Friday, May 14, 2010

Muka aku iras-iras hero Iron Man?

Share

Tadi ada J-Card Day dekat Jusco Bukit Tinggi.Memang diskaun habis-habisan sampai 80%.Macam biasa,perempuan lah antara yang paling suka kalau ada diskaun-diskaun begini.Ada makcik tue beli bra sampai 8.Aku terdengarlah sedikit perbualan makcik itu dengan suami dia.

Suami:Apsal beli banyak sangat nie?Sampai 8.
Makcik:Ala,yang dekat rumah tue banyak yang dah koyak.Ada yang getah dah longgar.Alang-alang ada diskaun nie beli la banyak sikit.

Mesti korang tertanya-tanya apa aku buat dekat bahagian bra kan?.Hahaha.Bodoh! aku temankan si kekasih hati beli baju la.

Sebab dah temankan kekasih hati beli baju maka dapatlah upah belanja makan.Terasa macam bohsia pulak lepas main dapat upah topup RM10.

Kekasih hati pun tanya "Nak makan dekat mana nie?"

"Kenny Roger's" pantas aku menjawab.Apa barang makan McD kalau orang nak belanja,kan?

Sampai depan Kenny Roger's buat peace depan pelayan tue terus dia bawak ke meja untuk dua orang.Agaknya kalau nak makan sorang kena tunjuk jari tengah kot baru style.

Part seterusnya malas nak type jadi kita terus ke klimaks.Ini bukan ejakulasi pramatang tau tapi ini namanya penulis pemalas.

Sedang aku makan tue...si kekasih hati asyik tengok aku jer sambil sesekali tunjuk ke arah dinding pastu curik ayam aku masa aku tengok dinding tue.Tak senonoh betul kekasih hati nie.

Tiba-tiba kekasih hati bersuara "Muka sayang nie macam hero Iron Man la"

Terus ingatan aku ter-flash back peristiwa dalam kereta dimana Habib cakap perkara yang sama.

Balik tue terus bukak internet dan search 'Robert Downey Jr.".

Ini hasilnya!


Dah! Dah! Jangan panggil aku Iron Man...Keh! Keh!

16 comments:

suria May 14, 2010 at 2:22 AM  

mcm bangang!!!ko temankan ina beli bra eh?eleh..cover2 pula!..kan aku ckp ko mcm brad pitt.mmm..nk jugak ironman..ambik laaaa...

ieQa sWetLuv May 14, 2010 at 2:56 AM  

sempat gak tu nak memperasankan diri wekkk~~ ;p

Farah oh Farah May 14, 2010 at 2:58 AM  

perlu ke "Dah! Dah! Jangan panggil aku Iron Man". wakakakakaka.. ok2. aku xpanggil ironman. hahahaha

Miss Fireflies May 14, 2010 at 3:20 AM  

eerrrkk ko muke cm iron man???

kehkehkeh

cracked bunny May 14, 2010 at 3:30 AM  

skali pndang je razi.kalo berkali2.xde dah

shogunn_general May 14, 2010 at 4:36 AM  

iron man? bukan war machine ke? hehehe

yusuf mujahidin ™ May 14, 2010 at 7:18 AM  

abg ironman,

sign kt betis ai blh? hahahaha...

fndrocka May 14, 2010 at 8:36 AM  

mana ada sama

mungkin maksud dorg sama masa iron man pakai topeng kut..cuba wat sekali lagi comparison,dgn yg pakai topeng tu pulak.

shimaa May 14, 2010 at 10:31 AM  

aihhh. semalam JCard day ke? patutlaa JJ mcm memanggil2. hahaha.

p/s: haahlaa yelaa muka ko mcm Iron Man! haha

☺[ai][sUmi]☺Chan May 14, 2010 at 11:09 AM  

hahahaaa.. pagi2 dah buat orang ketawa.. thanks :P ade la iras2 sket2..

milah hasan May 14, 2010 at 1:21 PM  

alahai razi.. part gigi pon dah x same.. haih~

tentang seseorang May 14, 2010 at 1:30 PM  

ironman ler plak..
ambek ler semua cam muka ko..

I n n z May 14, 2010 at 1:54 PM  

kembang sebesen si razi neyh
haha !

Mohd Fakhrurazi Jamaludin May 14, 2010 at 4:07 PM  

Suria:Xla.Aku xtemankan bli bra.Sumpah!

Ieqa:Bukan memperasankan diri tapi orang lain yang perasan.Hahaha

Farah:Msti la.Nanti orang salah anggap pula.Hahaha.

Suhada:Aku tak kata pape.Hahaha.

Bunny:Atleast ada jugak kan?Hahaha.

Naqqib:Nak gaduh?Racist nie.Hahaha

Yusuf:Sign dekat dada la.Baru seksi.Pastu jgn mandi nanti dakwat cair.Hahaha.

Fndrocka:Ceit panjang plak kau komen.Msti xpuas hati nie.Hahaha

Shima:Yerla.Jem nak mampus.Benci aku.

Aisumi:Huhu.Thanks Sumi.Xde duit pecah plak nak bagi.

Rasis:Gigi jer tak sama.Yang lain bagaimana?Hahaha

Ain:Bukan aku yang cakap wei.Hahaha

Innz:Ambik kau sebesen terus kau bagi aku.Xde mangkuk mangkuk dah.

qishie May 14, 2010 at 4:08 PM  

hahaha!baru nak tuduh pervert

apek May 14, 2010 at 4:54 PM  

menyesal aku tgkap gamba tue..wakakak

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP