Sunday, October 3, 2010

Ruangan gosip Sok Sek

Share

Semalam memang ramai nak mampus orang datang rumah terbuka aku sampai aku rasa nak terajang jer sapa-sapa yang masuk jer terus haram taknak bersalam dengan aku yang tercongok depan gate.Jangan la sombong sangat brader.Datang rumah orang taknak salam tuan rumah apa cer?


Tapi member aku yang datang tak ramai pun,ada beberapa kerat jer.Yang ramai sedara-mara dari pangkat atuk sampai la ke cucu serta member-member adik aku.

Best juga cuci mata tengok member adik tapi kena hati-hati nanti kantoi kesian adik aku member dia cakap "Weh abang kau usha aku weh.Pervert gila!!"

Dalam pukul 1 lebih gitu,Ajib datang rumah aku dengan kawan dia.Rasa terharu sangat terus jadikan dia 1st dekat ranking bff Facebook.Aku pun layan dia sebaik mungkin sambil pamerkan tarian tiang menggunakan tiang khemah,tak pasti la dia terhibur ker tak.

"Eh,itu bukan Ustaz Ezan (bukan nama sebenar) ke?" Ajib soal aku langsung tak hirau tarian tiang dan goyang gerudi yang aku persembahkan.

"Eh manada" aku jawab tanpa tengok pun.

Selang beberapa minit lepas itu,aku pun tengok la balik siapa yang dtunjukkan Ajib tadi.Sekali memang betul daa Ustaz Ezan.

Untuk kepastian,aku tanya mak aku tentang hal tersebut dan mak aku memastikannya.

Dengan langkah kemas,aku berhati-hati berjalan ke arah beliau.

"Ustaz Ezan"

"Ya saya?"

"Dulu mengajar dekat SMKA?"

"Ya??"

"Saya anak murid Ustaz!!!" 

"Oooo.........."

Secara automatik terus teringat kembali kenangan masa tingkatan satu.Ustaz Ezan nie dia mengajar aku Bahasa Arab.Dalam kelas dia aku selalu blur-blur.Yerla asyik cakap Jawa tetiba suruh cakap Arab memang la terbelit lidah.Macam ada hari itu,Ustaz Ezan suruh aku buat ayat dalam bahasa Arab "Kamu makan apa?".Pastu aku pegi bantai jawab "Manada saya makan apa-apa".Dah berdekah-dekah budak nie gelakkan aku.Ustaz Ezan senyum jer sedang aku masih blur apsal diorang gelak.

Ustaz Ezan nie bini dia mengajar dekat situ juga.Sama juga,ajar Bahasa Arab.Aku suka juga bini dia mengajar,ada unsur kelakar dan comel.Nama bini dia Ustazah Mah (bukan nama penuh).

"Kamu sekolah agama kat situ sampai tingkatan berapa?" soalan Ustaz Ezan memecah putaran memori aku.

"Saya belajar kat situ sampai tingkatan 3 jer Ustaz.Tingkatan 4 saya sekolah dekat Seremban" jawab aku jujur.

"Ooooooooooooooooooo................" jawab Ustaz mungkin faham perubahan aku yang semakin rock (celah mana Rock?)

"Itu bini saya!" Ustaz Ezan tunjuk ke arah seorang wanita tapi............itu bukan Ustazah Mah (bukan nama penuh).

Tersenyum dan berlalu pergi.

Mana ustazah Mah?


Update:Masa breakfast tadi mak aku cerita yang Ustaz Ezan dan Ustazah Mah dah bercerai.Ustazah Mah menuntut ilmu songsang dan beliau berkahwin dengan Tok Guru beliau secara maya (aku tak pasti secara maya itu guna Facebok ker).Akibatnya,Ustazah Mah menuntut cerai dari Ustaz Ezan...Wallahualam...


14 comments:

cKyN WaN October 3, 2010 at 9:26 AM  

ko memang kena jadik penyambut tetamu dekat gate ke? hahaha

tengku_fir21 October 3, 2010 at 9:56 AM  

hahah..tak jemput pun.....

zFi October 3, 2010 at 10:36 AM  

serius ke cerite yang mak ko cite tuu oi?? wahhh takutnyee ustaZAh pun boleh ye jadi macam tu. ish ish ish. oi ko tak cerite laa pulak kan aku yang penat2 datang umah ko jalan kaki nihhh hahahahah

Gadis H October 3, 2010 at 10:56 AM  

cam sedih plak dpt tau kesah ustaz n ustazah tu . aku still igt lg cara ustaz tu ngajar (walaupun kdg agk bosan) n kecomelan ustazah tu . huhuhu

Narina Joe "Najo" October 3, 2010 at 11:03 AM  

"..aku tak pasti secara maya itu guna Facebok ker..."

haha...cis...macam harammm

DuniakuAbstrak October 3, 2010 at 11:46 AM  

sian ustazah mah

NUke_Rude October 3, 2010 at 1:54 PM  

hahahha. kalo aku jd classmate ko pun, sure aku gelak.
haha.

azie October 3, 2010 at 2:07 PM  

r y sure razi..oh aku lupe name sebenar ustat tuh..

Hidayah Hanif October 3, 2010 at 4:23 PM  

uit razi..kempunan kitorang nak tgk ko wat tarian tiang..huhuu..kitorng ni ko tak cite plek ehhh...weeeihhh..btol ke ajaran songsang tu weihh????

shima October 3, 2010 at 6:10 PM  

ish, mcm xpecaya plak cite ustazah mah tu. sedihnye dgr. :(

milah hasan October 4, 2010 at 9:46 AM  

hoh?!

suria October 4, 2010 at 10:47 AM  

laju je update cite panas2 ni nyahh..
aww..suke i tau!
weh, aku mmg nk sgt p umah ko yg 3 tingkat tu (sbb ko ajak gadis2 je kan), mmm..tak xdpt makan pun xpe, jnj ade tarian tiang khemah kau..
hahahahahaha..

fana October 4, 2010 at 2:11 PM  

Wah... adakah penambahan huruf "I" pada akhir kalimah nma ustaz tersebut.... Eh~......????


Ustazah Mah, aku tak dapat ingat...

KE, COP...

Nama Ustazah Mah tu ade macam nama kawan kite ke???

hanna manSeez October 5, 2010 at 11:07 AM  

kes ko kena wat ayat pasal makan tu, aku ada di tempat kejadian..sgt3 tak leh blah..

tp, aku pun betullah tak percaya kesah mereka..

takkanlah..

hmm..wallahualam~

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP