Monday, June 15, 2009

Beberapa fakta tentang aku yang anda perlu tahu.

Share

Setiap orang ada perangai dan ragam mereka yang tersendiri.Ada yang kita boleh masuk, ada juga yang boleh kita buat musuh.Permasalahan hati dan perasaan ini terlalu rumit untuk aku huraikan kerana tiada formula-formula tertentu yang dapat diaplikasikan untuk mengetahui hati budi seseorang itu melainkan dengan menjadi rakan dan membuat aktiviti bersama.

Ada pepatah atau mungkin juga kata-kata orang tua yang lepak kedai kopi main dam haji dari pagi smpi petang...yang mana aku xpasti dari mana sumbernya...mengatakan...'Semakin rapat kita dengan seseorang itu,semakin mudah kita menyakiti hatinya'.Anda faham maksud kata-kata tersebut?...Jika anda tidak faham sila hantukkan kepala anda ke dinding sebanyak 10 kali kerana terlalu lembap untuk memahami ayat yang mudah tersebut.

Jadi...bagi memanjangkan post ini...juga kerana aku xde keje nak buat kat rumah nie selain basuh pinggan (boleh la undi SMS aku sebagai calon suami pilihan)...aku ingin selitkan beberapa fakta-fakta tentang aku yang mungkin anda tahu atau juga anda xtahu atau juga idea untuk nak mengorat aku (pastikan pendapatan anda mencecah 5 angka atau sekurang-kurangnya ada keta sport buatan Jepun).

Berikut adalah beberapa fakta tentang aku:

  1. Minuman kegemaran aku ialah Neslo ais kerana aku dapat 2 rasa iaitu Milo dan Nescafe dalam satu harga.
  2. Aku meminati muzik-muzik ganas yang hardcore tapi kadang-kadang aku layan gak dangdut dan Elton John.Bergantung kepada mood dan orientasi seks aku waktu itu.
  3. Aku suka pada kanak-kanak lebih-lebih lagi yang mempunyai kakak yang cun.
  4. Aku bukannya serius atau sombong...aku hanya xtahu nak gerakkan otot bagi mencipta senyuman.
  5. Aku selalu berpura-pura baik walhal aku memang baik jauh disudut hati aku.
  6. Makbapak aku xpernah insurans kan mulut aku so kekadang tanpa disedari,aku mungkin akan mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati seseorang.Maafkan aku tentang perkara ini.Aku hanya bersikap jujur dalam persahabatan.
  7. Aku paling pantang kalo keta Kancil,Myvi, dan juga Viva nak cucuk-cucuk angin keta aku.
  8. Aku xde hal la nak tengok gmbr org eksiden ker,gmbr taik ker atau apa-apa jer mse makan tapi aku xleh blah betul kalo ada tikus.Meremang bulu roma aku.
  9. Aku jenis yang cepat faham sesuatu perkara lagi-lagi kalo ada unsur lucah didalamnya.So, jangan terkejut kalo banyak formula-formula payah aku ingat kerana aku masukkan unsur lucah.
  10. Aku minat gle dengan band Linkin Park sebelum mereka jadi macam Jonas Brother.
  11. Aku minat bce komik dari kecik smpi la dah tua nie...dan mse kecik dulu aku pernah bercita-cita untuk menjadi pelukis komik sebelum aku tahu yang aku xde bakat melukis.
  12. Mse kecik-kecik dulu aku pernah buat sembahyang hajat sebab member aku cakap kalo nak saku ajaib Doraemon kne buat sembahyang hajat.Member aku dah arwah skrg.
  13. Aku ada sehelai uban dan aku berharap semua rambut aku akan jadi putih supaya dapat jadi macam vokalis My Chemical Romance.
  14. Aku suka bermain DoTA bersama rakan-rakan tapi rakan-rakan xsuka bermain dengan aku sebab pc aku slalu fatal error.
  15. Aku dah imun dengan caci maki,kutuk dan keji...aku juga berharap anda begitu bila bersama aku.
  16. Aku kne buat esei untuk interview siang tadi tapi tetiba aku tertulis blog pula.Jadi sila sama-sama tadah tangan dan berdoa semoga aku dapat keje tersebut.
  17. Aku sepatutnya dah berhenti tulis blog dan seterusnya mencari bahan-bahan untuk menulis esei tapi entah mengapa tangan aku bergerak dengan sendirinya.
  18. Aku suka no. 19 sebab aku lahir pada 19 Januari.
  19. Jadi aku akan berhenti menulis tentang diri aku pada no. ini.
p/s:Sesiapa yang mempunyai kebolehan mengarang seperti A.Samad Said atau J.K Rowling sila hubungi aku untuk bantu aku dalam pembikinan esei tersebut.


Salah satu perkara yang korang perlu tahu tentang aku...aku xde perasaan.Video diatas telah membuktikannya.


36 comments:

papot June 15, 2009 at 11:17 PM  

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah. gila bab.

NO 7 - okay. mentang2 ko pakai proton ko tak sapot perodua lah skg? HAHAHA

NO 9 - wahhh patutlah laju je ko mencari bahan2 lucah kat blog aku ye. haha :P

No 10 - bila LP jadi JoBros?

okay no 12 sangat lah bodoh. al fatihah kat kawan ko.

bwahaha. serius bang. takleh blah bang.

p/s: dok sebelah table kat andalas corner pun taknak tegur. hahahaha siot

Ervina Razali June 15, 2009 at 11:35 PM  

j0m g sepital!

Misshy Innz June 15, 2009 at 11:46 PM  

suke knk2 sbb ade makne
kecik ati dak kecik taw
haha !

Misshy Innz June 15, 2009 at 11:49 PM  

weyhhh
asei vd ta jln2 neyh
kuciwa sy;(

Unknown June 16, 2009 at 12:19 AM  

1:harga neslo tu adalah harga setelah di tambah tolak darab bahagi kos bagi kedua2 milo dan nescafe..
2:orientasi seks??? blur....
3:silap kenyataan tu..cmni..aku TERPAKSA suka kanak-kanak sbb ada kakak yang cun.
4:angkat tgn tu...tarik pipi dua2 belah..
5: ye ke?

banyak la plak nk kne komen 1-1...

apekah yg dicuri? DUNIA itu kah?

z.a.r.a June 16, 2009 at 1:09 AM  

hahahah...sgt2 menarik tentang diri ko..smpi aku duk gelak cm kambeng x brnti2 ni...

tp paling xleh trime video tu...aku xnmpk pun bukti yg ko ni xde perasaan??

atau aku yg xpaham dgn video tu?

:)

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 16, 2009 at 1:09 AM  

Iffah:Aku nmpk ko la...tapi xkan aku nak gedik 2x jerit...hahaha...segan la aku.

Ervina:Nape?Sape sakit?

Innz:Ko kanak-kanak ek?...Hahaha...Err..ada kakak?

Naddy:A'ah...nmpk x?...Aku dah curik dunia tue.Sje ambk kaler biru sme dgn ko sbb blog aku pun kaler biru.Kira matching 2x la...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 16, 2009 at 1:11 AM  

Sha:Kalo ko perasan...kat video tue aku xde jerit pun.Muka aku toya jer waktu tue...kalo org normal biasa mesti dah terjerit-jerit.

Nadzrah June 16, 2009 at 2:22 AM  

sudahnyer, esei ko aku editkan
haha!
dun poget2
my pizzah~!
lalalal~~

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 16, 2009 at 2:28 AM  

Hahaha...thank you Nadz.Xde hal la pizza.

najwa hazirah halmi June 16, 2009 at 3:17 AM  

lawak tol!
cis!

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 16, 2009 at 4:07 AM  

Lawak tapi xgelak?...Ada 'Cis' plak tue...

Ervina Razali June 16, 2009 at 7:10 AM  

xtau nk k0men ap???
tp lau nad dpt pizza sye pn nk gak la...kamu blnje sye ngn nad skali..
ley la g jmpe nad yg xpnh lg b'tentangn mate...
hahahaha

iyllienaz June 16, 2009 at 9:12 AM  

haha..pemalas wat esay..org laen yg jd mangsa..

pinkiss June 16, 2009 at 9:29 AM  

nasib baik tak sebut kenari.

zetty June 16, 2009 at 9:51 AM  

ko nie promote diri tol laaa....malu aq baca....hahahaha

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 16, 2009 at 10:02 AM  

Ervina:Utk kamu,anytime jer...

Iyllienaz:Bukan malas la...dye just tlg check kan...tapi end up dye pegi edit smua plak...

Pinkiss:Hahaha...entah mengapa stakat nie Kenari xde pernah cucuk-cucuk angin lagi...

Zetty:Ololo...cik Zetty segan ek...pegi ambk beg kertas serkup muka...

zahara sufian June 16, 2009 at 1:40 PM  

"Minuman kegemaran aku ialah Neslo ais kerana aku dapat 2 rasa iaitu Milo dan Nescafe dalam satu harga." - bapak aku pun suke neslo gak tapi bukan atas sebab yang same ngan ko.

"Makbapak aku xpernah insurans kan mulut aku so kekadang tanpa disedari,aku mungkin akan mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati seseorang." - tak sangka kita serupa. aku xtau sebenanye dalam diam dah berapa ramai orang dok maki aku dlm hati die sbb bengang ngan mulut aku.hahahaha

"p/s:Sesiapa yang mempunyai kebolehan mengarang seperti A.Samad Said atau J.K Rowling sila hubungi aku untuk bantu aku dalam pembikinan esei tersebut." - aku rasa aku boleh membantu ko =P bukan nak cakap aku terer mengarang, tapi aku suke wat karangan memuji-muji diri sendiri nih =P

Nadzrah June 16, 2009 at 2:14 PM  

alaaa kak ina, jgn la bertentang mata ngan saya
sy ni juling~
(0_.)

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 16, 2009 at 3:28 PM  

Raja Habibatul Zaharah:Ceh...suka puji diri sndri.Xpe 2x...kita dari golongan yang sme...kalo kita xpuji...spe pulak yang nak puji diri kita...yer x?

Nadzrah:Juling?...Wakakaka

Anonymous June 16, 2009 at 4:24 PM  

testing one two three

zahara sufian June 16, 2009 at 5:50 PM  

razi, aku x ramai kawan kat alam siber ni.. so dengan dungunya, im forwarding the award back to u satu...hehehehe..leh ke camtu? =P

WeSellButtonBadge June 16, 2009 at 7:45 PM  

ko nak aku wat fakta aktiviti x senonoh ko x??

Anonymous June 16, 2009 at 7:54 PM  

apa maksud lP dah jadi cam jonas bro..dah tak rock ka mereka.

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 16, 2009 at 8:19 PM  

Raja:Ceh...sje nak suruh aku buruk siku.

Apek:Buat la kalo dah lme hidup...

Fndrocka:Ada satu lg tue...apa ntah tajuk dye...aku xingat tp xbest la...terasa mcm dgr Newboyz pun ada....

Xpuasati June 16, 2009 at 8:28 PM  

satu je yang gua seiringan dgn lu... bab 18sx tu memang gua relate sgt..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 16, 2009 at 10:54 PM  

Err...err...

Fufue June 16, 2009 at 11:03 PM  

tak berperasaan??? hmmm....

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 16, 2009 at 11:52 PM  

Apa Fufu?...

mohd izzat hishamuddin June 17, 2009 at 6:09 AM  

wat je pek..wat cam reveal magic kt tv3 tu..penat da aku baca aktiviti dia yg kelihatan suci ni..

Mon June 17, 2009 at 1:00 PM  

Tapi for me..i think u r the almost sebangsat² umat yg i pernah jumpa tau.Ur pe`el like baloq liat orang utagha panggiey.If orang n.9 describe ur pe`el,"kok cam polosit dak nih ha,den titiek ko jap gi.Apo ekau pikir da bosa bona palo tu ko??Kok ko raso diri eh tu pailang,igt la jang,ado laie pailang dari kau do"..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 17, 2009 at 1:15 PM  

Ijat:Uish...ko mmg tipikal orang Melayu.Xleh tgk org lain senang.

Mon:Hahaha...malas btul aku nak mreply nya ble si bodo nie dah mengkomen.

WeSellButtonBadge June 17, 2009 at 6:07 PM  

hahaha..sabar2..nak reveal la..hahaha

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 17, 2009 at 9:27 PM  

Reveal la kalo rse xnk jumpa makbapak...adik-beradik...

mohd izzat hishamuddin June 17, 2009 at 11:32 PM  

ko leh block komen org x zi..g block komen mon tu..benci aku tgk..cam najis..
apek- xpe pek..aku da anggap ko cam adik beradik..reveal je..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 18, 2009 at 12:05 AM  

Hahaha...tue la pasal.Aku sgt setuju dgn statement ko bahawa komen Mon paling sampah.

Ko jgn percaya kat Ijat,Pek...slalu dye dtg bilik kita xsah kalo xkutuk ko.Btol x?

B*bi!!...korang igt nie tmpt chatting ker?

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP