Bagaimana menulis blog mewujudkan keGEMBIRAan?
Share
Meh aku nak tanya kau orang...apa tujuan korang tulis blog ini sebenarnya? Untuk populariti? Kepuasan nafsu serakah? Atau sekadar menguji kemahiran mengarang?
Tujuan aku menulis blog ini sebenarnya adalah untuk menyampaikan sesuatu melalui medium penulisan.Cuba kalau aku sampaikan sesuatu melalui medium lakonan dewasa,agak-agak ada orang nak tonton tak?Bayangkan aku tidak berbaju,berseluar askar sedang berlari di gigi-gigi air....hahaha...cite lucah apa nie...
Ok! aku yakin korang mesti taknak tengok sebab aku tak cukup hensem untuk tandingi Farid Kamil tapi setakat Robert Pattinson tue aku tapau jer...
Jadi tak semua orang boleh berlakon walaupun berbakat (merujuk kepada diri sendiri).
Seterusnya,apakah keseronokan menulis blog?
Bagi aku,keseronokan menulis blog bilamana kau siap satu entri,pastu kau baca balik,kau tergelak sendiri dan tunggu orang komen cakap apa yang kau tulis itu menarik.
Buat orang tersenyum sebenarnya adalah satu tugas yang mulia.Cuba bayangkan kau baru saja dimarah bos sebab pakai seluar tido pegi kerja akibat bangun lewat tadi,lepas itu kau bukak blog aku dan kau baca aku juga terpakai boxer yang butang dah tanggal jer pergi kerja.
Contoh:Hari ini aku pergi kerja pakai boxer jer.Dah la butang dia tercabut.Nasib baik 'Naga' belum bangun tidur.Kalau tak mesti bos gantung diri akibat perasaan rendah diri.
Bagaimana?
Bila kau ada blog maka secara tidak langsung juga kau akan ada kawan blog.Kawan-kawan blog ini juga sebenarnya adalah sumber kekuatan aku dalam penulisan.Komen-komen mereka.Nama aku yang disebut dalam entri mereka.Wajah aku yang disuper-imposekan oleh mereka...ok fine! yang ini aku buat sendiri....semuanya adalah sumber kekuatan dalam penulisan blog aku.
Macam biasa,tak semua orang setuju dengan apa yang kau tulis.Contoh bila aku kutuk Myvi gemuk,confirm-confirm la Suria tak setuju sebab dia pakai Myvi dan dia juga gemuk! Wakakaka...
Maka kesimpulan yang aku boleh berikan di akhir entri ini ialah menulis blog bukan sekadar meluahkan perasaan,tapi memberikan KEGEMBIRAAN kepada yang membaca.
18 comments:
apa mksud naga?hahah
naga sial..hahaa
super impose siot muke robert patison tue..haha
asal memula da cite lucah..gay sial ko..haha
Haha..aku berblog untuk kepuasan diri, kepuasan orang lain datang bila kita ikhlas..hehe, lagi pun, dengan berblog takde orang nak halang kita dari meluahkan apa yang kita rasa, pendapat kita, tapi itu semua mesti mengikut landasan yang betul kan?
Penjelasan yang jelas dan menarik. I cannot agree less.
Niat yang baik pasti akan mendapat manfaat yang baik juga =D
Come read at my page, ok ;)
Apsal si Razi nie kacak sangat?
-Amy-
ha ah.betol.seronok buat org tersenym :D
sape yg ltk gmbr ko dlm entry dy ?
nmpk sgt razi jeles tk dpt jd pontianak pujaan....hahaha
hahaa.. razi wat org gelak pagi2 nih..
naga ke? Bukan anak naga?
wakakakak kali ni mmg klaka entry ko..ye2 btul pe ko ckp, alangkah bestnye klau dpt buat org lain gembira :)
tp aku tetap x sedih tgk bulu ketiak robert tu...die tetap ensemm!! :p
aku tanak komen yang part boxer tuh...speechless..hahahaha
aku berblog..sbb aku suke tulis..sbb nanti..satu hari...aku bosan2 aku boleh bace balik n aku yang akan gelak sensorang sampai sewel...aku tulis bukan untuk kepuasan orang..tapi kepuasan aku...dan if orang enjoy blog aku..ia hanya satu bonus untuk aku..
aku datang bace blog orang..aku suke..aku komen...dan now..aku suke life low profile aku ngan blog baru...tak di kenali best!hahaha
haa kau..cam dah buat entry kat blog nie..hahaha...
upss..bulu tiak..
i'm back..lalala..
tulis je la labu pe ko nk tulis..
aiyo pic tu spoil la.. x berkenan aku tengok tang 'semak' tu hohoho..
menulis untuk:
1. diri aku sndiri-kepuasan
2. rakan2 yang membaca
3. membebel
4. lepas tensi..
hehe...
yey!! kite gembira~~ =pp jalan2 jumpe blog! nak jd rakan blog bley??hahaha..bunyik cm desperate..haha..nice!!
tulis blog untuk hiburan diri sendiri jer bro .. naga istilah baru .. wakakkaka
Post a Comment