Tuesday, October 5, 2010

Misteri stor belakang kilang aku kerja

Share

Dekat belakang kilang aku ada satu stor lama yang dah tak pakai.Disitu mereka simpan barang-barang dan dokumen 10 tahun lepas punya cerita tunggu masa saja nak lupus.


Sebab aku orang baru dalam kilang tue jadi mereka semua pakat-pakat buli suruh aku buat kerja-kerja amal cari kertas yang masih boleh recycle punya la nak potong kos.

Bila bos suruh aku pergi,semua pakat-pakat senyum kambing dekat aku.Paling cilaka bila ada yang peluk sambil pura-pura nangis cakap "Aku sayangkan kau wei...".

Berbekalkan satu lampu picit,kasut keselamatan dan juga jaket,aku memecah masuk stor macam bomba nak selamat orang terperangkap runtuhan bangunan.

Dalam stor,aku suluh-suluh dinding cari suis tapi bila klik tak berfungsi padanla mereka bagi aku lampu picit.

Bermula dengan satu kotak bertarikh tahun 2000.Waktu itu aku dalam tingkatan 2.Aku pun selongkar lebih kurang takde mananya bos aku nak pantau buat kerja-kerja begini.Pencarian kertas diteruskan ke kotak seterusnya.Agak-agak dapat tebal satu buku panduan telefon aku chow la.

Sedang aku syok terabur-teraburkan kertas,tiba-tiba bulu roma aku meremang.Lantas itu juga aku dengar suara perempuan menangis.Ala,ini yang buat aku nak menangis sekali.Mulanya suara itu perlahan makin lama,makin kuat.Terus aku teringat kata-kata seorang kawan masa zaman Jahiliyah pesan "Kalau suara 'dia' makin perlahan,itu tandanya 'dia' makin dekat.Kalau makin kuat itu tandanya 'dia makin jauh la".Tapi masalahnya sekarang aku makin takut camne?

Aku...Read More




17 comments:

Miss Fireflies October 6, 2010 at 12:02 AM  

dah apa yg misterinye razi oit?ekekke

Ervina Razali October 6, 2010 at 12:19 AM  

speechless gile tgok pic tu...
ee....rs nk tampo je laju laju....

eizy_noor_izza October 6, 2010 at 12:35 AM  

aku...... rasa nak luku pale ko buat aku terpesona sbb baca entry ni kul 12 mlm yg sunyi sambil dgr anjing menyalak

Miss Shizu October 6, 2010 at 12:49 AM  

vorrrrrrngoookkkkkkkkkkkkkksssssssssssssssssssssssssssssss....rase nk sepak ko lelaju pastuh langgar ngan stemrol.....

Ajim October 6, 2010 at 1:33 AM  

ko keje katne zi?

farahh October 6, 2010 at 1:38 AM  

ahhh.. emmit. aku tak tekejut pon, sbb rumet aku yg tgk. lepas aku klik, aku g dapor jap, sekali die yg tergamam. hahahaha xD


mcm gampangggg ;P

farahh October 6, 2010 at 1:38 AM  

*emmit = demmit. typo lak. ahh

Anonymous October 6, 2010 at 1:40 AM  

nsib aik gambo tu ak bkk new tab. ade tulih kat atas tu amende. trus ak tak bkk. dala dekat nak kul 2 ni. siot.

DuniakuAbstrak October 6, 2010 at 2:07 AM  

cam haram

suria October 6, 2010 at 8:18 PM  

keje ko dah mcm penggali kubur dah.

..Syazwana.. October 6, 2010 at 11:22 PM  

fine...
terkena..
huhu

~Kak AZZ~ October 7, 2010 at 12:10 AM  

Huuwwaaaaa......

Akak ter-klik kat Read More tu.... Ingatkan ada lagi sambungan citer tu... Sekali keluar gambar pocong.... Terus akak pandang tingkap.. Dah la lappy ni ngadap kat tingkap tu...

alahaaaiiii... huhuhu...

Lady.Rouge October 8, 2010 at 2:09 AM  

Haha. Read more la sangat. Mujor aku bijak, bukak new tab, then, bace komen dulu, sbb kau ni razi, bukan boleh buat kire. HAHA

fndrocka October 12, 2010 at 7:58 AM  

Apa cerita sebenarnya ni

wimie October 17, 2010 at 10:07 PM  

hahaha.nsb baik br pkul 10.

Emma Halos October 18, 2010 at 2:33 PM  

demit!

Fatin Al-Rajeh October 23, 2010 at 7:01 AM  

terbaik la razi !! seb baik aku bukak pagi2. kehkeh. takde la cuak sgt.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP