Thursday, June 25, 2009

Bahanapi U.F.O?

Share

Sila jangan salah faham...ini bukan gambar sperma dengan ovum. Ini adalah gambar satu atom hidrogen dan satu atom anti-hidrogen. Sila rujuk balik Jadual Berkala.

Ok...soalan pertama...apakah bahan api yang digunakan untuk U.F.O?

Adakah mereka menggunakan Petrol Ron 97 atau bateri Energizer saiz AA?

Jawapannya...aku pun tidak tahu kerana tidak pernah memandu U.F.O apatah lagi singgah dimana-mana stesen minyak mahupun 7-Eleven untuk membeli 2 biji bateri.

Jadi mengapa tiba-tiba aku bangkitkan soalan yang tiada jawapan ini? Begini ceritanya, aku pernah menyaksikan suatu dokumentari yang dibuat tentang U.F.O, menceritakan bagaimana U.F.O berfungsi, apa yang ada di dalam U.F.O dan berbagai-bagai lagi tentang U.F.O.

Salah satunya ialah penggunaan bahanapi untuk U.F.O. Enjin U.F.O menggunakan 3.0 V6 9 silinder dengan tujahan lebih daripada 1000 hp...ok fine! aku bohong.

Mengikut kata-kata saintis yang mengkaji U.F.O tersebut...kuasa yang diperlukan oleh satu U.F.O untuk dioperasikan sangat tinggi dimana Shell dan Petronas boleh bangkrap kalo sponsor minyak kat sebijik U.F.O. Jadi mahkluk asing tersebut mencari altenatif lain dimana mereka menggunakan 'antimatter' sebagai bahanapi.Walaubagaimanapun...antimatter itu sendiri sangat mahal untuk dihasilkan, anggarannya lebih kurang 300 juta rupiah (wtf?) semiligram.

Jadi apa itu 'antimatter'?

Sila carik sendiri!

p/s: Sengaja aku tidak mahu menulis apa itu antimatter kerana hendak kamu mencari sendiri jika berminat.Jika tidak, sia-sialah saja penulisan copy-paste aku panjang-panjang.

10 comments:

iyllienaz June 25, 2009 at 6:33 PM  

sejak bile ko rajen camni??mmg ilmiah..

Unknown June 25, 2009 at 6:41 PM  

tak paham aku..

ilmiah tahap dewa ni..

aku ni slalu fail bende2 berkaitan sains dulu..

huhuhu..

zetty June 25, 2009 at 8:43 PM  

alaa bg tau jerr laa ape tue antimeter...ishh..ak x bljr aa...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 25, 2009 at 10:38 PM  

Iyllienaz:Aku mmg rajin la.Ko jer yg slalu dengki kat aku.hahaha.

Shah:Uish...xpe 2x.Nie iyliemiah jer...

Zetty:Olo...carik la sndri.Kalo aku bgtahu pun ko bkn faham pun.Kalo carik sndri...at least ada usaha.hihi

Misshy Innz June 25, 2009 at 11:47 PM  

ufo mmg wujud erk ?
bila mao bwk pg tgk ?
haha !

ceksumolek's June 26, 2009 at 10:00 AM  

jawapanyer adalah...

antimatter is the extension of the concept of the antiparticle to matter, where antimatter is composed of antiparticles in the same way that normal matter is composed of particles.

For example, an antielectron (a positron, an electron with a positive charge) and an antiproton (a proton with a negative charge) could form an antihydrogen atom in the same way that an electron and a proton form a normal matter hydrogen atom.

puas ati x ngan jwpan nih?? mls nk translate.. :P hahaa~

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 26, 2009 at 1:09 PM  

Innz:Enggak tahu!

Aisumi:Pandai Aisumi.Untuk meringkaskannya, beginila...hidrogen adalah atom yang paling ringkas yakni unsur pertama dalam jadual berkala dengan no. isotop nya ialah 1.Maka anti-hidrogen adalah sejenis antimatter dengan anti-proton sebagai core dan positron yakni elektron positif yang mengelilinginya.Ok,kalo salah sila btolkan.Dan benda ini dapat menghasilkan tenaga yang sangat besar tapi kos penghasilannya juga sangat tinggi.Pada masa dahulu,sblm bumi ini terjadi...semasa terjadinya letupan Big-Bang,matter dan anti-matter berada dalam satu tmpt yg sme...tetapi setelah terjadinya segala galaksi ini,anti-matter seolah-olah hilang,pupus yang tinggal hanyalah matter tapi antimatter dapat dihasilkan secara makmal.Dalam rumusnya Einstein,q equal to emcee square,Einstein lupa mengambil kira m dimana ada nilai negatif maka dari itulah dapat dihasilkan anti-matter.Ok...aku pun xpaham...hakhakhak...

Misshy Innz June 26, 2009 at 1:57 PM  

ouh !
i hate science !
;p

sebOk nk gtaw
;D

z.a.r.a June 27, 2009 at 12:03 AM  

hmm....betul ke x ni>? xpe2 aku g cri makna die haha~

klau x jmpe..siap ko!! :p

Mohd Fakhrurazi Jamaludin June 27, 2009 at 2:16 AM  

Sha:Huhuhu...cri la

Innz:Sains la best

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP