Tuesday, September 14, 2010

Tragedi raya ke-4

Share

Raya kali ini bagi aku adalah yang paling sampah dalam sejarah raya-raya aku.Mana taknya,belum pernah lagi dalam sejarah raya-raya aku,aku balik kampung malam raya.Nasib baik tak kena kerja waktu raya,kalau tak mesti taraf aku dah sama dengan warga Bangladesh.


Dipendekkan cerita,hari ini sampai ofis ada lebih kurang 10 orang jer termasuk makcik cleaner.Yang lain mesti tengah mentekedarah air sirap dengan kuih tart bersama family tercinta.

Sebab tak ramai orang,dan aku pulak tersampai ofis awal pagi tadi.Maka pergilah breakfast dulu dekat kantin belakang kilang aku.Ambik mee dan air nescafe jer.Celah mana ada lemang dengan bahulu.

Bila dah tinggal satu pertiga mee dalam pinggan,baru aku perasan disekeliling aku hanya ada warga India.Mee yang aku makan pun penuh berempah style masakan India.Jadinya terus sifat racist muncul dalam diri.Halal ker nie?

Balik ofis tue,terus tanya ada sorang brader nie.Dia cakap jangan risau,makanan kat situ halal.

Masa yang berlalu macam sialnya lambat.Penat betul nak kerut-kerut muka macam tengah fikir masalah negara berlakon kengkonon tengah sibuk bekerja walhal tengok antivirus tengah scan.

Bila tiba masa lunch,terus aku ajak brader tadi makan sama-sama.Dah tinggal dia jer yang Melayu,racist betul aku.

Masa lunch tue,brader tadi sambung cerita pasal kanting belakang kilang aku tue.

Bebudak nie panggil kantin tue, 'Kantin Ah Chong'.Confuse aku,nama Ah Chong tapi kantin macam India yang punya.

Brader tue teguk air suam dia sebelum menyambung cerita...

"Dah banyak bebudak nie jumpa plastik bungkus daging babi cincang dekat tempat buang sampah kantin tue..." brader tue sambung cerita dengan tenang.Tenang waklu!

Terus isi perut rasa memulas.Dalam fikiran terbayang dua tiga ekor babi lari berkejaran.


4 comments:

shogunn_general September 14, 2010 at 12:37 AM  

emo plak ko. abis tu aku punya raya ni cmne?

Ervina Razali September 14, 2010 at 2:14 PM  

sbr la syg...
rs tamo mkn kt kantin sini mari ikut ina g mkn kt lua..
kite g mam shushi ayg blnje...

DuniakuAbstrak September 14, 2010 at 7:30 PM  

betul ke? hal makanan tu..ini serius

NUke_Rude September 14, 2010 at 9:45 PM  

hahahah. ok la tu.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP