Saturday, March 13, 2010

Cerita Hantu 1Malaysia.

Share

Malam itu aku,Ah Meng dan juga Raju baru balik dari main badminton di dewan sekolah.Setelah membersihkan diri,kami duduk berkumpul di dorm sambil menunggu aku memanaskan air dan membancuh Nescafe.Memang itulah aktiviti kami setiap hujung minggu jika tidak pulang ke kampung halaman.

Kami bertiga merupakan pelajar tingkatan 5 sebuah sekolah asrama di Kuala Selangor.Walaupun kami bertiga berbeza bangsa,agama dan warna kulit,kami mampu membawa semangat 1Malaysia tanpa perlu mencuri nama tuhan agama lain.

Sambil menghirup Nescafe,Raju bersuara...

"Malam-malam begini kalau kita cerita hantu syok juga kan?"

"Hish kau nie Raju.Takutlah saya" bidas Ah Meng.

"Ala kau nie penakut sangatlah Ah Meng.Jom lah kita cerita hantu.Syok juga sambil minum Nescafe" kata aku.

"Ok! Ok!...kau lah cerita dulu Raju" tambah Ah Meng dengan muka tidak rela.

Cerita 1

Hujan lebat ditambah lagi dengan petir sabung menyabung membuatkan malam itu kebanyakan pelajar tidur awal.

Hussin juga tidak banyak pilihan apabila lampu dormnya telah dimatikan seawal jam 11 malam.
Belum sampai 10 minit lampu dipadamkan,Hussin telah lena diulit mimpi indah.

Masa terus berlalu.Dari jam 12 menganjak ke jam 1 dan seterusnya...

Tepat jam 3 pagi,tiba-tiba Hussin terjaga.Serentak dengan itu juga dia terdengar suara orang bercakap...

"Satu dah bangun~"

Hussin terus mendongak ke arah punca suara itu dan terlihatlah beliau suatu mahkluk yang menyerupai perempuan tua yang menyeramkan duduk bertenggek di atas loker.

Dengan bantuan cahaya bulan,jelaslah kelihatan seorang perempuan tua,memakai baju putih,berambut putih melepasi kaki,mukanya berwarna hitam seperti terbakar dan matanya terjegil keluar seperti orang kemalangan.

Tanpa berlengah lagi,Hussin terus memejamkan matanya sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran.

Tiba-tiba nenek itu bersuara lagi...

"Satu pura-pura tidur~"

Hussin yang ketakutan bertambah takut.Segera ditekup mukanya dengan bantal sambil mulutnya tidak berhenti membaca ayat suci Al-Quran kekadang tersasul Alif Ba Ta.

Selang beberapa lama kemudian,keadaan kembali tenang...

Hussin mulai berani mengangkat bantal yang digunakan untuk menutup muka.Perlahan-lahan dia memandang atas loker tempat nenek itu bertenggek.

Tiba-tiba...

"Cu cari nenek ye?" sayup-sayup kedengaran suara dari hujung katil sebelum Hussin jatuh pengsan.

.............................................................................................................

"Dah? Itu jer? Ekeleh tak seram langsung cerita hantu kau Raju.Macam hantu keling.Kejap atas loker,kejap atas katil" kata aku sambil tergelak

"Oh kau kerek ye.Malam kang dia carik kau baru kau tahu" balas Raju.

"Sudah...sudah...kamu semua jangan gaduh.Mari saya bagitahu cerita hantu saya pula" kat Ah Meng dengan muka bersemangat.

Cerita 2

Lan merupakan pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR. Beliau seorang yang rajin.Boleh kata setiap malam beliau akan mengulangkaji.

Suatu malam, sedang beliau membuat ulangkaji matapelajaran Sejarah...tiba-tiba datang seorang makcik di tingkapnya.

"Nak beli karipap?" tanya makcik tersebut.

"Takpela makcik,kenyang lagi nie" balas Lan menolak dengan sopan.

Tanpa mempedulikan makcik tersebut,Lan terus menyambung mengulangkaji.

Seolah-olah baru tersedar dari sesuatu,Lan tersentak lalu terus baring diatas katilnya dan menarik selimut ketakutan

Dorm Lan di tingkat 2!

......................................................................................................

"Huh! cerita kau lagi cam sampah! Langsung tak menakutkan.Apa da hantu jual karipap.Dia nak beli apa jual karipap tue?...hahahaha" kata aku dengan angkuh.

"Betul! Betul!...Cerita hantu kau surupa sampah juga ada.Saya sikit pun takdak takut" tambah Raju.

"Kau ni sudah angkuh benar Jalil.Malas aku layan kau.Cepat cerita hantu kau yang seram sangat itu" kata Ah Meng tak puas hati sebab dua ekor mangkuk tue gelakkan dia.

Cerita 3

Sam dan Mazlan merupakan dua pelajar nakal di sekolah tersebut.Boleh kata hampir setiap guru mengenali mereka.

Kes paling terbaru mereka ialah memecah masuk asrama puteri dan masih dibicarakan.Walaubagaimanapun,kebanyakan kes yang lepas disenyapkan begitu saja kerana bapa Mazlan seorang yang berpengaruh.

Minggu tersebut pelajar dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing tapi mereka hanya dibenarkan pulang selepas solat jumaat.

"Wei...aku malas la nak pegi sembahyang jumaat.Nanti balik tue berpeluh-peluh.Dah la aku nak jumpa awek aku balik karang" kata Mazlan kepada Sam.

"Sukahati kau lah.Aku nak pegi tau! Nanti lagi banyak pula kes aku.Kau boleh la,kau anak Dato'.Ayah kau orang berpengaruh.Ayah aku menoreh getah jer" kata Sam pula.

"Eh jap Sam! kau tolong kunci aku dalam loker nie.Nanti balik kau bukak tau.Kau jangan tak bukak pulak"

Malas melayan rakannya itu,Sam terus menutup pintu loker rakannya itu sebaik saja Mazlan masuk dan terus mengunci dari luar.

Selesai sembahyang,kelihatan pakciknya telah menunggu di depan pintu asrama.Sam mulai hairan.

"Cepat kemas beg kamu.Mak kamu dah nazak" beritahu pakciknya.

Sam segera mengemas begnya.Langsung terlupa beliau kepada rakannya di dalam loker itu.

Seminggu kemudian...

Sam baru pulang dari kampung halamannya.Mujurlah keadaannya maknya kembali stabil setelah melalui saat getir.

Tiba-tiba seorang rakan dormnya bersuara...

"Nie apa yang bau macam bangkai nie...busuknya..."

"Ya Allah! aku lupa bukak pintu loker si Mazlan" terus terlintas difikirannya.Terus saja Sam pergi ke arah pintu loker Mazlan.Serentak dengan itu juga,bau busuk itu semakin menusuk ke dalam hidungnya.

Sambil membuka loker Mazlan,sambil itu jugalah Sam berdoa semoga Mazlan telah dapat keluar sebenarnya.Ada orang lain yang telah membantu membuka lokernya.

Dikuak sedikit pintu loker Mazlan,berterabur ulat jatuh ke lantai mengeletik-letik.Bau busuk itu semakin kuat menusuk-nusuk hidungnya.

Didalam loker itu kelihatan mayat Mazlan yang sudah berulat.Mukanya rompong dimamah ulat.Perutnya kembung dan seluruh tubuhnya habis bengkak.

Yang menghairankan,bagaimana Mazlan tidak dapat keluar sedangkan loker yang digunakan hanyalah loker kayu yang jika ditendang sedikit pun boleh terkopak.Tambah menghairankan bila adanya kesan cakar seolah-olah Mazlan terseksa sebelum matinya.

......................................................................................................

"Cuba kau check loker kau Ah Meng.Entah-entah kat loker kau lah si Mazlan tue mati" usik Raju.

"Entah Meng,try la tengok mana tahu ada kesan cakar ker" tambah aku lagi.

"Kau orang nie kalau tak mengusik aku satu hari memang tak sah kan?" bidas Ah Meng.

Serentak dengan itu mereka bertiga tergelak.

Tiba-tiba...

"Ada sesiapa nak beli karipap?" kedengaran suara dari tingkap.Ada seorang makcik sambil memegang bakul.

"Takpelah makcik,kami kenyang juga ada" balas Raju.

Makcik itu pun berlalu pergi meninggalkan kami.

"Eh jap! dorm kita nie tingkat dua kan?" Ah Meng tiba-tiba bertanya...

"Yerla.Kenapa?"tanya Raju kembali.

"Tadikan..."

Kami semua pun berpandangan terus melompat naik ke atas katil.

Malam itu kami semua membentang tilam dan tidur dilantai bersama-sama kerana ketakutan.Masing-masing berebut untuk tidur ditengah.Akhirnya Ah Meng berjaya tidur ditengah atas alasan dia paling penakut.

Tepat jam 3 pagi, aku terjaga dari tidur kerana terasa nak kencing.Serentak dengan itu juga aku terdengar sayup-sayup suara dari atas loker...

"Satu dah bangun~"

"Cilaka! macam cerita Raju" desis hatiku.Aku pun terus pura-pura tidur kembali.

"Satu pura-pura tidur~"

Ah sial! dia tahu pulak aku menyamar tidur.Dalam pada itu aku terus baca ayat Kursi sambil menahan kencing.

Tiba-tiba...

"Dua dah bangun~"

Eh! ada geng.Hahaha.Walaupun takut tapi aku tahu ada seseorang telah bangun dan juga mengalami nasib sama seperti aku.

"Dua pura-pura tidur~"

Aku tak tahu siapa yang terjaga disebabkan takut yang teramat sangat.Seboleh-boleh aku pejamkan mata taknak melihat persekitaran.

Pap! bahu aku ditepuk oleh seseorang.Terus aku menjerit ketakutan.

"Eh kau nie apahal?Tue la,tidur tak basuh kaki lagi..." tegur Saiful."Dah! dah! pegi sembahyang subuh.Dah nak dekat pukul 7 dah nie".

Raju juga kelihatan terpisat-pisat bangun dari tidur.Terus dia bagitahu...

"Malam tadi hantu yang aku cerita itu ada.Masa aku terjaga,dia cakap dua dah bangun".

"Yang pertama tue aku...aku pun dengar jugak..." balas aku.

"Eh Ah Meng mana?" tanya Raju lupa tentang peristiwa hantu nenek itu.

"Entah,aku bangun tidur jer dia dah takde." balas aku kembali.








Lepas mandi dan menyiapkan diri, kami bersedia untuk pergi keluar outing.Memang hari Sabtu pelajar dibenarkan keluar ke bandar membeli keperluan harian.

"Eh Ah Meng mana ek?" tanya Raju

"Entahlah" balas aku acuh tak acuh.

Ah Meng memang selalu begitu.Biasanya dia akan bangun awal untuk mengulangkaji pelajaran.

"Takpela,aku cuma mahu minta dia punya minyak wangi sikit" kata Raju sambil tersengih.

"Macam tak biasa pulak"

Terus Raju pergi ke loker Ah Meng.Tiba-tiba Raju menjerit seperti orang hilang akal sambil tangannya menunjuk ke arah loker Ah Meng.

Kelihatan di dalam loker,mayat Ah Meng yang mengembang akibat bengkak sambil pintu lokernya ada kesan cakar

Dibawah kesan cakar ada tulisan kecil menggunakan pen marker...

'Mazlan was here'.


23 comments:

Unknown March 14, 2010 at 5:13 PM  

huhu...it's cool ler dude...

kakachan March 14, 2010 at 5:24 PM  

mazlan~~
ngeeeee...........

milah hasan March 14, 2010 at 5:41 PM  

ketika hayatnye, mazlan mesti suke conteng dinding dengan ayat - mazlan was here - tu kan..hehe...~

Teacher Hafizah March 14, 2010 at 5:45 PM  

citer hantu karipap kat tingkap tu saya penah dngr kat kmpp. xtau le btoi ke x...tp ikut citer, jadi time study week

WeSellButtonBadge March 14, 2010 at 7:20 PM  

haha..cite hantu zaman dok asrama..





p/s..raju tu ko kan..wakaka

ceksumolek's March 14, 2010 at 8:03 PM  

huhuu~ gud 1 razi..

Anonymous March 14, 2010 at 8:12 PM  

haha..semua cerita tue aku pernah dengar..dalam versi lain2..

Ervina Razali March 14, 2010 at 8:55 PM  

huhuhu..
seram la..
tp alhmdlh ina xpnh kne cm tu..
tp pnh kne kac0o ngn makhluk halus yg men tarik2 selimut...

yusuf mujahidin ™ March 14, 2010 at 11:13 PM  

pnah dgr sal antu karipap...lahanat nye senior dlu...hahaha

*naziela March 15, 2010 at 12:41 AM  

seram!

e~car182 March 15, 2010 at 1:03 AM  

pernah dgr time skola tu,,
err,,lain kali post siang2 eh,,
aku baca awl n akhr je,,
tak smpat baca tengah sbb ada ganber,,
hehe

fana March 15, 2010 at 3:17 AM  

mangkukkk.... cerite cerite zaman sekolah dikumpulkan dalam satu entri and siap ade efek efek gambar disertakan (aku skip laju part gmbr) cara penulisan yang sebegitu rupa... skang tgh pukul 3.30 pagi kot tme aku bace ni... sorang sorang tgh buat final year project report and bilik aku kat tigkat 2.. woooohhoooo

nasib bek ko tak include antu orang sebelah sekali razi... mahu nye ade org ketuk pintu bilik aku mlm ni katenye org sebelah kang.. naye je.. tobat aku stop wat fyp ni..!

Owezz Chart March 15, 2010 at 3:27 PM  

demn..menakotkan ko nyer cte...huhu

Anonymous March 15, 2010 at 3:44 PM  

haha..heran gak..sumer citer antu tu aku penah dgr dr bnyk tempat tp jln citer sepesen je..memg cmtuh kot plot antu kaco org..

~hantu galah~

Firol March 15, 2010 at 10:15 PM  

hoo hebat perkaitan tu..memang best

Unknown March 16, 2010 at 5:13 AM  

terbaekkk!!!

Misshy Innz March 16, 2010 at 9:18 PM  

takk larat bace.
scanning jek
ngeee ;p

zetty March 17, 2010 at 1:30 AM  

ushhh....dah laa mlm2 bace entry ko nie..y laen dah tido...huhuhu..gile aq takut...huhuhu..nite...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin March 18, 2010 at 5:27 PM  

Tengku Fir:Apa yang cool?Nie cite seram la.

Kakachan:Nama bf kamu ker?Huhuhu

Rasis:Aku nak bubuh nama dia Shafiq tapi takut kontroversi plak.

Iza:Ala...dekat KMM pun ada gak.Kira macam francais la.wakaka

Apek:Ah Meng tue kau.Wakaka

Sumi:Apa yang good?Seram ker tak?

Ain:Kau nie suka betul gosip.Hahaha

Ervina:Nasib baik hantu tue tak main tarik tarik tali bra ker...wakakaka.

Yusuf:Wakaka...nie msti mangsa kena tipu dengan senior.

Naziela:Walaupun hnya satu ayat tapi aku suka! terima kasih.

Ekar:Aku post siang la.Kau yang bce malam.Hahaha

Paan:Hahaha.aku suka kau sebab kau penakut.

Owezz:Hahaha.aku suka kau gak sebab kau penakut.

Hantu Galah:Itu semua urban legend jer.

Firol:Seram tak wei?Eh kau cikgu mesti tak seram punya.

Shah:Apa yang terbaik?Seram ker tak?

Innz:Memang la tak seram kalau scanning jer.

Zetty:Yang kau bce malam-malam buat apa?

.:aZu:. March 18, 2010 at 5:47 PM  

Mr. Razi, mlm td x leh tdo... tbe2lak teringat cte hantu 1m'sia kat blog awk nih...haihhhh...puas la sy kumat kamit sblm t'tidur...

Anonymous March 18, 2010 at 8:48 PM  

wahaahah sioottt aku bace kol 1 pg smlm...takotttt...bangangnyee aku g bace time mlm2.hikhik tapi ni tgh bace lg pon aku takot lg ni..hahaha

fndrocka March 19, 2010 at 12:58 AM  

macam biasa lah..aku susah sikit nak seram..

tapi penulisan kau ada gaya

z.a.r.a March 23, 2010 at 8:58 PM  

cerita hantu yg mantopp haha :p

seram gak cite ko ni, klau buat drama msti best.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP