Sunday, September 5, 2010

Boleh tak jangan dengki dengan aku?

Share

Hari ini sepatutnya Azman bergembira.Sepatutnya dia mengukir senyuman sampai ke telinga.Sepatutnya rakan-rakan yang hadir datang mengucapkan "Tahniah!" bukan "Takziah!".


Didepannya terkujur satu tubuh kaku ditutupi kain batik.Gema suara hadirin membacakan Yassin sesekali kedengaran ditelinganya.Azman jadi sasau,jadi macam gila sekejap bila bakal isteri yang sepatutnya dinikahi hari ini jadi bakal penghuni kubur sebentar lagi.

Secara dramatik,rakan baiknya datang menenangkan.Azman menangis semahu-mahunya umpama budak kecil dibahu rakan baiknya.

Nama rakan baiknya itu Razi,

Secara tiba-tiba,kain batik yang menutupi tubuh kaku bakal isteri Azman itu bergerak.Hadirin masih tenang membaca Yassin.

Tapi bila mayat itu secara tiba-tiba duduk,habis beterabur semua lari dengan Tok Iman pun turut cabut.Tinggal aku dengan Azman saja.

Terus Fazliana (nama bakal bini Azman yang mati itu ) memeluk Azman.

Memang satu keajaiban.Azman punya suka waktu itu tak tahu nak cerita.Aku pun turut tumpang gembira.

Fazliana sempat menjeling ke arah aku sewaktu memeluk Azman.Pandangannya terhadap aku sukar ditafsir waktu itu umpama membawa seribu maksud yang mendalam.

Malam itu,sedang aku duduk berseorangan di beranda sambil melayani asap rokok,aku didatangi Fazliana yang hanya memakai baju tidur jarang.Dengan bantuan cahaya bulan,jelas susuk tubuh mengiurkan boleh buat aku hilang pertimbangan.

Fazliana duduk disebelah kerusi aku.Aku telan air liur.

"Its a miracle!" hanya itu yang keluar dari mulut aku.Fazliana hanya tersenyum.Senyumannya penuh mengoda dan membawa seribu bahasa.

"So u sedih tak i mati kejap tadi?" tanya Fazliana.Haruman One Drop Perfume darinya kuat menusuk hidung aku.

"Sedih la.Tapi yang paling sedih mestilah Azman" jawab aku jujur.

Fazliana bangun dari kerusinya,lalu duduk dipeha aku."I prefer kalau u yang lagi sedih" Fazliana berbisik ditelinga aku.Hati aku semakin tidak senang,beberapa urat dibahagian badan mulai menegang.

Aku tolak sikit tubuh Fazliana kebelakang.Sikit aje.

"U tak suka I?" soal Fazliana mempertikaikan perbuatan aku.

"Bukan tak suka.Cuma..."

"U jangan risau.Azman dah tidur" pintas Fazliana seakan membaca fikiran aku.Lirikannya penuh manja dan mengoda.Kejap lagi ada yang tak fikir halal haram nie kang.

Fazliana merapatkan mukanya dengan mukaku.Jantung aku semakin berdebar-debar.Bibirnya dibuka sedikit dan disaat itulah aku ternampak kilauan cahaya dari gigi taringnya sepanjang hampir 5 cm berkilat-kilat.

Terus aku tolak badan Fazliana sampai jatuh.Aku lari masuk ke dalam rumah dan kelihatan tubuh Azman terbaring ditangga berlumuran darah.Dibahunya ada kesan gigitan.Bila jalan ke tingkat bawah,penuh bergelimpangan mayat saudara mara Azman dan ibubapanya.

Fazliana yang tadinya seksi nak rak sekarang dah bertukar jadi seram nak mampus.

Aku yang takdela takut terus berlari turun tangga.Nak takut apa,aku hero cerita nie.

Tiba-tiba badan aku digoncang hebat.Tapi bukan dari Fazliana sebab aku nampak dia jauh lagi.Apa punya hantu tak reti terbang.





"Along bangun! Baba suruh kau tolong dia tanam bunga"

"Along bangun!"

"Bangun! Bangun!"





Dengki betul.Baru nak jadi hero dalam mimpi.


5 comments:

I n n z September 5, 2010 at 2:03 PM  

Udah2 ler jd hero slma ni. Tlg jgn tmk blh ? Haha.

Ervina Razali September 5, 2010 at 2:44 PM  

hahaha...
tito smpi xingt dunio..
gitu la mimpi nye...
udah udah la sayang oi....

DuniakuAbstrak September 5, 2010 at 2:54 PM  

oi kalau buat citer antu buat la seram2...hahaha

tengku_fir21 September 5, 2010 at 3:29 PM  

wow..giler lu mimpi kering siang hari...hahaha

NUke_Rude September 5, 2010 at 3:54 PM  

hahah!! hero ape ni kena tolong tanam bunga??



baba ko lagi hero! hahaha. nice one!

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP