Monday, May 2, 2011

Warna-warna.

Share

Salah satu benda yang aku paling benci memikir ialah fikir nak pakai baju apa.

Seriously pemilihan pakaian ini penting sebab samada pengakhiran kau sangat gorgeous ataupun badut sarkas.

Bak kata adik aku yang quote kata-kata ini dari Albert Einstein (tak pasti benar atau tidak) "Jangan gunakan portion brain yang ada untuk fikirkan tentang baju".

Berbalik kepada diri aku,biasanya kesusahan memilih pakaian ini terjadi kalau aku terpaksa pergi majlis formal.Kalau dulu,nak pergi dating pun pecah kepala gak fikir nak pakai baju apa tapi sejak dah bertunang nie sarung saja apa yang ada.Kalau dah kahwin mungkin t-shirt pagoda pun kira dah ok ler.

Selain pemilihan baju,pemilihan warna juga sangat penting terutama bagi kaum wanita.

Aku tak pasti korang perasan atau tidak tapi warna-warna yang terang pada baju perempuan mampu menaikkan semangat mengawan kaum lelaki.Ala,'kawan' jer.

Terutama warna pink!

Tapi lelaki pun sesuai gak warna pink.Siapa kata pink itu milik mutlak wanita?

Jangan la beli boxer kaler pink ya wahai lelaki bila aku kata lelaki sesuai gak kaler pink.Tendang telo kang!

Atas sebab-sebab tertentu aku lebih gemar kaler hitam sebab lebih senang matching takyah pecah-pecah kepala.

Kereta kaler hitam,boxer kaler hitam,t-shirt kaler hitam...

Kulit pun dah hitam.

Sebenarnya aku tengah pening kepala fikir kaler untuk tema wedding.

Korang ada idea?

9 comments:

apek May 2, 2011 at 12:32 AM  

warna kelabu taik anjing..hahaha

Misshy Innz May 2, 2011 at 12:36 AM  

hijau putih , purple putih .
cantik wohh ~

fYZa May 2, 2011 at 12:36 AM  

ehh boipren aku ade jek boxer kaler pink,,xkan ko nak tendang telo die kot..hahahaha

yusuf May 2, 2011 at 2:48 AM  

wah2...nk kawen dh ek?
tahniah!

kaler pink pn ok la..
bukan slalu...hahaha

Kabusribut May 2, 2011 at 9:26 AM  

stdard biru la razi..biru gelap..~(tetiber aku bagi idea yang agak serius)..

kusiberjalan May 2, 2011 at 12:12 PM  

fushhooww!!! serba hitam.... hohoh! mak sy kate nikah jangan serba hitam kot t pas majlis terus berkabung...kahwen nek pelamin tak per...hohoh!

Nurhalawa Md.Yusof May 2, 2011 at 4:21 PM  

itam+merah memang chantek!

Afir May 2, 2011 at 9:20 PM  

wane hitam ah..tema wedding emo..ahahah

ladybug in rush May 6, 2011 at 11:36 AM  

GOLD senang match m.senang dapat..elegan~..nmpak mahal ..n ofcoz bile senang dpt..harga mura

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP