Tuesday, May 3, 2011

Seluar jeans saiz 30

Share

Hari ini aku keluar dengan cik tunang pergi jalan-jalan.Niat dihati nak beli seluar jeans baru sambil itu boleh dating sekali.

Macam biasa pergi tempat favourite kami dating dari mula-mula kenal sampai sekarang iaitu One Utama.

One Utama ini bagi aku memang best sebab boleh kata semua ada disini.Calon bini pun ada kalau pandai cari.

Lepas parking kereta terus berjalan pantas menuju ke GSC.Cik tunang yang jalan terkedek-kedek pun aku heret suruh berlari.Sian dia pakai kasut baru kaki melecet.Itula siapa suruh tak gigit kasut itu dulu.

Cadang mula-mula nak tengok Fast & Furios 5 tapi sejak dari mula beratur lagi dia dah tunjuk 'Selling Fast'.Jadi terpaksa rancang plan B kami berdua tengok cerita Thor.

Lepas tengok cerita Thor terus ajak cik tunang pergi kedai D.I.Y sebab nak beli tukul besi sebijik.Sambil itu fikir-fikir juga nak simpan jambang dan pakai baju besi pergi ofis besok.Cik tunang kata kalau badan macam papan toksah berangan nak jadi Thor.Aku terpaksa akur walaupun memberontak dari dalam.

Bila urusan makan dan solat dah setel terus pergi kedai Romp.Sebenarnya dari dulu lagi aku syak kedai ini khas untuk mat rempit.Tapi takpe pasal baju dia agak stylo juga baru la ada gaya-gaya Super Junior walaupun muka macam Rajnikhan.Lagi satu harga dia boleh tahan murah sesuai untuk orang miskin harta kaya budi bahasa macam aku.

Aku pun sauk selai seluar saiz 30.Cina yang jaga kedai itu bekalkan aku dengan selai lagi saiz 31.

Aku pun masuk fitting room terus try yang saiz 30 dengan yakin.Sekali nak zip tak lepas.Aku paksakan jugak dengan mengempiskan perut dan akhirnya berjaya.Tapi pakai dia sikit punya seksa.Dah la ketat lepas itu cawat dia pendek rasa senak telo aku bila tertarik.

Try pulak yang saiz 31.Ok skit tapi telo masih sakit.

"I try tengok yang lain dulu" cakap aku pada cina yang jaga kedai Romp.

Nak pergi kedai Levi's jauh,nak pergi Zara tak mampu jadi aku naik satu aras.

Try tengok dekat kedai Pull & Bear.Sebenarnya aku alergik sikit dengan kedai ini pasal dua tiga kali jugak aku nak terpegang kasut kulit babi.Kalau Puyat toksah cite la confiden saja duduk makan satu meja dengan supplier yang order babi.

Masuk kedai itu takde sorang pun layan tahu la muka orang miskin.

Terpaksa aku suruh cik tunang jadi pelayan carikan saiz seluar untuk aku.Aku usha sekeliling nampak ada awek promoter pakai baju hitam tengah kemas-kemas baju tapi nak panggil jauh.Mungkin sebab nampak aku macam ada minat nak membeli,sorang brader pakai baju hitam datang dekat kami terus aku tanya pada dia.

"Bang,yang ini saiz 30 ada tak?"

"Err...saya tak kerja sini"

"Ooo...ingatkan kerja sini sebab baju sama".Muka brader tue terus merah menahan segan dan aku pulak menahan malu.Cik tunang dah gelak-gelak sampai jatuhkan baju.Kurang asam betul.

Aku ambik saiz 30 terus berlari-lari anak ke fitting room.

Bila tiba giliran aku terus cabut seluar jeans yang aku pakai dan gantikan dengan seluar yang nak try.Sekali lagi aku rasa seluar itu ketat.Kalau tadi dekat Romp mungkin sebab seluar itu cawat dia kecik tapi kalau dah dua kali benda sama berlaku ini bukan cobaan.

Keluar fitting room terus aku capai yang saiz 31 pulak lalu try.

Akhirnya aku pilih saiz 31.

Tak sangka aku dah gemuk.

Nasib baik peha aku tak besar macam seseorang...keh! keh!

7 comments:

Afir May 3, 2011 at 8:18 AM  

ok gelak guling part tegur brade tu keje kat situ ker tak..ahahha

mari2 menguruskan bdn...

hari tu bru first time dlm idup jejak kaki kat ou..

AKU CHUN May 3, 2011 at 7:32 PM  

selamat menshopping seluar bersaiz baru. hahaha..

Ervina Razali May 3, 2011 at 9:46 PM  

uit! perli org ke???

suria May 4, 2011 at 2:20 PM  

vchbdhsdhsjddncdbdhgf..tak terasa pooonnnn...

weeehhhh baby la ko baby...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin May 4, 2011 at 11:17 PM  

Afir:Boroi la baru cool.Hahaha

Akuchun:Biasalah badan dah tough sikit.Keh Keh

Ervina:Terasa?

Suria:Lagi sorang terasa...hahaha

Rina AVAIL a.k.a cik betty May 8, 2011 at 12:39 PM  

belum kawin dah buncit nih..kena eksesais lah hehe

ceksumolek's May 12, 2011 at 12:05 AM  

hahaha.. owhh.. dah gemuk xmau ngaku! :P

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP