Wednesday, March 24, 2010

Cerita hantu Bukit Melawati

Share

Penceritaan dimulakan dengan hujan lebat dan efek kilat sabung menyabung.Babak fokus pada watak utama diberi nama Razi sedang menghubungi rakan serumpun beraliran Jawa diberi nama Puyat.

"'Jom lepak Tanjung Harapan'" tanya Razi

"Ok!" ringkas dan padat jawapan Puyat.

Hujan tetap lebat sama macam bohong Gento.Watak utama yang iras-iras Iqram Dinzly terus start kereta tak peduli hujan dan kilat.

Singgah sebentar di rumah watak picisan diberi nama Habib.Memang jadi trend cerita Melayu sekarang nie untuk ambik pelakon luar negara tapi yang ini special punya India mari.

Kereta Neo melunjur laju membelah air sambil diperhatikan bapak Habib yang baru pulang surau sembahyang Isyak.Mengeleng kepala beliau melihat tingkah laku anaknya yang semakin liar keluar malam.

Tiba di perkarangan rumah Puyat kira-kira 20 minit kemudian tapi hujan tetap tak berenti seolah-olah menghalang kami dari melepak.

Razi keluar kereta,menjilat sedikit jari telunjuknya lalu diacukan ke langit.

"Hmm...takleh lepak Tanjung...hujan menuju ke sana" ucap beliau setelah menilik hujan.

Kereta dipandu secara berhati-hati oleh Razi pada kelajuan 140 km/j.Sedar-sedar jer dah sampai pekan Kuala Selangor.

Dari kejauhan nampak cahaya terang menyuluh ke langit.Lalu Habib segera menerangkan yang bahawa itu adalah cahaya lampu dari rumah api.Lagaknya seperti pemandu pelancong.

Selang beberapa minit kemudian dengan jelas kelihatan cahaya lampu itu berasal dari sebuah spotlight yang diletakkan di depan funfair.Habib tunduk malu tanda kemaluan.



Ini baru rumah api...



Secara perlahan kenangan semasa bersekolah di Kuala Selangor terbayang-bayang.Masing-masing tunjuk dekat situ la cyber cafe buat main Half-Life,tempat beli majalah Galaxy kalau sangap,tempat nyorok kalau balik taknak sembahyang jumaat dan juga tempat kantoi dengan warden masa 'fly'.

Seterusnya kami bertiga menuju ke arah Bukit Melawati.

Masuk jer simpang pertama semua terdiam.Cilaka betul seram nak mampus jalan ke Bukit Melawati waktu malam.

Terus teringat tempat-tempat seram di Bukit Melawati macam batu pancung tempat orang kena pancung kepala,pastu ada makam,ada lagenda anak dara ntah hapa-hapa lagi.



Batu nie kalau besar besar sikit aku ingat dah macam dekat Stonehedge la



Dalam otak dah macam-macam terbayang.Nie camne kalau tetiba ada pocong melintas depan kereta? Camne kalau tetiba pontianak sergah dari tepi?

Mulut Habib dah kumat-kamit.Tangan aku masih kejab memegang stereng.Dalam hati dah fikir nie kalau ada awek cun bogel mintak tumpang memang aku langgar jer.

Nak usha Puyat yang duduk belakang sorang-sorang melalui cermin pandang belakang tapi otak automatik terfikir Puyat punya muka dah berubah jadi seram.Cancel.

Jalan di Bukit Melawati nie memang sempit.Muat satu kereta jer.Pastu bahu jalan dia lereng bukit.Kalau salah sikit memang cakap bye bye dekat dunia.Tambah efek seram,dekat tepi tepi jalan dia ada banyak gila pokok besar pastu siap ada ranting ranting yang terjulur sebijik macam pokok yang pontianak selalu port kalau nak takutkan budak balik mengaji.

Masing masing dah diam jer.Pastu tiba-tiba ada bunyi ranting jatuh atas bumbung kereta.

"Apa tue?" Puyat bersuara.

Terus hipotesis bunyi ranting tadi cancel sebab mulut cabul Puyat.Aku dah pejam pejam mata takut nampak apa-apa.Habib duduk sebelah dah sibuk punggah dashboard sebab aku kata dalam tue ada Yasin.Puyat tak tahu buat apa sebab duduk belakang.

Sampai dekat satu lereng bukit,nampak la ada 2 kereta tengah parking layan pemandangan.Terus semua melepaskan nafas tanda kelegaan pastu gelak gelak kutuk hantu Bukit Melawati kena kerja malam tue dekat rumah hantu fun-fair Kuala Selangor.











Projek seterusnya nak ajak Apek dan Ajib pergi sekali.Dalam kereta standby kayu 2,3 batang,surah Yasin dan juga Iqra'.Tak lupa juga kaset nasyid Ustaz Akil Hayy sebagai senjata.


Tetiba terjumpa gambar senior aku masa sekolah dekat Kuala Selangor.


16 comments:

Unknown March 24, 2010 at 2:05 AM  

weh.. ko cite antu ke ni?

WeSellButtonBadge March 24, 2010 at 2:09 AM  

asal name aku kene higlight baru nampak..ko nak kate aku antu gigi la nie..wakakkaa

Mohd Fakhrurazi Jamaludin March 24, 2010 at 2:14 AM  

Shah:A'ah...cite hantu tak seram.Kalau kau pandai cuba cari kat mana hantunya...wakakaka

Apek:Hahaha.Sje sorokkan nama kau.Nanti kau tahu la rancangan kitaorang.

Hanim Mahali March 24, 2010 at 2:16 AM  

Cam kenai je senior tu... ;P

shogunn_general March 24, 2010 at 7:08 AM  

hantu gunung raya takde ke? hantu kopek ke? kehkeh

milah hasan March 24, 2010 at 7:20 AM  

naek bkt melawatai memalam, seb bek x kene sampok...haha..abg ak penah g kol 3 pagi, tetibe ade die kate ade cm bola jatuh dr atas....tah bola, tah kepala org die pon konpius...hohohoh

suria March 24, 2010 at 9:52 AM  

fine! g k.selangor tak gtau!

mizz annie March 24, 2010 at 1:28 PM  

ceh. ingt g bukit melawati time mlm2.
klu dtg siang2, mmg xhorror la weh.
len kali dtg k.sel, bgtau ak.

Mohd Fakhrurazi Jamaludin March 24, 2010 at 1:57 PM  

Hanim:Itu kan akak yang nick dia Cipuding.Dah kahwin kot.

Naqqib:Eh kau tengok juga cite hantu dekat TV3 tue...wakakaka

Rasis:Kitaorang pegi pukul 11 lebih.Tapi sebab dah nak hujan jadi takde orang.

Suria:Kau penakut.Takyah la ajak.

Annie:Kitaorang datang malam la cik Anie oi.

Tulip March 24, 2010 at 7:32 PM  

ada apa kat sane???

Ervina Razali March 24, 2010 at 8:41 PM  

hmm..nk ikut ley x??
kunun2 berani...

Narina Joe "Najo" March 24, 2010 at 9:49 PM  

mcam citer komedi je, aku rasa mimpi aku jauh lagi seram

yusuf mujahidin ™ March 25, 2010 at 9:08 AM  

haha..
antu skg da pndai cr side income kt funfair..

eh, apek pn antu ke? ngahaha

fana March 26, 2010 at 4:22 AM  

haha apsal tetibe tersesat gmbar kak "cipuding" tu.. adeh.. pe ek name betol die.. lupe dah..

hohho KS dah berwajah baru skang..

shimaa March 26, 2010 at 7:06 AM  

kalo ade hantu askar jepun melintas dpn keta ko, sedap sket cite ni kan. hahaha.


paan, nama akak tu, kak farah che ani. 1 dorm aku dl. :)

Mohd Fakhrurazi Jamaludin March 27, 2010 at 1:18 PM  

Tulip:Aiyo tak baca ka?

Ervina:Takyah la.Buat kena rasuk jer nanti.

Najlaa:Hahaha...try pegi.Tengok mana lagi seram,realiti atau mimpi?

Yusuf:Apek bukan hantu tapi aku ingat next time pegi nak tinggalkan dia kat situ.Wakaka...

Paan:Hahaha.Akak koperasi.Takde la baru sangat pun.Tambah Tesco jer.

Shima:Kalau ada hantu jepun nanti aku cakap 'Arigatogozaimas'...wakaka...

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP