Share
Penceritaan dimulakan dengan hujan lebat dan efek kilat sabung menyabung.Babak fokus pada watak utama diberi nama Razi sedang menghubungi rakan serumpun beraliran Jawa diberi nama Puyat.
"'Jom lepak Tanjung Harapan'" tanya Razi
"Ok!" ringkas dan padat jawapan Puyat.
Hujan tetap lebat sama macam bohong Gento.Watak utama yang iras-iras Iqram Dinzly terus start kereta tak peduli hujan dan kilat.
Singgah sebentar di rumah watak picisan diberi nama Habib.Memang jadi trend cerita Melayu sekarang nie untuk ambik pelakon luar negara tapi yang ini special punya India mari.
Kereta Neo melunjur laju membelah air sambil diperhatikan bapak Habib yang baru pulang surau sembahyang Isyak.Mengeleng kepala beliau melihat tingkah laku anaknya yang semakin liar keluar malam.
Tiba di perkarangan rumah Puyat kira-kira 20 minit kemudian tapi hujan tetap tak berenti seolah-olah menghalang kami dari melepak.
Razi keluar kereta,menjilat sedikit jari telunjuknya lalu diacukan ke langit.
"Hmm...takleh lepak Tanjung...hujan menuju ke sana" ucap beliau setelah menilik hujan.
Kereta dipandu secara berhati-hati oleh Razi pada kelajuan 140 km/j.Sedar-sedar jer dah sampai pekan Kuala Selangor.
Dari kejauhan nampak cahaya terang menyuluh ke langit.Lalu Habib segera menerangkan yang bahawa itu adalah cahaya lampu dari rumah api.Lagaknya seperti pemandu pelancong.
Selang beberapa minit kemudian dengan jelas kelihatan cahaya lampu itu berasal dari sebuah spotlight yang diletakkan di depan funfair.Habib tunduk malu tanda kemaluan.
Ini baru rumah api...
Secara perlahan kenangan semasa bersekolah di Kuala Selangor terbayang-bayang.Masing-masing tunjuk dekat situ la cyber cafe buat main Half-Life,tempat beli majalah Galaxy kalau sangap,tempat nyorok kalau balik taknak sembahyang jumaat dan juga tempat kantoi dengan warden masa 'fly'.
Seterusnya kami bertiga menuju ke arah Bukit Melawati.
Masuk jer simpang pertama semua terdiam.Cilaka betul seram nak mampus jalan ke Bukit Melawati waktu malam.
Terus teringat tempat-tempat seram di Bukit Melawati macam batu pancung tempat orang kena pancung kepala,pastu ada makam,ada lagenda anak dara ntah hapa-hapa lagi.
Batu nie kalau besar besar sikit aku ingat dah macam dekat Stonehedge la
Dalam otak dah macam-macam terbayang.Nie camne kalau tetiba ada pocong melintas depan kereta? Camne kalau tetiba pontianak sergah dari tepi?
Mulut Habib dah kumat-kamit.Tangan aku masih kejab memegang stereng.Dalam hati dah fikir nie kalau ada awek cun bogel mintak tumpang memang aku langgar jer.
Nak usha Puyat yang duduk belakang sorang-sorang melalui cermin pandang belakang tapi otak automatik terfikir Puyat punya muka dah berubah jadi seram.Cancel.
Jalan di Bukit Melawati nie memang sempit.Muat satu kereta jer.Pastu bahu jalan dia lereng bukit.Kalau salah sikit memang cakap bye bye dekat dunia.Tambah efek seram,dekat tepi tepi jalan dia ada banyak gila pokok besar pastu siap ada ranting ranting yang terjulur sebijik macam pokok yang pontianak selalu port kalau nak takutkan budak balik mengaji.
Masing masing dah diam jer.Pastu tiba-tiba ada bunyi ranting jatuh atas bumbung kereta.
"Apa tue?" Puyat bersuara.
Terus hipotesis bunyi ranting tadi cancel sebab mulut cabul Puyat.Aku dah pejam pejam mata takut nampak apa-apa.Habib duduk sebelah dah sibuk punggah dashboard sebab aku kata dalam tue ada Yasin.Puyat tak tahu buat apa sebab duduk belakang.
Sampai dekat satu lereng bukit,nampak la ada 2 kereta tengah parking layan pemandangan.Terus semua melepaskan nafas tanda kelegaan pastu gelak gelak kutuk hantu Bukit Melawati kena kerja malam tue dekat rumah hantu fun-fair Kuala Selangor.
Projek seterusnya nak ajak
Apek dan Ajib pergi sekali.Dalam kereta standby kayu 2,3 batang,surah Yasin dan juga Iqra'.Tak lupa juga kaset nasyid Ustaz Akil Hayy sebagai senjata.
Tetiba terjumpa gambar senior aku masa sekolah dekat Kuala Selangor.