Saturday, May 15, 2010

Pengalaman cemas Suria berhadapan perogol

Share

Suria berjalan longlai menuju ke stesen komuter.Badannya terasa lesu dengan pelbagai kerenah di pejabat tadi.Entah apa silapnya hari itu,semua benda dirasakan tak kena.

Memang malang baginya apabila koc merah jambu sarat dengan penumpang.Nak tak nak terpaksalah beliau naik koc biasa.Kena raba pun kena rabalah fikirnya.Janji dia dapat pulang dan merehatkan badan.

Dalam komuter,beliau mengeluarkan buku 'Diary of Wimpy Kids' yang baru dibelinya minggu lepas semasa menghadiri perjumpaan semula rakan-rakan waktu di kolej dulu.

Ramai rakan-rakannya yang dah berumahtangga.Jauh disudut hatinya merasa cemburu juga dengan kebahagiaan mereka.Padahal dia lagi cun,lagi ramai peminat masa di kolej dulu."Belum jodoh" bisiknya menenangkan hati.

Sedang Suria bermonolog sendiri,beliau tidak sedar ada sepasang mata yang memerhatikannya sejak beliau naik komuter tadi.Mata itu memandang Suria penuh berahi.Habis dari atas ke bawah dipandangnya Suria.

Naluri manusia memang pelik.Suria akhirnya perasan ada seseorang sedang memerhatikannya.Melalui ekor matanya beliau dapat melihat dengan jelas seorang lelaki bertubuh sasa berkulit gelap sedang duduk di penjuru gerabak sambil memerhatikannya.Pandangannya penuh bengis.Suria ketakutan.

Suria cuba menenangkan diri dengan membelek buku namun perasaan takutnya membuak-buak.Sekali lagi dia mengerling dan mendapati lelaki tadi masih memerhatikannya.

Akhirnya Suria tiba di stesen komuter Klang tempat perhentiannya.Beliau terus mencari-cari kelibat ayahnya.Biasa ayahnya yang akan mengambilnya pulang dari kerja.Namun hampa.Suria merehatkan dirinya disatu sudut sementara menunggu ayahnya tiba.

Tiba-tiba darah Suria berderau.Lelaki tadi juga turun di stesen yang sama.Langkahnya kemas diacukan menuju ke arah Suria.

Suria semakin kaget.Dibetulkan kasut tumit tingginya agar mudah lari kalau apa-apa berlaku.

Lelaki tadi berhenti dihadapan Suria sambil memandangnya.Nafas Suria selolah-olah terhenti.

"Bulu hidung awak terkeluar" ucap lelaki itu lantas berlalu pergi meninggalkan Suria dalam keadaan penuh misteri dan tanda-tanya.

20 comments:

suria May 15, 2010 at 2:37 AM  

bangang!hahaha
-speechless

Sha Wbunny May 15, 2010 at 2:41 AM  

suke btol la buat cter jdi spoil.baru nk feeling. +____+

suria May 15, 2010 at 2:51 AM  

oh...apesal aku nk terasa..
suria yg ini tak cun kot.mane boleh kalahkan dgn zalina anua.
suria yg ini tak pernah jeles kawan2 dia dah kawin.
paling penting, suria yg ini pergi n balik keje xnaik kometer..naik komuter pon da xpernah..mmm coach merah jambu tu ape weh?

Misshy Innz May 15, 2010 at 2:59 AM  

dush sejibik !~ xD

fndrocka May 15, 2010 at 3:53 AM  

baru nak esaited..eh bukan..bru nak suspen

khaulah May 15, 2010 at 7:35 AM  

ala, ladies koc tu po bukn ume ladie, ade je laki x malu dok situ.

ceksumolek's May 15, 2010 at 11:18 AM  

adehh~

qishie May 15, 2010 at 2:37 PM  

hampeh..

Unknown May 15, 2010 at 3:31 PM  

start2x bce aku dh nk tergelak dh... bongek tul la...

Unknown May 15, 2010 at 4:12 PM  

hahahaha....
ok klu aku jadi suria sorok kepala dalam beg
kah3

beskot May 15, 2010 at 5:42 PM  

bodo..
pesal x ckp je yg laki tu pegi kt suria sbb nk pulangkn taik idong dia yg terjatuh..

fana May 15, 2010 at 8:44 PM  

kot la nak cakap 'suria' tu pakai baju terbalik ke ape... hahah agak dah, kalau razi yg tulis.

Ieqa Swetluv May 15, 2010 at 8:49 PM  

adoii giler sengal seyh

Ervina Razali May 15, 2010 at 8:51 PM  

sian suria...
lau jd suria pn,aku akn takot..
;<

iyllienaz May 15, 2010 at 11:11 PM  

tu pengalaman ko kan razi??suria dalam cite tu adalah ko dalam cite sebenar kan??haha

yusuf mujahidin ™ May 15, 2010 at 11:19 PM  

hahaha...

WeSellButtonBadge May 16, 2010 at 11:14 PM  

hahahaha..aku suke cite nie...wakakakakakakaka

Anonymous May 17, 2010 at 9:10 PM  

da best bro. gua br nk feel. merah muka suria .. yeehhaaa

Mohd Fakhrurazi Jamaludin May 18, 2010 at 1:35 AM  

Suria:Hahaha.Sori Suria.Sje guna nama kau.Kau kan glamer.

Bunny:Feeling apa kena rogol?Hahaha

Innz:Haip ngelak!

Fndrocka:Hahaha.Keji!

Nawal:Oh yeke! So lelaki la yang kena raba dalam koc merah jambu tue?Hahaha

Aisumi:Kenapa?Kenapa?

Qishie:Hahaha.Kenapa?

Khai:Kau suka kan part rogol-rogol nie.

Tengku:Esok pegi keje pakai beg kertas dekat muka.Hahaha

Zul:Tak best.Nanti dah nampak tak logik cite tue.

Paan:Eh Suria selalu ker pakai baju terbalik?

Ieqa:Hahaha.Standard

Sayang:Takpe.Kamu kan ada 'Iron Man'.Hohoho

Iyllienaz:Best gak kalau ada pompuan nak rogol.Ohok Ohok.

Yusuf:Kau xnk sain perogol?Hahaha

Apek:Kau suka la kalau Suria kena rogol?

Cikot:Esok dia tak datang keje.MC seminggu.Hahaha.

D.Y.B.A.H May 18, 2010 at 8:08 AM  

thanks la ko wish besday..he3

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP