Thursday, March 4, 2010

Proposal master aku yang mengarut

Share

Sistem pembelajaran di Malaysia terdapat banyak kekurangan dari segi pengkhususan dan penggunaan.

Kau belajar 3 tahun matapelajaran Geografi tapi kau kerja jadi jurutera ada dia tanya kau padi huma terletak dimana?

Maka sebagai titik permulaan aku nak buat proposal untuk master aku guna format aku sendiri.

.......................................................................................................

Untuk menganalisis dan membuat satu formula empirikal untuk kimpalan geseran terhadap besi yang kau biasa nampak kat kilang



Latarbelakang masalah:


Masalah-masalah yang timbul sewaktu menjalankan kajian adalah berlatarbelakangkan kampus induk UiTM Shah Alam dimana memang susah nak cari parking.

Kesan dari masalah susah nak cari parking maka timbullah masalah sosial lain seperti parking berlapis dimana kau tahan guna batu tak tarik brek tangan jika kau pegi block kereta orang lain.

Kalau kau parking depan kereta aku,maka aku akan tolak kereta kau sampai hujung kawasan parking kasi kau menjajau cari kereta kau.

Selain itu juga,masalah parking ini menimbulkan kekecohan dikalangan pak guard dimana kau parking keta tepi tepi jalan kasi block lalu lalang.Pak guard yang baik hati akan clamp keta kau supaya aku takleh tolak keta kau jauh jauh.

Awek yang terlalu banyak juga menimbulkan masalah lalu lintas.Kereta akan jadi perlahan bila ada awek cun nak lintas jalan.Ini akan menyebabkan kesesakan didalam kawasan kampus.

Ada banyak lagi masalah yang timbul tapi nanti la dulu.Kau bukan rajin sangat nak baca semua.



Kajian lepas yang kau nak tiru:


Aku dah banyak baca jurnal tapi takde satu pun yang sama tajuk dengan aku.Camne aku nak tiru oi?



Objektif kajian:


Objektif kajian ini ialah supaya aku dapat master.Nanti senang la aku nak mintak keja jadi pensyarah.

Selain itu juga dengan adanya kajian ini aku harap mat rempit akan pandai mengubahsuai ekzos motor mereka kasi bunyi kuat masa racing.Nanti bila bunyi kuat maka banyaklah makcik makcik yang akan menyumpah mereka.

"Hei budak nie...eksidenlah kau depan tue"

Tup! eksiden.Kesinambungannya masalah sosial rempit juga dapat dikurangkan melalui kajian ini.



Methodologi:

  1. Ambik dua batang besi tak kisah la sama jenis ker atau lain-lain.Pastu kau geserkan dua batang tersebut.
  2. Bila dah geserkan,maka berlakulah haba.
  3. Haba akan melembutkan besi tersebut masuk ke tahap plastik.
  4. Eh lupa! kau pakai sarung tangan dulu.Besi tue panas.
  5. Bila besi tue dah lembut,kau tekankan dua dua batang tersebut sampai melekat.
  6. Jeng! Jeng!...jadilah kimpalan geseran.
  7. Pastu camne nak carik formula?
  8. Ok aku tak siap lagi buat kajian,nanti dah tahu kau tambah la sendiri.Aku letak dua tempat kosong.Ok?
  9. ______________________________________
  10. ______________________________________


Kesinambungan dari kajian ini:


Kau usha sendiri dekat objektif.Rasa macam ada tulis tadi.


Rujukan:
  1. Kedai besi buruk Muthu
  2. Bengkel kereta Ah Seng
  3. Belum cerai camne nak rujuk?


Jadual kajian/Gantt Chart



Wednesday, March 3, 2010

Aku senior!

Share

Hidup di asrama memang adalah satu pengalaman yang berharga.Disinilah kau belajar erti berdikari,belajar camne nak 'fly' tanpa kantoi,belajar camne nak menyorok kalau taknak turun surau baca yasin malam jumaat dan juga membuli tanpa membunuh.

Bagi mereka yang duduk asrama sejak tingkatan satu macam aku mesti tahu asam garam duduk di asrama.

Salah satu rule yang paling penting ialah kau mesti hormat senior.Jadi aku simpulkan disini hidup di asrama tidak best melainkan kau jadi senior.

Peringkat umur senior adalah sekitar 16 membawa ke 17 tahun dimana kau akan berada dalam tingkatan 4 atau 5.Tapi ianya akan jadi berkecuali jika kau masuk sekolah asrama yang bermula dari tingkatan 4.

Jadi senior memang best.

Kalau nak makan tapi malas turun dewan makan,kau boleh suruh mana-mana budak dorm kau untuk bawakkan makanan dari dewan makan.

Untuk bebudak bawah (tingkatan 2 dan 3) yang nak dapat lesen hisap rokok mestilah kena pukul dulu pastu jadi supplier rokok untuk senior.

Ok yang jahat itu semua senior aku.Aku masa jadi senior adalah sangat baik.Tak caya tanya Shamil,budak junior dorm aku.Hahaha.

Masa aku jadi senior.Hmm...aku tak pernah pukul budak.Aku buli diorang guna pendekatan psikologi jer.

Macam biasa,kau mesti nak poyo bila jadi senior kan?.So aku set rule yang takleh sembahyang dalam dorm.Kena turun surau walau lewat camne pun.

So suatu hari adalah sorang budak junior nie kantoi sembahyang dalam dorm.

Malam tue aku pun panggil dia...

"Siang tadi aku nampak kau sembahyang dalam dorm...aku cakap apa?"

"Err...takleh sembahyang dalam dorm"

"Ha tau pun...ok! aku nak kau berdiri kat depan loker aku sekarang".

Budak tue pun pegi dekat loker aku.Kat atas loker aku tue ada gambar buah-buahan.

"Aku nak kau petik buah kat atas tue sampai dapat"

Budak tue pun ambik penyapu pastu jolok jolok gambar buah atas loker aku tue.Wakaka.Sumpah kelakar.

Selang 10 minit kemudian...

"Takleh la bang..."

"Ahh takde!...petik gak sampai dapat"

Maka berjolok-jolok lagi la budak tue.

Last-last aku kasihan bila dia dah sejam menjolok.Aku pun panggil dia balik

"Pasni aku taknak kau sembahyang dalam dorm lagi.Faham?"

"Ok bang.Saya janji tak buat lagi".






Selang beberapa hari kemudian...

Aku pulak sembahyang dalam dorm.

Ceh! apa aku kisah.Aku senior!

Monday, March 1, 2010

Bila yang tiruan lebih baik dari yang ori

Share






Kau tengok muka diaorang nie lagi cun dari semua pompuan yang ada dalam blog list aku.Siapa tak puas hati boleh jumpa aku lepas habis entri nie.Boleh saman malu dan tuntut pampasan harta sepencarian.

Kalau kau orang tengok gambar yang nombor tiga,belah kiri itu ada yang iras Mila.

Sebelah dia pulak macam Raja Farah.

Pastu ada satu gambar lagi seksi.Aku dah hampir hampir nak mengalami ketengangan urat dibahagian tertentu.Tapi aku malas nak upload nanti golongan agama jatuhkan hukum haram siapa yang baca blog aku.















Tapi satu jer kekurangan mereka.

Mereka ini semua sebenarnya lelaki.

Ok kepada semua lelaki termasuk aku,sila kecewa sekarang!

Untuk makluman anda,mereka itu semua adalah peserta acara Ratu Cantik Peralihan Jantina yang diadakan di Thailand.Bagaimana?Cantik bukan?










Ok yang bawah ini Ratu Cantik India.


Weeekkkkkkkksssssssss!!!

Sunday, February 28, 2010

Teori Razi berkenaan mimpi seram.

Share

Gambar ada kena mengena tang mayat dan beg plastik hitam jer.

Kalau pun tidak selalu,aku pasti korang mesti pernah mengalami mimpi yang mengerikan semasa tidur.Ceh!Ada plak mimpi masa tengah makan nasi.

Sekarang nie aku baru terjaga dari mimpi yang menakutkan.Tapi takpe,berkat mimpi yang menakutkan itu aku berjaya membuat dua hipotesis berdasarkan keadaan semasa dan sebelum aku tidur.

Pertama sekali biarlah kita selusuri mimpi menakutkan yang aku baru alami.

.......................................................................................................

Keadaannya seperti dirumah kampung.Aku pun tak tahu rumah siapa.

Tiba-tiba datang seorang pakcik bawak mayat dalam beg mayat kaler hitam tue macam bawak seguni kelapa.Eh kurang ajar la pakcik nie.

"Ko tolong aku jap.Nie ko pegi daftarkan mayat sipolan nie." bagitahu pakcik tue sebaik saja dia letakkan mayat tue atas lantai dan bukak beg tue nak tunjuk kat aku mayat siapa.

Gila kau tak cuak kalo ada orang datang rumah kau bawak mayat dalam beg.Bergegas aku pegi hospital untuk daftarkan kematian tersebut.

Lepas balik trus jumpa pakcik seram tue...

"Kau dah daftarkan?" tanya pakcik seram

"Dah...dah" jawab aku yang tengah seram

Lepas itu scene kamera mimpi terus menunjukkan suasana rumah mayat yang sejuk.

Kamera mimpi terus fokus kat satu peti mayat.Nombor tak ingat.Kalo tak dah boleh pegi tbeli hari nie.Menang 1st prize boleh sedekah kat rumah kebajikan anak yatim.

Tetiba peti mayat tue goncang-goncang.

Pintu peti mayat tue macam dah nak terbukak.Macam ada orang tendang-tendang dari dalam.

Dalam hati "Eh cilaka kau mayat nak bangun pulak"

Sebab seram sangat aku pun terus bangunkan diri dari tidur.

......................................................................................................

Lepas bangun dari tidur tue aku perasan yang tangan aku terhimpit bawah bantal sebab aku tidur mengiring.Ikut sunnah gaya tidur tapi waktu tidur ikut gaya masakini.

Jadi untuk hipotesis pertama aku agak 'kita akan mimpi seram jika tangan kita jadi kebas.'

Seterusnya aku juga teringat yang sebelum tidur aku lapar.Niat nak bangun sarapan nasi lemak lauk sotong memang dah diterapkan dalam hati sebelum tidur.

Maka untuk hipotesis kedua pulak dapat aku simpulkan 'semakin lapar kau sebelum tidur maka semakin seramlah kau mimpi'.

Ok aku dah kenyang sekarang.Nak tido balik.Bye!


Saturday, February 27, 2010

Minum Cicak,Makan Tikus

Share

Sejujurnya aku lagi suka makan dirumah dari diluar.

Aku rasa lebih selamat,sedap dan selesa makan dirumah.Sekurang-kurangnya aku tahu mak aku takkan la nak goreng lipas sekali dengan ayam kan?

Benda nie bukan baru.Dah banyak orang lalui.Cuma ada yang jadikan kenangan pahit dengan mendiamkan diri.

Aku juga mestilah tidak terlepas dari mengalami peristiwa berkaitan makanan kotor ini.



Cerita Satu


Peristiwa ini berlaku masa aku sekolah asrama di Kuala Selangor.Nama sekolah biarlah rahsia.

Masa tue aku dalam tingkatan 3.Biasa tingkatan 3 nie memang baru nak berjinak-jinak dengan perkara jahat.Nak belajar hisap rokok la.Nak belajar memanjat pagar la.Nak belajar calarkan kereta cikgu la.

Biasa la.Aku pun tak terlepas dari mengikut gaya hidup masa kini.

Suatu hari tue aku dan rakan-rakan menamatkan waktu prep lebih awal dari masa yang ditetapkan.

Maka berlari-lari anak la kami dalam kumpulan agak-agak 5 orang.

Sampai dewan makan,terus capai cawan pastu bukak baldi besar tempat diorang letak air teh O untuk supper.

Memang best masa tue,bebudak nie tak sampai lagi dewan makan.Biasa nak ambik air mesti kena berebut.Dua-tiga cawan gak la aku minum.Siap isi dalam bekas air buat bekalan kat dorm nanti.

Tiba-tiba member aku terkaut sesuatu berkaler coklat...

"Eh apa nie?"

Member aku selamba tarik ekor cicak keluar dari cawan dia.



Cerita Dua


Yang peristiwa nie plak berlaku masa aku belajar dekat Perlis.

Masa tue waktu malam.Kedai nie pun memang buruk tapi dia punya masak memang sedap dan murah.

Aku malas nak tengok keliling sangat.Nanti susah aku nak hidup kat Perlis nie kalo takleh makan kat tempat-tempat begini.

Aku pun order Nasi Goreng Tomyam dengan Neslo Ais.

Sambil makan tue layan AF Ulangan yang ada siar dekat tv.

Tiba-tiba meja tempat aku makan bergegar...

"Eh apahal nie?"

Aku usha bawah meja.

Tengok ada sekor tikus besar anak kucing terlanggar kaki meja.Bayangkan la besar tak besar tikus tue sampai meja bergegar.

Secara refleksologi,kaki aku dah atas kerusi.Terus loncat ke kaunter bayaran.Dah macam tarian naga pulak lompat dari tiang ke tiang.

Aku bayar dan terus blah.Nasi goreng dengan neslo ais tak sampai separuh aku tinggalkan camtu jer.













Memang susah nak jaga kalo makan kat luar nie.Itu belum masuk bab kuku tukang masak lagi.Korang tahu tak salah satu sebab anak-anak jadi bodoh dan bebal disebabkan kuku panjang mereka yang menyediakan makanan?

Nasihat aku,makan la dekat rumah.Biar la bini korang masak termasin sedikit ker.Maafkan dia.

Yang pompuan,pegi carik laki macam Chef Wan.Senang takyah masak.Hahaha.

Friday, February 26, 2010

Kereta buat pegi pasar dan main golf

Share

Mak aku cakap tak elok mencuri.Ceh! Mak sape plak yang cakap kalo mencuri itu elok kan?

Tapi buat pertama kalinya aku ingkar cakap mak aku.Ecece...pertama kali konon.

Aku dah tercurik gambar-gambar dari sebuah laman web untuk dikongsikan dengan korang.Aku rasa cam rugi jer kalo aku sorang-sorang nikmati gambar tersebut.

So korang boleh lah anggap aku macam Robin Hood yang mencuri untuk membantu orang miskin (yakni korang! miskin pengetahuan).

Berikut adalah beberapa design kereta yang boleh buat korang meleleh air liur.Kalo bawak pegi kedai mamak confirm nak parking depan meja kasi tayang orang ramai.Takleh blah btul orang camtu.



















Nota nak kena kaki:Aku tak tahu nak update apa.Takde idea.Korang layan jer la entri curi nie.

Monday, February 22, 2010

Siapa Saiful Bukhari?

Share

Aku baru lepas update status kat Facebook.

Tup! ada sorang komen.Bekas budak sekolah aku.

Aku pun reply komen dia "Apsal muka ko macam Saiful Bukhari ha?"

Tup! dia reply balik "Saiful Bukhari siapa?Member sekolah kita dulu ker?"

Aku speechless...









Entah-entah korang nie pun mesti ada yang tak kenal Saiful Bukhari.Baik mengaku!

Thursday, February 18, 2010

Mengapa aku kata muka aku macam pelakon?

Share

Bila aku cakap muka aku macam pelakon korang tak percaya.

Kata aku tipu.

Ok takpe! Meh tengok gambar nie...




























Ha!Amacam?Percaya tak?

Tuesday, February 16, 2010

Review : Percy Jackson and The Lightning Thief

Share


Dalam cerita tipu Greek kuno,ada 3 dewa paling berkuasa iaitu Zeus,Poseidon dan Hades.Diorang nie nama jer adik-beradik tapi kuat kelahi mengalahkan UMNO dengan PKR.

Satu hari Zeus punya petir hilang.Mengelabah la mamat nie takut nanti tak dapat jadi dewa lagi.Terpaksa kerja Jabatan Kaji Cuaca ramal hujan ker tak.

So dia pun slow-talk dengan Poseidon "Wei...lu ada ambik tak gua punya petir?"

Poseidon reply "Takde pasal gua nak ambik"

Tak puas hati dengan jawapan Poseidon,dia pun serkap jarang "Gua suspek anak lu ambik la"

Nak dijadikan cite,si Percy Jackson nie lah anak kepada Poseidon.Tapi mamat iras iras rupa aku nie tak tahu pun dia anak kepada Poseidon sehinggalah pada suatu hari dia diserang cikgu sejarah sebab gagal ujian pertengahan tahun...wakaka...mengarut jer aku punya review.Ok...Ok serius!...sebenarnya cikgu sejarah dia adalah makhluk nama Fury muka hodoh yang telah diupah Zeus untuk ambik balik petir itu.

Dari situ bermula lah kisah si Percy Jackson nie...ditemani anak kepada Dewi Athena dan seekor kambing negro dalam epik pencarian petir yang dicuri.

Ok baru tamat sipnosis...sekarang baru nak mula review...

Dari segi efek 3G dan CGI,memang tak dinafikan tidak mengecewakan.Nampak banyak juga unsur-unsur dari cite Harry Potter yang diselitkan dalam filem ini.Antara yang paling ketara ialah kasut terbang si Percy Jackson dengan bola emas Quidittich si Harry Potter.

Jalan cite agak mudah difahami.Standard filem-filem Disney.Namun begitu terdapat kelonggaran plot yang kalo diperbaiki boleh jadi sebest Lord of The Ring tapi kena tambah sejam lagi waktu tayangan.

Penalaan muzik memang hancur.Haram jadah apa guna lagu Lady Gaga.Tak style la macam cite Transformers dan Angels & Demons.

Sinematografi pun takde la seni sangat.

Eh sesedap hati aku jer komen benda yang aku tak tahu kan?Hahaha...

Bagi aku,cite nie tak sampai tahap wajib tonton la.Kalo korang minat cite Harry Potter,High School Musical,Camp Rock...pegi la tengok cite nie.

Aku bagi 3 bintang dari 5 itupun sebab heroin dia boleh tahan mata cantik sampai tak sedar tercakap "Wow!"













Nota kaki:Apsal cite nie dapat status U sedangkan boleh merosakkan akidah?

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP