Friday, May 14, 2010

Misteri brader kedai makan dekat Terengganu

Share

Selesai mandi aku siap-siap mengenakan t-shirt dengan kain pelikat bercorak papan chess.Sarung capal lalu terus naik bas untuk pergi menunaikan solat Jumaat.

Inilah pertama kali aku bersolat Jumaat di Terengganu.Itu pun sebab ada aktiviti BTN yang merupakan salah satu syarat wajib kalau nak bergelar graduan.

Sampai di masjid,orang belum ramai lagi.Tok Siak pun baru nak testing mic.Apatah lagi mereka-mereka yang kufur,tentulah baru nak sarung tuala untuk mandi ataupun bangun untuk makan tengahari.

Disebabkan masih awal,aku dan beberapa rakan yang lain pergi ke kedai depan masjid dulu pekena keropok lekor dengan air kelapa.Ramai gila orang dalam kedai tue lagi ramai dari orang dekat masjid.Maka terpaksalah duduk dengan sorang brader nie sebab dia pun duduk sorang jer.

"Dari mana nie?" tanya brader tue bila kami semua melabuhkan punggung.

"Dari UniMAP" jawab sorang member aku.

Brader tue pun tanyalah kami macam-macam dari soalan pasal hala tuju pendidikan negara sampailah kau orang pernah romen ker tak.

Tak lama lepas tue,dengarlah azan berkumandang pastu khutbah bagai tapi brader nie rilek lagi.Takde tanda-tanda nak masuk pun.Aku pandang member aku,member aku pandang aku.Pastu kami mintak izin nak pergi masjid tapi brader tue jawab camnie...

"Rilek dulu...awal lagi nie..."

Brader tue punya penampilan memang nampak ciri-ciri mukmin sejati.Baju melayu siap kain pelikat tak lupa juga kopiah di kepala.Kami pun duduk balik dan order keropok lekor lagi sepinggan.Dalam hati "Dia orang sini,msti dia lagi tahu bila start sembahyang".

Tengah borak sakan tetiba dengar orang dah angkat takbir."Eh! Eh! Dah nak sembahyang nie" ucap member aku.Terus kitaorang bayar dan lari pergi ambik wudhuk.

Masa lari tue aku sempat nampak brader tue pegi bayar pastu start enjin motor dia.Motif brader tue buat begitu sampai sekarang jadi misteri pada aku dan member.Siapa brader tue?

7 comments:

misterCRP May 14, 2010 at 5:22 PM  

igt lg ko kejadian tu..abg gento ak rase..haha..

Ervina Razali May 14, 2010 at 11:37 PM  

dye g amik wuduk la..
hihihi

WeSellButtonBadge May 14, 2010 at 11:49 PM  

x abang gento..abang tb..hahaha

ain alias May 15, 2010 at 12:13 AM  

die saje-saje jer nak test korang tue..ish korang neh cepat terpengaruh betul..haha..

pengajaran:jangan percaya pade orang yang tak dikenali..haha

shogunn_general May 15, 2010 at 12:37 AM  

aku rasa korang layan orang gila r..haha

fndrocka May 15, 2010 at 3:54 AM  

setan gondol

Unknown May 15, 2010 at 4:18 PM  

huh...psiko...

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP