Sunday, September 5, 2010

Ucapan selamat hari raya dari Razi untuk anda semua,pembaca yang tercinta dan disayangi.

Share

Boleh kata bila saja nak raya,semua benda akan bertukar baru.Langsir baru,Sofa baru,Kereta baru.


Aku saja yang bertukar kerja baru.

Dan atas sebab bertukar kerja baru,secara automatiknya hak asasi aku sebagai pekerja akan tercabul dimana tak dapat cuti panjang.

Jadi nilai raya tahun ini pada aku kurang berharga.

Tapi kira orait la jugak tak kena kerja masa raya pertama.Kalau tak mahu aku menangis sambil sembahyang raya bersama-sama rakan kerja Bangladesh.

Jadi dikesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari tangan dan kalau tak cukup boleh tambah kaki memohon seribu kemaafan dan keampunan atas segala silap dan salah sepanjang korang berada di blog ini.Biasalah,yang hensem itu datangnya dari Allah,yang buruk itu datangnya dari korang...hahaha...eh sori baru jer minta maaf.

Aku harap korang bergembira.Taknak ada yang sambut berduka.

Pesanan aku:

1.Bawa kereta hati-hati.Tak macho pun bawa kereta laju-laju kecuali muka kau macam aku.

2.Jangan makan terlebih.Nanti dah gemuk mungkin tak apa tapi kalau dah sakit padan muka.

3.Jangan lupa sembahyang raya.Apa pemalas sangat kau nie sembahyang raya pun taknak aku sebat kang!

4.Jangan lupa jemput aku datang rumah! (Pesanan ini tertakluk kepada gadis-gadis sahaja)

5.Jangan merempit.Dari kau merempit baik kau makan kuih samprit.

Dah la.Selamat Hari Raya! Aku balik Johor hari Khamis lepas kerja.Balik Klang semula hari Ahad.Siapa-siapa nak konvoi atau tumpang boleh bagitahu awal-awal.Peraturan masih sama,hanya tertakluk kepada gadis-gadis sahaja.Yang separa gadis jangan mengada buat muka manja.







12 comments:

Ervina Razali September 5, 2010 at 4:22 PM  

kad raye???

Duniakuabstrak September 5, 2010 at 4:28 PM  

duit raya??

NUke_Rude September 5, 2010 at 5:44 PM  

kuih raya?

farah si monster September 5, 2010 at 6:56 PM  

lagu raya??


















eh, apsal aku terikut2 rentak komen diorang?? errr

pinkiss September 5, 2010 at 7:09 PM  

selamat hari raya.

Miss Shizu September 6, 2010 at 12:40 AM  

incik razi, awk nh cekgu ke ta sebenarnyer?aku cam kompius jek...

Daisy September 6, 2010 at 1:14 AM  

hantu raya?

Ieqa Swetluv September 6, 2010 at 3:40 AM  

balik johor singgah uma aku kat segamat okies huhu


banyak sungguh persoalan kat sini huahua

milah hasan September 6, 2010 at 10:02 AM  

aku nk tompang boleh? bayan lepas-tanjong karang? XD

ザ-sylver- S September 6, 2010 at 3:44 PM  

selamat hari raya,
makan lemang. kuih samprit serta kuih siput babi tu, ingat2 lah orang di sini..

Ajim September 6, 2010 at 7:51 PM  

Selamat hari raya. Nanti buat la rumah terbuka. Boleh aku datang sekali lagi.

WeSellButtonBadge September 7, 2010 at 12:15 AM  

selamat hari raya encek bulu..

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP