Kisah cinta Cik Syuhada
Share
Cik Syuhada memang amat digeruni staff Tekad Bahagia Sdn. Bhd.Beliau yang berjawatan Pengurus Pemasaran sering memarahi staffnya yang didapati cuai dan lalai dalam menjalankan tugas.Walaupun tegas dalam menjalankan tugas,beliau sebenarnya seorang yang lembut dan mempunyai keayuan gadis melayu terakhir.
Disuatu tengahari yang hening,suasana biasa dalam pejabat dengan sesetengah staff curi-curi buka Facebook dan blog Jam itu telah berbunyi lagi...
"Awak nie otak letak dekat lutut ker?Berapa kali saya nak cakap?Invois nie kena dihantar semalam.Hari nie dah berapa haribulan?Bos marah saya.Bukan awak!" tengking Cik Syuhada kepada Hasnol.
Hasnol salah seorang staff dalam bahagian pemasaran.Beliau seorang yang lurus dan jujur cuma dari segi kerja beliau agak lambat pick-up sikit.Wajahnya juga bersih dan lembut dipandang mata.Tubuhnya agak sasa.Beliau berasal dari Kelantan tapi dah lebih 20 tahun tinggal di KL menyebabkan loghatnya kurang kedengaran melainkan berjumpa sesama orang Kelantan.
"Sekarang nie saya nak awak siapkan hari ini juga! Selagi tak siap awak jangan balik.Faham?!" tegas Cik Syuhada.
Hasnol sedikit pun tidak mencebik malah beliau hanya tersenyum.Senyumannya cukup manis menyebabkan hati Cik Syuhada sedikit bergetar.Hatinya berdebar-debar memandang senyuman Hasnol.
.......................................................................................................
Malam itu selepas makan Cik Syuhada hanya berbaring dalam biliknya sambil membelek katalog Avon.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej yang masuk...
"Salam.Cik Syuhada marah saya lagi?"
Cik Syuhada tergamam sebentar lalu direplynya mesej itu "Siapa nie?"
"Oh maafkan saya sebab tak memperkenalkan diri.Saya Hasnol.Invois dah siap.Esok pagi-pagi saya hantar sendiri by-hand" balasan SMS yang diterima.
Cik Syuhada tak membalas mesej itu.Hatinya keliru.Badannya panas.Jantungnya berdegup kencang.Darahnya berderau.
Inilah pertama kali staff lelakinya berani menghantar mesej sedemikian.Sebelum ini jika tidak pasal kerja,memang telefon bimbitnya sunyi sepi.
......................................................................................................
Esoknya waktu lunch tiba-tiba Hasnol datang ke mejanya.
"Jom lunch sama-sama" ajak Hasnol.
Berderau darah Cik Syuhada.Dikawal rasa berdebarnya lalu diatur katanya.
"Takpelah,awak pergilah makan.Saya tak lapar" bohong Cik Syuhada padahal sejak dari pagi dia tak menjamah sebutir makanan pun.
"Ok.Takpelah begitu" balas Hasnol.
Menyesal juga Cik Syuhada menolak ajakan Hasnol.Perutnya berbunyi-bunyi meminta dimasukkan makanan tapi dek kerana ego dia rela berlapar.
Sebenarnya Cik Syuhada memang jarang makan dengan staffnya.Mungkin kerana sikapnya,beliau sering tapau lalu makan seorang diri di pantri.
Pulang dari makan itu Hasnol membawakan Cik Syuhada sebungkus roti dan air milo kotak.
"Makanlah.Buat alas perut" ucap Hasnol.
"Terima kasih" balas Cik Syuhada tanpa memandang.
Sejak hari itu,hampir setiap hari Hasnol mengajak Cik Syuhada makan bersama kecuali Sabtu dan Ahad sebab tak kerja.Dan setiap kali itu juga ajakan Hasnol ditolak.
......................................................................................................
Hari itu kerja memang banyak.Boleh kata setiap staff tak dapat bukak Facebook dan baca blog Jam itu telah berbunyi lagi dek kesibukan tugas.
Kerja yang menimbun memaksa Cik Syuhada untuk pulang lewat.Akhirnya hampir pukul 2 pagi barulah kerjanya selesai.Beliau melangkah ke parkir kereta dengan longlai.
Tiba-tiba datang seorang lelaki bertopi keledar merentap beg tangan Cik Syuhada lalu segera membonceng satu motosikal.Malangnya Cik Syuhada,akibat daya inertia yang kuat hasil rentapan peragut itu menyebabkan Cik Syuhada jatuh tersungkur.
Dalam keadaan itu hanya satu nama saja yang terfikir olehnya untuk dihubungi.Hasnol!
"Tolong!! Sye di parkir pejabat" hanya itu mesej yang sempat dihantar oleh Cik Syuhada sebelum jatuh pengsan.
.......................................................................................................
Matanya dibuka perlahan.Kepalanya terasa sakit.Cik Syuhada lama juga dapat memastikan yang dia berada di hospital.Dipandang kirinya terlihat akan Hasnol baru tiba bersama ibubapanya.
"Alhamdulillah,dah sedar" ucap Hasnol sebaik terlihat Cik Syuhada berusaha untuk duduk.
Doktor yang memberitahu Cik Syuhada pengsan hampir 2 hari.Dalam tempoh itu Hasnol yang menjaganya,memberitahu kedua ibubapanya dan juga membawa pakaian gantinya.
Mendengar itu,terharu juga Cik Syuhada pada kebaikan Hasnol.
......................................................................................................
Sejak peristiwa itu,layanan Cik Syuhada pada Hasnol mulai berlainan.Jika sebelum ini ajakannya ditolak,kali ini Cik Syuhada pula yang mengajak Hasnol makan bersama.
Hujung minggu pula kadang-kadang dihabiskan oleh Cik Syuhada dengan keluar bersama Hasnol.
Cik Syuhada merasa bahagia sangat.Mandinya tak basah,makannya tak kenyang,tidurnya tak lena.Rasa macam orang gila pun ada.Kadang-kadang senyum sorang-sorang sambil belek gambar department sebab nak tengok Hasnol.
......................................................................................................
Hari itu biasa saja macam hari-hari lain.Cik Syuhada tiba awal ke pejabat sebab nak jumpa Hasnol.Di tangannya ada bekal makanan yang dimasaknya pagi tadi.Cadangnya nak makan sama-sama Hasnol masa rehat nanti.
Jam teruk berganjak dari jarum saat ke jarum minit.Dari pukul 8 sampai ke pukul 11,Hasnol tak tiba dipejabat lagi.Cik Syuhada mulai bimbang.Berkali-kali cuba dihubunginya tapi off.Berpuluh-puluh mesej dihantarnya tapi satu pun tak reply buat Cik Syuhada tambah resah.
Tiba-tiba datang seorang staffnya muka bongok macam Apek sambil bawak suratkhabar Metro.
'Cik Syuhada! Cik Syuhada! Tengok nie!" sambil mengunjukkan suratkhabar Metro itu.
Dilihatnya segera dicam itu salah seorang dalam gambar itu adalah Hasnol berdasarkan bentuk muka dan baju yang pernah dipakainya.Lantas beliau terus pengsan.
26 comments:
hahahaa.. ceh.. ingat kemalangan ke ape ke..
uik apsal pakai nama syuhada?
hahaha.sebab teringat dekat Heliza dalam Syurga Cinta.
gayyyyyyyyy !
esh.
kesian die bertepuk sebelah tangan. eh glemer jugak mamat tu masuk metro haha kawan ko ke?
wakakakak!! lawak aa...adoi~~
aku punyelah fokus baca...ingtkn ko tgh cuba2 tulis novel cinta haha~
nasib baik aku baca ending dulu...hahaha
pendai gile ko relate kan cerita. ke kisah benar? :p
lorh gay rupanya..
adehh tertipu den..
hahaha
best...
penyampaian berita yg santai..huhu...
excited je baca tadi, ingtkan kisah cinta ape...haha..
happy blogging =]
memang tak leyh nap caya sangat laki now ni ish3
gigih aku bace sampai abis..gayy laa sgt ype nyer :(
ko kene bersyukur sbb tak dilahirkan sasa....
nyesai lak kan bace sampai abeh. cehh.
ang ni bile nak wat novel.
sile bg free kat aku k.
tkr la name ko..razi akasha..hahaha
syg di tag!
vavi lu .. gua tertipu ..
ceit.bru nk kenalkan hasnol kt saloma.rejek ahh
jap.aku suspek pon kawan ko razi.sbb mesti dia pon bukak jam itu telah berbunyi lagi.isk.
haha.. kalu aku taw.. bace gak ending dulu.. x tol la hasnol ni..x kan die pk cik syuhada ni laki kot.. haha
ada number phone cik syuhada tak?
bagus penulisan fiksyen kau yaa..kreatif! ni mesti byk dgr lagu etnik kreatif, kan?
Latest Entri : Taktik menewaskan Abdul Rahman dengan sebelah tangan atau sebelah mata (PES)
haahahah....waklu~~
-eL NiNo™-
┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan ... Selamatkan Gaza!
Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran..
Misi KeAmanan dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
Sorry bebanyak agak ketinggalan lah banyak entry kamu... coz banyak hal sibuk ngan bagai-bagai urusan lah... Sorry...
waaarrgghhh bertepuk sebelah tangan mana nak jadinya oiiii... giler glamer tu
mane cikgu zi ?
hahaha!
Innz:Hahaha.
Naqqib:Kawan kau la.Aku mana ada kawan gay.Hoho
Sha:Niat asal memang nak tulis cintan-cintan tapi macam tak kena dengan imej ganas aku plak.
Fark:Adoi.Tak saspen la camtu.
Qishie:Oh fiksyen saja.Aku tak terlibat dengan kancah gay.
Strawberry:Ish tak tertipu la.
Nurul Farhana:Kau baca ker tak nie?Hoho
Ieqa:Ada sorang jer yang boleh dipercayai.Penulis blog nie.
Nashays:Terima kasih atas kegigihan anda.Hoho
Suria:Kau bersyukur tak ada peha yang besar?Opss!
Kaka:Novel lucah reti la aku tulis.Hoho
Kimie:Hish.Tak smart.Ingat aku badan sasa macam Jehan ker.
Ervina:Tak nak buat!
Cikot:Hoho.Tipu sunat takpe.
Sha:Kau tgk Naqqib tue.Ada ciri gay tak?Hoho.Itu kawan aku tue.
Sylar:Nasib baik tak tahu kan.Hoho.
Fndrocka:Kau nak potong line aku ker?Cis!
Joe:Wakli.Eh waklu pakcik siapa?
Afzainizam:Takpe.Aku faham kau bizi.Kucing aku dah kurus.Hoho.
Innz:Cikgu Zi?Zirafah?Hoho
Wimie:Gelak padia.Hoho.Tiru gak.
ni nk citer psal syuhada or psal gay..erk..or sy yg tk phm cite...
Post a Comment