Permulaan lembaran baru dunia blog aku
Share
Secara tiba-tiba aku rasa seperti ingin mulakan hidup baru di dunia blog ini.Jadi aku ambil langkah drastik dan stupid untuk masukkan dalam draf semua post aku yang lepas.Nak delete sayang.
Kalau ada sesiapa yang jadikan aku idola,tampal poster gambar aku dekat bilik atau simpan gambar aku dalam dompet,mesti perasan yang aku dah lama tak update blog.
Aku gunakan alasan biasa penulis blog yang dah lama tak update.Sibuk.
Sekarang ini aku sibuk buat part-time jadi tenaga pengajar kurang ajar dekat sebuah pusat tuisyen terkemuka Jepun.
Jadi mungkin lepas ini cerita aku akan berkisar tentang formula matematik,teori Gauss, dan janjang arimetik sebab aku mengajar matematik.
Sehubungan dengan itu juga,segala tag dan sambungan cerita kira burn sebab aku dah masukkan dalam draft.Jadi jangan tuduh aku tak buat (padahal memang tak buat pun).
Terima kasih kerana sudi membaca blog ini dan mengikuti perkembangannya.
12 comments:
fu-yoh
macam baru!
tak rase mcm baru pun..lalalal
ko reti ngajar ke??
zi,aku cari ko kat street fair tadi.
tapi ko tade T_T
Erina:Hahaha...baru yang aku maksudkan bukan dari segi layout baru
Kimi:Kau akan rasa baru dari segi struktur ayat dan penggunaan tatabahasa
Zul:Hekeleh.Tengok orang la.
Innz:Mana aku pegi.Baik aku tido.
ok...dah print pic ko letak bawah bantal
hahahaha...
ko mengajar...??? biaq betoi, boleh ke...?? wahahahha... awat tetiba nk wat lembaran baru... pelik je... teettt....
perghhh..ptut nmpk mcm clean je blog ni hehe...
xpe2...mulakn sesuatu yg bru dgn smngt bru ek...slamat mengajar :)
Tengku:Hahaha...jgn bomohkan sudah.
Hanim:Apsal?Abdah yang muka samseng pun boleh jadi cikgu takkan aku yang muka skema badut nie tak boleh.
Sha:Huhuhu...dah takde entri lama-lama.Semua dah masuk draft.
esh.
ko telah menghampakan harapan peminat setia ko.
kejam tahu ?
T_T
Wakaka.Tampal poster gambar aku tak?Hahaha
sbb ak da tgk la ak tny..
Post a Comment