Saturday, May 8, 2010

Oh Ibuku!

Share

"Eh orang tua nie,kau tak faham bahasa ker?Aku cakap minggu nie aku tak balik...tak balik la.Takyah la tanya dua tiga kali" bentak Samad.Terus dimatikan telefon bimbitnya.

Sejak dua hari lepas,ibunya sering menghubunginya bertanya samada dia pulang atau tidak.Berulang-ulang kali juga dia memarahi ibunya atau tidak menjawab langsung panggilan ibunya.Derhaka sungguh beliau tapi dipersetankan saja semua itu.

Ibunya hanya tinggal seorang diri sejak kematian ayah Samad.Mungkin kerana sunyi,tambahan pula Samad jarang pulang ke kampung menyebabkan ibunya sering menanyakan beliau bila hendak pulang.

Sejak berkahwin dengan Linda,Samad jarang sekali pulang ke kampung.Beliau malu dengan Linda kerana Linda anak orang kaya.Anak Tan Sri Haji Husyim.Sedangkan beliau hanya anak nelayan.Rumah pun macam nak roboh.

......................................................................................................

Malam itu dibuka kembali telefon bimbitnya.Ada lebih kurang 20 misscall dari nombor yang sama,nombor rumah ibunya.

"Kenapa nie bang?" sapa bininya,Linda apabila melihat muka Samad berkerut macam nak rak.

"Takde apa.Mak nie asyik call jer tanya bila nak balik" balas Samad.

"Takpela bang.Kita cancelkan jerla holiday kita ke Paris tue.Mungkin mak ada sesuatu sebab nak suruh kita balik tue" pujuk Linda.

Samad hanya mengangguk lemah.Hatinya memujuk,'Mungkin ada sesuatu'.

......................................................................................................

Esoknya Samad dan Linda bersiap-siap pulang ke kampung.Sengaja tidak dimaklumkan kepada ibunya kengkonon nak kasi suprise.

Sampai saja di pekan,Linda meminta Samad berhenti di tepi jalan untuk membelikan buah tangan.Linda seorang yang baik walaupun dia anak orang kaya.Samad jer lupa daratan sikit-sikit sejak dah kaya nie.

Tiba di perkarangan rumahnya,Samad dan Linda lihat orang kampung memenuhi halaman rumahnya.Yang lelaki berkopiah,yang wanita bertudung.Hati Samad mulai tidak senang.

Semua melihat Samad dengan wajah yang sugul.Ada antara mereka yang berbisik antara satu sama lain sambil menunjuk-nunjuk ke arah Samad.Hati Samad mulai gundah-gulana.

Tanpa berlengah,Samad terus berlari naik ke rumah.Dalamnya kedengaran bunyi orang mengaji.

"Mak...Mak...Samad dah pulang nie.Mana mak?" jerit Samad.

Orang ramai yang berada dalam rumah memandang Samad dengan muka kehairanan.Bacaan ayat suci Al-Quran terhenti seketika.

"Mak Bedah...mana mak?" tanya Samad kepada Mak Bedah,jirannya.

Tiba-tiba mak nya keluar dari pintu bilik.

"Ha kau! baru nak balik.Nasib baik aku tak mampos lagi" jerkah mak nya.

"Eh mak! Tapi kenapa ramai orang dekat rumah nie..."Samad semakin bingung.

"Oh,nie Pak Kassim kampung seberang tue masuk minang mak.Itu yang mak tanya kau bila nak balik.Tapi kau marah-marah mak,malas la mak nak kacau.Hari nie la kitaorang nikah" jelas mak nya.

"Cis! buat rugi air mata jer" bentak Samad dalam hati sambil kesat-kesat airmata pakai lengan baju.





p/s:Amboi...takkan nak cerita sedih jer untuk Hari Ibu.Sekali-sekala cerita gembira pula la.Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu di dunia terutamanya Ibu saya,Hajah Haznah Binti Hamzah.I love u,Mama.

Mama saya.


15 comments:

milah hasan May 8, 2010 at 2:28 AM  

Pak Kassim duda ke teruna terlajak? hahaha...

suria May 8, 2010 at 2:38 AM  

sweeeet sioot..
phewit..phewwiiiiit

Miss Shizu May 8, 2010 at 4:58 AM  

hahaha...memang best la...=)

Unknown May 8, 2010 at 5:32 AM  

bacaan awal kedengaran klise tapi pentup sangat kagum blh masuk majalah ujang

*rindu nk baca majalah ujang..ader jual lage tak

Anonymous May 8, 2010 at 7:33 AM  

heheheh cewah2 dia.sweet gitu dia letak pic mama dia..


aahhhh nk bli present ape ek hari ibu ni???

Nurul Suaidah May 8, 2010 at 8:32 AM  

best cite ni..ekeke.
Kami beli handbag utk our mom..
The store wat sale...
best2..50-80%..hehe
syg mama~

afzainizam May 8, 2010 at 11:38 AM  

~~Selamat hari ibu~~

..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥
♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
Sorry lama sungguh tak ziarah blog kamu maaf ye kerana kesibukan bekerja membataskan masa untuk berblog namun kita tetap kawan di alam maya..…

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

zetty May 8, 2010 at 2:04 PM  

hahaha...cerita yang terbaek lah utk hari ibu nie...hehehe
selamat hari ibu jugak utk ibu2 semua...hehehe

WeSellButtonBadge May 8, 2010 at 7:33 PM  

haha..nice..kali pertama aku tgk ko jd anak yang baek..

Misshy Innz May 9, 2010 at 12:51 AM  

best lol.
haha !
;)

Mohd Fakhrurazi Jamaludin May 9, 2010 at 12:51 AM  

Rasis:Dua-dua boleh.Hahaha.Lain la kalau Dato' Kassim.Itu mesti laki orang.

Suria:Sweet kan aku?Esok nak bangun pagi terus cium mak aku la.Agak-agak kena tampau x?

Miss Shizu:Thanks sebab baca.

Tengku:Ada jual lagi tapi isi dia dah kurang ummpphh! la aku rasa.

Suhada:Hahaha.Bagi kad dan buatkan sarapan.

Nurul Su'aidah:Oh.Ok gak tue kalau diskaun sampai 80%.Brand apa?

Afzainizam:Thanks sebab baca.

Zetty:Terima kasih sebab baca.

Apek:Aku mmg anak yang baik kot...dan kawan yang baik.wakakaka.

Mohd Fakhrurazi Jamaludin May 9, 2010 at 1:10 AM  

Innz:Aiseh aku tertinggal nak reply komen kau.Thanks wei.

Misshy Innz May 10, 2010 at 1:13 AM  

sampai hati ko.
ttgl nk bls komen aku.
calar neo ko kang.
kahkahkah !

wimie May 11, 2010 at 11:35 PM  

hahahahaah!permulaan cite kau sll tipu emosi aku.haha

ceksumolek's May 12, 2010 at 10:07 AM  

wiwit.. letak pice mama die laa.. hepi mothers day :D

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP