Wednesday, March 10, 2010

Tag dari Aisumi

Share

Kalau diberi pilihan antara cuci pinggan dengan buat tag,aku pilih cuci pinggan.

Serius malas gila nak buat tag nie.Macam dipaksa bercinta dengan Halimah Jongang.Eh tak,jangan salah faham orang-orang jongang sekalian...aku bukan menghina korang. (Nanti tak pasal-pasal pulak ada group dekat Facebook 'Kami orang jongang membenci Fakhrurazi'.Wakaka.)

Santau berbentuk tag kali ini telah dihantar oleh Aisumi.Disebabkan Aisumi antara pengikut ajaran sesat Ayah Zi yang terawal maka not nice la kalau menghampakan permintaannya.

Jadi kita teruskan dengan tag Aisumi tapi aku akan ubah format musim ini supaya berbentuk interview antara wartawan dengan artis yakni aku.Apa kau orang ingat Akademi Fantasi jer ker boleh ubah format rancangan?

......................................................................................................

Papa Juwi : Assalamualaikum Zi...apa khabar?Wah! segak sungguh Zi pagi nie yer...

Razi : Alhamdullilah,khabar baik.Terima kasih ya kepada Abang Rizman kerana sudi menaja pakaian Zi untuk sesi interview kali nie.

Papa Juwi : Jadi macammana dengan filem terbaru lakonan Zi yang akan ditayangkan lagi 3 hari nie?Apa perasaan Zi?

Razi : Sejujurnya Zi rasa takut dengan penerimaan penonton terhadap lakonan Zi.Yerla,sebelum nie Zi kan penyanyi.Nanti orang akan kata tamak pula.Tapi perasaan untuk berlakon dalam diri Zi memang membuak-buak sejak dari bangku sekolah lagi.

Papa Juwi : Wah! memang bersemangat artis baru ini.Jadi biarlah Papa Juwi teruskan dengan soalan-soalan yang diberi Aisumi,nanti Aisumi marah pula.Soalan pertama,anda rasa anda hot tak?

Razi : Hahaha...susah nak jawab soalan Papa nie.Sebenarnya Zi rasa Zi tak hot.Yerla,lakonan pun baru setahun jagung.Mana la nak dapat dibandingkan dengan lakonan Rosyam Nor.Tapi yang pasti,Zi memang agak cool.

Papa Juwi : Hahaha.Memang bagus jawapan tue.Ok,seterusnya Zi mesti ada Facebook kan?So boleh tak Zi tunjuk wallpaper pc yang Zi gunakan.Yerla,peminat pun nak tengok jugak kehidupan artis nie.

Razi : Ok,tapi janji tau jangan kutuk.Nanti Zi sedih.Jap ek...ha! Meh tengok!


Papa Juwi : Itu gambar lampu Satria Neo kan?

Razi : A'ah,dulu Zi minat sangat dekat kereta tue.Tapi berkat usaha keras Zi maka dapat jugak Zi pakai kereta tue.Itu yang buat wallpaper tue.

Papa Juwi : Oh...begitu.Ok,so soalan seterusnya...Bila kali terakhir Zi makan pizza?

Razi : Hahaha.Zi pun dah tak ingat la Papa.Tapi rasanya masa keluar dating hari tue.

Papa Juwi : Ok,sebagai penyanyi...lagu terakhir apa yang Zi dengar sebelum jawab interview tadi?

Razi : Ok seperti yang Papa tahu,Zi membawa konsep macam Abang Adam...konon-konon hip-hop jadi baru tadi Zi dengar lagu Abang Adam yang hensem tue masa tengok cite Hotel Mania.Best sangat cite tue kan?

Papa Juwi : Entahlah.Best ker?Macam sampah jer cite tue.Eh...eh sori.Cut wei cut.Jangan tulis pulak.Ok soalan seterusnya,apa perkara terakhir yang Zi buat sebelum jawab interview nie?

Razi : Papa nie asyik tanya benda benda yang terakhir jer...macam nak suruh Zi mati pulak.Sebelum jawab interview nie tadi...Zi pegi lepak dengan kawan.

Papa Juwi : Hmm...biasa selain panggilan Zi...orang akan panggil Zi apa?

Razi : Tengoklah.Kalau family panggil Along.Kalau member panggil Razi.Kalau kekasih panggil sayang.

Papa Juwi : Hmm...Zi ada rasa nak panggil sesiapa tak jawab interview nie sama-sama?

Razi : Hmm...Zi rasa macam nak panggil kawan-kawan blog Zi la.Boleh tak?Jap ek...Zi fikir.Hmm.....ha! Zi nak panggil Apek,Ervina,Ain Alias,Innz,Suria...Hmm...siapa lagi ek...Suhada Razak,Tengku Fir,dengan Illi.Boleh kan bang?

Papa Juwi : Ok takde masalah.Jadi boleh tak Zi citekan pasal orang no.1 tue?

Razi : Orang no.1 tue anak murid Zi kelas cinta.Dia juga merangkap roomate,orang bawahan,dan teman terkutuk Zi.

Papa Juwi : Yang no.5 pulak?

Razi : Yang no.5 tue kawan Zi jugak.Pompuan bang.Dia sangat annoying.Kalau abang interview dia mesti abang rasa nak lempang jer.Sumpah gedik bang.Tapi kalau dia takde,tak best gak bang.Macam tak meriah orang kata.

Papa Juwi : Ok.Yang no.3 tue single lagi tak?

Razi : Hmm...tak tahu la bang.Rasanya single.Orang Kelantan tue bang.Pasir Mas.Comei comei.

Papa Juwi : Yang no.4?

Razi : Yang no.4 tue saya pun tak tahu jugak.Dah ada bf kot.Orang lidi ker apa ntah nama dia.Entah la bang.Pelik pelik budak zaman sekarang nie.

Papa Juwi : Ok,Zi ada apa-apa nak cakap tak dekat orang no.6?

Razi : Hmm...nak cakap apa ek?Ha! semoga berjaya jadi cikgu.Dia dapat KPLI nie.Bakal cikgu nie.

Papa Juwi : Yang no.2 nie macam special jer...ada apa-apa ker...hihihi

Razi : Ala abang nie...malu Zi~ Hmmm...Zi nak cakap dekat orang no.2 nie...Zi sayaanng sangat kat dia.Auww...malu~

Papa Juwi : Yang no.7 dengan no. 8 nie ada kimia tak?

Razi : Apa abang nie.Semua nak BM kan.Chemistry la.Yang no.7 dan no.8 nie...persamaan diorang ialah diorang selalu kutuk Zi.Jahat kan?

Papa Juwi : Ok Zi kenal Sumi tak?Cuba cakap sikit apa yang Zi tahu...

Razi : Pertama sekali Zi tahu dia duduk Putrajaya.Pastu dia naik kereta Persona.Sekarang nie dia baru dapat keja baru dekat bank dekat Nilai kot.And Sumi nie jugak suka makan aiskrim dan suka rama-rama.

Papa Juwi : Ini nak uji sikit Zi.Apa persamaan antara kambing dengan lembu?

Razi : Yang sama antara dua binatang nie kalau buat BBQ dua dua sedap.Boleh macam tue?Eh lapar la plak.

Papa Juwi : Takpe.Lepas nie Papa belanja makan Zi.Ok?Hmm...apa perasaan Zi masa jawab benda nie?

Razi : Zi rasa nak muntah la bang.Tak tahu la camne pembaca nak baca nanti.

Papa Juwi : Zi tahu tak si Razman tue sengal?

Razi : Razman yang mana nie bang?Kalau Abang Rizman yang taja baju Zi nie memang sengal.Ada ker mula-mula dia suruh Zi interview pakai boxer jer...

Papa Juwi : Kesian Zi.Ok ini soalan terakhir ek sebelum kita tamat.Gay atau Les? (sambil bukak butang baju dan kancing seluar)

Razi : Soalan apa nie bang?Zi takut la.Jangan la buat Zi camni...

......................................................................................................

Balik interview itu Zi jalan mengengkang.Kesian Zi...





Untuk baca versi Aisumi,klik sini.






Kepada yang kena tag...boleh ambik kertas peperiksaan kat sini

18 comments:

WeSellButtonBadge March 10, 2010 at 1:27 AM  

wakaka..nice la post ko..kali pertama rasa best nak bace tag..kalo x cam bosan siot

yusuf mujahidin ™ March 10, 2010 at 1:32 AM  

mengarut tol razi..tp lawak..hahaha..

Anonymous March 10, 2010 at 1:38 AM  

hahahah ade lak aku masuk dlm entry ko.hik3...jgn weh dah blushing mushing dah ni=D

khalisyaa March 10, 2010 at 2:29 AM  

good2..
cantek bahse ko..
haha...

Ervina Razali March 10, 2010 at 6:43 AM  

xkuasa mak nyah!
hahahha
:))

ceksumolek's March 10, 2010 at 8:58 AM  

hahahaaa.. lawak laa.. nice one! ;)

suria March 10, 2010 at 9:37 AM  
This comment has been removed by the author.
suria March 10, 2010 at 9:38 AM  

blah r..
part aku ko kutuk eh..
celake...
hahahahaha

Misshy Innz March 10, 2010 at 3:56 PM  

tekaan ko slh bro.
aku ngan si lidi tiada pape.

Anonymous March 10, 2010 at 4:21 PM  

part kate aku comel tue aku terima..
tapi yang tulis aku oarang pasir mas tue takleh terima..
aku org kota bharu ar..
aish..

zetty March 10, 2010 at 8:31 PM  

hahaaha....bgus2...nie laa tag paling mantap...

Unknown March 10, 2010 at 9:24 PM  

adakah saya di "tag"..????

Misshy Innz March 12, 2010 at 1:51 AM  

weeeehhhhhh
nape x de update rini
da 8 kali msk blog ko
:(

*naziela March 12, 2010 at 3:43 PM  

selamat kenal~

tangan gatal nak komen~
geli bulu baca tag versi intebiu ni
huhu..

Bibi Intan Suraya March 12, 2010 at 10:10 PM  

razi, ajak kawan2 isi poll di blog saya ok ;)

thank you.

good luck ;)

Afzainizam March 14, 2010 at 3:47 AM  

Salam kenalan dari kami… ape pun kami sedang baca older entry pos korang ni… thanks kongsi cerita..thanks sebab aku menerima respond yang baik dari blog korang ni…
Salam sebuah persahabatan….
Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan

Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
”Selintas camar yang lalu
membawa sarat harapan
nun di puncak awan biru
sana sayapnya meluas membuka
ruang pandangan manusia
agar mengheret dukanya pergi”

" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

Mohd Fakhrurazi Jamaludin March 14, 2010 at 4:55 PM  

Apek:Thank you...Thank you...

Yusuf:Hahaha.Kau pun sama gak.Eh tak,kau ada isi.Tapi still lawak.

Miss Fireflies:Hahaha.Padia blushing.Goodluck dgn KPLI.

Khalisyaa:Hahaha.Bahasa?

Ervina:Ceh apsal jadi maknyah plak?

Aisumi:Semoga cik Sumi berpuas hati.Hihihi.

Suria:Cuba kau baca bebetul.Aku sumbat kau dalam lubang jamban kang

Innz:Oh.Hahaha.Igt ada something fishy

Ain:Budget kau org bandar la?Hahaha

Zetty:Apa yang mantap?Hahaha...

Tengku Fir:Hahaha.Tepat sekali!

Innz:Hahaha.Kalau masuk 8 kali,8 kali la klik nuffnang aku.

Naziela:Selamat datang.Hahaha.Bulu apa yang geli?

Puan Bibi:Thanks.Good luck dekat Puan juga.Nanti sye suruh diorang isi.

Afzainizam:Spam...Spam...hahaha.

Anonymous December 6, 2010 at 6:44 PM  

I be enduring interpret a few of the articles on your website in the present circumstances, and I really like your line of blogging. I added it to my favorites web age muster and resolve be checking assist soon. Divert check in view my put as approvingly and fail me conscious what you think. Thanks.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP