Monday, October 25, 2010

Kisah benar warga emas 'bunian' dan aku

Share

Sebenarnya tak mahu cerita takut nanti blog aku jadi sama taraf dengan Mastika tapi lagi elok sikit dari jadi Majalah Mangga yang memaparkan buah dada sebagai subjek fotografi.Kisah yang bakal aku sampaikan ini penuh dengan unsur mistik dan seram jadi kalau rasa lemah semangat aku cadangkan baca waktu siang di pejabat.Kalau takut ajak bos temankan sekali.

.............................................................................................................

Hari Sabtu yang lepas tatkala sesetengah dari korang sedang happy di rumah boleh bangun tengahari aku pulak bangun pagi-pagi sampai ofis kena maki.Kalau hilang sabar boleh kena kaki siapa yang maki tapi toksahlah ikut sangat rasa hati nanti mati.Macam pantun pulak bunyinya!

Masa terus berlalu dan dihabiskan dengan ulang-alik ke depan ke belakang sambil bawa sebatang pen dan sehelai kertas untuk nampak macam sangat sibuk dan sangat rajin.

Nak tampak lebih realistik sanggup balik dekat-dekat maghrib.Singgah sebentar di Petronas Olak Lempit yang merupakan satu-satunya benda paling maju disitu sebab menawarkan kemudahan mesin ATM.Singgah untuk isi minyak bukan nak jual minyak dekat awek kaunter walaupun selalu kena ngorat dengan mereka.

Sedang isi minyak tiba-tiba aku didatangi seorang makcik lingkungan umur 60-an.Sebenarnya sebelum masuk Petronas tadi aku dah perasan ada seorang makcik berdiri di antara mesin pam.Aku suspek ini mesti sindiket meminta sedekah menggunakan perempuan tua sebagai umpan.Jadinya aku buat-buat tak nampak saja.

"Kau nak pergi mana?" tanya makcik tue suara macam nenek kebayan.

"Ha?" aku kurang jelas pendengaran

"Makcik tanya kau nak pergi mana?" ulang makcik tadi.

"Saya nak balik rumah" jawab aku sambil senyum tawar.

"Rumah kau kat mana?" soal makcik tadi lagi

"Rumah saya dekat Klang" aku balas dengan penuh sopan dan beradab selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur

"Kau lalu Bukit Changgang?"

"Ha?"

"Kau lalu Bukit Changgang??"

"Oh! tak lalu makcik"

Makcik tersebut terus berlalu pergi bertanyakan kereta lain.Aku lihat setiap dari mereka tiada yang menghala ke sana.Mungkin ada yang menghala ke sana tapi atas faktor keselamatan ditipunya makcik tersebut.

Rasa tak sedap hati pulak.Terus teringat dekat atuk dan nenek aku di kampung.Hati serta-merta jadi sebak dan sayu lalu terus pasang niat "Kalau sampai aku habis isi minyak makcik nie tak dapat orang nak tumpang lagi,aku mesti tolong dia" semat dihati.

Mungkin dah memang suratan takdir,sampai aku habis isi minyak makcik tadi masih tak dapat nak tumpang sesiapa hatta Bangladesh naik basikal sekalipun.Mukanya kelihatan penat,entah dah berapa lama dia berdiri dekat situ.

"Kalau makcik nak tumpang,mehla saya hantarkan" pelawa aku kepada makcik tersebut.

"Terima kasih...terima kasih" berulang-ulang kali makcik tersebut mengucapkan terima kasih kepada aku.

"Pakai seatbelt yer makcik" beritahu aku sambil masuk ke gear 3.Kereta terus meluncur laju.Aku lihat makcik tersebut bukannya nak tarik seatbelt tue tapi dia selitkan kepala dia dalam seatbelt.Rasa nak tergelak pula tapi mungkin makcik tersebut orang miskin tak pernah naik kereta atau mungkin juga makcik tersebut samseng jalanraya naik kereta tak pernah pakai seatbelt.

"Nak turun dekat mana nie cik?" tanya aku

"Depan sikit...depan sikt..."

"Ok masuk simpang tue!" makcik tersebut memberikan arahan

Aku pun masuk la simpang tue.Dari jalan raya sampai ke jalan kampung sampai ke jalan kecik sampaila ke jalan tanah merah.Aku dah rasa tak sedap hati.Dahla waktu itu maghrib.

"Ha,berhenti dekat pokok Kedondong tue!" makcik tadi menunjukkan suatu arah yang aku pun bukannya tahu pokok Kedondong tue rupa dia macamana.

Aku perhatikan kawasan sekeliling memang takde rumah.Makcik tadi ucap terima kasih lalu terus pergi meninggalkan aku dalam keseraman....

.............................................................................................................

Tadi masa dekat ofis aku ceritakan pengalaman seram aku pada rakan-rakan ofis terdiri daripada seorang pelukis pelan,tiga orang kerani dan seorang tukang sapu.Mereka khusyuk mendengar cerita aku sampai habis.

Makcik tukang sapu pun bertanya camne rupa perempuan tue.

Aku bagi la description se-detail yang mungkin dari bentuk muka sampai la ke bentuk kuku.

"Lor,udah padanlah Wak Jenah boleh sampai kesitu.Kau yang ngantar dia rupanya" makcik tukang sapu berkata-kata.Aku jadi hairan.

"Kenapa dengan dia cik?"

"Dia tue gila.Hari Sabtu hari tue keluarga dia report dia hilang.Satu kampung cari dia last-last jumpa dekat kawasan kebunnya Wak Deris.Orang kampung kata dia dibawa orang bunian,ngko yang buniannya rupanya...keh! keh!"

"Cilakak!" kata aku didalam hati.

Wednesday, October 20, 2010

Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan

Share

Waktu minum petang memang sangat dinantikan oleh tukang mesin sekalian termasuk aku yang bukan tergolong dalam tukang mesin tapi nak juga sama-sama menantikan waktu minum petang.


Diwaktu inilah kami beramah mesra sambil menghirup air panas dihidangkan bersama kuih-muih tradisional.

Seorang tukang mesin lingkungan umur lagi 3 tahun nak pencen memulakan bicara...

"Kau sekolah tinggi kan?Kau jawab teka-teki nie?" soal dia kepada aku.

"Ha! Apadia?" ujar aku penuh keyakinan yakin dengan taraf pendidikan dan segulung ijazah yang diperolehi.

"Apa maksud 'rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan' " tanya beliau.

"Ala itukan sogan Najib" 

"Salah!"

"1Malaysia?"

"Salah!"

"Bla...Bla...Bla..."

"Salah...Salah...Salah!!"

"Ok apa jawapan dia?"

"Cakap tak serupa bikin!" jawab tukang mesin umur hampir pencen sambil berlalu pergi.




p/s: Korang faham tak?Kalau tak faham cuba baca dua tiga kali.Kalau tak faham jugak tanda dah benak kepala otak!



Tuesday, October 19, 2010

Anda ada masalah?Apa-apa masalah juga boleh diselesaikan.Baca cerita ini!

Share

Seringkali bila kita rasa dah kuat dan pandai,maka timbul perasaan takbur dan angkuh.Bagi yang bernasib baik,Allah sayangkan maka diberikannya peringatan.Cuba kalau yang Allah biarkan saja dalam kesesatan,apa jadi?Masuk neraka la apa susah sangat nak guna Google cari jawapan.

Hari itu bontot aku panas.Bukan sebab kena liwat atau sebab ada orang panggang nak buat bontot salai tapi ada 14 helai dokumen penting dah hilang dari jagaan aku.Puas aku selongkar sana-sini sampai dalam tong sampah semua aku cari.Cuma lubang cacing aku tak check sebab tak logik.

Satu dokumen itu mewakili nilai barang berharga 1000 lebih.Kiralah kalau ada 14 helai yang hilang,tak ke 14000 lebih?Mati aku kalau hilang.Jual body belum tentu dapat ganti.

Aku dah mati akal.Puas aku cari.Waktu itu titis-titis air jernih dah bertakung dimata.Mujurlah aku lelaki masih dapat menahan.Cuba kalau aku separa lelaki,mesti dah meleleh.

Aku stop semua kerja terus lari keluar ofis.Keluarkan sebatang rokok dan tarik sampai ke otak.Kalau boleh biar paru-paru hitam terus masuk hospital nanti takdela bos tanya pasal dokumen tue.

Sambil hisap rokok,otak aku ligat berfikir kat mana aku letak dokumen tue.

Last sekali memang dah tak muncul apa-apa dalam kepala otak,terus aku habiskan sedutan terakhir dan masuk balik ofis.Ambil wudhuk dan buat solat hajat mintak petunjuk dan mohon keampunan dariNya.

Allah akan beri dalam 3 cara...

Yang pertama,Dia akan terus beri on the spot.

Yang kedua dia tak bagi yang itu tapi Dia beri yang lebih baik.

Yang ketiga,Dia akan beri pada masa yang sesuai...

.............................................................................................................

Elok jer hari ini datang customer bagi dokumen yang hilang tue kat aku.Padahal sebelum nie dia dah bagi dokumen tue kat aku entah camne boleh ada dekat dia balik.

Nampak tak moral dari cerita ini?Kalau tak nampak tanda hati dah mati.

Friday, October 8, 2010

Ku palit taik ke mukamu,maafkanku...

Share

Hari itu cuaca panas.Tapi bagi mereka yang beriman macam aku,benda-benda begini macam takde hal.Ala,dekat neraka nanti lagi panas kata member aku.Huh! ayat macam nak masuk neraka jer.


Lepas makan,aku rasa lain macam.Rasa perut memulas.Rasa macam tali pusat bersimpul.Ini serius! kata Ming Ming.Aku yakin jalan penyelesaian paling mudah ialah dengan buang air besar.

Sebab nak balik bilik aku agak jauh,aku pinjam tuala member aku dulu.Menda nak buang air besar ini lebih selesa pakai tuala saja.Masuk tandas terus bogel.Janji takde member perangai laknat bakar mercun time kau berak.



.............................................................................................................



Selesai melepaskan hajat,tibalah masa untuk beristinjak.Dengan muka penuh kelegaan,aku buka paip untuk pengaliran air berlaku agar proses istinjak dapat dijalankan.Malangnya,air yang keluar hanyalah titisan kecil.Banyak lagi air ludah aku kalau gini.

Aku pun termenung sebentar.Takkan nak keluar bogel lalu cebok dekat sinki.Mahu jatuh pengsan member aku tengok bentuk badan model seluar dalam.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk sarung tuala dan keluar berlagak tenang.Terpaksa jalan jauh sikit untuk istinjak di tandas lain.

"Nah tuala kau!" sambil aku campakkan tuala tadi ke muka member aku.

Member aku bukak baju terus sarung tuala tadi buat mandi.Lepas mandi aku tengok dia kesat-kesat muka dia pakai tuala tue.Tak sampai hati aku nak bagitahu yang mungkin ada calit-calit tahi dekat tuala tue.

Malam itu,aku basuh tuala dia senyap-senyap waktu dia tidur.Karang tak sah sembahyang dia satu hal pulak aku nak tanggung dosa dia.




p/s:Nama mangsa,tempat kejadian dan masa terpaksa dirahsia demi menjaga nyawa aku.Gila kau mau kena tikam aku kalau budak tue dapat tahu!


Tuesday, October 5, 2010

Misteri stor belakang kilang aku kerja

Share

Dekat belakang kilang aku ada satu stor lama yang dah tak pakai.Disitu mereka simpan barang-barang dan dokumen 10 tahun lepas punya cerita tunggu masa saja nak lupus.


Sebab aku orang baru dalam kilang tue jadi mereka semua pakat-pakat buli suruh aku buat kerja-kerja amal cari kertas yang masih boleh recycle punya la nak potong kos.

Bila bos suruh aku pergi,semua pakat-pakat senyum kambing dekat aku.Paling cilaka bila ada yang peluk sambil pura-pura nangis cakap "Aku sayangkan kau wei...".

Berbekalkan satu lampu picit,kasut keselamatan dan juga jaket,aku memecah masuk stor macam bomba nak selamat orang terperangkap runtuhan bangunan.

Dalam stor,aku suluh-suluh dinding cari suis tapi bila klik tak berfungsi padanla mereka bagi aku lampu picit.

Bermula dengan satu kotak bertarikh tahun 2000.Waktu itu aku dalam tingkatan 2.Aku pun selongkar lebih kurang takde mananya bos aku nak pantau buat kerja-kerja begini.Pencarian kertas diteruskan ke kotak seterusnya.Agak-agak dapat tebal satu buku panduan telefon aku chow la.

Sedang aku syok terabur-teraburkan kertas,tiba-tiba bulu roma aku meremang.Lantas itu juga aku dengar suara perempuan menangis.Ala,ini yang buat aku nak menangis sekali.Mulanya suara itu perlahan makin lama,makin kuat.Terus aku teringat kata-kata seorang kawan masa zaman Jahiliyah pesan "Kalau suara 'dia' makin perlahan,itu tandanya 'dia' makin dekat.Kalau makin kuat itu tandanya 'dia makin jauh la".Tapi masalahnya sekarang aku makin takut camne?

Aku...Read More




Monday, October 4, 2010

Pengalaman saya ambil PMR

Share

Hari ini rata-ratanya topik perbualan dalam radio berkisar kepada PMR.Atas sebab ikut arus semasa maka aku pun nak bercerita pasal PMR.


Beberapa minggu sebelum aku nak PMR,budak-budak perempuan yang mana lemah semangat pakat-pakat habis kena histeria pasal dua tahun setengah sibuk bercinta tinggal lagi sebulan baru nak cover semua.Yang budak lelaki semuanya rilek jer macam hari-hari biasa sebab akal kami ada 9 lagi-lagi budak kelas akhir macam aku.

Aku sama macam budak lelaki yang lain.Menda dah belajar 3 tahun takkan la takleh jawab jangan la bengap sangat banyak makan kepala ikan.

Malam sebelum nak periksa aku ponteng prep tido dalam dorm,kalau nak ikut jadual asrama memang tak cukup tidur la gamaknya.Ini semua demi masa depan aku,bukannya warden asrama.

Petua Dr.Fadhilah Kamsah memang aku follow tak miss satu step pun.Dari langkah kanan sampai la call makbapak sebelum masuk dewan semuanya aku ikut.

Bilamana pengawas kata boleh mula,terus budak-budak lain cepat-cepat buka kertas takut masa tak cukup.

Aku pulak bukak perlahan-lahan pastu tengok semua soalan sambil dalam hati berkata "Dua tahun setengah aku belajar cuma nak jawab 40 soalan?Rasa macam tak berbaloi sangat".

Kertas-kertas Bahasa Melayu,English,Sejarah,Sains,Matematik itu semua memang aku yakin boleh dapat A.Masalah sekarang ini pada dua kertas yakni Geografi dan juga Bahasa Arab.

Aku memang tak minat Geografi sebab tak reti baca peta.Kadang-kadang boleh salah tunjuk Malaysia dekat Nepal.Itu belum campur lagi kalau dia tanya padi huma takpun Banjaran Crocker dekat mana.

Untuk subjek Bahasa Arab,memang aku dah pasrah saja.Mak aku pun tak menaruh harapan tinggi pasal tahu pencapaian anaknya dalam bidang nahu dan fiil.

Tibalah hari yang dinanti,kertas yang dibenci yakni Geografi...

Lima minit peperiksaan bermula aku lukis peta Malaysia dekat kertas sambil tanda-tanda kawasan pertanian.Sedang aku lukis peta Malaysia sampai jadi macam karipap,datang pengawas peperiksaan tegur kasut aku.

"Eh,ini bukan kasut sekolah.Ini kasut sukan.Esok saya tahu kamu pakai kasut sekolah"

"Inilah kasut sekolah saya cikgu.Saya mana ada kasut lain" jawab aku sambil buat muka macam anak orang miskin.

Mungkin simpati dengan muka aku padahal tak tahu sudah kena kencing cikgu tadi pun senyum lantas berkata "Esok pakai kasut lain ya?Kalau takde pinjam kasut kawan kamu"

Esoknya paper Bahasa Arab,fiil entah kemana,nahu dah merayau tinggal nehi,aku masih pakai kasut yang sama.Celah mana nak tukar baik aku fokus pada ajaran Dr.Fadhilah Kamsah,abaikan benda yang lain.

Tapi yang hairannya,kali ini cikgu tue takde tegur.Dia cuma senyum saja masa passing kertas.Entah kenapa hati aku berdebar pula.Adakah ini yang dinamakan cinta?

Aku cuba jawab sehabis baik.Habis selawat keatas nabi dan juga istigfar aku ucapkan punya la cuaknya kertas Bahasa Arab.

Sambil jawab,mata aku kerling kearah cikgu tadi.

Sekali cikgu tue tengah perhatikan aku.Bila aku pandang dia,terus dilarikan pandangannya ke arah lain macam  malu-malu kucing.Nampak blushing gitu dari sudut pandangan tepi.

Hati aku mula tak tenteram.Dalam hati dah fikir camne la kalau ada skandal dengan guru.

Mujurlah tiada apa yang berlaku selepas itu.Cuak juga kalau tetiba cikgu tue nak mintak no. fon, masa itu mana ada handphone lagi public phone ada la.

Berminggu berlalu,keputusan PMR akan keluar hari itu tapi sedikit perasaan cuak pun takde.Yang ada cuma perasaan best pasal lepas balik karang nak main Counter-Strike dekat CC ramai-ramai.

Bilamana dapat slip PMR,terus aku kira bilangan A.Sekali tak cukup 9 la bilangan A.Geografi dapat B,Bahasa Arab dapat C.Terus call mak aku sambil buat suara macam nak menangis dan penuh penyesalan lepas nie janji akan belajar rajin-rajin padahal tengah kumpul ramai-ramai bincang siapa nak jadi terrorist siapa nak jadi polis.

Pesanan abang Razi kepada adik-adik yang ambil PMR,jangan takut dengan PMR sampai histeria bagai.Kau dapat 9A belum tentu nanti kau keje gaji kau 9 ribu.Buat yang terbaik tapi enjoy saat itu.Kau takkan ambik PMR dua kali!


Sunday, October 3, 2010

Ruangan gosip Sok Sek

Share

Semalam memang ramai nak mampus orang datang rumah terbuka aku sampai aku rasa nak terajang jer sapa-sapa yang masuk jer terus haram taknak bersalam dengan aku yang tercongok depan gate.Jangan la sombong sangat brader.Datang rumah orang taknak salam tuan rumah apa cer?


Tapi member aku yang datang tak ramai pun,ada beberapa kerat jer.Yang ramai sedara-mara dari pangkat atuk sampai la ke cucu serta member-member adik aku.

Best juga cuci mata tengok member adik tapi kena hati-hati nanti kantoi kesian adik aku member dia cakap "Weh abang kau usha aku weh.Pervert gila!!"

Dalam pukul 1 lebih gitu,Ajib datang rumah aku dengan kawan dia.Rasa terharu sangat terus jadikan dia 1st dekat ranking bff Facebook.Aku pun layan dia sebaik mungkin sambil pamerkan tarian tiang menggunakan tiang khemah,tak pasti la dia terhibur ker tak.

"Eh,itu bukan Ustaz Ezan (bukan nama sebenar) ke?" Ajib soal aku langsung tak hirau tarian tiang dan goyang gerudi yang aku persembahkan.

"Eh manada" aku jawab tanpa tengok pun.

Selang beberapa minit lepas itu,aku pun tengok la balik siapa yang dtunjukkan Ajib tadi.Sekali memang betul daa Ustaz Ezan.

Untuk kepastian,aku tanya mak aku tentang hal tersebut dan mak aku memastikannya.

Dengan langkah kemas,aku berhati-hati berjalan ke arah beliau.

"Ustaz Ezan"

"Ya saya?"

"Dulu mengajar dekat SMKA?"

"Ya??"

"Saya anak murid Ustaz!!!" 

"Oooo.........."

Secara automatik terus teringat kembali kenangan masa tingkatan satu.Ustaz Ezan nie dia mengajar aku Bahasa Arab.Dalam kelas dia aku selalu blur-blur.Yerla asyik cakap Jawa tetiba suruh cakap Arab memang la terbelit lidah.Macam ada hari itu,Ustaz Ezan suruh aku buat ayat dalam bahasa Arab "Kamu makan apa?".Pastu aku pegi bantai jawab "Manada saya makan apa-apa".Dah berdekah-dekah budak nie gelakkan aku.Ustaz Ezan senyum jer sedang aku masih blur apsal diorang gelak.

Ustaz Ezan nie bini dia mengajar dekat situ juga.Sama juga,ajar Bahasa Arab.Aku suka juga bini dia mengajar,ada unsur kelakar dan comel.Nama bini dia Ustazah Mah (bukan nama penuh).

"Kamu sekolah agama kat situ sampai tingkatan berapa?" soalan Ustaz Ezan memecah putaran memori aku.

"Saya belajar kat situ sampai tingkatan 3 jer Ustaz.Tingkatan 4 saya sekolah dekat Seremban" jawab aku jujur.

"Ooooooooooooooooooo................" jawab Ustaz mungkin faham perubahan aku yang semakin rock (celah mana Rock?)

"Itu bini saya!" Ustaz Ezan tunjuk ke arah seorang wanita tapi............itu bukan Ustazah Mah (bukan nama penuh).

Tersenyum dan berlalu pergi.

Mana ustazah Mah?


Update:Masa breakfast tadi mak aku cerita yang Ustaz Ezan dan Ustazah Mah dah bercerai.Ustazah Mah menuntut ilmu songsang dan beliau berkahwin dengan Tok Guru beliau secara maya (aku tak pasti secara maya itu guna Facebok ker).Akibatnya,Ustazah Mah menuntut cerai dari Ustaz Ezan...Wallahualam...


Friday, October 1, 2010

Kisah realiti mangsa penculikan bunian

Share

Hari ini sewaktu makan malam bersama mak aku dan adik-beradik,entah macamana tertimbul cerita pasal pakcik saudara aku yang misteri.


Ceritanya begini,sewaktu beliau umur belasan tahun,beliau gemar merayau-rayau serata kampung.Suatu hari,tiba-tiba beliau hilang tak balik-balik rumah.Perkara tersebut telah menyebabkan satu kampung heboh dengan kehilangannya.Mujur tiada siaran tv mahupun Karam Singh Walia membuat liputan.

Setelah 3 hari 2 malam operasi pencarian dilakukan,akhirnya orang kampung ketemu pakcik saudara aku sedang duduk diatas batu berdekatan pantai yang jaraknya hampir 10km dari rumah.

Kesan dari kejadian itu,pakcik aku langsung tak bercakap sepatah haram pun.

Berikutan itu,bomoh-bomoh handal seantero kampung dipanggil bagi menyelesaikan masalah.Rata-rata mereka mendiagnosis dengan mengatakan pakcik aku pergi ke kampung bunian dan juga disorok hantu tetek.

Selain tidak boleh bercakap,tahap IQ pakcik saudara aku juga menjadi rendah kesan daripada peristiwa tersebut.Benda paling 'intelligent' dia boleh buat ialah angkat kain dijemuran.

"Kenapa pergi kampung bunian dia terus takleh cakap?" aku bertanya kepada mak aku.

"Sebab dia dah makan masakan orang bunian" jawab mak aku.

Benda-benda ghaib nie memang diluar jangkauan pemikiran kita tapi aku masih berpegang teguh bahawa setiap yang berlaku pasti ada penerangan saintifik disebaliknya.Mungkin sesuatu yang kita belum tahu lagi.Cuba tahun 1800 kau cerita dekat orang kampung pasal Iphone4,mesti diorang kata kau gila!

Lantaran itu,aku pun menjalankan sedikit siasatan punca kenapa pakcik aku jadi begitu...







Kesimpulan yang aku dapat...





Ceh! Padan la dia takleh cakap.Cuuuuuuuuuunnnnnnnyyaaa!!


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP