Showing posts with label Tangan kebas mimpi seram. Show all posts
Showing posts with label Tangan kebas mimpi seram. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Kisah benar warga emas 'bunian' dan aku

Share

Sebenarnya tak mahu cerita takut nanti blog aku jadi sama taraf dengan Mastika tapi lagi elok sikit dari jadi Majalah Mangga yang memaparkan buah dada sebagai subjek fotografi.Kisah yang bakal aku sampaikan ini penuh dengan unsur mistik dan seram jadi kalau rasa lemah semangat aku cadangkan baca waktu siang di pejabat.Kalau takut ajak bos temankan sekali.

.............................................................................................................

Hari Sabtu yang lepas tatkala sesetengah dari korang sedang happy di rumah boleh bangun tengahari aku pulak bangun pagi-pagi sampai ofis kena maki.Kalau hilang sabar boleh kena kaki siapa yang maki tapi toksahlah ikut sangat rasa hati nanti mati.Macam pantun pulak bunyinya!

Masa terus berlalu dan dihabiskan dengan ulang-alik ke depan ke belakang sambil bawa sebatang pen dan sehelai kertas untuk nampak macam sangat sibuk dan sangat rajin.

Nak tampak lebih realistik sanggup balik dekat-dekat maghrib.Singgah sebentar di Petronas Olak Lempit yang merupakan satu-satunya benda paling maju disitu sebab menawarkan kemudahan mesin ATM.Singgah untuk isi minyak bukan nak jual minyak dekat awek kaunter walaupun selalu kena ngorat dengan mereka.

Sedang isi minyak tiba-tiba aku didatangi seorang makcik lingkungan umur 60-an.Sebenarnya sebelum masuk Petronas tadi aku dah perasan ada seorang makcik berdiri di antara mesin pam.Aku suspek ini mesti sindiket meminta sedekah menggunakan perempuan tua sebagai umpan.Jadinya aku buat-buat tak nampak saja.

"Kau nak pergi mana?" tanya makcik tue suara macam nenek kebayan.

"Ha?" aku kurang jelas pendengaran

"Makcik tanya kau nak pergi mana?" ulang makcik tadi.

"Saya nak balik rumah" jawab aku sambil senyum tawar.

"Rumah kau kat mana?" soal makcik tadi lagi

"Rumah saya dekat Klang" aku balas dengan penuh sopan dan beradab selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur

"Kau lalu Bukit Changgang?"

"Ha?"

"Kau lalu Bukit Changgang??"

"Oh! tak lalu makcik"

Makcik tersebut terus berlalu pergi bertanyakan kereta lain.Aku lihat setiap dari mereka tiada yang menghala ke sana.Mungkin ada yang menghala ke sana tapi atas faktor keselamatan ditipunya makcik tersebut.

Rasa tak sedap hati pulak.Terus teringat dekat atuk dan nenek aku di kampung.Hati serta-merta jadi sebak dan sayu lalu terus pasang niat "Kalau sampai aku habis isi minyak makcik nie tak dapat orang nak tumpang lagi,aku mesti tolong dia" semat dihati.

Mungkin dah memang suratan takdir,sampai aku habis isi minyak makcik tadi masih tak dapat nak tumpang sesiapa hatta Bangladesh naik basikal sekalipun.Mukanya kelihatan penat,entah dah berapa lama dia berdiri dekat situ.

"Kalau makcik nak tumpang,mehla saya hantarkan" pelawa aku kepada makcik tersebut.

"Terima kasih...terima kasih" berulang-ulang kali makcik tersebut mengucapkan terima kasih kepada aku.

"Pakai seatbelt yer makcik" beritahu aku sambil masuk ke gear 3.Kereta terus meluncur laju.Aku lihat makcik tersebut bukannya nak tarik seatbelt tue tapi dia selitkan kepala dia dalam seatbelt.Rasa nak tergelak pula tapi mungkin makcik tersebut orang miskin tak pernah naik kereta atau mungkin juga makcik tersebut samseng jalanraya naik kereta tak pernah pakai seatbelt.

"Nak turun dekat mana nie cik?" tanya aku

"Depan sikit...depan sikt..."

"Ok masuk simpang tue!" makcik tersebut memberikan arahan

Aku pun masuk la simpang tue.Dari jalan raya sampai ke jalan kampung sampai ke jalan kecik sampaila ke jalan tanah merah.Aku dah rasa tak sedap hati.Dahla waktu itu maghrib.

"Ha,berhenti dekat pokok Kedondong tue!" makcik tadi menunjukkan suatu arah yang aku pun bukannya tahu pokok Kedondong tue rupa dia macamana.

Aku perhatikan kawasan sekeliling memang takde rumah.Makcik tadi ucap terima kasih lalu terus pergi meninggalkan aku dalam keseraman....

.............................................................................................................

Tadi masa dekat ofis aku ceritakan pengalaman seram aku pada rakan-rakan ofis terdiri daripada seorang pelukis pelan,tiga orang kerani dan seorang tukang sapu.Mereka khusyuk mendengar cerita aku sampai habis.

Makcik tukang sapu pun bertanya camne rupa perempuan tue.

Aku bagi la description se-detail yang mungkin dari bentuk muka sampai la ke bentuk kuku.

"Lor,udah padanlah Wak Jenah boleh sampai kesitu.Kau yang ngantar dia rupanya" makcik tukang sapu berkata-kata.Aku jadi hairan.

"Kenapa dengan dia cik?"

"Dia tue gila.Hari Sabtu hari tue keluarga dia report dia hilang.Satu kampung cari dia last-last jumpa dekat kawasan kebunnya Wak Deris.Orang kampung kata dia dibawa orang bunian,ngko yang buniannya rupanya...keh! keh!"

"Cilakak!" kata aku didalam hati.

Sunday, February 28, 2010

Teori Razi berkenaan mimpi seram.

Share

Gambar ada kena mengena tang mayat dan beg plastik hitam jer.

Kalau pun tidak selalu,aku pasti korang mesti pernah mengalami mimpi yang mengerikan semasa tidur.Ceh!Ada plak mimpi masa tengah makan nasi.

Sekarang nie aku baru terjaga dari mimpi yang menakutkan.Tapi takpe,berkat mimpi yang menakutkan itu aku berjaya membuat dua hipotesis berdasarkan keadaan semasa dan sebelum aku tidur.

Pertama sekali biarlah kita selusuri mimpi menakutkan yang aku baru alami.

.......................................................................................................

Keadaannya seperti dirumah kampung.Aku pun tak tahu rumah siapa.

Tiba-tiba datang seorang pakcik bawak mayat dalam beg mayat kaler hitam tue macam bawak seguni kelapa.Eh kurang ajar la pakcik nie.

"Ko tolong aku jap.Nie ko pegi daftarkan mayat sipolan nie." bagitahu pakcik tue sebaik saja dia letakkan mayat tue atas lantai dan bukak beg tue nak tunjuk kat aku mayat siapa.

Gila kau tak cuak kalo ada orang datang rumah kau bawak mayat dalam beg.Bergegas aku pegi hospital untuk daftarkan kematian tersebut.

Lepas balik trus jumpa pakcik seram tue...

"Kau dah daftarkan?" tanya pakcik seram

"Dah...dah" jawab aku yang tengah seram

Lepas itu scene kamera mimpi terus menunjukkan suasana rumah mayat yang sejuk.

Kamera mimpi terus fokus kat satu peti mayat.Nombor tak ingat.Kalo tak dah boleh pegi tbeli hari nie.Menang 1st prize boleh sedekah kat rumah kebajikan anak yatim.

Tetiba peti mayat tue goncang-goncang.

Pintu peti mayat tue macam dah nak terbukak.Macam ada orang tendang-tendang dari dalam.

Dalam hati "Eh cilaka kau mayat nak bangun pulak"

Sebab seram sangat aku pun terus bangunkan diri dari tidur.

......................................................................................................

Lepas bangun dari tidur tue aku perasan yang tangan aku terhimpit bawah bantal sebab aku tidur mengiring.Ikut sunnah gaya tidur tapi waktu tidur ikut gaya masakini.

Jadi untuk hipotesis pertama aku agak 'kita akan mimpi seram jika tangan kita jadi kebas.'

Seterusnya aku juga teringat yang sebelum tidur aku lapar.Niat nak bangun sarapan nasi lemak lauk sotong memang dah diterapkan dalam hati sebelum tidur.

Maka untuk hipotesis kedua pulak dapat aku simpulkan 'semakin lapar kau sebelum tidur maka semakin seramlah kau mimpi'.

Ok aku dah kenyang sekarang.Nak tido balik.Bye!


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP