Tuesday, September 7, 2010

Budi Bahasa Bukan Lagi Budaya Kita

Share

Seorang perokok yang tidak memiliki rokok adalah kudis kepada masyarakat perokok sekalian.


Bila dia tiada rokok tapi mahu merokok,maka terpaksalah beliau 'pow' orang terdekat.Cuba bayangkan kalau ada seribu orang begini?Sejuta?Satu billion?

Apa akan jadi kepada industri rokok jika masalah ini tidak dibendung dari akar umbi.
Bertitik-tolak dari itu,aku gagahkan diri juga memandu ke 7E walaupun badan aku sedia gagah cuma kekuatan stamina habis lenyap bagi mengantikan zat yang terhidrat sewaktu berpuasa.Jadi rokok ini umpama vitamin C bagi perokok,tapi racun bagi mereka disekeliling.

Sebab badan aku macam budak tingkatan dua jadi kena buat gaya brader-brader masa masuk 7E takut nanti dia cakap rokok tidak dijual kepada budak bawah 18 tahun.Cuba try 18 bahagi 2,ha! itulah saiz tapak kasut aku kalau dia cakap begitu.

"Bang,Marlboro Light satu!" pitching suara kena garau sikit jangan nampak sangat macam Justin Bieber.

Tengah aku korek-korek duit syiling dalam wallet,tiba-tiba ada minah Sabah masuk.Muka takde langsung macam Stacy apatah lagi Marsha jadinya aku malas nak usha.

"Bang,Maxis 5 satu!" suara dia ada iras Abu Bakar Elah.

"Maxis 5 habis la dik!" jawab brader kerja 7E suaranya dikontrol agar lebih mesra pelanggan.

"Loh! habis camne nie bang?" tanya minah Sabah takde iras rupa Stacy.

Dengan bersahaja mamat sorang lagi yang turut cari nafkah di 7E jawab "Camne apa?Balik la dah takde!"

Minah Sabah itu terus berlalu meninggalkan 7E dengan perasaan lebih hangat dari biasa.

Sambil belek tanda 'Merokok Membahayakan Kesihatan',hati aku berbicara...


"Budi Bahasa Bukan Lagi Budaya Kita"


4 comments:

shogunn_general September 7, 2010 at 2:55 AM  

layanla customer tu baik2..orang sabah tu..kalau die main santau camne?

Duniakuabstrak September 7, 2010 at 3:17 AM  

ko sound la brader yg kurang berbudi bahasa tu

yusuf mujahidin ™ September 7, 2010 at 4:13 AM  

cis..kuang ajor
mentang gadis sabah tu bukan stacy

Anonymous September 7, 2010 at 5:55 PM  

ganas cara dia meniaga..salah bidang kut.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP