Thursday, September 2, 2010

Pengalaman sesat di kampung macam kanibal tatkala waktu hampir berbuka

Share

Jam dah pukul 6.30 petang.Rata-rata staff lain semua dah pulang seawal jam 5.30 petang tadi.Tinggal bos dan aku yang bakal ganti tempat dia masih menghadap komputer.Biasalah,teknik paling mudah nampak rajin dimata bos ialah pulang lewat pura-pura rajin.

Menyedari hakikat yang aku bakal berbuka puasa dalam kereta,cepat-cepat aku kemas meja dan punch card.Kejar dunia sangat pun bukan bawa mati.Sekadar menganti masa-masa yang aku gunakan bersembang agar duit gaji lebih barakah dapat tukar rim dan simpan sikit-sikit buat kahwin.

Macam biasa,jalan utama pulang ke rumah memang disapu jem.Semua gara-gara lori yang membawa muatan tapi tak sedar diri.Kalau perumpamaannya macam orang gemuk,dah tahu gemuk pergi ke tepi la bagi orang kurus nak lalu.Sori orang gemuk!

Tuhan nak permudahkan hambanya yang tawaduk dalam menjalankan ibadah puasa,Dia nampakkan aku pada satu laluan singkat ikut kampung.

Jalannya kecik tapi memang takde kereta,lori apatah lagi.Aku yang tak pasti terus ikut belakang sebuah Harrier kaler hitam.Kalau ikut kiraan aku,pakai kereta mahal mesti duduk area Damansara jadi dia mesti akan lalu depan rumah aku walaupun aku bukan duduk Damansara.

Ternyata kiraan aku betul cuma bahagian yang dia duduk Damansara itu aku tak pasti.Kereta itu memang menghala ke Klang.Terus aku follow blog dia.

Nak dijadikan cerita,ada sebuah Myvi potong aku (serius rasa hina gila bila Myvi potong...hahaha).Akibatnya,kereta Harrier tadi hilang dari pandangan.

Macam orang hilang pedoman,aku bergantung kepada satu-satunya survival kit yakni instinct.

Jalan yang mulanya macam nak besar tiba-tiba lebih kekampungan.Makin lama makin kecik.Hati dah tak sedap tapi sebab puasa jadi unsur carut cuma wujud dalam hati memaki Myvi tadi.

Sampailah aku pada satu jalan yang depannya kebun kelapa sawit jadi kedepan lagi memang takde jalan.Ada dua tiga orang pakcik pandang aku muka macam kanibal seolah-olah berkata "Sedap daging budak nie buat sup!".

Aku yang percaya ketentuan Illahi terus saja tanya pada pakcik kanibal itu..."Pakcik! tumpang tanya,jalan nak ke Klang mana?"

"Pakcik itu terus senyum macam nak gelak tak jadi muka kanibal jawab "Lor,patah balik!...patah balik!".

Terus buat 3 penjuru dan pecut.Taubat taknak buka puasa dalam kereta lagi lebih rela eksiden.Hahahaha...

Dan akhirnya aku berjaya sampai rumah lewat 10 minit dari waktu berbuka.Alhamdulillah,nikmat berbuka lebih terasa bila dirumah berbanding dalam kereta.

Kesimpulannya disini,aku benci Myvi.Hahaha...

11 comments:

Misshy Innz September 2, 2010 at 12:24 AM  

salah myvi plak .
salah kau lah .
pepandai je ikut jalan laen .
seb bek tak kene buat lauk berbuka .
haha xD

Duniakuabstrak September 2, 2010 at 12:29 AM  

kalau da benci myvi..ape myvi buat semua pon salah.. haha

kanibal? sup?

daging ko sedap ke? tak mcm liat plak..hahahaha

Hanisham Ab Halim September 2, 2010 at 12:45 AM  

errrr... sanggup ke org kanibal tu nak mkn ko?? Kalo akulah mau pk sejuta kali... hahhhaha

iyllienaz September 2, 2010 at 1:11 AM  

haha..padan muka neo kena potong ngan myvi..ko ingat kete ko hebat sgt??haha..nasib kete aku kancil je..

Miss Shizu September 2, 2010 at 9:09 AM  

kakakaka...mcm la pakcik tuh selera nk makan daging ko...len kali bwk gps..kompom ta sesat...

ceksumolek's September 2, 2010 at 12:46 PM  

tak memasal myvi dibenci.. seb baik sumi xpakai myvi..

Anonymous September 2, 2010 at 2:34 PM  

aku pun benci myvi.hahahhah

myatiqah September 2, 2010 at 8:38 PM  

ceh,benci myvi..terpaksa aku benci ko

NUke_Rude September 3, 2010 at 9:07 PM  

hahha. kaler ape weh myvi tu? hahaha.

ikut instinct konon.. hahaha.

zetty September 4, 2010 at 9:34 AM  

xpasai-pasai myvi dipersalahkan....isshhh3x....
laen kali ikut jalan yang betol ea...

suria September 4, 2010 at 11:48 PM  

ok..aku terasa..
babai..

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP