BYE!!!!!!!!!!!!!!!!!9 years ago
-
Herbal Effect - Sources with the Man made Hights - Newsletter of the record on a compound referred to as pravadoline served being a prompt with regard to perform that ultimately led to the actual generation...9 years ago
-
Kerapuhan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah - بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ للِه مُوَفِّقِ المُتَقِيْنَ لِشُكْرِ النِّعْمَةِ، وَأَلصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ مَنْ أَرْسَلَهُ لِل...9 years ago
-
Hai - Aku tanya apa khabar...semuaa... Pada suatu petang yang hening, semut-semut pun berkeliaran ke sana kemari, Senah bersimpuh di anak tangga sambil bermain m...9 years ago
-
Wahai Lelaki... - Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalamualaikum wbt Wahai lelaki... Apa yang kamu dapat sebenarnya Apabila kamu ‘memancing’ wanita ...9 years ago
-
Kesimpulan Membentuk Harapan - Hi..! Lama juga, blog tak ada *entry *baharu. Entahlah apa nak jadi dengan diri pun tak tahu. Nak kata sibuk sangat, tak adalah sesibuk mana pun. Malas je ...9 years ago
-
64.dedikasi - Setiap pekerjaan itu mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta tekun dan tulus ikhlas. Tanpa mengharapkan sebarang pujian dan sebarang kepentingan...10 years ago
-
Hati - Hati, organ badan yang tersangat degil Memang tak suka dengar cakap tuan dia Suka sangat menyibuk dalam hal-hal yang tak patut Suka berlagak kebal walaupu...10 years ago
-
Kisah panjang menjadi satu entri~ - *Terbiar.* *Berdebu.* *No one touch.* *No one care.* *Dulu.* *Masa ada untuk ini.* *Now I'm busy!* *I'm sorry my blogie~* *Diam ku.* *2 tahun berlalu.* *S...10 years ago
-
-
Untukmu(~_~’) - Untukmu(~_~’) [image: Untukmu(~_~’)] *Ingin Menjadi permata baginya…Meski sulit rasanya* *Banyak lisan yang jadi perkara…Tapi lebih banyak untuk belajar be...10 years ago
-
Wish I Was Here (2014) Online With High Quality - [image: Download Wish I Was Here Movie Streaming]Download Wish I Was Here Full MovieWatch Movie Wish I Was Here Online Streaming with duration 120 Min and ...10 years ago
-
Aku pengemis CINTA! - Salahkah diri ini bergelar pengemis CINTA? Ketika berusia 15 tahun aku telah melangkah keluar dari rumah ibu yang telah membesarkan aku sebaik mungkin… D...10 years ago
-
Hello sunshine - Salam and hai everyone, please welcome to new and ever so boring alyaa jamaludin. konon konon dah dewasa entered the working phase already. Life couldn'...10 years ago
-
sabar, wahai hati - Assalammualaikum Aku kena paksa mengarang lagi yang aku pun dah hilang bakat sebenarnya. terima kasih pembaca tegar aku Kak Reen selalu bukak blog aku wal...10 years ago
-
PEMBERSIHAN PERALATAN TENUSU - *PEMBERSIHAN PERALATAN TENUSU* PEMBERSIHAN PERALATAN TENUSU •PENGENALAN: Aktiviti pembersihan merupakan aktiviti penting di dalam setiap operasi yang m...10 years ago
-
Nasi ayam super simple. - assalamualaikum. lepas berhenti kerja ni, saya hanya memfokuskan diri untuk menjadi isteri yang rajin dan solehah. ececey. hari-hari kena fikir menu untuk ...10 years ago
-
Review Sons Of Anarchy Muted Grim Reaper Hoodie Sweatshirt (Medium) - *Best Price Sons Of Anarchy Muted Grim Reaper Hoodie Sweatshirt (Medium) Reviews*Are you looking the best price for *Sons Of Anarchy Muted Grim Reaper Hood...10 years ago
-
Cetak ID Card Online Murah Daerah Yogyakarta - [image: PESAN ID CARD] PesanKartu.com melayani cetak id card mulai dari cetak id card member, cetak id card karyawan dan cetak kartu lainnya PesanKartu...10 years ago
-
Semoga... - Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan taufiq hidayah daripada Nya.. Dipermudahkan segala urusan didunia untuk menuju ke syurga.. Dipermudakan uru...10 years ago
-
kahwin story... and the truth. - Okay sekarang aku dah habis final exam. yeay? nope. I still have so much things to settle before next semester start. Kena fikir pasal FYP lagi, IASS lagi....10 years ago
-
Macamana sekarang? - Kau macamana sekarang? Masih menunggu? Ehh takdelahhh. Hmmm, habis tu kenapa kau masih di situ? T_T11 years ago
-
A Week Training - Went for a training for a week. Got an experienced like never before. Meet new people and spread more horizon for future career. Just enjoy that moment o...11 years ago
-
AKU DIA DAN SMS - Bismillahirrahmaanirrahiim... Alahai.. susah betul laaa dapat superior yang skema ala pengawas sekolah ni kan.. (~.~) Patut tak memalam minggu gini SMS pa...11 years ago
-
I am a mom. - *25/12/12* "today is the day..." tu yang aku pikir bila tiba tarikh tu. siap2 p hospital Sg Buloh. aku dinasihatkan supaya dtg sehari dari tarikh due so bol...11 years ago
-
..atok.. - 11th September 2013 was my mum's 53rd birthday. It was also the day my atok passed away. She went peacefully at her hometown Tangkak during Subuh. I was ...11 years ago
-
Mehnah - Assalamualaikum.. Mehnah maksud dari arab itu ujian..ujian itu banyak dan seksaan berat kalau diuji oleh setiap manusia dengan bala. Ujian ini ada banyak j...11 years ago
-
SeLaMaT hArI rAyA - Lupa plak aku nak ucapkan. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. Hehe.. Biasa la skang jarang wat post kat blog.11 years ago
-
Update* Kek Coklat Moist Kukus / Bakar-Pun-Boleh :P - Assalamu'alaikum w.b.t. Salam Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, dah hampir sebulan kite puasa..dah dekat nak raye dah. Sikittt je lagi haa. Syukur sanga...11 years ago
-
Ohh My Gas! Eskrim - Satu petang di minggu lepas, guwa hallo cik makwe. Ajak dia berbuka puasa sama. Cik makwe kata dia abis kerja pukul pat setengah. Guwa kata ok. Jadi petan...11 years ago
-
-
Kami dan Zumba - Hi, [image: zumba fitness] kredit www.orientalsportsacademy.com Nak cerita sikit pasal kami dan Zumba. Mulanya saya terjumpa iklan dalam GroupOn mengena...11 years ago
-
Jatuh cinta dengan perempuan simpanan... - *Drama bersiri di TV3 dalam slot Samarinda ini sudah sampai ke penghujungnya. Episod akhir pada 25 Jun ini. Aku layan drama ini satu sebab sahaja ...11 years ago
-
gila! - *Sesak.* *Hidup yang entah apa-apa.* *Penuh dengan hal yang bukan-bukan.* *Karut* *Marut* *Aku bingung* *Bercampur.baur* *Entah.* *Hati resah.* *Jiwa ...11 years ago
-
-
Isteriku... - Kalo jodoh xkemane.tu org dlu2 yg ckp.tp jodoh dn pertemuan semuanye ketentuan Allah.aku sgt2 bersyukur atas jodoh yg telah Kau temukn padaku.Isteri sy buk...11 years ago
-
Dewi Pencari Cinta sejati - *Kata-kata Cinta* - Malam tanpa bintang. Kosong. Begitu jujur. Menghantarkan ku terlelap, yang kosong, begitu hancur - Wajahmu yang selalu ku cari.. belu...11 years ago
-
Isu Kalimah Allah - Assalamualaikum..... Aku terpanggil untuk mengeluarkan pendapat tentang isu hangat yang dimainkan sekarang ini. Penggunaan kalimah Allah bagi bukan muslim...11 years ago
-
Sepit Kepit - Aku rasa sudah sekian lama tidak mengomel di ruangan ini. Alkisahnya, aku sibuk tersepit kepit disana sini. Sampai duduk pun kepit kepit. Bila kau duduk k...12 years ago
-
Perdana Leadership Essay Competition 2012 - *Imej detik 16 September 1963. Interpretasi yang memperlihatkan raut wajah kebimbangan tiga bapa kemerdekaan, Tun Razak, Tun Fuad Stepehens dan Tun Datu ...12 years ago
-
Setelah sekian lama.. - Dah sangat2 lame aku tinggai blog ni. tak mau cakap perkataan 'bersawang'. ade perkataan yang lagi hebat dari tu tak? please leave a 'komeng' if u have one/...12 years ago
-
-
Khazanah - Assalamualaikum semua. Dah 2 3 malam aku tak boleh tidur, mengenangkan blog yang lama tak update. Dari awal tahun 2012 sampai sekarang satu habuk post pun...12 years ago
-
-
Officially Turning to Tuwenti-Two - Alhamdulillah. Satu angka kehadapan dah umur aku meningkat. Terima kasih yang tak terhingga kepada kaum keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang wi...12 years ago
-
-
ATTENTION : Tolong isi borang database batch 6 SAMBEST SMART! - <p>&amp;amp;lt;p&amp;amp;gt;Loading...&amp;amp;lt;/p&amp;amp;gt;</p>12 years ago
-
7 Jun 2012 - Kalau ikut kalendar yang ada dalam rumah korang. Mahupun kalendar dalam telefon pintar kamu semua, harini bertarikh 7 Jun 2012. Kalau dalam telefon pintar ...12 years ago
-
Ini Sotong Goreng Emas ke apa? - . . Lama tak singgah makan di Sekinchan Ikan Bakar (Segambut). . Last year aku dan family pernahlah makan ramai-ramai kat situ, harganya aku rasa sangat be...12 years ago
-
Betul betul cuci - hye u olls..aku kembali setelah hampir setahun aku menghilangkan diri dari menulis.poyo kan ayat.actually,bukan nya xde masa langsung cuma komitmen aku ska...12 years ago
-
Public Gold is the best! - Public Gold, an alternative form of investment Thinking about investing? Stock Market? A house or property? Gold? Yes, gold offers secure value and is easy...12 years ago
-
Short Update ..... Blog Ini Akan Bercuti Sebab Wa ... - Assalamualaikum.. Hai semua yang ada kat sana. "Sana" tu refer kat mana, wa pon tak tau. Sekarang wa tulis post ni pada tanggal 1/1/2012, means harini adal...12 years ago
-
Breastfeeding – the mummy and baby bond of love - A mom’s love for her little baby starts the moment she knew baby is growing inside her. She lovingly protects and nurtures baby by eating fresh and healthy...12 years ago
-
Keluhan - aku penat... penat dgn agenda seharian... trigin nk cuba sesuatu yg br... tp x reti nk mncari... rs mcm nk lari.. tp xkn selesaikan masalah.. br setahu...13 years ago
-
green. - i am green - for all the wrong reasons. photo credit: http://fashionista-next-door.com/2011/01/friend-friday-green-with-blogger-envy.html 1. high school ki...13 years ago
-
-
H4cK3D By Anonymous - *<<>>* * |||||||||||||||||||||||||||||||||||||97%* *Not Secure Password Too Easy* *Don't worry, all data are safe * *H4cK3D By Anonymous* * Thank...13 years ago
-
baby gurl :) - i have a baby gurl :) sleeping with her daddy... hai Nur Hannah Raudhah :) mangun2..kuat bubum la si kecik sowang ni... hehe..13 years ago
-
Pengutuk Si Anon Itu Jahat - SALAM.. Lama tidak menaekkan sebarang entry. Traffik pun tahap orang tua tunggu depan kubur. Oh! xpe 2 xpenting sebab aku bukan seorang yang gila untuk up...13 years ago
-
PACMAN - Enjoy playing Pacman down there. So, how's everyone doing? Btw, I don't think I want to blog anymore but I just don't want to delete it either. One thing ...13 years ago
-
puisi dari seseorg - *aku mencintai dia...lebih dari yang dia tahu.....* *kasih sayangnya cukup untuk membuatkan aku bahagia bersamanya....* *setelah apa yang ku miliki kini....*...13 years ago
-
-
-
manusia bodoh.. - sakit bila bermain dengan perasaan.. kejam bila mempermainkan perasaan.. apa yang berlaku biar berlalu.. yang lepas biar lepas.. jangan pernah menyesal.. i...13 years ago
-
Komen Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - 1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuha...13 years ago
-
mr. photographer 3 - ~Lokasi: SnapShoot Studio~ "Zal, gambar wedding Iman last week dah siap ke?" tanya Haq sambil membelek-belek Nikon DSLR kesayangannya "Ada satu roll lagi ...13 years ago
-
Link Blog Telah Ditukarkan. - Salam semua. Link blog sy dah lama ditukarkan ok? semua post kat sini telah dipindahkan kat blog baru sy tu. hehehe. saje je xnak pakai blog nih dah. tatau...13 years ago
-
Suria Akan Kembali ! - Assalamualaikum, Hye, setelah berbulan lamanya aku tak update blog, aku akn update blog tak lama lagi. Yaaahhh.. Mungkin ni salah satu azam tahun baru aku ...13 years ago
-
misi menyah'active'kan older post - malam yg agak, ops tak sesuai. malam yg memang dingin. sejuk. cepat-cepat tarik selimut. sel-sel mood kembali active walaupun organ mata sudah agak mengant...14 years ago
-
rindu korang sumeerr... - assalamualaikum semua...hehe entry kali ni lija nk bawak korng sumer berkenalan ngan kwn2 lija, ex rumate lija, ex clasmate dn sebagainyerla,,,,trmasokla l...14 years ago
-
Bekerja di Popular Bookstore for a Monthh!!! - assalamualaikum.alhamdulillah dpt kerja sementara di Popular Bookstore di Bukit raja.for a month je.!suke betol keje mcm ni.coz can learn something new the...14 years ago
-
MonoloQue - Tiada Kata Secantik Bahasa - Recommended! MonoloQue - Tiada Kata Secantik Bahasa: Download MP3 (Ziddu)14 years ago
-
@#$%&!!!!!! - sakit. sakit sangat. bukan sakit otak atau sakit jiwa. tapi sakit hati. ye,hati. kenapa? tak boleh? saye perempuan.sila ambil tahu.perempuan tak same ...14 years ago
-
Perfecto! - Aku bukan perfectionist tapi cuba nak buat sesuatu kerja tu dengan perfect. Bila dah buat kerja tak perfect, sampai terbawa-bawa dalam tidur...termimpi-mim...14 years ago
-
Pengaruh Inception - Inception arahan Christopher Nolan betul-betul mempengaruhi kehidupan waktu malam aku.Boleh kata hampir setiap malam aku cuba untuk kawal mimpi macam yang ...14 years ago
-
surat untuk cinta - aku dah cube lawan nie semue... tp aku xtau nak luahkan kat sape... aku sedeyh... aku kecewa... ape dosa aku dekat die.... kenape die buat aku mcm nie???...14 years ago
-
DAD!! - I hate YOU as u hate me you never understand me as you DUMPED me away when i was a little kid AS REVENGE will take the toll when ive grown up.. m not stu...14 years ago
-
~kItE iNgAT saMa-saMa~ - kejahilan nie kadang-kadang nampak di mata kasar kan banyak kejahilan adalah tenggelam timbul tapi lagi banyak timbul dari tenggelam da jahil tapi masih tak...14 years ago
-
nafas - Nafas yang aku hembuskan. Nafas yang aku ada. Datangnya dari MU. Aku hanya mampu meminjam untuk sementara nikmat ini. Nafas yang KAU berikan YA TUHAN cukup...14 years ago
-
hari yang cerah [bertukar gelap] - HUJAN lagi lebat2! Hujan kuat2! Jerit aku dalam hati. Sejuk betul! Segar bertambah nyaman terasa. Baru balik dari Bandar Utama. Saja jalan2 cari pasal! ...15 years ago
-
Bajet 2010 - * Ekonomi Malaysia dijangka berkembang* 2-3 peratus pada 2010* * Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, ...15 years ago
-
Love? Life? - Nape ek bila aq dah mula rasa sayang kat someone tapi something yang akan happen menyebabkan hubungan tu xkan menjadi. Perasaan sayang mungkin susah nak be...15 years ago
-
G4JR ready to run - Kepada para beginner yang ingin menceburkan diri dalam dunia 1/10 RC anda boleh bermula Ready to Run G4JR yang menawarkan complete package sedia untuk di...15 years ago
-
Tensyen!!!! - Hari ni da masuk 3 minggu aku keje kat H&I nih.. Bosannye kene keje hari Sabtu.. Patutnye Sabtu ni wat cuti utk sekalian umat manusia.. Eh...kalo sumer oran...15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-